Kerana Terpaksa Aku Relakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kerana Terpaksa Aku Relakan
Kerana Terpaksa Aku Relakan.jpg
GenreDrama Cinta
PenciptaUmie Nadzimah
Dibangunkan oleh
Primeworks Studios
PengarahAzma Aizal Yusoof
Dibintangi oleh
Izreen Azminda
Amar Baharin
Syafiq Kyle
Ika Nabella
Nadia Aqilah Bajuri
Dian P. Ramlee
Lagu temaPatah Sayap, Nadia Aqilah Bajuri
Lagu pembukaanPatah Sayap, Nadia Aqilah Bajuri
Lagu penutupPatah Sayap, Nadia Aqilah Bajuri
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod28 episod
Penerbitan
Tempoh siaran1 jam (60 minit)
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambarHDTV (1080i 16:9)
Format audioDolby Digital Plus
Julung kali ditayangkan di
Rabu, 21 Mei 2014
Siaran asalRabu, 21 Mei 2014Isnin, 14 Julai 2014
StatusBersiaran hari Isnin - Khamis
Jam 7:00pm-8:00pm
Kronologi
MengikutiAku Isterinya
Diikuti olehRindu Awak 200%

Kerana Terpaksa Aku Relakan adalah Slot Akasia adaptasi daripada novel Kerana Terpaksa... Aku Relakan karya Umie Nadzimah, terbitan Primeworks Studios dan ditayangkan di TV3 pada 2014 setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam hingga 8 malam.

Drama ini dibintangi oleh Amar Baharin dan Izreen Azminda sebagai watak utama.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan kehidupan Indah Halina yang tidak seindah namanya. Kepercayaan seorang ayah hilang angkara fitnah dan rancangan mak dan kakak tirinya. Sekali gus merubah kehidupannya dalam sekelip mata. Dirinya umpama sebatang kara, tiada siapa mempercayainya lagi. Pertemuan yang tidak diduga Dato’ Sofiya membantu Indah yang sudah hilang hala tuju. Pertemuan yang tidak dirancang dengan Dato’ Sofiya adalah satu Anugerah yang tidak ternilai. Indah berkerja dengan Dato’ sofiya sebagai PA dan Dato’ Sofiya menganggap Indah adalah Angel dalam hidup Dato’ Sofiya.

Dato’ Sofiya memberi kasih sayang dan membaluti kemewahan seperti anaknya sendiri. Dato’ Sofiya mempunyai tiga orang anak lelaki. Tajul Razin, Tajul Fahin dan Tajul Zahin. Anak sulung Dato’ Sofiya Tajul Razin menerajui perniagaan arwah suami Dato’ Sofiya. Tajul Razin seorang anak yang taat pada orang tuanya. Bagi dirinya Mama dan adik-adiknya sahaja dalam hidupnya. Kehadiran Indah dalam keluarganya mengubah dirinya. Walaupun diawal pertemuan hubungannya tak berjalan dengan lancar. Bibit cinta lahir dari hari ke hari hingga menjadi kembang dan subur.

Kehadiran Tajul Fahin anak kedua Dato’ Safiya datang ingin merebut cinta Indah dari Tajul Razin. Disaat Tajul Razin memberitahu hasratnya ingin memiliki Indah, Dato’ Sofiya menyuruh Tajul Razin mengundur diri dan memberi peluang pada Tajul Fahin memiliki Indah kerana perubahan yang ditunjukkan oleh Tajul Fahin menjadi 'Orang'. Demi mama dan adiknya untuk berubah, Tajul Razin terpaksa dan tanpa rela melepaskan Indah pada adiknya Tajul Fahin. Tajul Razin memendam rasa dan berpura-pura kuat bila berdepan dengan mama dan adiknya.Indah menjadi sedih dengan tindakan Tajul Razin membiarkan dirinya dan memberi peluang Tajul Fahin rapat dan ambil berat keatas dirinya.

Dalam kekalutan dan kekeliruan Indah, Saiful bekas tunangnya pula datang ini membuatkan hidup Indah lebih huru - hara. Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad untuk mengembalikan Indah pada abangnya, bagi Tajul Fahin cinta abangnya suci dan ikhlas. Sehari selepas majlis akad nikah Indah menjadi keliru dengan tindakan Tajul Razin dia melarikan diri untuk mencari ketenangan. Disitulah dia berjumpa dengan Tajul Zahin. Tajul zahin menceritakan kenapa dan mengapa Tajul Razin membuat tindakan begitu. Perbuatan keji mak dan kakak tirinya cemburu dan dengki tak pernah padam. Disaat Indah baru mengharungi erti kebahagiaan Indah kemalangan dan koma. Doktor mengesahkan Indah mengandung. Yazid, Mak dan kakak tirinya menerima balasan yang setimpal. Tajul Razin dan Indah akhirnya bahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan yang menghampirinya.

Barisan Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu Tema[sunting | sunting sumber]

No. TajukMuzik Masa
1. "Patah Sayap"  Nadia Aqilah Bajuri 3:54

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

TV3: Akasia, IsninKhamis, 7:00 petang
Sebelumnya Kerana Terpaksa Aku Relakan Berikutnya
Aku Isterinya Rindu Awak 200%