Anjing gunung Bern

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bouvier bernois)
Anjing gunung Bern
Anjing gunung Bern
Nama lainAnjing lembu Bern
Negara asalSwitzerland
Trait
Berat Jantan 81–120 lb (35–55 kg)
Betina 70–100 lb (30–45 kg)
Tinggi Jantan 25–27.5 in (64–70 cm)
Betina 23–26 in (58–66 cm)
Bulu Lapis bulu ganda
Warna Triwarna (hitam, karat, dan putih)
Saiz perinduk purata 5–7 ekor, sehingga 15 ekor[1][2]
Jangka hayat 8–10 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gunung Bern atau anjing lembu Bern[a] ialah satu baka anjing besar dari Bern, Switzerland dan Banjaran Alp Switzerland sebagai salah satu daripada empat baka anjing jenis sennenhund, dengan akar pada mastif Rom. Unsur "Bern" pada namanya merujuk kawasan asal usul baka ini di kanton Bern dan bahagian "Sennenhund" dalam nama aslinya diterbitkan daripada perkataan Senne dalam bahasa Jerman ("padang ragut Alp") dan Hund ("anjing"), kerana ia menemani para gembala dan penternak tenusu Alp yang dipanggil Senn. Baka ini pada asalnya dibela sebagai anjing ladang umum dan sennenhund besar pada masa lampau juga digunakan sebagai haiwan tarikan yang menarik kereta roda. Baka ini secara rasmi diasaskan pada tahun 1912.[3]

Empat baka sennenhund[sunting | sunting sumber]

Yang berikut merupakan empat baka sennenhund:

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Pandangan sisi anjing gunung Bern
Tangkapan dekat kepala anjing gunung Bern
Seekor anak anjing gunung Bern berusia lapan bulan

Pewarnaan[sunting | sunting sumber]

Seperti Sennenhund yang lain, anjing gunung Bernese ialah anjing besar dan berat dengan bulu tiga warna yang tersendiri, hitam dengan dada putih dan tanda berwarna karat di atas mata, sisi mulut, bahagian depan kaki dan luar di sekeliling dada putih. . Walau bagaimanapun, ia adalah satu-satunya baka anjing Sennenhund dengan bulu panjang.[4] Ideal bagi individu yang ditanda dengan sempurna memberi kesan bentuk ladam putih di sekeliling hidung, yang sentiasa hitam.[5] Terdapat "palang Swiss" putih di dada apabila dilihat dari hadapan. "Cium Swiss" ialah tanda putih yang biasanya terletak di belakang leher, tetapi mungkin sebahagian daripada leher. Cincin penuh tidak akan memenuhi standard jenis. Standard baka AKC menyenaraikan, sebagai hilang kelayakan, warna mata biru, dan sebarang warna tanah selain hitam.[6][7]

Seperti sennenhund lain, anjing gunung Bern ialah anjing besar dan berat dengan lapis bulu triwarna distingtif, hitam dengan dada putih dan tanda-tanda berwarna karat di sebelah atas mata, di sisi mulut, di hadapan tungkai, dan di sekitar dada putih. Walau bagaimanapun, ia merupakan satu-satu baka sennenhund denga lapis bulu panjang.[4] Ideal bagi individu bertanda sempurna memberikan kesan rupa bentuk ladam putih di sekitar hidung yang sentiasa hitam.[5] Terdapat "palang Switzerland" putih pada dada apabila dipandang dari hadapan. "Kucupan Switzerland" ialah tanda putih yang biasanya terletak di belakang leher, namun mungkin menjadi sebahagian leher. Gelang lengkap tidak mematuhi piawaian jenis. Piawaian baka AKC menyenaraikan, sebagai syarat penyingkiran, warna mata biru, dan mana-mana warna tanah selain hitam.[6][7][8]

Julat tinggi dan berat[sunting | sunting sumber]

Jantan adalah setinggi 25–27.5 in (64–70 cm), manakala betina 23–26 in (58–66 cm). Beratnya ialah 80–120 lb (35–55 kg) untuk jantan dan 75–100 lb (35–45 kg) untuk betina.[9]

Trait fizikal[sunting | sunting sumber]

Sebagai baka yang dianggap sebagai baka bermulut kering,[5] anjing gunung Bern lebih panjang sedikit daripada tingginya, sangat berotot, dengan belakang kuat dan lebar.[4] Kepala anjing gunung Bern rata di bahagian atas dengan stop sederhana dan telinganya bersaiz sederhana, berbentuk segi tiga, terletak tinggi-tinggi, dan membulat di puncak. Giginya memiliki gigitan gunting. Tungkai anjing gunung Bern lurus dan kuat dengan jari kaki bulat dan melengkung. Kuku embun anjing gunung Bern kerap ditanggalkan. Ekor lebatnya terangkat rendah-rendah.

Perangai[sunting | sunting sumber]

Piawaian baka untuk anjing gunung Bern menyatakan bahawa anjing tidak patut "agresif, resah, atau jelas-jelas pemalu", tetapi sebaliknya patut "bersifat baik", "berkeyakinan diri", "tenang terhadap orang asing", dan "jinak". Ia hanya menyerang jika benar-benar perlu (seperti apabila pemiliknya diserang).[8] Perangai setiap anjing mungkin berbeza-beza dan bukan semua contoh baka ini telah dibiakbakakan dengan cermat untuk mengikuti piawaian. Semua anjing baka besar patut disosialisasikan dengan baik semasa masih muda dan diberi latihan dan aktiviti kerap sepanjang hayatnya.

Anjing gunung Bern sejatinya ialah anjing ruangan luaran, walaupun berkelakuan baik di dalam rumah; ia memerlukan aktiviti dan senaman, namun tidak mempunyai daya tahan tinggi. Ia dapat bergerak dengan ledakan kelajuan menakjubkan untuk saiznya apabila bermotivasi. Jika ia sihat (tanpa masalah dengan pinggul, siku, atau sendi lain), ia gemar mendaki dan pada umumnya kekal dekat dengan orangnya.[10] Kekurangan senaman mencukupi dapat membawa kepada salakan dan gangguan daripada anjing gunung Bern.[11]

Anjing gunung Bern ialah baka yang umumnya sesuai dengan kanak-kanak, kerana ia sangat penyayang. Ia merupakan anjing sabar yang cukup tahan dengan kanak-kanak yang memanjatnya. Walaupun ia mempunyai tenaga tinggi, anjing gunung Bern juga gembira dengan malam tenang.[10]

Anjing gunung Bern mudah berbaik dengan haiwan peliharaan lain dan di sekeliling orang asing.[10] Ia penjaga cemerlang. Ia cenderung untuk terikat dengan seorang pemilik atau sebuah keluarga dan agak kuat menyendiri dan bersikap berpendirian terhadap orang asing.[12][13][14][4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Benno Adam, Bernese Mountain Dog and Her Pups ("Anjing Gunung Bern dan Anak-anaknya"), 1862

Dari segi sejarah, sekurang-kurangnya di sesetengah tempat, baka ini dipanggil Dürrbachhund[15] atau Dürrbächler, sempena sebuah pekan kecil (Dürrbach) yang kerap mempunyai anjing besar ini.[16]

Anjing ini mempunyai akar pada mastif Rom.[17][18]

Baka ini digunakan sebagai anjing ladang serba guna untuk menjaga harta benda dan untuk menggiring lembu tenusu di sepanajng jarak jauh dari ladang ke padang ragut Alp. Para peladang menggunakan anjing ini untuk mengangkut kereta susu dan keju mereka dan dikenali oleh orang tempatan sebagai "anjing keju".[19] Pada awal tahun 1900-an, para penggemar mempamerkan beberapa contoh anjing besar ini dalam pertunjukan di Bern dan pada tahun 1907 beberapa orang pembiak baka dari kawasan Burgdorf mengasaskan kelab baka pertama, Schweizerische Dürrbach-Klub, dan menulis piawaian pertama yang mentakrifkan anjing ini sebagai baka terpisah. Menjelang tahun 1910, sudah ada 107 anggota berdaftar bagi baka ini. Terdapat foto anjing gunung Bern yang bekerja, yang bertarikh tahun 1905 di kawasan rehat Fumee Fall di Quinnesec, Michigan.

Pada tahun 1937, American Kennel Club mengiktirafnya;[20] kini, kelab ini mengelaskannya sebagai anggota Kumpulan Pekerja.[4] Di Amerika Syarikat, anjing gunung Bern semakin popular dengan menduduki tempat ke-22 dalam American Kennel Club pada tahun 2017.[21]

Anjing ini sangat popular sebagai anjing keluarga di negara-negara berbahasa Jerman sebagai antara baka anjing paling popular di sana (contohnya, Persatuan Pembiak Baka Anjing Jerman menyenaraikan anjing gunung Bern di kedudukan ke-11 bagi setiap kelahiran hidup pada tahun 2014[22]).

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Masalah perubatan[sunting | sunting sumber]

Anjing gunung Bern

Anjing gunung Bern mempunyai kekerapan tinggi bagi neoplasia. Sebuah kajian mendapati bahawa 55% daripada jumlah kematian dapat diatributkan kepada kanser.[23] Baka ini mempunyai prevalens tinggi bagi displasia siku,[24] dengan kajian yang menyatakan prevalens daripada 13.91% hingga 26%.[25][26][27] Satu alel bagi gen SOD1: SOD1:c.52T hanya pernah ditemukan pada anjing gunung Bern dengan 3.5% daripada jumlah anjing gunung Bern yang mempunyai alel ini. Mutasi ini dikaitkan dengan mielopati degeneratif anjing. Satu lagi mutasi yang dikaitkan dengan keadaan ini — namun tidak eksklusif kepada baka ini — mempunyai prevalens sebanyak 38% pada anjing gunung Bern.[28] Anjing gunung Bern mempunyai prevalens meningkat bagi glomerulonefritis berantarakan imun.[29] Sebuah kajian Switzerland mendapati bahawa kedua-dua insidens dan mortaliti bagi penyakit buah pinggang adalah lebih tinggi pada baka ini berbanding dengan mana-mana yang lain — insidens adalah 3.2 kali lebih tinggi berbanding dengan purata dan mortaliti adalah 8.2 kali nilai purata.[29] Baka ini mempunyai risiko tinggi untuk menghidap mastositoma bergred tinggi,[30] dengan sebuah kajian Austria yang mendapati bahawa anjing gunung Bern adalah tiga kali lebih berkemungkinan untuk menghidap keadaan ini berbanding dengan populasi umum.[31]

Histiosotosis ialah satu kumpulan jarang bagi kecelaruan yang melibatkan tokokan histiosit di dalam tisu dan organ yang menyebabkan kerosakan terhadap tisu atau organ itu. Ini mungkin benigna atau malignan.[32] Histiositosis malignan ialah penyakit kanser berbilang sistem cepat progresif yang menjejaskan anjing gunung Bern. Ini merupakan penyakit keluarga dengan nilai kebolehwarisan sebanyak 0.298 dan menyumbangkan seperempat daripada semua tumor pada baka ini.[33] Keadaan histiositosis lain seperti histiositosis sistemik dan histiositosis kutis adalah lebih prevalen pada baka ini.[33]

Jangka hayat[sunting | sunting sumber]

Walaupun baka lebih besar mempunyai jangka hayat lebih rendah berbanding dengan baka lebih kecil, jangka hayat anjing gunung Bern adalah masih rendah walaupun berbanding dengan baka dengan saiz serupa.[34]

  • Dalam sebuah kajian Switzerland tahun 2016, jangka hayat didapati sebanyak 8.4 tahun.[34]
  • Sebuah kajian Belanda tahun 2013 mendapati jangka hayat sebanyak 8 tahun.[23]
  • Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 pula mendapati jangka hayat sebanyak 10.1 tahun berbanding dengan 12 tahun untuk baka silang dan 12.7 tahun untuk baka tulen.[35]
  • Sebuah kajian Perancis tahun 2013 mendapati jangka hayat sebanyak 8.1 tahun.[2]

Penjagaan[sunting | sunting sumber]

Kegiatan[sunting | sunting sumber]

Perangai tenang anjing gunung Bern menjadikannya amat sesuai untuk menarik kereta beroda atau gerabak kecil, yang merupakan tugas yang dilakukan olehnya pada asalnya di Switzerland. Dengan pelatihan betul, ia seronok membawa kanak-kanak yang menaiki kereta roda tarikan atau menyertai perarakan, seperti perarakan percutian Conway, New Hampshire.[36] Kelab-kelab anjing gunung Bern rantauan kerap menawarkan bengkel carting.[37] Pertandingan carting diadakan untuk baka.[A]

Pada 1 Julai 2010, anjing gunung Bern layak untuk bertanding dalam Acara Penggembalaan AKC. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Anjing gunung Bern yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[38]

Baka ini "bertenaga, berperhatian, terburu-buru", tetapi tidak cenderung untuk menggigit. Ia cenderung untuk menjadi terikat dengan satu orang dan mempunyai keraguan semula jadi terhadap orang asing.[12] Di Switzerland, ia cemerlang dalam penjagaan kawanan ternakan, terutamanya di rantau berbukit-bukau. Ia tidak mudah penat, kerap tidak mudah dikawal, tahan terhadap musim sejuk paling sejuk, penjaga cemerlang bagi kandang atau rumah. Ia telah digunakan oleh pihak polis di Switzerland.[12]

Penjagaan bulu[sunting | sunting sumber]

Anjing gunung Bern berganti bulu sepanjang tahun dan tempoh ganti bulu paling banyak adalah semasa perubahan musim. Biasanya, anjing gunung Bern hanya memerlukan pemberusan sekali seminggu, lebih banyak pula diperlukan pada musim bunga dan musim luruh, untuk memastikan bahawa lapis bulunya kemas dan mengurangkan jumlah bulu di lantai dan perabot. Anjing gunung Bern hanya memerlukan mandi kira-kira sekali setiap beberapa bulan atau lebih kurang, bergantung pada ketinggian paras aktivitinya dan kekerapan penggunaan waktu di tanah.[39]

Perhatian khusus patut diberikan kepada telinga anjing gunung Bern kerana telinganya dapat memerangkap bakteria, kotoran, dan cecair. Risiko jangkitan telinga berkurang dengan pembersihan telinga mingguan dengan menggunakan pembersih yang disyorkan oleh doktor haiwan.[39]

Anjing gunung Bern terkenal[sunting | sunting sumber]

Potret anjing gunung Bern
  • Hercules ialah anjing milik pemain suku belakang Pittsburgh Steelers, Ben Roethlisberger, yang dibawa olehnya pulang dari kawasan Emmental di Switzerland semasa lawatan seminggu pada tahun 2006 untuk menemukan asal usul keluarganya di negara itu.[40][41]
  • Smelly dan Harvey Milkbone merupakan dua ekor anjing gunung Bern yang dimiliki oleh watak Bryan (Andrew Rannells) dan David (Justin Bartha) dalam siri televisyen tahun 2012 The New Normal.[42]
  • Buttercup ialah seekor anjing gunung Bern dalam siri televisyen 9-1-1: Lone Star.
  • Ohly ialah seekor anjing gunung Bern di Kanada yang menjadi terkenal selepas hilang dan kemudian ditemukan di Gunung Seymour di kawasan berbahaya yang dikenali sebagai "Suicide Gulley". Para anggota North Shore Rescue, sebuah pasukan penyelamat gunung tempatan, menjejak, mengesan, dan menyelamatkan Ohly.[43][44][45][46]
  • Quincey von Wiesmadern, telah muncul dalam pelbagai video dengan Hansi Hinterseer, seorang penyanyi Austria, penghibur, dan bekas ahli Pasukan Ski Austria.[47]
  • Hannah ialah inspirasi kehidupan sebenar untuk protagonis buku kanak-kanak seperti A Beach Day for Hannah dan A Snow Day for Hannah oleh Linda Petrie Bunch.[48]
  • Argus dan Fiona merupakan dua ekor anjing gunung Bern yang ditembak dan dibunuh apabila mereka memasuki halaman jiran.[49] Jiran yang menembak anjing-anjing itu mengakui bahawa dia bertindak keterlaluan.[49] Undang-undang negeri Pennsylvania menyatakan bahawa manusia bebas untuk membunuh haiwan yang menyerang haiwan bela jinak.[50] Lelaki itu takut akan kemungkinan serangan ke atas biri-birinya, yang berada di kawasan ragut berpagar. Serangan ke atas ladang jiran telah berlaku dan mengakibatkan kematian beberapa ekor haiwan pada tahun sebelumnya, walaupun jenis anjing yang menyerang haiwan tersebut bukan anjing gunung Bern. Walau bagaimanapun, memandangkan tiada serangan yang berlaku semasa penembakan itu, penembak didakwa dengan dua pertuduhan kezaliman ke atas haiwan dan satu pertuduhan membahayakan orang lain secara melulu, yang keduanya oleh sebab terdapat sebuah rumah dalam garisan tembakan yang mungkin. Tiada penghuni di rumah semasa penembakan.[50] Peguam pendakwa teragak-agak tentang membawa pertuduhan.[51] Pada 11 September 2013, penembak disabitkan atas dua pertuduhan kezaliman terhadap haiwan. Dia berdepan dengan hukuman penjara sehingga lima tahun bagi setiap pertuduhan.[52]
  • Izzy terselamat daripada kemusnahan rumah keluarganya di California Utara dalam kebakaran hutan California Utara Oktober 2017 dan muncul dari hutan dengan ekor bergoyang-goyang ketika keluarganya menyiasat runtuhan itu. Ahli keluarga merakamkan pertemuan semula itu dalam video.[53]
  • Bród dan Síoda, dua ekor anjing peliharaan milik Presiden Ireland Michael D. Higgins.[54] Síoda mati pada 19 September 2020.[55] Pada Mac 2021, seekor anak anjing baharu bernama Misneach pertama kali bergambar dengan Presiden Higgins.[56] Bród mati pada 22 April 2023.[57]
  • Stella ialah seekor anjing gunung Bern di Plymouth, Michigan, yang mempunyai dua restoran yang dinamai sempenanya, "Stella's Black Dog Tavern", dan "Stella's Trackside".[58][59] Ia juga mempunyai buku yang ditulis mengenainya yang berjudul Introducing Stella.[60]

Penyelamatan[sunting | sunting sumber]

  • Nico (2015), seekor anjing gunung Bern angkat, menjadi wira apabila ia menyelamatkan dua orang yang dihanyutkan ke lautan oleh arus simbar California.[61][62]
  • Bella menyelamatkan pemiliknya Chris Larocque dari rumah terbakar dengan menariknya keluar. Pemiliknya mengalami mobiliti berkurang akibat kecederaan yang diperoleh dan berkata bahawa dia pasti tanpa bantuan Bella.[63]
  • Oakley (2014) menyelamatkan keluarganya dengan duduk di atas kepala pemiliknya sehingga dia bangun apabila kondo ski mereka di Vermont terbakar dalam semalaman.[64][65]
  • Ben, seekor kacukan anjing gunung Bern/collie sempadan, menyelamatkan keluarganya daripada kebakaran yang bermula selepas mereka mula tidur. Ia memaklumkan pengasuh yang dapat membawa kedua-dua kanak-kanak itu dan Ben keluar ke tempat selamat.[66]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

Nama[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ݢونوڠ بيرن; انجيڠ لمبو بيرن; Jerman: Berner Sennenhund; Perancis: bouvier bernois; Itali: bovaro del bernese; bahasa Inggeris: Bernese mountain dog; Bernese cattle dog

Catatan kaki penjelasan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Contohnya, Bernese Mountain Dog Club of America menawarkan ujian drafting yang terbuka kepada semua baka; anjing dapat memperoleh lapan gelaran berlainan—empat gelaran sebagai anjing individual (Novice Draft Dog, Advanced Novice Draft Dog, Draft Dog, dan Master Draft Dog) dan empat lagi gelaran berpasangan, yang melibatkan dua ekor anjing yang mengerjakan sebuah kereta roda bersama-sama. Kelab-kelab anjing gunung Bern rantauan kerap menawarkan bengkel carting.[37]

Kutipan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Borge, K. S.; Tønnessen, R.; Nødtvedt, A.; Indrebø, A. (2011). "Litter size at birth in purebred dogs—A retrospective study of 224 breeds". Theriogenology (dalam bahasa Inggeris). 75 (5): 911–919. doi:10.1016/j.theriogenology.2010.10.034. PMID 21196028. "n=137, saiz perinduk=6.4, julat 1–15"
  2. ^ a b Leroy, Grégoire; Phocas, Florence; Hedan, Benoit; Verrier, Etienne; Rognon, Xavier (2015). "Inbreeding impact on litter size and survival in selected canine breeds". The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). 203 (1): 74–78. doi:10.1016/j.tvjl.2014.11.008. PMID 25475165. S2CID 27631883.
  3. ^ "100th Anniversary" (dalam bahasa Inggeris). Kelab Anjing Gunung Bern Switzerland. 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Julai 2011. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  4. ^ a b c d "AKC Working Group" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  5. ^ a b "Bernese Mountain Dog". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Januari 2024.
  6. ^ "FCI - Standard Nr. 45 BERNER SENNENHUND (Dürrbächler)" [Piawaian FCI No. 45 Anjing Gunung Bern] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Jerman). 5 Mei 2003. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  7. ^ "FCI-Standard N° 45 BERNER SENNENHUND, DÜRRBÄCHLER (Bernese Mountain Dog)" [Piawaian FCI No. 45 Anjing Gunung Bern] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Peggy Davis. Disemak oleh Elke Pepper. 5 Mei 2003. Dicapai pada 9 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  8. ^ a b "Bernese Mountain Dog: Breed Standard". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 28 Mac 1990. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  9. ^ "Bernese Mountain Dog Profile" (dalam bahasa Inggeris). Bernese Breeders Association of Great Britain. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2015. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  10. ^ a b c "Bernese Mountain Dog | Temperament & Personality". Bernese Mountain Dog Breed (dalam bahasa Inggeris). PetWave. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 September 2012. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  11. ^ "Too little exercise leads to agitated canine: Ask Dog Lady" (dalam bahasa Inggeris). Cleveland Plain Dealer. 5 Disember 2012. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  12. ^ a b c Pugnetti, Gino (1980). Schuler, Elizabeth Meriwether (penyunting). Simon & Schuster's Guide to Dogs. Nature Guide Series (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat; London, United Kingdom; Toronto, Kanada; Sydney, Australia; Tokyo, Jepun; Singapura: Simon & Schuster. m/s. 45–46. ISBN 0-671-25527-4.
  13. ^ Schuler, Elizabeth Meriwether (1980). Simon & Schuster's Guide to Dogs (dalam bahasa Inggeris). Milan, Itali: Arnoldo Mondadori Editore S.p.A., Simon & Schuster. m/s. 45.
  14. ^ "BMDCA Info Series" (PDF). Bernese Mountain Dog Club of America (dalam bahasa Inggeris). 2013. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  15. ^ "Historical photos of the Berner Sennenhund (Bernese Mountain Dog)" (dalam bahasa Jerman). Naturhistorisches Museum der Burgermendiz Bern. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2011. Dicapai pada 9 Januari 2024.. Perhatikan keragaman penampilan bagi jenis asli
  16. ^ Bernese Mountain Dog, Berner Sennenhund, Dürrbächler, Vertebrate Animals Department, Naturhistorische Museum Bern (Inggeris) Diarkibkan 25 Oktober 2012 di Wayback Machine
  17. ^ "Bernese Mountain Dog". Dog Owner's Guide (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Januari 2024.
  18. ^ Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (1993) [1989]. "Bernese Mountain Dog". The Atlas of Dog Breeds of the World (dalam bahasa Inggeris). 1 (ed. ke-4). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 188. ISBN 978-0-86622-855-8.
  19. ^ Bryan, Kim., Baggaley, Ann., John, Katie, penyunting (2013). The dog encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat: DK Publishing. ISBN 978-1-4654-0844-0. OCLC 812257274.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  20. ^ "Bernese Mountain Dog History" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  21. ^ American Kennel Club 2017 Dog Registration Statistics Historical Comparisons & Notable Trends (Inggeris), American Kennel Club, Dicapai pada 9 Januari 2024.
  22. ^ "Welpenstatistik der VDH-Mitgliedsvereine- Verband für das Deutsche Hundewesen (VDH)". Verband für das Deutsche Hundewesen (dalam bahasa Jerman). Verband für das Deutsche Hundewesen. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  23. ^ a b Erich, Suzanne A.; Rutteman, Gerard R.; Teske, Erik (Disember 2013). "Causes of death and the impact of histiocytic sarcoma on the life expectancy of the Dutch population of Bernese mountain dogs and Flat-coated retrievers". The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). 198 (3): 678–683. doi:10.1016/j.tvjl.2013.09.062. PMID 24231621.
  24. ^ Coopman, F.; Verhoeven, G.; Saunders, J.; Duchateau, L.; Van Bree, H. (2008). "Prevalence of hip dysplasia, elbow dysplasia and humeral head osteochondrosis in dog breeds in Belgium". Veterinary Record (dalam bahasa Inggeris). 163 (22): 654–658. doi:10.1136/vr.163.22.654. ISSN 0042-4900.
  25. ^ Roels, Joséphine; Genevois, Jean-Pierre; Fostier-Humbert, Mathilde; Porsmoguer, Charles; Blondel, Margaux; Chanoit, Guillaume; Fau, Didier; Cachon, Thibaut (26 Mac 2024). "Prevalence of elbow dysplasia in 13 dog breeds in France: a retrospective radiographic study (2002–2022)". American Journal of Veterinary Research (dalam bahasa Inggeris): 1–8. doi:10.2460/ajvr.23.12.0290. ISSN 0002-9645.
  26. ^ Bellumori, Thomas P.; Famula, Thomas R.; Bannasch, Danika L.; Belanger, Janelle M.; Oberbauer, Anita M. (1 Jun 2013). "Prevalence of inherited disorders among mixed-breed and purebred dogs: 27,254 cases (1995–2010)". Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). 242 (11): 1549–1555. doi:10.2460/javma.242.11.1549. ISSN 0003-1488.
  27. ^ Oberbauer, A. M.; Keller, G. G.; Famula, T. R. (24 Februari 2017). "Long-term genetic selection reduced prevalence of hip and elbow dysplasia in 60 dog breeds". PLOS ONE (dalam bahasa Inggeris). Public Library of Science (PLoS). 12 (2): e0172918. doi:10.1371/journal.pone.0172918. ISSN 1932-6203.
  28. ^ Zeng, R.; Coates, J.R.; Johnson, G.C.; Hansen, L.; Awano, T.; Kolicheski, A.; Ivansson, E.; Perloski, M.; Lindblad‐Toh, K.; O'Brien, D.P.; Guo, J.; Katz, M.L.; Johnson, G.S. (2014). "Breed Distribution of SOD 1 Alleles Previously Associated with Canine Degenerative Myelopathy". Journal of Veterinary Internal Medicine (dalam bahasa Inggeris). 28 (2): 515–521. doi:10.1111/jvim.12317. ISSN 0891-6640. PMC 4238831. PMID 24524809.
  29. ^ a b Pelander, L.; Ljungvall, I.; Egenvall, A.; Syme, H.; Elliott, J.; Häggström, J. (2015). "Incidence of and mortality from kidney disease in over 600,000 insured Swedish dogs". Veterinary Record (dalam bahasa Inggeris). 176 (25): 656–656. doi:10.1136/vr.103059. ISSN 0042-4900.
  30. ^ Bellamy, E.; Berlato, D. (2022). "Canine cutaneous and subcutaneous mast cell tumours: a narrative review". Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). 63 (7): 497–511. doi:10.1111/jsap.13444. ISSN 0022-4510.
  31. ^ Leidinger, E. F.; Freeman, K.; Kirtz, G.; Hooijberg, E. H.; Sick, K. (2014). "Breed related odds ratio and anatomic distribution of canine mast cell tumours in Austria: Retrospective study of cases in the years 2000–2010". Tierärztliche Praxis Ausgabe K: Kleintiere / Heimtiere (dalam bahasa Jerman). 42 (06): 367–373. doi:10.15654/TPK-140165. ISSN 1434-1239.
  32. ^ "Histiocytosis". Institut Kanser Kebangsaan (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Mac 2024.
  33. ^ a b Rhodes, Karen Helton; Werner, Alexander H. (25 Januari 2011). Blackwell's Five-Minute Veterinary Consult Clinical Companion (dalam bahasa Inggeris). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 382–383. ISBN 978-0-8138-1596-1.
  34. ^ a b Klopfenstein, Michael; Howard, Judith; Rossetti, Menga; Geissbühler, Urs (2016). "Life expectancy and causes of death in Bernese mountain dogs in Switzerland". BMC Veterinary Research (dalam bahasa Inggeris). 12 (1): 153. doi:10.1186/s12917-016-0782-9. ISSN 1746-6148. PMC 4960675. PMID 27457701.
  35. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death". Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Springer Science and Business Media LLC. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan).
  36. ^ Young-Knox, Sara (2 Disember 2012). "Conway celebrates with jolly holiday parade" (dalam bahasa Inggeris). The Union Leader. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Disember 2013. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  37. ^ a b "Afghan Hound, Alaskan Malamute, Bernese Mountain Dog, Cairn Terrier, Portuguese Water Dog". Dogs 101. Musim 2. Episod 4 (dalam bahasa Inggeris). 24 Oktober 2009. 60 minit pada. Animal Planet.
  38. ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy (dalam bahasa Inggeris). Loveland, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. m/s. 300. ISBN 978-1-57779-106-5.
  39. ^ a b "Bernese Mountain Dog Appearance & Personality". Bernese Mountain Dog Breed (dalam bahasa Inggeris). PetWave. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 September 2012. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  40. ^ "Big Ben exploring his roots in Switzerland". Pittsburgh Post-Gazette (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Januari 2024.
  41. ^ "Ben Roethlisberger". Swiss Center of North America (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2014. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  42. ^ Tucker, Ken (2012). "TV: NBC's Comedy Gamble". Entertainment Weekly (dalam bahasa Inggeris). No. 1223. Time Warner. m/s. 64–65.
  43. ^ The Canadian Press (8 Disember 2012). "Ohly Found On Mount Seymour: Dog Reunited With Family" (dalam bahasa Inggeris). Huffington Post British Columbia. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  44. ^ Ryan, Denise (10 Disember 2012). "Team rescues Ohly, Bernese Mountain Dog from Suicide Gully after 13 days on Mt. Seymour". Calgary Herald (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 November 2014. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  45. ^ McKenna, Cara (9 Disember 2012). "Ohly Moly! Bernese mountain dog rescued after two weeks on Seymour | Metro". Metro Vancouver (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Januari 2013. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  46. ^ Jones, Curtis. "A Very Busy Day – "Ohly" the Dog Rescued" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2013. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  47. ^ "Zwinger von Wiesmadern" [Kennel of Wiesmadern] (dalam bahasa Jerman). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2012. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  48. ^ Helhoski, Anna (2 Januari 2013). "Children's Book Author To Bring Dog Stories To Rye" (dalam bahasa Inggeris). The Rye Daily Voice. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  49. ^ a b Hondro, Marcus (21 Februari 2013). "U.S. family mourns as neighbour kills their Bernese Mountain dogs" (dalam bahasa Inggeris). Digital Journal. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  50. ^ a b Davis, Carolyn (23 Februari 2013). "Chester County dog shooter will face charges after all". Philadelphia Daily News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Januari 2024.
  51. ^ "Man Shoots, Kills Neighbor's Dogs But Won't be Charged: Cops Investigators say the man shot the dogs because he believed they were endangering his sheep" (dalam bahasa Inggeris). WCAU. 21 Februari 2013. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  52. ^ Jimenez, Tim. "Guilty verdict for Chester County Man in Shooting of Neighbors' Dogs" (dalam bahasa Inggeris). Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat: KYW-TV, CBS. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  53. ^ "Family dog emerges alive and healthy from wildfire aftermath". The Associated Press (dalam bahasa Inggeris). 14 Oktober 2017. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  54. ^ "Miriam Lord: It's all in a day's work for Síoda and Bród". The Irish Times (dalam bahasa Inggeris). 22 Jun 2019. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  55. ^ "President Michael D Higgins' dog Síoda dies" (dalam bahasa Inggeris). 19 September 2020. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  56. ^ Colbert, Niall (2 Mac 2021). "President Higgins Names His New Puppy 'Misneach'". Today FM (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Januari 2024.
  57. ^ "Bród, 'very much loved' dog of Michael D Higgins, dies aged 11". The Irish Times (dalam bahasa Inggeris). 22 April 2023. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  58. ^ "Stella's Black Dog Tavern Moving To Station 885" (dalam bahasa Inggeris). 15 November 2018. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  59. ^ "Plymouth's Stella's Expands" (dalam bahasa Inggeris). 13 Februari 2019. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  60. ^ Ostenndorf (12 November 2017). "Introducing Stella" (dalam bahasa Inggeris). Stella. ISBN 978-0-692-96315-9.
  61. ^ Moran, Lee (23 Mac 2015). "Bernese mountain dog rescues couple from riptide off California coast". Daily News (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  62. ^ Mecham, Dave (20 Mac 2015). "Dog Credited With Saving Swimmers From Dangerous Rip Currents in Ventura" (Video) (dalam bahasa Inggeris). KTLA. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  63. ^ "'I would have died' without hero dog who dragged me from burning building, owner says as canine honoured". The Canadian Press (dalam bahasa Inggeris). 6 Mei 2013. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  64. ^ "Chelmsford hound hailed a hero in Vermont fire" (dalam bahasa Inggeris). www.lowellsun.com. 19 Februari 2014. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  65. ^ "Oakley, the Bernese mountain dog, saves lives of couple in Vermont fire (VIDEO)" (dalam bahasa Inggeris). www.lowellsun.com. 18 Februari 2014. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  66. ^ "A Hero Dog Saves Children from a Fire" (dalam bahasa Inggeris). Hill's Pet Nutrition. Dicapai pada 9 Januari 2024.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]