Mohd Pierre Andre

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pierre Andre
Pierre-Andre.jpg
Kelahiran Mohd Pierre Andre bin Nazarul Andre
17 Mac 1985 (29 tahun)
Warganegara Malaysia Malaysia
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 2005 - kini
Ibu bapa Khatijah Tan (ibu)

Mohd Pierre Andre bin Nazarul Andre atau lebih dikenali sebagai Pierre Andre merupakan seorang pelakon, pengarah, dan penulis di Malaysia.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur pada 17 Mac 1985 dan merupakan anak lelaki kepada Khatijah Tan. Memulakan karier lakonan filem menerusi Cinta Fotokopi, beliau terus meniti perjalanan seninya dengan bernaung bawah MIG Talent[1]. Belaiu terus memegang watak-watak utama dalam filem pada tahun 2005. Beliau mula menyerlah menerusi filem Salon dan Gol & Gincu. Kini, beliau masih aktif mengarah filem di bawah Metrowealth Movies Production.

Seperti beberapa selebriti Malaysia yang lain seperti Iwan Dangdut, Dr. Sam, Syed Samudera, Yassin Senario dan beberapa lagi, beliau telah berhijrah ke arah islamik, dan kini aktif bersama jAmaah islam untuk usaha atas iman, berdakwah dan bertabligh[2] di sekitar Hulu Klang, Selangor. Setakat ini sudah lima bulan beliau membuat aktiviti dakwah bersama jamaah dengan keluar tiga hari tiap-tiap bulan.[perlu rujukan]

Bidang pengarahan beliau bermula apabila ditawarkan mengarah filem 9 September (filem), selepas kejayaan beliau menulis skrip Jangan Pandang Belakang. Filem tersebut mendapat sambutan menggalakan dengan mengutip lebih RM 1 juta. Dengan langkah kanan, beliau terus mengarah filem seram bertajuk Jangan Tegur.

Ketika malam Anugerah Skrin 2012, beliau yang telah menerima Anugerah Yasmin Ahmad telah membuat ucapan dakwah dan menyebut kalimah syahadah di hadapan ribuan penonton dan peminat yang hadir.[perlu rujukan]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pergeseran dengan David Teo[sunting | sunting sumber]

Pergeseran antara beliau dengan penerbit, David Teo[3], berlaku apabila David Teo menegur cara pengarahan beliau menerusi filem Jangan Tegur. Hal ini memberi sedikit gangguan kepada Pierre untuk mengarah filem. Selepas dari filem ini, beliau terus keluar dari MIG Talent dan mengikat kontrak dengan syarikat filem lain. Akibat daripada pergeseran tersebut, beliau digugurkan dari membintangi filem Jangan Pandang Belakang Congkak dan wataknya digantikan dengan Shaheizy Sam.

Selepas hampir 3 tahun bermasam muka, akhirnya beliau berbaik semula dengan David Teo dan mengikat kontrak semula dangan MIG Talent. Beliau memohon maaf kepada David Teo atas kesilapan yang dilakukan oleh beliau. David menganggap teguran beliau atas dasar seorang bapa yang menegur anaknya[4].

Filem[sunting | sunting sumber]

  • Sepi (2008)
  • Dunia Baru The Movie (2008) - (Pelakon Utama)
  • Jangan Pandang Belakang (2007) - (Pelakon Utama)
  • 9 September (2007) - (Pelakon Utama)
  • Cinta (2006) - (Pelakon Utama)
  • Main-Main Cinta (2006) - (Pelakon Pembantu)
  • Aku Bukan Bujang (2008)- (Pelakon Utama)
  • Salon (2005) - (Pelakon Utama)
  • Gol & Gincu (2005) - (Pelakon Utama)
  • Lady Boss (2005) - (Pelakon Tambahan)
  • Cinta Fotokopi (2005) - (Pelakon Pembantu)
  • Potret Mistik (2005)- (Pelakon Tambahan)
  • Al-Hijab (2011)- (Pelakon Utama, Pengarah, Penulis Skrip)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]