Tanah Tinggi Cameron
| Cameron Highlands Tanah Tinggi Cameron تانه تيڠڬي كمايرون |
|
|---|---|
| — Daerah di Pahang, Malaysia — | |
|
|
|
| Koordinat: 4°30′U 101°24′T / 4.5°U 101.4°TKoordinat: 4°30′U 101°24′T / 4.5°U 101.4°T | |
| Negara | |
| Negeri | |
| Kerusi | Tanah Rata |
| Kerajaan | |
| • Pegawai daerah | Dato Hj. Ahmad Daud |
| Kawasan | |
| • Jumlah | 712 km2 (275 sq mi) |
| Populasi | |
| • Jumlah | 38,471 orang[1] |
Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negeri yang kaya dengan khazanah hutan semula jadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.
Isi kandungan |
Muka bumi [sunting]
Pengunjung boleh tiba di Cameron Highland dengan melalui simpang laluan dari Tapah, Perak. Jalan dari Simpang Pulai,Ipoh juga boleh digunakan untuk ke Cameron Highlands. Dari Kampung Raja kita boleh pergi ke Gua Musang di Kelantan. Dari Tapah, anda akan temui air terjun Lata Iskandar.
Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia. Keindahan di Blue Valley Tea Estate, Gunung Brinchang, Tringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm, Green Farm, Rose Valley Village, Butterfly Farm, Butterfly Garden, Kea Farm, Pasar Sayur, Uncle Sam Farm, Cactus Point, Tokong Sam Poh, Cactus Valley, Strawberry Farm, pelbagai hotel, resort dan rumah rehat serta padang golf.
Di puncaknya terletak Balai Polis Cameron Highlands dan Balai Bomba Cameron Highlands. Di sana juga terletaknya Gunung Beremban, Gunung Jasar, Gunung Perdah dan Air Terjun Robinson. Lain-lain lokasi ialah Ringlet danKampung Lembah Bertam. Stesen Janakuasa Elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekal tenaga elektrik utama untuk penduduk disana.
Sejarah [sunting]
Cameron Highland mendapat namanya setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menemuinya pada tahun 1885 ketika sedang membuat tinjauan pemetaan.
Keistimewaan [sunting]
Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.
Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highlands, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.
Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.
Pekan [sunting]
Daerah Cameron Highlands terdiri daripada sembilan pekan dan kampung:
Wakil Rakyat [sunting]
Parlimen Malaysia [sunting]
- P078 Cameron Highlands - Dato' Devamamy S. Krishnasamy
BN
Dewan Undangan Negeri Pahang [sunting]
- N1 Tanah Rata - YB. Ho Yip Kap
BN - N2 Jelai - YB. Dato' Wan Rosdy Wan Ismail
BN
Tarikan Pelancong [sunting]
- Taman bunga: Cactus Point 500 meter dari Kea Farm
- Ladang Teh: Ladang Teh BOH, Bharat tea, Sungai Palas Boh, Blue Valley Tea
- Kebun Sayuran: Terdapat di kebanyakan kampung seperti Kea Farm, Tringkap dan Kuala Terla.
- Taman bunga: Rose Centre, Rose Valley.
- Kebun Buah Strawberry.
- Taman rama-rama.
- Tokong Sam Poh di Brinchang
- Jungle Trekking
- Pasar Sayur dan Pasar malam
- The Smoke House, The Lake House, Strawberry Park
- Homestay Kampung Taman Sedia, Tanah Rata.
Hotel [sunting]
- Bala's Chalet
- Heritage Hotel
- Century Pines Resort
- Equtorial Hill Resort
- Rosa Pasadena
- Casa De La Rosa
- De La Ferns
- The Smoke House
- The Lake House
- Iris House
- Star Regency
- Rainbow Hotel
- Shahzan Inn
- Strawbery Park Resort
- Cameron Highlands Resort (sebelumnya Merlin Inn Resort)
- Hillsview Hotel
- Kavy Hotel (Budget Hotel)
- Sri Pahang House
- Ye Olde Smokehouse
- Shal's Apartment
- Parit Falls
- New Garden Inn,Tanah Rata
- Father's Guest House
- Heritage Hotel
- The Cool Point Hotel
- Lakehouse House
- Kalai Villa Apartment (Tanah Rata)
Galeri [sunting]
Pautan Luar [sunting]
- Selamat Datang ke Cameron Highlands Directory
- Portal Cameron.Com.My dengan direktori and panduan
- Cameron-Highland-Destination.com :: panduan terbaik dengan gambar-gambar indah
- Cameron Highlands Portal
- All Malaysia Info - pelbagai Highland di Malaysia
Rujukan [sunting]
- ↑ Template error: argument title is required.
|
||||||||||||||||||||
|
||||||||||