Bandar Miri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Miri
Mohor  bagi Miri
Mohor
Lokasi di Malaysia
Lokasi di Malaysia
Koordinat: 4°23′34.74″N 113°58′49.08″E / 4.3929833°U 113.9803000°T / 4.3929833; 113.9803000
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
Penubuhan Pihak berkuasa tempatan
(Dikurniakan status bandaraya pada tahun 2005)
Kerajaan
 - Datuk Bandar Lawrence Lai Yew Son
Kawasan
 - Jumlah 1,838.71 batu persegi (4,707.1 km²)
Ketinggian 72 kaki (21.95 m)
Kepadatan (2010)
 - Jumlah 358 020
 - Kepadatan 130.31/batu persegi (50.90/km²)
Zon masa MST (UTC+8)
 - Musim panas (DST) Not observed (UTC)
Laman web: http://www.miricouncil.gov.my/
Bandar Miri

Bandar Raya Miri yang terletak di Miri (pron.: /ˈmɪər/), Sarawak merupakan bandar pertama bukan ibu negeri yang mendapat taraf bandar raya. Miri mendapat kenaikan status ini pada 20 Mei 2005 yang membawa gelaran "Bandaraya Peranginan".

Miri merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak, dengan jumlah penduduk kira-kira 350,000 orang. Kemajuan bandar ini adalah kerana kayanya daerah ini dengan sumber asli, terutamanya petroleum.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Awal[sunting | sunting sumber]

Pendudukan terawal manusia di kawasan ini pada zaman lampau 35,000 BC yang dikesan di Gua Niah.[1]

Perang Dunia Kedua[sunting | sunting sumber]

Menyedari bahawa peperangan bakal berlaku, kerajaan Brooke, di bawah Sir Charles Vyner Brooke, menjalankan kerja-kerja awal untuk mewujudkan lapangan terbang di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara. Lapangan terbang tersebut dibina di Kuching, Oya, Mukah, Bintulu dan Miri [2]

Dengan tiada angkatan tentera udara atau laut yang ditempatkan di dalam atau di sekitar Sarawak, kerajaan British menggalakkan angkatan Brooke untuk mengamalkan "Dasar Bumi Hangus" dalam peristiwa pendudukan Jepun. Rentetan daripada hal tersebut, skim telah dibangunkan untuk memusnahkan peralatan menggali minyak di Miri dan Lutong [3] Kerajaan Brooke mengetahui tentang serangan Jepun ke atas Pearl Harbor (7 Disember 1941) dan tanpa berlengah mengarahkan pemusnahan medan minyak dan lapangan terbang udara di Miri dan Seria. Surat perintah untuk perobohan penapisan di Lutong dan telaga minyak sampai kepada pegawai pemerintah di Miri pada pagi 8 Disember, dan pada petang itu juga, tugas itu telah disempurnakan. Garrison, seramai 2/15 Rejimen Punjabi, yang kemudiannya meninggalkan Miri pergi ke Kuching melalui laut pada 14 Disember [2] Jepun menawan bandar tersebut pada 17 Disember [4]

Pada 19 Disember 1941, bot terbang Belanda daripada Pulau Tarakan menyerang kapal pemusnah Jepun Shinonome, (Komander Hiroshi Sasagawa) seberat 1,950 tan diusir dari Miri; kapal itu tenggelam bersama-sama dengan anak-anak kapalnya sebanyak 228 [5] Sebuah lagi bot terbang menyerang kapal pengangkutan.

Sejarah Mutakhir[sunting | sunting sumber]

Pencarian minyak terawal dalam catatan rasmi di Malaysia berlaku pada Julai 1882 oleh Residen British daerah Baram di Sarawak. Minyak ini digunakan oleh penduduk tempatan untuk tujuan perubatan dan seterusnya untuk menyala lampu dan mengalisairkan bot. Penerokaan komersial hanya bermula pada tahun 1910 apabila Syarikat Petroleum Anglo-Saxon, perintis kepada Sarawak Shell masa kini yang diberi hak eksklusif untuk penerokaan petroleum di Sarawak, menemui minyak di pekan Miri, menandakan bermulanya industri petroleum Malaysia.

Pada 1950-an, perhatian diberi kepada lautan kerana lapangan minyak di Miri makin kekeringan hasil. Ini dibolehkan lagi oleh perkembangan baru dalam teknologi penggalian petroleum di lautan. Pantauan seismos marin dijalankan buat julung kali di Sarawak pada tahun 1954. Peralihan ke hasil dalam lautan mula menunjukkan hasil pada tahun 1962 apabila minyak ditemui dalam dua kawasan luar pesisir Sarawak, diikuti banyak lagi pencarian lain dalam masa yang singkat. Platform minyak luar pesisir yang pertama didirikan ialah Lutong Barat yang terletak kira-kira enam batu dari pantai.

Lapangan minyak daratan yang terakhir ditutup pada awal 1970-an sementara penghasilan minyak dari luar pesisir Miri dimulakan. Miri mula berkembang pesat sejak Parlimen menguatkuasakan Akta Petroleum yang mengehendaki Shell dan Exxon untuk berkongsi hasil jualan minyaknya dengan rakyat Malaysia. pada masa ini juga, Miri mula mengembangkan industri perkhidmatan dan pelancongannya.

Pada tahun 1989, keluarnya cadangan berwawasan untuk Miri dijadikan bandaraya. Cadangan ini meraih restu kerajaan negeri Sarawak pada tahun 1993. Forum awam diadakan pada tahun 1994 dan satu kempen pengumpulan tandatangan besar-besaran diadakan pada tahun 2004 dan lebih satu per tiga populasi Miri telah meninggalkan tandatangan mereka sebagai tanda sokongan kepada usaha kerajaan bagi Miri meraih status bandaraya. Miri menyediakan rangka tindakan bandaraya pada awal 2000-an, sementara kerajaan bersama-sama sektor swasta telah mnunjukkan kemampuannya untuk memenuhi sepuluh kriteria utara yang digariskan Kerajaan Persekutuan untuk menjadi bandaraya. Kerajaan Negeri Sarawak meluluskan permohonan Majlis Perbandaran Miri untuk Miri dinaik taraf menjadi bandarata dan sejajar dengan itu, Majlis Perbandaran dinaik taraf menjadi Majlis Bandaraya Miri pada 20 Mei 2004. Kerajaan Persekutuan meluluskan permohonan ini pada 16 Mac 2005. Yang di-Pertua Negeri Sarawak menitahkan penubuhan Majlis bandaraya Miri pada 12 Mei 2005. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XII mengutuskan Surat Cara pengurniaan status bandaraya bagi nama "Majlis Bandaraya Miri" pada Majlis Perbandaran Miri dengan bidang kuasa penuh terhadap bandaraya Miri pada 13 Mei 2005. Pelantikan Datuk Bandar, Timbalan Datuk bandar dan anggota-anggota Majlis Bandaraya Miri diterbitkan dalam Warta Kerajaan Sarawak pada 19 Mei 2005. Pada 20 Mei 2005, pengisytiharan rasmi Bandaraya Miri dan pelantikan Cr. Dato Wee Han Wen sebagai Datuk Bandar pertama Majlis Bandaraya Miri diadakan di Miridan disusuli sambutan hari bandaraya. Kini, Hari Bandaraya Miri disambut pada 20 Mei setiap tahun.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Bangsa/Kaum/Etnik[sunting | sunting sumber]

Kumpulan populasi penduduk Bandaraya Miri terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik. Antara suku kaum yang terdapat di Miri ialah suku kaum Iban, Melayu (yang juga terdiri daripada pecahan orang Melayu asli, pengambil nama timangan oleh kaum Jatti Miriek, Daleik, dan orang Bakong), Cina, Kedayan, Berawan, Melanau, Lun Bawang/Lun Dayeh, Kayan, Kenyah, Kelabit, Bidayuh, Penan, India, kelompok bangsa Serani dan penduduk asli yang lain.

Agama/Kepercayaan[sunting | sunting sumber]

Sesuai sebagai tempat yang menjadi tumpuan penduduk yang berbilang bangsa, kepelbagaian anutan agama turut wujud. Antaranya kepercayaan agama nenek moyang (kepercayaan roh dan kesukuan (tribal)), agama Kristian (Katolik, Methodist, Sidang Injil Borneo (SIB), Anglikan), Islam, Buddha, Hindu, kepercayaan Bahá'í dan kepercayaan minoriti yang lain.

Iklim[sunting | sunting sumber]

Iklim di Miri bersifat iklim hutan hujan tropika. Terdapat dua musim monsun yang dialami oleh tempat ini iaitu; Monsun Barat Daya, iaitu musim kering yang berlaku pada bulan April sehingga bulan September dan Monsun Timur Laut, iaitu musim tengkujuh yang berlaku pada bulan Oktober sehingga bulan Mac. Sukatan hujan tahunan adalah sekitar 250 sentimeter hingga 380 sentimeter (100 hingga 150 inci). Suhu udara/keliling ialah sekitar 23 °C hingga 32 °C (74°F hingga 90 °F) yang dialami sepanjang tahun. Kadang-kala, suhu udara/keliling boleh jatuh sehingga ke paras 18 °C hingga 16 °C, terutamanya dalam bulan November, Disember dan Januari. Suhu keliling terendah yang pernah direkodkan ialah pada bulan Disember 2010, yang mencatatkan sehingga serendah 11 °C. Pada 2 Febuari 2012, cuaca berkabus meliputi seluruh bandaraya, mengurangkan tahap penglihatan sehingga 40 peratus dan suhu terendah dicatatkan pada bulan tersebut ialah 16 °C pada awal pagi sehingga jam 10 pagi.

  • Rujuk rencana Miri dalam bahasa Inggeris

Fenomena El Nino turut dialami di Miri, seperti kebanyakan tempat di Malaysia.

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

(perlu ditambah)

Bangunan[sunting | sunting sumber]

  • Kompleks Mahkamah Miri
  • Hospital Miri
  • Dewan Suarah Miri
  • Pustaka (Perpustakaan)
  • Kolam Renang Miri (Miri Swimming Pool)
  • Stadium Miri (Miri Stadium)
  • Stadium Tertutup Miri (Miri Indoor Stadium)
  • Miri Go-kart

Jalan raya[sunting | sunting sumber]

  • Miri By-Pass
  • 2 Flyover (nama?)

Pengangkutan/Perhubungan[sunting | sunting sumber]

Lapangan Terbang Miri

Melalui Udara[sunting | sunting sumber]

Lapangan Terbang Miri menerima penerbangan dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching, Singapura, Kota Kinabalu, Labuan, Sibu, Bintulu, Marudi, Limbang dan penerbangan dari bandar-bandar kecil dari seluruh Sarawak. Lapangan terbang ini juga merupakan pusat/hab/tonggak perhubungan terpenting bagi MASwings untuk menghubungkan kawasan-kawasan terpencil di kawasan pedalaman seperti Loagan Bunut, Ba'kelalan dan Bario. Di samping itu, lapangan terbang ini menjadi laluan udara utama untuk ke taman-taman negara seperti Taman Negara Mulu, Taman Negara Niah dan Taman Negara Lambir Malaysia Airlines dan AirAsia merupakan pengendali utama penerbangan ke Miri.

Melalui Darat[sunting | sunting sumber]

Selain itu, Miri boleh dicapai/diakses melalui jalan darat dari Sabah melalui Bandar Seri Begawan, (Brunei) berturutan sehingga ke Baram dan Limbang serta dari Bintulu melalui Batu Niah dengan menggunakan Pan Borneo Highway.

Perkhidmatan pengangkutan awam di Miri seperti bas awam, teksi, dan kereta sewa turut disediakan. Bas awam berhawa dingin dan biasa digunakan oleh penduduk tempatan dan orang asing untuk ke bahagian-bahagian Bandaraya Miri seperti Permyjaya, Tanjong Lobang, Bakam, Lutong, Pujut, Taman Tunku dan sebagainya. Bas-bas awam ini mempunyai kod tempat tersendiri yang selalunya dipamerkan di hadapan bas. Teksi selalunya digunakan untuk membawa pelancong dari Lapangan Terbang Antarabangsa Miri ke tempat penginapan. Kereta sewa ditawarkan perkhidmatan oleh syarikat-syarikat tertentu untuk bersiar di sekitar bandaraya dan kenderaan persendirian prebet (private) digunakan untuk ke luar bandar, khususnya ke Bekenu dan Kuala Baram.

Kod bagi kenderaan berdaftar di Miri ialah QM.

Bandar Raya Miri mempunyai zon meletak kenderaan yang ditetapkan mengikut warna mewakili jam yang menggunakan sistem kupon letak kenderaan yang boleh didapati di pondok-pondok kupon dan permis-permis perniagaan yang mendaftar untuk menjual kupon letak kenderaan. Kupon ini hanya untuk kenderaan selain motosikal. Di samping itu, tempat letak kereta swasta (selalunya berdekatan dengan pusat beli-belah utama) dan persendirian turut ditawarkan sebagai alternatif dengan bayaran mengikut jam, harian dan bulanan pada kadar berpatutan. Tempat khusus untuk meletak motosikal turut disediakan Majlis Bandar Raya Miri (MCC) dengan palang besi untuk mengunci motosikal bagi tujuan keselamatan kenderaan tersebut semasa ketiadaan empunya.

Melalui Air[sunting | sunting sumber]

Sejak dahulu lagi, sungai merupakan sahabat sejati bagi penduduk tempatan untuk berhubungan antara satu sama lain. Jalan air digunakan sekiranya untuk ke kawasan pedalaman yang sukar dicapai atau tiada jalan darat dan sebagai jalan alternatif yang lebih memakan masa bagi para pelancong yang ingin menikmati suasana kehijauan dan alam semulajadi sepanjang perjalanan ke tempat seperti Taman Negara Mulu, Bario dan sebagainya. Bot laju (express) untuk ke Marudi dari pekan-pekan kecil di Miri seperti Lapok turut disediakan.

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Berasal hanya sebagai sebuah pekan minyak yang sibuk, kini, Miri juga tidak ketinggalan mengalami pemesatan ekonomi sehingga statusnya dinaiktaraf sebagai bandaraya pelancongan yang baru. Pemandangan latar langit Miri turut banyak berubah sepanjang tempoh ini. Terdapat pelbagai rancangan kemajuan yang dirangka untuk Bandaraya Miri. The Miri Waterfront dan Marina Park merupakan beberapa contoh projek infrastruktur yang bakal mengangkat lagi Bandaraya Miri pada masa hadapan.

Bandar Miri mempunyai atmosfera dan suasana yang cukup damai dan kasual, dipenuhi dengan pelbagai jenis pusat komersial moden, namun, pada masa yang sama turut mengekalkan nilai dan jualan barangan produk penduduk tempatan dan barangan tradisional setempat. Antara pusat komersial ialah taman yang menarik, pantai dan kelab hiburan serta restoran yang mewah dan lengkap. Bandaraya Miri dijangka menjadi sebuah kota yang bergemerlapan sehingga menjajar ke kota-kota lain di pesisir pantai barat utara Borneo.

Selain itu, Miri juga turut digelar sebagai Gerbang Utara/Pintu Masuk Utara ke Sarawak dan menjadi salah satu tarikan pelancongan utama di negeri ini. Miri yang mempunyai banyak aset-aset semulajadinya telah mengagumkan ramai pelancong dari dalam dan luar negara yang datang berkunjung. Hal ini kerana, Miri dikelilingi oleh empat buah taman negara bertaraf antarabangsa yang diiktiraf sebagai tapak warisan UNESCO seperti Gunung Mulu, Gua Niah, Bukit Lambir dan Loagan Bunut.

Monumen Semulajadi[sunting | sunting sumber]

Taman Negara[sunting | sunting sumber]

Taman Negara Gunung Mulu diperakui sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO mempunyai lubang gua semulajadi terbesar di dunia, iaitu Lubang Nasib Bagus (Sarawak Chamber) yang diiktiraf UNESCO sebagai tapak warisan dunia. Gua Niah di Taman Negara Niah ialah sebuah tapak arkeologi dan sejarah yang penting kerana di sinilah tempat para ahli arkeologi menjumpai salah satu tulang rangka manusia tertua di Asia Tenggara. Taman Negara Bukit Lambir (atau Taman Negara Lambir) dihuni oleh beraneka spesis flora dan fauna dan menduduki tempat ke-12 di kalangan tapak yang paling banyak kepelbagaian hidupannya (biodiversiti) di dunia. Di Taman Negara Loagan Bunut pula terletaknya tasik semulajadi terbesar di Sarawak serta kepelbagaian spesis burung.

Pantai[sunting | sunting sumber]

Berlatarkan langit yang menghadap ke Laut China Selatan mengarah ke barat, Miri yang terletak berdekatan dengan laut juga turut dianugerahkan dengan pantai-pantai yang indah dan permai seperti Tanjong Lobang (Taman Selera), Luak Esplanade, Hawaii Beach, Pantai Lutong (Lutong Beach), Pantai Bungai (Bungai Beach), Pantai Peliau dan Pantai Tusan di Bekenu dan sebagainya.

Batu Karang/Dasar Laut[sunting | sunting sumber]

Selain itu, terdapat juga Taman Negara Marin Miri-Sibuti yang baru diwartakan dan mempunyai salah satu terumbu karang yang tercantik di rantau ini serta kaya dengan keunikan kepelbagaian hidupan air/akuatiknya.

Monumen Buatan[sunting | sunting sumber]

Tempat Bersejarah[sunting | sunting sumber]

Grand Old Lady dan Muzium Sains Petroleum[sunting | sunting sumber]

"The Grand Old Lady" ialah gelaran bagi Telaga Minyak Miri yang juga telaga terawal ("Oil Well No. 1") di Miri yang kini dijadikan tarikan pelancong terkenal, ditubuhkan pada awal 1900-an kerana sumber minyaknya. Telaga minyak ini terletak di atas Bukit Telaga Minyak, atau dahulunya dipanggil Bukit Kanada (Canada Hill) (mengikut cerita orang tua, suatu ketika dahulu, terdapat seorang kulit putih warga Kanada yang pernah tinggal di sana yang bekerja mencari pekerja tempatan dan asing untuk bekerja di lapangan minyak di sekeliling bukit tersebut). Oil Well No. 1 didirikan oleh Syarikat Shell pada tahun 1910. Setelah enam dekad menghasilkan kira-kira 660,000 tong minyak, akhirnya telaga ini ditutup pada tahun 1972, yang seterusnya diisytiharkan sebagai sebuah monumen kebangsaan.

Sebelum itu, pernah wujud sebuah menara pengawasan berdekatan monumen ini di mana para pengunjung boleh melihat pemandangan bandaraya Miri dengan berlatarkan Laut China Selatan sebagai kaki langitnya (horizon). Menara itu dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan Muzium Sains Petroleum Miri dan kini diganti dengan platform pemandangan yang disediakan di atas bangunan ini. Muzium ini juga mempunyai tarikan tersendirinya yang menawarkan pelbagai jenis pameran berkaitan dengan industri minyak, sinonim dengan gelaran bandaraya ini, Miri Oil Town (Bandar Minyak).

Tugu Jepun[sunting | sunting sumber]

Tugu Jepun dibina bersempena pendudukan Jepun pada tahun 1942 di Sarawak. Miri merupakan tempat pertama pendaratan askar-askar Jepun sebelum berpecah untuk mara ke kawasan selatan Sarawak (sampai ke Kuching) dan ke Sabah di utara bagi menentang kuasa Barat (British) yang memerintah pada ketika itu. Nama Tanjong Lobang dipercayai bersempena dengan lubang rahsia yang digali untuk kemudahan pergerakan tentera penjajah di tanjung tersebut. Versi lain asal-usul nama Tanjong Lobang dipercayai adanya lubang hasil hakisan alam di tanjung tersebut. Lokasi sebenar lubang tersebut tidak diketahui atau telah ditelan zaman/hasil pembangunan di tanjung tersebut. Tugu Jepun ini boleh dilihat di Tanjong Lobang, bersebelahan sekolah menengah Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang dan rumah api (lighthouse). Monumen bersejarah ini dibawah seliaan Jabatan Laut Miri.

Taman Awam[sunting | sunting sumber]

Taman Awam Miri

Miri mempunyai 14 taman awam dan tempat rekreasi. Antaranya ialah Taman Bulatan Miri (taman tasik), Luak Bay Esplanade (taman pesisir pantai), Taman Selera (kawasan perkelahan), Taman Awam Miri dan Miri City Fan yang paling terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Miri City Fan atau Taman Kipas Miri, ialah sebuah taman 10.4 hektar yang terletak di pusat bandar, pernah dianugerahkan sebagai taman bandaraya berlandskap terbaik di Malaysia pada tahun 2001.

Rumah Ibadat[sunting | sunting sumber]

Tokong Lian Hua San[sunting | sunting sumber]

Tokong Taoisme besar yang terletak di pinggir bandar Krokop di Miri ialah tokong Taoisme terbesar di Asia Tenggara. Seni bina luar biasa dan arca yang rumit di tokong ini banyak menarik kedatangan pelancong untuk menziarah tempat ini.

Beli-belah[sunting | sunting sumber]

Miri juga dikenali sebagai tumpuan beli-belah dalam kalangan rakyat tempatan dan Brunei kerana harga barangnya yang berpatutan dan murah. Antara pusat beli-belah tersohor di Miri termasuklah Bintang Plaza (atau lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Parkson/Paksen/Paxen), pusat beli-belah yang sering menjadi tumpuan golongan muda-mudi; Boulevard Shopping Complex, Imperial Shopping Mall, E-Mart, Miri Plaza, Miri Square, Wisma Pelita Mall dan lain-lain lagi. Selain itu, terdapat beberapa buah pusat beli-belah baharu yang sedang dan telah siap dibina seperti MYY Mall di Lutong, Permy Mall di Bandar Baru Permyjaya dan Merdeka Mall di Morsjaya.

Tambahan pula, Miri turut terkenal kerana hasil kraftangannya, terutamanya keluaran bermanik. Kedai kraftangan sepanjang Jalan Bendahara, dan Jalan Brooke merupakan destinasi pilihan di kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Pusat Kraftangan Miri (Miri Handicraft Center) di simpang Jalan Merbau dan Jalan Brooke dijadikan tempat pilihan pemburu hasil kraftangan dan cenderahati yang berkualiti.

Selain itu, pasar malam (night market) ada di Miri yang selalunya beroperasi pada hari Khamis hingga Sabtu. Antara kawasan pasar malam popular ialah 'Saberkas', 'Morsjaya' dan yang terbaharu diwartakan berada di (info diperlukan). Pasar malam ini menawarkan pelbagai jenis jualan yang terdiri daripada makanan, minuman, pakaian, keperluan harian, aksesori dan sebagainya. Tawar-menawar merupakan suatu kebiasaan dan kelebihan semasa berkunjung di sini.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

SMK Chung Hua Miri

Pendidikan Pra Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Tiada data, perlu ditambah

Pendidikan Rendah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

SK Jalan Bintang, SK Riam Batu Dua, SK Anchi, SK Pujut Corner, SK Kpg Luak, SK Pulau Melayu, SK Temenggong Datuk Muip, SK Tudan, SK Pendidikan Khas (P), SK Merbau, SK Senadin, SK Miri, SK Sayed Othman, SK Lutong, SK Lambir Village

(dan sebagainya)

Sekolah Jenis Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

SJK(C) Chung Hua Miri, SJK(C) Chung Hua Krokop, SJK(C) Chung Hua Lutong, SJK(C) Chung Hua Pujut, SJK(C) Chung Hua Bakam, SJK(C) Chung San Miri, SJK(C) Chung Hua Tudan, SJK(C) North, SJK(C) Tukau

(dan sebagainya)

Sekolah Agama/Mubaligh[sunting | sunting sumber]

SK Agama Miri, SK St Columba, SK St Joseph

Pendidikan Menengah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

SMK Dato Permaisuri, SMK Luak, SMK Baru, SMK Riam, SMK Lopeng Tengah, SMK Merbau, SMK Taman Tunku, SMK Pujut, SMK Lutong, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, SM Sains Miri

(dan sebagainya)

Sekolah (Jenis) Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

SMK Chung Hua

Sekolah Agama/Mubaligh[sunting | sunting sumber]

SMK Agama Miri, SMK St Joseph, SMK St Columba

Sekolah Menengah Vokasional[sunting | sunting sumber]

SMV Miri

Pendidikan Tinggi[sunting | sunting sumber]

Curtin University, Kampus Sarawak, Malaysia merupakan sebuah kampus luar pesisir Curtin University, Australia Barat, dan menjadi universiti asing pertama di Malaysia Timur. Mula dibuka pada tahun 1999 dengan kerjasama Kerajaan Sarawak, universiti ini menyediakan perkhidmatan keperluan pendidikan untuk penduduk tempatan dan orang asing.

Di samping itu, kemudahan pendidikan tinggi/lanjutan di Bandaraya Miri termasuklah Open University Malaysia (Miri Campus), Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sarawak (IPGMS), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Latihan Perindustrian Miri (ILP), Kolej Komuniti Miri, Riam Institute of Technology, IBS College, Fajar International College, Tenby International School dan sebagainya.

Kempen[sunting | sunting sumber]

Di Miri, kempen "Tiada Beg Plastik" (No Plastic Bag Campaign) diwujudkan di gedung beli-belah utama bagi menyokong usaha untuk kempen bumi hijau yang diuar-uarkan di seluruh dunia. Lain-lain kempen seperti kempen menjaga kebersihan bandar dan sebagainya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]