Janji Shirah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Janji Shirah
GenreDrama, konflik, keluarga, dendam
PenciptaMufid Suhaimi
Ditulis olehMufid Suhaimi
Pengarah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Pelangi Senja" oleh Stacy
Lagu penutup"Pelangi Senja" oleh Stacy
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifHemanathan Paul
PenerbitJalena Rejab
PenyuntingNoor Idayu Habib
SinematografiSalehuddin Jamaluddin
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal13 Januari 2013 – 24 Februari 2013

Janji Shirah ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Along Kamaludin dibintangi oleh Nabila Huda, Iqram Dinzly dan Aeril Zafrel. Siri ini memulakan tayangan perdana di TV3 dari 13 Januari 2013 hingga 24 Februari 2013 dengan dua episod disiarkan selama dua jam berturut-turut.[2][3]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Shirah merupakan seorang penuntut kolej di tahun akhir dalam jurusan perhubungan awam. Dia sentiasa ceria dengan hidupnya walaupun bukan berasal dari keluarga yang berada. Shirah mempunyai seorang teman lelaki, Luqman yang menuntut dalam jurusan kejuruteraaan. Shirah sangat rapat dengan Mira. Dalam diam, Mira menyimpan perasaan terhadap Luqman dan sudah nekad untuk mendapatkan Luqman dengan caranya tersendiri.

Kakak Shirah, Arfah terpaksa bekerja keras demi menyara anak-anaknya, Balqish, Afiq dan Liana kerana sikap suaminya, Zali yang lebih mengutamakan madunya, Nurin yang berasal dari keluarga kaya. Arfah berpesan kepada Shirah supaya menjaga anak-anaknya dan jangan memisahkan mereka bertiga sekiranya ada apa-apa yang terjadi pada dirinya kelak. Namun, Shirah hanya menganggap Arfah bergurau kerana menganggap dirinya masih muda untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Selepas Arfah meninggal dunia akibat barah otak, Shirah dibebani dengan tanggungjawab untuk menjaga anak-anak saudaranya. Oleh kerana janjinya kepada Arfah dan juga sikap lepas tangan Zali yang enggan bertanggungjawab, Shirah terpaksa mencari kekuatan untuk menyara hidup 3 adik beradik itu walaupun masih belum habis belajar.

Mira berpura-pura simpati dengan Shirah dan mencari peluang untuk merosakkan hubungan Shirah dan Luqman. Keluarga Shirah pula, Mak Jenah (ibu Shirah), Redzuan (abang Shirah) dan Alina (kakak Shirah) masing-masing mempunyai kesulitan dan alasan sendiri untuk tidak menjaga Balqish, Afiq dan Liana. Dr. Amir yang merawat Arfah dahulu muncul menghulurkan bantuan. Shirah terharu dengan kebaikannya. Hubungan rapat Dr. Amir dan Shirah telah menimbulkan rasa cemburu di hati Luqman. Justeru, hubungan Shirah dan Luqman menjadi dingin.

Shirah terkejut dengan permintaan Rania untuk Shirah berkahwin dengan suaminya, Dr. Amir demi menyelamatkan perkahwinan mereka yang tidak dikurniakan cahaya mata. Shirah berada dalam dilema. Apakah ini jalan penyelesaian kepada kemelut yang dihadapi oleh Shirah? Adakah keputusan Shirah untuk berkahwin dengan Dr. Amir dapat menjaga kebajikan anak-anak saudaranya? Bagaimana pula dengan Luqman?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Feride Hikmet Atak (15 Januari 2013). "Nabila Luangkan Masa Bercuti, Enggan Ada Komitmen". mStar Online. Dicapai pada 28 April 2013.
  2. ^ Budiey (14 Januari 2013). "Sinopsis Drama Janji Shirah". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 28 April 2013.
  3. ^ "Janji Shirah mula bersiaran pada 13 Januari 2013". Selebriti Online. 14 Januari 2013. Dicapai pada 28 April 2013.
  4. ^ Janji Shirah (2013): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 8 Jun 2018.