Negara maju

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Negara maju ditandai warna biru (IMF, 2008).

Istilah negara maju digunakan untuk menghuraikan negara-negara yang dikira menikmati tahap pembangunan yang tinggi berdasarkan ukuran-ukuran tertentu. Ukuran yang mana dan negara mana yang digolongkan sebagai maju masih menjadi titik perbalahan dan perbahasan yang hangat, tetapi perdebatan sebegini selalunya dikuasai oleh ukuran ekonomi. Salah satu ukurannya ialah pendapatan per kapita, iaitu negara yang tinggi keluaran dalam negara kasar (KDNK) per capitanya boleh diterima sebagai negara maju. Satu lagi ukuran ekonomi ialah pengindustrian, iaitu negara-negara yang ekonominya dikuasai oleh sektor tertier dan kuaterner boleh diterima sebagai negara maju. Baru-baru ini, wujudnya satu lagi ukuran yang semakin penting iaitu Indeks Pembangunan Manusia (IPM) yang bergabung dengan ukuran ekonomi, pendapatan negara, jangka hayat, pendidikan dan sebagainya. Ukuran ini menentukan negara yang berkadar IPM amat tinggi sebagai negara maju. Walau bagaimanapun kaedahnya untuk dalam usaha menentukan taraf "maju" dengan mana-mana cara yang digunakan.

Negara-negara yang tidak memenuhi ciri-ciri negara maju digolongkan sebagai negara membangun.

Takrifan[sunting | sunting sumber]

Kofi Annan, bekas Setiausaha Agung PBB, menakrifkan negara maju seperti berikut. "Negara maju ialah negara yang membolehkan semua warganya menikmati kehidupan yang bebas dan sihat dalam suasana yang aman."[1] Mengikut Bahagian Statistik Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu pula,

Tiadanya konvensyen tetap yang menentukan negara atau kawasan yang "maju" dan "membangun" dalam sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[2]

Jelasnya,

Gelaran "maju" dan "membangun" adalah untuk tujuan kemudahan statistik, dan tidak semestinya menyatakan perkiraan mengenai tahap mana yang dicapai negara atau rantau tertentu dalam proses pembangunan.[3]

Tambahnya lagi,

Secara lazimnya, Jepun di Asia, Kanada dan Amerika Syarikat di Amerika Utara, Australia dan New Zealand di Oceania, dan Eropah dianggap sebagai rantau atau kawasan "maju". Mengikut statistik perdagangan antarabangsa, Kesatuan Kastam Afrika Selatan juga dikira sebagai kawasan maju dan juga Israel sebagai negara maju; negara-negara yang bangkit dari bekas Yugoslavia dikira sebagai negara membangun; dan negara-negara Eropah Timur dan Komanwel Negara-Negara Merdeka (kod 172) di Eropah tidak terkira sebagai rantau maju mahupun membangun.[2]

Mengikut pengelasan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebelum April 2004, semua negara Eropah Timur (termasuk negara Eropah Tengah yang masih tergolong dalam "Kelompok Eropah Timur" dalam institusi PBB) dan juga negara-negara bekas Kesatuan Soviet di Asia Tengah (Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Tajikistan dan Turkmenistan) dan Mongolia, belum juga disenaraikan sebagai kawasan maju atau membangun, sebaliknya disebut "negara dalam peralihan" (countries in transition); namun demikian negara-negara tersebut dianggap ramai (dalam laporan antarabangsa) sebagai "negara membangun". Pada abad ke-21, Empat Harimau Asia yang asli, iaitu Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Korea Selatan[4][5][6], dianggap sebagai rantau atau kawasan "maju", beserta Cyprus,[7] Israel,[7] dan Slovenia,[7] yang dianggap sebagai "negara maju baru".

Indeks Pembangunan Manusia[sunting | sunting sumber]

Peta dunia yang menandakan Indeks Pembangunan Manusia (berasaskan data 2007, terbitan 5 Oktober 2009)[petikan diperlukan]
██ 0.950 and Over ██ 0.900–0.949 ██ 0.850–0.899 ██ 0.800–0.849 ██ 0.750–0.799 ██ 0.700–0.749 ██ 0.650–0.699 ██ 0.600–0.649 ██ 0.550–0.599 ██ 0.500–0.549 ██ 0.450–0.499 ██ 0.400–0.449 ██ 0.350–0.399 ██ under 0.350 ██ not available
(Peta mesra buta warna) Untuk yang mengalami masalah penglihatan warna merah hijau.

Indeks Pembangunan Manusia PBB ialah sejenis kaedah pengukuran statistik yang mengukur tahap pembangunan insan sesebuah negara. Walaupun nyata ada hubung kait yang kukuh antara bermarkah IPM tinggi dan kemakmuran ekonomi, namun PBB menjelaskan bahawa IPM vbukan sekadar mengambil kira pendapatan dan daya pengeluaran. Berbeza dengan KDNK per kapita atau pendapatan per kapita, IPM mengambil kira bagaimana pendapatan itu "membuka peluang pendidikan dan kesihatan; dengan itu mencapai tahap pembangunan manusia yang lebih tinggi." Contohnya, walaupun Itali dan Amerika Syarikat jauh berbeza KDNK per kapitanya, namun kedua-dua negara agak sama kedudukannya dari segi pembangunan insan secara keseluruhan.[8]

Sejak tahun 1980, Norway (2001-2006 dan 2009), Jepun (1990-91 dan 1993), Kanada (1992 dan 1994-2000) dan Iceland (2007-08) mencapai markah IPM tertinggi. Negara yang bermarkah lebih 0.800 dianggap ada pembangunan insan bertaraf "tinggi". 38 negara teratas mencatat markah 0.902 in Malta hingga 0.971 dan Norway.[9]

Kebanyakan negara yang disenaraikan oleh IMF atau[10] CIA sebagai "maju" (pada tahun 2009), mencatat IPM melebihi 0.9 (pada tahun 2007). Kebanyakan negara[11] yang mencatat IPM 0.9 ke atas (pada tahun 2007), juga disenaraikan oleh IMF atau CIA sebagai "maju" (pada tahun 2009). Oleh yang demikian, kebanyakan "ekonomi maju" (pada tahun 2009) dicirikan dengan markah HDI 0.9 ke atas (pada tahun 2007).

Indeks terkini dikeluarkan pada 5 Oktober 2009, meliputi tempoh sehingga tahun 2007. Berikut ialah 38 negara yang dikelaskan sebagai memiliki "Pembangunan manusia amat tinggi" dengan IPM pada 0.900 atau lebih.[12]

  1.  Norway 0.971 ()
  2.  Australia 0.970 ()
  3.  Iceland 0.969 ()
  4.  Kanada 0.966 ()
  5.  Ireland 0.965 ()
  6.  Belanda 0.964 ( 1)
  7.  Sweden 0.963 ( 1)
  8.  Perancis 0.961 ( 3)
  9.  Jepun 0.960 ()
  10.  Switzerland 0.960 ()
  11.  Luxembourg 0.960 ( 3)
  12.  Finland 0.959 ( 1)
  13.  Amerika Syarikat 0.956 ( 1)
  1.  Austria 0.955 ( 2)
  2.  Sepanyol 0.955 ()
  3.  Denmark 0.955 ( 2)
  4.  Belgium 0.953 ()
  5.  Itali 0.951 ( 1)
  6.  Liechtenstein 0.951 ( 1)
  7.  New Zealand 0.950 ()
  8.  United Kingdom 0.947 ()
  9.  Jerman 0.947 ()
  10.  Singapura 0.944 ( 1)
  11.  Hong Kong 0.944 ( 1)
  12.  Greece 0.942 ()
  13.  Korea Selatan 0.937 ()
  1.  Israel 0.935 ( 1)
  2.  Andorra 0.934 ( 1)
  3.  Slovenia 0.929 ()
  4.  Brunei 0.920 ()
  5.  Kuwait 0.916 ()
  6.  Cyprus 0.914 ()
  7.  Qatar 0.910 ( 1)
  8.  Portugal 0.909 ( 1)
  9.  Emiriah Arab Bersatu 0.903 ( 2)
  10.  Republik Czech 0.903 ()
  11.  Barbados 0.903 ( 2)
  12.  Malta 0.902 ( 3)

Senarai Negara Maju lain[sunting | sunting sumber]

Hanya terdapat tiga pertubuhan yang mengeluarkan senarai "negara maju", iaitu PBB (senarai ditunjukkan di atas), CIA[13] dan FTSE Group (senarainya tidak dimasukkan kerana mengaitkan negara maju dengan negara berpendapatan tinggi dan berpasaran maju yang tidak dianggap relevan secara langsung di sini.[14] Namun demikian, terdapat banyak lagi pertubuhan lain yang mengeluarkan senarai seumpamanya yang dijadikan bahan rujukan untuk sesiapa yang membincangkan negara maju. IMF mengenal pasti 34 "ekonomi maju",[7] OECD yang terkenal dengan jolokan 'kelab negara maju' [15][16][17] dianggotai oleh 30 negara. Bank Dunia mengenal pasti 66 "negara berpendapatan tinggi". Pantauan kualiti hidup Economist Intelligence Unit dan senarai negara yang berkerajaan kebajikan juga dinyatakan dalam rencana ini. Ukuran-ukuaran bagi penggunaan senarai ini serta penyertaan negara dalam senarai berkenaan selalunya tidak dinyatakan dengan jelas, apalagi sesetengah senarai ini menggunakan data yang agak lama.

Ekonomi maju IMF[sunting | sunting sumber]

██ Negara-negara yang ditakrifkan sebagai Ekonomi Maju oleh IMF.

Menurut IMF, 34 negara berikut digolongkan sebagai "negara maju":[7]

CIA telah mengubah suai satu versi lama senarai Ekonomi Maju IMF. CIA menjelaskan bahawa senarai Ekonomi Maju IMF "mungkin juga meliputi"[13] beberapa negara kecil, iaitu:

Senarai CIA tidak memasukkan Cyprus, Republik Czech, Malta, Slovakia dan Slovenia yang kelima-limanya dimasukkan dalam senarai IMF semenjak senarai CIA membuat andaian sendiri mengenai senarai IMF, tetapi ada mengambil Turki.

Ahli Jawatankuasa Bantuan Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Ahli-ahli Jawatankuasa Bantuan Pembangunan OECD.

Terdapat 24 ahli (23 negara anggota OECD terpilih dan Suruhanjaya Eropah) dalam Jawatankuasa Bantuan Pembangunan (Development Assistance Committee, DAC),[19] ialah sekumpulan negara penderma utama dunia yang membincangkan isu-isu berkenaan bantuan pembangunan dan pembasmian kemiskinana di negara-negara membangun.[20] Pada tahun 2010, negara anggota OECD berikut ialah ahli DAC:

Keahlian DAC terkecuali anggota OECD berikut: Republik Czech, Hungary, Iceland, Mexico, Poland, Slovakia dan Turki.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.unescap.org/unis/press/G_05_00.htm
  2. 2.0 2.1 "Composition of macro geographical (continental) regions, geographical sub-regions, and selected economic and other groupings (footnote C)". United Nations Statistics Division. revised 17 October 2008. http://unstats.un.org/unsd/methods/m49/m49regin.htm#ftnc. Capaian 2008-12-30. 
  3. http://unstats.un.org/unsd/methods/m49/m49.htm
  4. http://www.businesspme.com/uk/articles/economics/78/East-Asian-Tigers-.html
  5. http://travel.state.gov/travel/cis_pa_tw/cis/cis_1018.html
  6. http://www.ft.com/cms/s/0/98c62f1c-850f-11dd-b148-0000779fd18c.html
  7. 7.0 7.1 7.2 7.3 7.4 IMF Advanced Economies List. World Economic Outlook, Database—WEO Groups and Aggregates Information, Oktober 2009.
  8. "UN. (2006). Human Development Report.". http://hdr.undp.org/hdr2006/statistics/flash/statistics_hdi.cfm. Capaian 2007-07-07. 
  9. "UN. (2008). Human Development Index: A Statistical Update.". http://hdr.undp.org/en/mediacentre/news/title,15493,en.html. Capaian 2008-12-22. 
  10. Pengelasan rasmi "negara maju" (advanced countries) mula-mula dicipta oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Senarai IMF tidak membincangkan negara bukan anggota IMF. CIA hendak mengikut senarai IMF dengan menambah beberapa negara yang tidak diuruskan oleh IMF gara-gara bukan negara anggota. Pada Mei 2001, senarai negara maju CIA lebih menyeluruh berbanding senarai IMF. Namun begitu, sejak Mei 2001, tiga negara baru (Cyprus, Malta dan Slovenia) dimasukkan dalam senarai asli IMF, maka senarai CIA tidak terkemaskini.
  11. Iaitu negara berdaulat, tidak termasuk Makau: Pada tahun 2003, kerajaan Makau menghitung IPM-nya pada 0.909 (PBB tidak mengira IPM Makau); Pada Januari 2007, akhbar People's Daily melaporkan (dari Laporan Pemodenan China 2007): "Pada tahun 2004...Makau...telah mencapai tahap negara maju". Bagaimanapun, Makau tidak diiktiraf oleh mana-mana pertubuhan antarabangsa sebagai wilayah yang maju, sementara pertubuhan UNCTAD (di PBB), dan juga CIA, mengelaskan Makau sebagai wilayah "membangun". The Bank Dunia mengelaskan Makau sebagai ekonomi berpendapatan tinggi (bersama ekonomi maju yang lain serta sebilangan kecil negara membangun).
  12. [1]
  13. 13.0 13.1 CIA (2008). "Appendix B. International Organizations and Groups. World Factbook.". https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/appendix/appendix-b.html. Capaian 2008-04-10. 
  14. http://www.ftse.com/Indices/Country_Classification/Downloads/FTSE_Country_Classification_Sept_09_update.pdf Menurut Developed Countries Glossary: "The following countries are classified by FTSE as developed countries: Australia, Austria, Belgium/Luxembourg, Canada, Denmark, Finland, France, Germany, Greece, Hong Kong, Ireland, Israel, Italy, Japan, Netherlands, New Zealand, Norway, Portugal, South Korea, Singapore, Spain, Sweden, Switzerland, United Kingdom and the United States."
  15. http://www.hungarianquarterly.com/no160/104.shtml
  16. http://www.indianexpress.com/old/ie/daily/19971214/34850733.html
  17. http://www.esri.go.jp/en/forum1/minute/minute26-e.html
  18. World Economic Outlook, International Monetary Fund, Oktober 2009, perenggan kedua, baris 9–10.
  19. http://www.oecd.org/document/38/0,3343,en_2649_34603_1893350_1_1_1_1,00.html
  20. DAC website >> "The DAC in Dates", On the DAC's self-description, see the introductory letter. On other events, refer to the relevant section by date.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Global economic classifications

Templat:Quality of life country lists