Ameera (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ameera
GenreDrama bersiri
Ditulis olehSharifah Abu Salem
PengarahMurali Abdullah
Dibintangi oleh
Syamsul Yusof
Rita Rudaini
Zarina Zainoordin
Jasmin Hamid
Hairi Safwan
Aishah Ilias
Reza Hasbi
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan musim1
Bilangan episod25
Penerbitan
PenerbitFadzil Teh
Syarikat penerbitan
Zeel Production
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Samarinda
Siaran asal23 Mei 2012 – 22 Ogos 2012

Drama Ameera merupakan sebuah drama Melayu yang ditayangkan di TV3.

Drama Ameera merupakan satu rancangan drama bersiri yang ditayangkan dalam slot Samarinda TV3. Drama Ameera mula ditayangkan pada 23 Mei 2012 pada setiap Selasa dan Rabu (10.30 malam) dan hari Khamis (9.30 malam).

Drama Ameera diterbitkan dalam 25 episod dan ditayangkan bagi menggantikan Drama Mahabbah.

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Ameera diarahkan oleh Murali Abdullah, pengarah India Muslim yang terkenal dengan drama airmata, memulakan siaran di Slot Samarinda TV3 pada 23 Mei 2012, setiap Selasa & Rabu pada jam 10.30 malam dan hari Khamis pada jam 9.30 malam, menggantikan drama Mahabbah.

Drama bersiri 25 episod diterbitkan oleh Fadzil Teh menerusi syarikat Zeel Production dengan skripnya ditulis oleh Sharifah Abu Salem menampilkan pelakon handalan Rita Rudaini sebagai Ameera dan Syamsul Yusof sebagai Ameer. Turut membintangi drama tersebut ialah Zarina Zainoordin (Zila), Jasmin Hamid (Puan Suraya), Aishah Ilias (Marisha), Hairi Safwan (Faruk), Reza Hasbi (Zarul), Khaty Azean (Mak Som), Maimon Mutalib (Mak Yah), Faizal Hussein (Jai), Sabrina Ali (Rozi) dan Aman Shah. Ini merupakan penampilan pertama Syamsul menerusi drama di TV3 selepas kemunculannya di dalam drama Airmata Maria pada tahun 2007.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Ameera dan Ameer ialah pasangan suami isteri yang bahagia melayari bahtera rumah tangga selama 4 tahun dan masih belum menimang cahaya mata. Mereka menguruskan sebuah syarikat perabot mewah bersama dan hidup dalam keadaan yang mewah. Namun, mereka tertekan apabila ibu Ameer, Puan Suraya selalu mendesak supaya Ameer berkahwin dengan Marisha kerana Ameera tidak dapat melahirkan anak. Ameera mahu Ameer menurut kemahuan ibunya tetapi Ameer masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung pada suatu hari nanti.

Apabila Ameera disahkan mandul, dunia bagaikan sudah berakhir baginya. Ameer masih enggan mengahwini Marisha yang menjadi pilihan ibunya. Ameera mencadangkan mereka mengambil anak angkat tetapi Ameer juga keberatan. Puan Suraya semakin mendesak kerana dia inginkan zuriat Ameer untuk mewarisi perniagaan keluarga. Ameera buntu memikirkan cara penyelesaian akhirnya dia mencadangkan Ameer supaya mengahwini seseorang untuk mendapatkan anak dan menceraikannya selepas melahirkan anak. Ameer menganggap Ameera bergurau dan tidak mengendahkannya sehingga seorang gadis kampung miskin, Zila muncul dalam kehidupan mereka.

Zila telah mengikut kekasihnya, Faruk yang dikenali sejak zaman sekolah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Ibunya, Mak Yah sakit sementara 3 orang adiknya masih belajar. Zila melarikan diri dan bersembunyi di dalam kereta Ameera kerana Faruk mahu menjualnya kepada sindiket pelacuran. Melihat keadaan Zila yang panik dan wajah Faruk yang bengis dan marah, Ameera segera memandu pergi dan terpaksa membawa pulang Zila.

Selepas mendengar cerita Zila, Ameera menganggap Zila sebagai calon yang paling sesuai untuk menjadi isteri kepada Ameer. Ameera menawarkan upah RM350,000 kepada Zila. Pada mulanya Zila enggan kerana tidak mahu mengandung tetapi akhirnya dia mengalah kerana wang tersebut mampu untuk menampung keperluan keluarganya.

Ameer pada mulanya membantah kerana masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung. Ameera merayu kepada Ameer agar menerima cadangannya untuk berkahwin dengan Zila. Akhirnya Ameer bersetuju. Ameer dan Zila bernikah secara rahsia. Zila hanya menikmati malam perkahwinannya selama satu malam sahaja kerana itu syarat yang dikenakan Ameera dan atas permintaan Ameer juga. Dalam perjanjian yang ditandatangani oleh Zila, dia akan diceraikan selepas mengandung dan melahirkan anak Ameer.

Zila yang pada mulanya tidak kisah dengan status isteri sementara telah jatuh cinta kepada Ameer. Dia bukan sahaja cemburu terhadap Ameera malah dia juga mahu merampas Ameer daripadanya. Ameer telah memberi perhatian lebih kepada Zila setelah dia disahkan mengandung. Adakah cadangan Ameera untuk mendapatkan zuriat Ameer daripada perkahwinan tersebut akan memakan diri? Bagaimana pula dengan nasib Zila selepas melahirkan anak? Berjayakah Zila melepaskan diri daripada cengkaman Faruk?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]