Salmah binti Ismail
| Salmah binti Ismail | |
|---|---|
| Lahir | Salmah binti Ismail 22 Januari 1935 Pasir Panjang, Singapura |
| Meninggal | 25 April 1983 (umur 48) Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
| Sebab kematian | Demam kuning |
| Warganegara | Malaysia |
| Nama lain | Saloma |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, model |
| Tahun aktif | 1950-an - 1980-an |
| Terkenal kerana | Menceburi bidang nyanyian, lakonan dan peragaan |
Puan Sri Salmah binti Ismail (22 Januari 1935 - 25 April 1983) atau lebih dikenali sebagai Saloma merupakan salah seorang penyanyi dan bintang filem yang terkenal dari tahun 1950-an hingga 1980-an. Beliau dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura. Selain itu, beliau juga merupakan adik kepada seniwati Mariani dan kakak kepada Mimi Loma.
Isi kandungan |
Penglibatan kariernya [sunting]
Beliau mula menyanyi pada usia tujuh tahun dan menjadi penyanyi profesional pada usia belasan tahun. Asalnya beliau menyanyi secara kebetulan. Dia banyak belajar menyanyi gaya nyanyian Ella Fitzgerald. Saloma lebih cenderung sebagai penyanyi berbanding sebagai pelakon.
Pada awalnya, beliau mengasah bakat bersama Orkes Fajar Murni pimpinan Yusof Osman. Lagu Pandang Kasih ciptaan Rahmat Ali membawa tuah kejayaan awalnya sebagai penyanyi. Beliau pernah menyertai Panca Sitara pada 1960-an.
Pada 28 September 1959, beliau kembali ke Singapura dari Vivacious, Amerika Syarikat setelah tamat menyanyi di sebuah kelab malam di Australia. Di Australia , beliau menyanyi di beberapa kelab malam seperti Oriental Hotel, Melbourne dan disiarkan di televisyen di sana. Seterusnya beliau menandatangani kontrak menyanyi di kelab malam Tanglin - Golden Venus. Beliau berhasrat menyanyi di Amerika Syarikat dan Eropah. Beliau pernah menyanyi di Ocean Park Hotel dan Percy Proctors band. [1]
Perkahwinan [sunting]
Beliau pernah berkahwin dengan Allahyarham A. R. Tompel, Kaswan Yusak, dan P. Ramlee.
Lagu-lagunya [sunting]
Lagu-lagu yang didendangkan olehnya yang menjadi popular seperti:
- Mengapa Di Rindu
- Kain Songket
- Bunga Tanjung
- Gelora
- Hilang Terang Timbul Gelap
- Perwira
- Tiru Macam Saya
- Inang Baru
- Bila Larut Malam
- Joget Malaysia
- Lagu Anak Rantau
- Bila Hati Telah Retak
- Tari Silat Melayu
- Bossanova
- Selamat Hari Raya
Filemografi [sunting]
Beliau juga berbakat dalam bidang lakonan. Filem yang dibintanginya iaitu:
- Azimat (1958)
- Ahmad Albab
- Seniman Bujang Lapok (1961)
- Ragam P. Ramlee
- Bila Hati Telah Retak (bintang undangan).
- Kaki Kuda (1958)
Kematian [sunting]
Saloma telah mengakhiri penglibatan di dalam kariernya apabila menghembuskan nafas terakhir pada 25 April 1983 di Hospital Assunta, Petaling Jaya ketika berusia 48 tahun kerana menghidap penyakit demam kuning.[2]
Keistimewaan yang tersendiri [sunting]
Beliau mempunyai kehebatan yang unik dan tersendiri kerana suaranya yang merdu dan tidak mampu dimiliki oleh orang lain.