Mohd Zuhdi Marzuki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dr
Mohd Zuhdi Marzuki

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS
Tempoh jawatan
2015 – 2017
Didahului oleh Dzulkefly Ahmad

Parti politik PAS logo.svg PAS
Kediaman Negeri Perak Perak
Pekerjaan Ahli politik
Agama Islam

Dr Mohd Zuhdi Marzuki adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Mohd Zuhdi Marzuki merupakan graduan Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1994 dalam jurusan Sarjana Muda (Sains) Geografi. Pada tahun 1998, beliau berjaya memperoleh Sarjana Falsafah Sains yang menumpu bidang fokus Etika Persekitaran. Beliau meninggalkan tanah air dan menyambung peringkat tertinggi pada tahun 2006 di United Kingdom. Di sana, beliau menulis tesis yang bertajuk "The Practice of Islamic Environmental Ethics: A Case Study of Harim and Hima" di Universiti Wales, Lampeter dan berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2009. Kerjaya sebagai tenaga pengajar di Universiti Malaya bermula sejak 1995 apabila menjadi tutor di Jabaran Sains dan Teknologi dan menjadi Pensyarah di jabatan yang sama pada tahun 1999.

Dalam penulisan akademik, beliau telah menerbitkan buku terbaru mengenai Etika-etika Persekitaran dan Falsafah Islam serta puluhan artikel, jurnal, bab dalam buku dan kertas prosiding. Selain itu, beliau juga giat menulis dalam bidang politik terutama mengenai pilihanraya, politik Islam, politik antarabangsa/tempatan dan lain-lain khususnya dalam memperjuangkan isu-isu rakyat.

Walaupun beliau merupakan penjawat awam, beliau tetap aktif dalam PAS dengan menjawat pelbagai jawatan selepas bergraduasi sehingga sekarang. Beliau pernah diamanahkan di peringkat Pemuda PAS Malaysia seperti Pengarah Institut Kajian Polisi. Kini, beliau diamanahkan sepenuh masa fokus sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan PAS sebagai minda & pasukan strategik kepada PAS serta entiti dalam PAS.