Pergi ke kandungan

Api Pecah Gedung

Api Pecah Gedung
اڤي ڤچه ݢدوڠ
Map
Maklumat am
TarikhSyawal 1300 H (11 Ogos 1883 (1883-08-11) M[1][2])
LokasiKuala Terengganu, Kesultanan Terengganu
Koordinat5°20′05″U 103°08′15″T / 5.33472°U 103.13750°T / 5.33472; 103.13750Sunting ini di Wikidata
JenisKebakaran bandar Sunting nilai ini di Wikidata
Penyebabnilai tidak diketahui Sunting nilai ini di Wikidata
Pelakunilai tidak diketahui Sunting nilai ini di Wikidata
Mangsa/korban
Meninggal dunianilai tidak diketahui Sunting nilai ini di Wikidata
Kecederaannilai tidak diketahui Sunting nilai ini di Wikidata
Kerosakan harta benda1,600 buah rumah
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Peristiwa Api Pecah Gedung (Jawi: ‏اڤي ڤچه ݢدوڠ‎‎) merupakan sebuah kebakaran yang berlaku ketika zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1299 H/1881 M – 1337 H/1918 M) pada 11 Ogos 1883 M bersamaan bulan Syawal 1300 H di Kuala Terengganu. Kebakaran ini yang merupakan terbesar dalam sejarah Terengganu telah memusnahkan sebanyak 1,600 buah rumah. Nama "Api Pecah Gedung" diambil sempena banyaknya gedung simpanan ubat bedil yang musnah terbakar. Kebakaran ini turut memusnahkan istana kesultanan Terengganu ketika itu iaitu Istana Hijau.

Istana Hijau antara bangunan yang musnah dalam kebakaran.

Tindak balas

[sunting | sunting sumber]

Khabar kebakaran ini telah disampaikan oleh seorang nakhoda Melayu pada hari Rabu, 29 Ogos 1883 serta disahkan oleh Kapten Hide yang dimaklumkan akan kebakaran tersebut ketika kapal beliau dikunjungi seorang nelayan di luar persisiran laut di timur Terengganu semasa salah sebuah pelayaran beliau.[2]

Kerajaan Siam telah memberi bantuan berupa wang sebanyak 30 kati (bersamaan 1,440 dolar) melalui Konsulat Siam iaitu Kapitan Tan Kim Ching [en] (陳金鐘; 16 Oktober 1829 – 27 Februari 1892).[3] Gabenor Singapura pula bersetuju memberi sumbangan sebanyak 2,000 dolar kepada mangsa kebakaran setelah menerima sepucuk surat daripada baginda sultan Terengganu yang menerangkan keadaan serta kerugian akibat kebakaran tersebut.[4] Baginda Sultan Zainal Abidin III telah memberi bantuan berupa wang dan pakaian kepada pembesar dan kerabat DiRaja.

  1. ↑ Weld, Frederick (1 November 1883). "Disastrous Fire in Trengannu". Correspondence, Original - Secretary of State. Despatches (dalam bahasa Inggeris). Singapura (diterbitkan 1883). m/s. 6 – melalui The National Archives.{{cite book}}: CS1 maint: location missing publisher (link)
  2. 1 2 "Tidak betajuk". The Straits Times. 31 Ogos 1883. Dicapai pada 30 November 2020 – melalui NewspaperSG.
  3. ↑ "Tidak bertajuk". The Straits Times. 15 September 1883. Dicapai pada 30 November 2020 – melalui NewspaperSG.
  4. ↑ "Shorthand Report of the Legislative Council". Straits Times Weekly Issue. 11 Oktober 1883. Dicapai pada 30 November 2020 – melalui NewspaperSG.