G. Palanivel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
YB Datuk Seri
 G. Palanivel
G. Palanivel

Tempoh berjawat
16 Mei 2013 – kini
Timbalan S. Subramaniam
Didahului oleh Douglas Uggah Embas

Tempoh berjawat
6 Disember 2010 – kini
Didahului oleh Samy Vellu

Ahli Parlimen Malaysia
bagi kawasan P78 Cameron Highland
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
5 Mei 2013
Didahului oleh Devamany S. Krishnasamy
Majoriti 462 (PRU-13)

Senator Malaysia
Tempoh berjawat
3 Mei 2010 – 5 Mei 2013

Tempoh berjawat
Oktober 1990 – Mac 2008
Digantikan oleh Zainal Abidin Ahmad

Tarikh lahir 1949 (umur 64–65)
Tempat lahir Pulau Pinang
Parti politik MIC logo.gif MIC - BN
Pasangan Datin Kanagam Palanivel
Anak 4 anak lelaki
Pekerjaan Ahli politik
Agama Hindu
Laman web http://gpalanivel.com.my/

Datuk Seri Palanivel Govindasamy atau lebih dikenali sebagai G. Palanivel' atau 'Palani' adalah seorang ahli politik dan Presiden Kongres India Malaysia (MIC), sebuah parti komponen Barisan Nasional di Malaysia. Beliau kini memegang jawatan Menteri di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 16 Mei 2013.[1] Beliau merupakan pemimpin veteran MIC kerana pernah menang 4 kali di parlimen Hulu Selangor dalam 1990, 1995, 1999 dan 2004. Tetapi beliau kalah tipis dalam gelombang politik 2008 kepada Datuk Zainal Abidin Ahmad (PKR) dari Parti Keadilan Rakyat.

Pada 3 Mei 2010, beliau dilantik sebagai Senator di Dewan Negara.Dikatakan beliau dipilih sebagai Senator setelah tidak terpilih sebagai calon pilihan raya Hulu Selangor 2010.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Pulau Pinang. Bapanya Govindasamy dilahirkan di India dan berhijrah ke Pulau Pinang pada 1917 ketika pemerintahan British. Manakala ibunya, A. Letchimy adalah gadis kelahiran Georgetown.

Isterinya Datin Kanagam dan mereka mempunyai 4 anak . Anak sulung menjadi doktor, anak kedua menjadi arkitek dan dua lagi masih belajar. Mereka tinggal di rumah teres dua tingkat di Taman Melawati,Kuala Lumpur.[2]

Pendidikan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

G Palanivel mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya pada 1972 dan jurusan Sejarah. Beliau menjadi guru di Institut Goon di Kuala Lumpur dan kemudian guru di Maktab Adabi di Kuantan. Kemudian menjadi penyelidik di Muzium Negara pada 1974 dan terlibat persatuan pengguna CAP di Pulau Pinang pada 1974. 1977 menyertai Bernama sebagai wartawan - editor berita ekonomi (1978).

Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi penasihat perniagaan Sports Toto dan pengarah Telekom Malaysia , Usha Martin dan Maharaja Network Sri Lanka.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau terlibat dalam MIC cawangan Jelutong , Pulau Pinang sejak 1968.Beliau terpilih menjadi Setiausaha MIC Petaling Jaya. Kemudian dilantik menjadi Setiausaha Akhbar Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu sejak 1987 dan dipinjamkan ke Kementerian Kerjaraya. Beliau menjadi ketua bahagian MIC Hulu Selangor, Ketua MIC Selangor dan Timbalan Presiden MIC Pusat.

Beliau adalah juara masyarakat miskin India di Malaysia. Kerana itu beliau beliau menang 4 penggal berturut-turut dalam pilihan raya di parlimen Hulu Selangor pada 1990, 1995, 1999 dan 2004. Dalam tahun 2004 beliau menang dengan majoriti 14,000. Sejak itu beliau terpilih sebagai Timbalan Presiden MIC melalui Pemilihan MIC 2006.

Ketika menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat pada tahun 1996, Palanivel telah perkenalkan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) kepada masyarakat India diseluruh negara. 5000 jenis bantuan diberikan untuk membiayai pembedahan dan rawatan penyakit kronik. Perogam Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) diperkenalkan kepada masyarakat India dan pelancarannya diadakan di Sungai Siput.

Malangnya beliau dan ramai pemimpin nasional MIC tewas dalam pilihan raya 2008. Gerakan Hindraf pada 26 November 2007 dan kumpulan Makkal Sakthi berjaya menonjolkan diri sebagai juara rakyat India. Sejak itu ramai pemimpin India menyertai PKR atau DAP dalam Pakatan Rakyat dan menumbangkan 5 kerajaan negeri . Seorang India dari DAP (V Sivakumar) telah dilantik sebagai Speaker DUN Perak, kemudian diganti oleh __. Pada 2008, MIC hanya kalah 9 kerusi parlimen sahaja. 50 kawasan parlimen , bilangan pengundi sangat kritikal. Pengundi India beralih arah kerana kerajaan pecah kuil 2-3 bulan sebelum pilihan raya . MIC mempunyai 4000 cawangan di seluruh Malaysia. Masyarakat India yang miskin juga wajar diberi tanah sebagaimana peneroka Felda. Contohnya Felda Gedangsa ada 300 pengundi India, di Sungai Buaya ada 100 hingga 200 orang pengundi India.

Pilihan raya Hulu Selangor 2010[sunting | sunting sumber]

Nama beliau (61 tahun) sahaja dicadangkan oleh Datuk Samy Vellu menjadi calon Barisan Nasional. Ramai pihak mahukan muka baru yang lebih segar daripada MIC kerana Palanivel sudah lima penggal bertanding di situ. Samy Vellu dan Palanivel 'pencen' selepas kalah dalam PRU12 . Jika Palanivel menjadi Presiden MIC, ini bermakna beliau menjadi presiden tanpa kawasan diwakili . Masalahnya 6000 pengundi yang menyokong 3 Adun tidak menokong beliau. 3 Adun itu ialah di Batang Kali,Hulu Bernam dan Kuala Kubu Baru.[3] Pada 3 Mei 2010, Palanivel dilantik sebagai Senator bagi memenuhi kuota MIC.

Rujukan[sunting | sunting sumber]