Yee Moh Chai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berhormat

Datuk Dr. Yee Moh Chai
Timbalan Presiden PBS
Memegang jawatan
2008
Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah
Dalam jawatan
Mac 2008 – 2018
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Api-Api
Dalam jawatan
1999–2013
Didahului olehDatuk Chau Tet On
Digantikan olehChristina Liew
Butiran peribadi
Lahir (1955-05-25) 25 Mei 1955 (umur 64)
KerakyatanMalaysia
Parti politikPbsflag.gif Parti Bersatu Sabah - Barisan Nasional
PasanganDatin Vicky Lai Nyat Yin
Anak-anak5

Datuk Dr Yee Moh Chai (dilahirkan pada 25 Mei 1955) merupakan ahli politik dari Sabah. Beliau merupakan salah seorang Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan juga mantan Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Api-Api. Sebelum ini ,beliau pernah memegang jawatan Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat dalam kabinet negeri Sabah.

Pendidikan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Yee merupakan lulusan universiti dari United Kingdom. Beliau mempunyai latar belakang sebagai doktor dan peguam. Sebelum perlantikannya dalam Kabinet Sabah pada Mac 2004, beliau bekerja sebagai peguam bersama Dr. Yee & Associates.

Politik[sunting | sunting sumber]

Yee bertanding buat pertama kali dalam Pilihan Raya Negeri Sabah, 1994 tetapi tewas kepada presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee di kawasan DUN Likas. Apabila berlaku peristiwa lompat-melompat berikutan pilihanraya 1994, Yee terus setia bersama PBS dan diletakkan sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1995 dan berjaya merampas kerusi Tanjung Aru dari penyandang, Joseph Voon. Beliau turut menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri setelah memenangi kerusi Api-Api dalam pilihan raya 1999. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Yee membuat keputusan untuk mempertahankan hanya kerusi Dewan Undangan Negeri Api-Api dan walaupun mendapat tentangan hebat daripada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Christina Liew, beliau masih mampu menang dengan majoriti kecil 174.

PBS kembali menyertai Barisan Nasional pada 2002, dan Yee dilantik menjadi Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat dalam kabinet negeri Sabah selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Beliau turut dikekalkan dalam kabinet negeri 2008 dengan portfolio yang sama.

Keputusan Pilihanraya[sunting | sunting sumber]

Tahun Kawasan Undian Majoriti Jumlah Undian Lawan Peratus pengundian
1994 N28 Likas 5,855 kalah dengan 2,180 14,030 Yong Teck Lee (BN - SAPP) 71.02%
1999 N14 Api-Api 9,146 menang dengan 3,183 16,255 Chau Tet On (BN - MCA)
Chin Chen Fui (BERSEKUTU)
70.35%
2004 N15 Api-Api 4,640 menang dengan 2,933 6,417 Fung Kong Win (DAP) 56.44%
2008 N15 Api-Api 3,419 menang dengan 174 6,774 Christina Liew Chin Jin (PKR) 63.41%
Tahun Kawasan Undian Majoriti Jumlah Undian Lawan Peratus pengundian
1995 P151 Tanjung Aru 10,306 menang dengan 1,518 23,387 Joseph Voon (BN - SAPP)
Fung Ket Wing (DAP)
64.96%
1999 P151 Tanjung Aru 11,826 menang dengan 545 23,752 Philip Yong Chiew Lip (BN - SAPP)
Oh Choo Hong (DAP)
58.01%
2004 P172 Kota Kinabalu 15,993 menang dengan 10,806 24,966 Hiew King Cheu (DAP)
Christina Liew Chin Jin (PKR)
58.16%

Pautan luar[sunting | sunting sumber]