Maximus Johnity Ongkili

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Maximus J. Ongkili

SSAP (Pahang); SPDK (Sabah); DGSM (Melaka); PGDK, ASDK, JP (Sabah)
Timbalan Pengerusi
Gabungan Rakyat Sabah
Memegang jawatan
11 Mac 2022
Berkhidmat dengan
Jeffrey Kitingan
Yong Teck Lee
Pandikar Amin Mulia
PengerusiHajiji Noor
Presiden
Parti Bersatu Sabah
Memegang jawatan
17 November 2018
TimbalanJoachim Gunsalam
Didahului olehYang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Hal Ehwal Sabah dan Sarawak
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
GabenorTuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
TimbalanYang Berhormat Dato’ Hajah Hanifah Hajar Tun Abdul Taib
Ketua Menteri SabahYang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor
Digantikan olehArmizan Mohd Ali
Kawasan pilihan rayaKota Marudu
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
GabenorTuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
TimbalanYang Berhormat Dato’ Hajah Hanifah Hajar Tun Abdul Taib
Ketua Menteri SabahYang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal (2018–2020)
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor (2020–2021)
Didahului olehPejabat ditubuhkan
Kawasan pilihan rayaKota Marudu
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P168 Kota Marudu, Sabah
Dalam jawatan
12 Mac 2004 – 10 Oktober 2022
RajaTuanku Syed Sirajuddin
Sultan Mizan Zainal Abidin
Sultan Abdul Halim
Muhammad V
Al-Sultan Abdullah
Perdana MenteriYang Amat Berbahagia Tun Dato' Seri Haji Abdullah bin Ahmad Badawi
Yang Amat Berbahagia Dato' Sri Mohammad Najib bin Abdul Razak
Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir Mohamad
Yang Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
Yang Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehWetrom Bahanda
Majoriti3,189 (PRU-11)
4,189 (PRU-12)
842 (PRU-13)
1,774 (PRU-14)
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 10 Mei 2018
RajaSultan Muhammad V
Perdana MenteriYang Berhormat Dato' Sri Mohammad Najib bin Abdul Razak
TimbalanYang Berhormat Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid
2013-2015
Yang Berbahagia Dato' Sri Dr. James Dawos Mamit
2015-2018
Didahului olehYang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Digantikan olehYang Berhormat Puan Yeo Bee Yin
Tenaga
Yang Berhormat Dato' Dr. Xavier Jayakumar Arulanandam
Air
Kawasan pilihan rayaKota Marudu
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
RajaSultan Mizan Zainal Abidin
Sultan Abdul Halim
Perdana MenteriYang Amat Berbahagia Tun Dato' Seri Haji Abdullah bin Ahmad Badawi
Yang Berhormat Dato' Sri Mohammad Najib bin Abdul Razak
TimbalanYang Berhormat Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Dalam jawatan
19 Mac 2008 – 15 Mei 2013
Didahului olehDato' Sri Dr. Jamaluddin Jarjis
Digantikan olehYang Bahagia Datuk Dr. Ewon Ebin
Kawasan pilihan rayaKota Marudu
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Perpaduan dan Integrasi Nasional
Dalam jawatan
27 Mac 2004 – 18 Mac 2008
RajaTuanku Syed Sirajuddin
Sultan Mizan Zainal Abidin
Perdana MenteriYang Amat Berbahagia Tun Dato' Seri Haji Abdullah bin Ahmad Badawi
TimbalanYang Berhormat Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Didahului olehYang Bahagia Tan Sri Dato' Sri Dr. Siti Zaharah Sulaiman
Sebagai Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (Dibubarkan)
Digantikan olehYang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Haji Apdal
Sebagai Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (Diserap ke Kementerian)
Butiran peribadi
LahirJohnity @ Maximus bin Ongkili
(1953-10-26) 26 Oktober 1953 (umur 70)
Kota Kinabalu, Borneo Utara (kini Sabah)
KerakyatanMalaysia
Parti politik Parti Bersatu (PBS) iaitu salah satu komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional (BN) (2002-2018)
Gabungan Bersatu (GBS) (2018-2020)
Perikatan Nasional (PN) (2020-2022)
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (September 2022-kini) (gabungan rasmi)
PasanganMendiang Datin Seri Panglima Joan Maluda
(Meninggal. 2018)
Anak-anakRachel Jane Ongkili
Andreas Jordan Ongkili
HubunganJoseph Pairin Kitingan dan Jeffrey Gapari Kitingan
(bapa saudara)
Alma materLa Trobe University, Australia
PekerjaanMenteri Kabinet, Ahli Parlimen
GajiRM41,578.13 sebulan[1]
Nilai bersihRM5 ke 8.5 juta[1]
KabinetKabinet Malaysia 2020

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili (lahir 26 Oktober 1953) merupakan seorang ahli politik Malaysia dari Parlimen Kota Marudu yang kini menyandang jawatan portfolio baru sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) sejak 10 Mac 2020.[2] Beliau adalah Presiden Parti Bersatu Sabah yang bersekutu bersama parti lain di dalam Gabungan Bersatu Sabah (GBS) dan juga sebagai komponen gabungan parti Perikatan Nasional (PN) di peringkat Kerajaan Persekutuan. Pada 12 September 2020, Parti Bersatu Sabah (PBS) juga telah bersekutu dengan Gabungan baru yang diasaskan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin di Negeri Sabah iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Dahulunya, beliau merupakan bekas Menteri di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk kabinet 2008. Selepas itu, beliau pernah menyandang jawatan menteri di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia yang dilantik untuk kabinet 2013 dibawah kepimpinan Yang Berhormat Dato' Sri Mohammad Najib bin Abdul Razak.[3] Sebelum ini juga, beliau merupakan bekas ahli Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam Perpaduan dan Integrasi Nasional.

Dr. Maximus juga merupakan salah seorang ahli yang dilantik sebagai Timbalan Presiden dalam Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun, Sabah (KDCA).[4] Sebagai Timbalan Presiden KDCA, beliau juga diamanahkan untuk mengetuai penganjuran Tadau Kaamatan peringkat negeri Sabah yang diadakan pada 30 dan 31 Mei setiap tahun di KDCA Hongkod Koisaan (Pusat Budaya), Penampang dan telah menganjurkan banyak aktiviti berkaitan kemasyarakatan.[4]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dr. Maximus ialah anak watan negeri Sabah yang dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah dan berasal dari Kampung Karanaan, Tambunan, Sabah. Beliau mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan Tambunan pada tahun 1962 sehingga tahun 1966. Beliau meneruskan persekolahannya di ST. Martin Secondary School, Tambunan (1967-1971) dan kemudiannya berpindah ke SMK Keningau pada tahun 1972.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

YB. Datuk telah mendirikan rumahtangga dengan isterinya, Datin Joan Maluda[4] sejak tahun 1981. Beliau mempunyai seramai 2 orang anak, Rachel Jane Ongkili dan Andreas Jordan Ongkili.[4] Beliau meminati sukan badminton, golf dan memancing.[4] Selain itu, beliau turut cenderung dalam bidang penulisan dan penyelidikan.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Y.B. Datuk Seri Panglima telah melanjutkan pengajiannya ke La Trobe University, Australia dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian pada tahun 1980.[4] Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai pengajar dan penyelidik sambilan di Universiti tersebut.[4] Beliau menamatkan perkhidmatannya setelah berjaya mendapatkan segulung Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang pembangunan ekonomi pada tahun 1985.[4]

Sekembalinya dari luar negara, beliau telah bertugas sebagai Pensyarah di Universiti Putra Malaysia. Beliau kemudiannya beralih ke Institute of Strategic & International Studies dan berkhidmat sebagai Penyelidik Kanan (1985-1986). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Eksekutif di Institute For Development Studies (Sabah) (1987-1993).

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kariernya dalam bidang politik sebagai wakil rakyat setelah memenangi kerusi DUN Langkon pada Pilihan Raya Umum Sabah 1994. Setelah itu, beliau telah dilantik sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah. Beliau juga memasuki Parlimen Bandau pada pilihan raya umum 1995 (ketika itu, kerusi Parlimen Kota Marudu adalah Parlimen Bandau).

Beliau pada asalnya seorang ahli politik pembangkang tetapi menyertai kerajaan apabila Parti Bersatu Sabah menyertai gabungan Barisan Nasional pada tahun 2002. Pada Pilihanraya Umum ke-11, beliau telah bertanding di kerusi Kota Marudu dan berjaya menewaskan pencabarnya iaitu Anthony Biri Mandiau, seorang calon BEBAS dengan majoriti 3189 undi. Selain itu, beliau juga merupakan ADUN Tandek. Beliau telah dilantik bagi menyandang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas pilihan raya 2004 oleh Perdana Menteri yang Ke-5 iaitu Yang Amat Berbahagia Tun Dato' Seri Haji Abdullah bin Ahmad Badawi. Beliau ditugaskan untuk mengurus Perpaduan Negara, dan mengetuai permulaan program pengesahan Khidmat Negara.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Johnity @ Maximus Ongkili bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Kota Marudu, negeri Sabah. Johnity @ Maximus Bin Ongkili telah menang dengan mendapat undi sebanyak 12028. Calon lawan ialah Roslan Bin Mohd Zain dari (Bebas) mendapat 1,109 undi dan hilang deposit. Berman Bin Angkap dari Bersekutu mendapat 457 undi dan hilang deposit. Andonny Pilit @ Anthony Biri Mandiau dari PKR mendapt 7,830 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 69.51 % manakala Undi rosak sebanyak 748. Atas kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau telah dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi. Kemudian selepas kemenangannya pada pilihan raya umum 2013, beliau juga telah dilantik sebagai Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.[5]

Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (10 Mac 2020 - Kini)[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Mac 2020, beliau telah diberi tanggungjawab memegang porffolio yang baru sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) atas lantikan daripada Perdana Menteri yang ke-8 iaitu Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin.[6] Beliau memulakan tugasnya untuk menumpukan isu utama di negeri Sabah dan Sarawak mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan juga isu (PATI).[7]

Jawatan[sunting | sunting sumber]

Parti Bersatu Sabah[sunting | sunting sumber]

Jawatan yang disandang;

  • Setiausaha Agung - (1994)
  • Timbalan Presiden - (Sejak 1994 - 2017)
  • Pemangku Presiden - (Sejak 2017 - 2018)
  • Presiden[8] - (17 November 2018 - Kini)

Jawatan lain[sunting | sunting sumber]

  • Timbalan Presiden dalam Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun, Sabah (KDCA)
  • Ketua Penyelaras KDCA Kota Marudu

Sumbangan kepada orang ramai[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan perasmi Bangunan Rukun Tetangga Taman Rambai Jaya yang berada di mukim Tanjung Minyak, Melaka. Beliau juga telah banyak membantu rakyat Sabah dengan memberi bantuan dari segi kewangan dan sebagainya. Oleh yang demikian, beliau telah mendapat sokongan orang ramai di Melaka dan apatah lagi di Sabah disebabkan sifat baik hati beliau kepada rakyat. Beliau digelar sebagai "Pemimpin Yang Berjiwa Rakyat, Prihatin dan Berwibawa".[4]

Keputusan Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia: P147 Bandau, Sabah[9]
Tahun Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan
1995 Jeffrey Kitingan (AKAR) 5,851 35% Maximus Ongkili (PBS) 10,716 63%
1999 Maijol Mahap (UPKO) 6,781 41% Maximus Ongkili (PBS) 8,465 51%
Parlimen Malaysia: P167 Kota Marudu, Sabah[9][10]
Tahun Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan
2004 Maximus Ongkili (PBS-BN) 10,457 59.0% Anthony Biri Mandiau (BEBAS) 7,268 41.0%
2008 Maximus Ongkili (PBS-BN) 12,028 56.14% Anthony Biri Mandiau (PKR) 7,830 36.55%
2013 Maximus Ongkili (PBS-BN) 15,168 45.9% Maijol Mahap (PKR) 14,326 43.3%
2018 Maximus Ongkili (PBS-BN) 13,033 27.7%2 Maijol Mahap (PHRS) 11,259 24.0%2
Nota:
Jadual tidak termasuk undi untuk calon yang selesai di tempat ketiga atau lebih rendah.
2% Yang digunakan untuk pilihan raya 2018.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
  2. ^ "SENARAI KABINET 2020". www.bharian.com.my. 2020-03-13. Dicapai pada 2020-03-17.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-27. Dicapai pada 2013-05-28.
  4. ^ a b c d e f g h i j "Ongkili: Pemimpin Yang Berjiwa Rakyat, Prihatin Dan Berwibawa". www.malaysia-today.net. 2009-05-09. Dicapai pada 2020-04-02.
  5. ^ "Ongkili To Lead Malaysian Delegation To ASEAN Energy Ministers Meeting". Bernama. 25 September 2017. Dicapai pada 22 Mac 2020.
  6. ^ "Portfolio khas untuk Sabah, Sarawak dalam kabinet persekutuan baharu". www.utusanborneo.com.my. 2020-03-09. Dicapai pada 2020-03-13.
  7. ^ "Ongkili harap MA63 dapat diselesaikan dalam tempoh 6 bulan". www.bernama.com. 2020-03-12. Dicapai pada 2020-03-13.
  8. ^ Maskilone, Chris (2018-11-02). "DR MAXIMUS MENANG TANPA TANDING JAWATAN PRESIDEN PBS". www.sabahnewstoday.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-08. Dicapai pada 2020-04-01.
  9. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 18 May 2018. Percentage figures based on total turnout (including votes for candidates not listed).
  10. ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 May 2018. Dicapai pada 18 May 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]