Jalan Negeri Kedah K731

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K731
Jalan Bukit Terabak–Kampung Rambong
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Baling
Panjang3.98 km[1] (2.47 mi)
Simpang utama
Hujung barat daya FT 67 di Kampung Bukit Terabak
Persimpangan utama
Hujung tenggara K711 di Kampung Rambong
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K731 (dikenali sebagai Jalan Bukit Terabak–Kampung Rambong) ialah jalan negeri barat laut-tenggara yang terletak di Daerah Baling, dalam negeri Kedah, Malaysia.[1][2] Pewartaan jalan negeri ini terletak di bahagian tengah Daerah Baling dalam zon Mukim Kupang. Penghujung barat laut K731 terletak di simpang FT 67 di Kampung Bukit Terabak manakala penghujung tenggaranya terletak di simpang K711 di Kampung Rambong, dengan panjang jajarannya mencecah 3.98 kilometer (2.5 bt).[1][3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

K731 bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Bukit Terabak, di simpang tiga FT 67 (Jalan Sungai Petani–Baling), tidak jauh daripada pusat bandar Kupang. Jalan raya ini menuju ke tenggara dengan menelusuri kawasan perkampungan dan pertanian yang berada di dalam kawasan Kampung Bukit Terabak dan Kampung Terbak. Berdekatan dengan punca bagi cabang sungai Sungai Ketil ke-42 di bahagian utara Kampung Rambong, K731 akan membuat pertemuan dengan K767 (Jalan Kupang–Baling). Jajaran K731 akan diteruskan menuju ke arah tenggara lalu membengkok ke selatan untuk membuat pertemuan antara K711 (Jalan Pulai–Kampung Jerai) sebagai penamatnya, secara simpang tiga di kawasan perkampungan yang sama iaitu Kampung Rambong.[1][4]

Secara keseluruhan, jajaran Jalan Negeri K731 yang telah diwarta terletak dalam kawasan luar bandar di bahagian tengah Daerah Baling.[3][4] K731 merupakan jalan raya tunggal timur-barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Daerah Baling, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[4] Nama jalan raya bagi K731 yang diwarta dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) ialah Jalan Bukit Terabak–Kampung Rambong.[1][2]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Baling, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Bukit Terabak0.00 FT 67Baling, Kampung Charok BembanPenamat barat laut
Kampung Rambong2.50K767 K767Kupang, Kampung Teluk Durian
3.98 K711Kampung Jerai, Kampung SeraPenamat tenggara
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Kementerian Kerja Raya Malaysia (2016). "MyRoad–Pedia For Public". mygos.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b Jurutera Daerah JKR Daerah Baling (2022). "Dokumen Sebutharga: Sebutharga Kerja-Kerja Memotong Rumput dan Senggara Sistem Perparitan Serta Lain-Lain Yang Berkaitan di Jalan Negeri (Zon 2) Daerah Baling, Kedah Darul Aman (Pakej 1)" (PDF). idaftar.kedah.gov.my. Kerajaaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2022. Dicapai pada 24 Januari 2022.
  3. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]