Ong Ka Ting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Tan Sri
 Ong Ka Ting
Ong Ka Ting

Tempoh berjawat
23 Mei 2003 – 18 Oktober 2008
Didahului oleh Tun Dr. Ling Liong Sik
Digantikan oleh Datuk Seri Ong Tee Keat

Menteri Pengangkutan
Digantikan oleh Datuk Seri Ong Tee Keat

Ahli Parlimen
bagi kawasan Kulai, Johor
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
21 Mac 2004

Tarikh lahir 15 November 1956
Tempat lahir Perak
Parti politik Flag of the Malaysian Chinese Association.svg-BN-100px.jpg MCA - BN
Pasangan Puan Sri Wendy Chong Siew Mei
Tempat tinggal Taman Midah, Cheras
Pekerjaan Ahli politik
Agama Buddhisme

Tan Sri Ong Ka Ting (Bahasa Cina: 黃家定; pinyin: Huáng Jiādìng) (lahir 15 November 1956 ) adalah seorang ahli politik Malaysia dan merupakan bekas presiden MCA. Beliau dilahirkan di Perak.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Ong memperolehi Sarjana Muda Sains dari Universiti Malaya, major dalam Matematik dan Kimia pada tahun 1980. Dia memulakan kerjaya beliau sebagai seorang guru di Sekolah Tinggi Katolik di Petaling Jaya in 1981 hingga 1984. Dia berkahwin dengan Puan Sri Wendy Chong Siew Mei. Pasangan ini dianugerahkan dengan dua anak, Li En dan Xing Yang.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Dari tahun 1986 hingga 1990, Ong merupakan setiausaha politik kepada Menteri Pengangkutan. Selepas memenangi pilihanraya umum 1990, beliau telah dilantik menjadi setiausaha parlimen kepada kementerian kesihatan dari 26 Oktober 1990 hingga 24 Februari 1991. Kemudian Ong dilantik menjadi setiausaha parlimen kepada kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dari 25 Februari 1991 hingga April 1995, sebelum dinaikkan menjadi Timbalan Menteri dalam kementerian yang sama pada 3 Mei 1993.

Dalam tahun 1999, dia telah dinaikkan menjadi menteri penuh di Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, kedudukan yang dipegang beliau sehingga 2008, apabila beliau meminta untuk tidak diberi sebarang jawatan Kabinet ekoran prestasi buruk MCA dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum Malaysia Ke-12 pada 8 Mac 2008, walaupun beliau memenangi kerusi Parlimen Kulai yang ditandinginya. Menurut beliau, beliau mahu memfokuskan tenaganya dalam menstrukturkan semula MCA bagi mendapat kembali sokongan pengundi Cina. Portfolio beliau dalam Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan diserahkan kepada abangnya, Ong Ka Chuan, yang merupakan ahli Parlimen Tanjung Malim, Perak serta Setiausaha Agung MCA dan Ketua MCA Perak.

Pilihan raya Malaysia 2008[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Ong Ka Ting bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Kulai , negeri Johor. Ong Ka Ting telah menang dengan mendapat undi sebanyak 32017.

Calon lawan ialah Ng Pack Siong dari DAP mendapat 20,273 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 79.68 %. Undi rosak sebanyak 1327.

Bertanding semula Presiden MCA[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Jun 2008, beliau menyerahkan jawatan presiden MCA kepada Datuk Seri Ong Tee Keat dengan harapan MCA akan bersatu, selamat dan dipulihkan daripada tsunami 8 Mac 2008.Antara perubahan yang dilakukan sejak menjadi presiden pada 2003 ialah menghadkan tempoh memegang jawatan presiden kepada 9 tahun sahaja. Sistem kewangan turut diperbaiki supaya parti bebas daripada hutang lapuk.

Pada 16 Mac 2010, Ong Ka ting mengumumkan bertanding semula bagi jawatan Presiden MCA dalam Pemilihan MCA 2010 pada 28 Mac 2010. Beliau bertanding semula atas permintaan perwakilan, veteran dan ahli MCA menerusi sms, e-mel dan telefon. Tujuannya bagi menstabilkan keadaan dan menangani masalah dalaman parti MCA secepat mungkin.

Krisis dalam membazirkan banyak masa parti sedangkan PRU13 semakin hampir. Parti MCA mungkin akan dibubarkan sebagaimana UMNO pada 1988 jika krisis berterusan. Mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA pada Oktober 2009 meluluskan usul undi tidak percaya terhadap Ong Tee Keat dan timbalannya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang dipecat daripada jawatan tersebut. Ekoran itu, naib presidennya, Tiong Lai dilantik timbalan presiden. Bagaimanapun selepas itu Soi Lek disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih sah sebagai timbalan presiden.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Presiden MCA
Mei 2003 – Kini
Penyandang Kemudian
Tun Dr. Ling Liong Sik '
Penyandang Terdahulu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
1999– 2008
Penyandang Kemudian
Dr. Ting Chew Peh Ong Ka Chuan