Dia Yang Ku Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dia Yang Ku Cinta
GenreDrama
Cinta
Konflik
Keluarga
Berdasarkan daripada
Dia Yang Ku Cinta karya Indah Hairani
Ditulis olehIndah Hairani
Fatin Nabila
PengarahAlong Kamaluddin
Dibintangi oleh
Syerinie Myra
Sharnaaz Ahmad
Luqman Hafidz
Catriona Ross
Siti Khadijah Halim
Arash Mohamad
Riena Diana
Afieq Shazwan
Watie Sadali
Shah Rezza
Ruminah Sidek
Zila Bakarin
Jovi Heng
Lagu pembukaan"Ku Bersuara" nyanyian Ernie Zakri
Lagu penutup"Teguh Setia" nyanyian Muna Shahirah
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutifFariz Che Aziz
PenerbitDato' A. Aida
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
A.Aida Production
Penyiaran
Saluran asalTV3 Slot Samarinda
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal26 November 2019 – 19 Disember 2019
Kronologi
MengikutiSara Sajeeda
Diikuti olehCindai

Dia Yang Ku Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 adaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama karya Indah Hairani arahan Along Kamaluddin dibintangi oleh Syerinie Myra, Sharnaaz Ahmad dan Luqman Hafidz. [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Cempaka Amna (Syerinie Myra) dan adiknya Iman Idham (Afieq Shazwan) merupakan anak tiri kepada Tuan Khalid (Arash Mohamad). Mereka dibawa tinggal bersama Tuan Khalid bila ibu kandung mereka telah meninggal dunia. Namun begitu, kedua-dua anak yatim ini amat dibenci oleh Puan Mahanna (Catriona Ross), ibu tiri mereka. Kedua-dua beradik itu kerap diseksa oleh Puan Marhanna dan dimaki hamun walau mereka hanya melakukan kesalahan kecil sahaja. Malah, Puan Marhanna juga berpura-pura baik terhadap Chempaka Amna dan Iman Idham di hadapan Tuan Khalid.

Anak kepada Puan Marhanna iaitu Lara Andrew (Siti Khadijah Halim) juga mempunyai sikap kejam yang sama seperti ibunya namun abang kepada Lara Andrew, iaitu Hafiz Andrew (Luqman Hafidz) begitu baik dan amat mengambil berat tentang kebajikan kedua anak yatim ini sejak kecil lagi. Ini membuatkan Puan Marhanna dan Lara Andrew bertambah sakit hati kerana merasakan kedua-dua anak yatim tersebut ada pembela mereka selain dari Tuan Khalid.

Hafiz Andrew dan Lara Andrew juga adalah merupakan anak tiri kepada Tuan Khalid. Mereka adalah anak kepada Puan Marhanna bersama bekas suaminya iaitu seorang lelaki inggeris. Hafiz dan Lara dibawa pulang ke Malaysia bila Puan Marhanna dan suaminya bercerai.

Chempaka Amna yang tidak tahan didera oleh Puan Marhanna telah mengambil keputusan untuk lari dari rumah mereka. Walau beliau berasa berat hati hendak meninggalkan adiknya yang OKU namun beliau berazam akan kembali mengambil adiknya semula pada suatu hari nanti.

Pertemuan dengan Luqman (Sharnaaz Ahmad), seorang jurutera muda, memberi tapak untuk Chempaka Amna lari daripada penjara seksaan Puan Marhanna namun cinta Hafiz Andrew memaksa dia kembali berdepan dengan Puan Marhanna dan Lara Andrew.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Dia Yang Ku Cinta MyInfoTaip.com. Dicapai 23 Julai 2021.