Muzik Aktif
| Muzik Aktif | |
|---|---|
![]() |
|
| Tarikh pelancaran | 1 September 2006 |
| Pemilik | Radio Televisyen Malaysia |
| Format gambar | 576i (SDTV) |
| Cogan kata | Segalanya Muzik |
| Negara | |
| Saluran kembar | TV1 TV2 |
| Ketersediaan | |
| Terestrial | |
| Digital | |
Muzik Aktif merupakan saluran muzik 24 jam yang dikendali oleh perbadanan Radio Televisyen Malaysia. Saluran ini merupakan saluran digital Malaysia pertama melalui Projek Perintis Pendigitalan Penyiaran RTM. Saluran ini kali pertama diperkenalkan kepada penduduk Lembah Kelang secara digital melalui siaran percubaan mulai 1 September 2006. Saluran ini secara khusus menyiarkan program muzik tempatan seperti klip video penyanyi tempatan yang meliputi pelbagai genre, bahasa, budaya dan etnik di Malaysia serta program hiburan terbitan tempatan.
RTM telah menggunakan platform Astro sebagai langkah awal untuk memperkenalkan lebih banyak saluran digital pada masa akan datang. Muzik Aktif disiarkan melalui sejak 16 Mac 2009 di saluran 180.[1] Muzik Aktif digantikan dengan saluran TVi pada 10 April 2011[2], tetapi masih boleh diterima menerusi siaran televisyen terestrial digital.[3]
Slot [sunting]
- Aktif @ Pagi
- Muzikal Aktif
- Ritma - pakej lagu-lagu dari genre Etnik Kreatif, Tradisional, dan Dangdut
- Hits Aktif - pakej lagu-lagu dari genre pop, balada, rock dan urban popular semasa
- Prima Aktif - rancangan waktu perdana
- Harmoni- Klip Klip video yang bekisarkan budaya etnik masyarakat seluruh Malaysia
- Getaran
- Anjung Budi
- Zoom In
- Down Memory Lane
- Konsert Akustika
- Hiburan Minggu Ini
- Salam Pantai Timur
- pakaj rancangan swasta
- Gema Nurani dan Gema Mentari - pakej lagu-lagu dari genre nasyid
Rujukan [sunting]
- ↑ http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=394530
- ↑ Siaran TVi RTM bakal jadi jendela berita dari Sabah dan Sarawak, Bernama, 1 April 2011. Dicapai pada 14 April 2011.
- ↑ Norhayati sedia membawa nafas baru kepada RTM, Bernama, 1 April 2011. Dicapai pada 14 April 2011.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
