Iktibar (siri TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Iktibar
GenreDrama, cinta
Ditulis olehWan Mahani Wan Hasan
PengarahBade Hj. Azmi
Lagu pembukaan"Maafkanlah" oleh Syamel
Lagu penutup"Maafkanlah" oleh Syamel
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim1
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifMohd Fariz Che Aziz
PenerbitA. Aida
PenyuntingAmisyahril Edwan Amran
Muhamamad Afindi
Lokasi
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
A. Aida Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal4 Mei 2019 – 27 Julai 2019

Iktibar ialah sebuah siri drama antologi Malaysia 2019 arahan Bade Hj. Azmi dengan skrip oleh Wan Mahani Wan Hasan terbitan A. Aida Production. Setiap episod memaparkan kisah-kisah yang berbeza dari kacamata warden penjara, doktor, ustazah, pegawai psikologi, guru jahit, guru bakeri dan sebagainya. Ia bersiaran di TV3 dari 4 Mei 2019 hingga 27 Julai 2019.[1]

Plot[sunting | sunting sumber]

Penjara merupakan sebuah tempat yang semua orang ingin elakkan. Namun kepada mereka yang pernah menjadi peghuni di situ, tempat itu banyak memberi pengalaman dan melahirkan keinsafan. Drama bersiri ini akan memaparkan inspirasi kisah daripada banduan dan pekerja dalam penjara. Kisah-kisah ini diambil berdasarkan kes-kes dari seperti buli sehingga mati, curi wang kerana hutang, samun bersenjata, keldai dadah, pelacuran, penderaan kanak-kanak, bunuh tanpa niat, langgar sehingga mati, tetak bapa dan lain-lain. Matlamat cerita ini untuk mengetengahkan situasi berhadapan dengan banduan selain menyingkap rutin harian mereka dan memberi keinsafan agar tidak melakukan jenayah. Walaupun masing-masing mempunyai kerjaya yang hebat, tetapi ada ujian disebaliknya yang masyarakat di luar sana perlu ambilnya sebagai iktibar.

Episod[sunting | sunting sumber]

No. episod
keseluruhan
No. episod
musim
Tajuk Tarikh siaran pertama
11"Buli Jadikan Aku Pembunuh"4 Mei 2019

Azrul bekerja sebagai cikgu di sekolah integriti dalam penjara untuk calon pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Di dalam kelas tersebut, Azrul tertarik dengan seorang banduan bernama Roy yang sering dilihat berseorangan dan muram. Hasil daripada temubual Azrul dengan Warden, tahulah Azrul bahawa Roy merupakan tahanan di bawah umur yang telah disabitkan atas kesalahan membunuh seorang rakan sekelasnya. Roy makin rasa bersalah kerana ibu bapanya meninggal dunia selepas kejadian itu dan dia telah menyebabkan dua orang adiknya hilang tempat berkasih sayang.

Pelakon: Hisyam Hamid, Watie Sadali, Taufiq Hanafi, Izzy Zulkhazreef
22"Korban Cinta"11 Mei 2019

Fatimah merupakan wadar penjara wanita. Setiap hari Fatimah akan berhadapan dengan ramai banduan yang mempunyai cerita tersendiri. Namun kisah salah seorang banduan, Hasniza yang ceria dan suka menanam bunga menarik perhatiannya. Setelah berbual, barulah Fatimah tahu kes Hasniza iaitu melakukan kecurian semata-mata ingin membayar hutang kekasihya.

Pelakon: Nabila Huda, Wan Sharmila, Syazuwan Hassan, Chomel Fana
33"Derita Di Sebalik Nafsu"18 Mei 2019

Kay baru masuk penjara dan sedang menunggu keputusan pemeriksaan kesihatannya. Doktor Zaharah maklumkan dia positif HIV. Kay meraung dan trauma dengan menyalahkan kekasihnya.

Pelakon: Nasha Aziz, Ain Edruce, Nafiz Muaz Silfeny Osman
44"Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tak Ke Nasi"25 Mei 2019

Ustazah Aminah, salah seorang guru JAKIM yang bekerja dia salah sebuah penjara. Di sana, dia amat tertarik dengan kisah Mami Maria, seorang bekas pelacur, bekas mak ayam dan penagih dadah.

Pelakon: Didie Alias, Aida Khalida, Oktovia Manrose
55"Ragut Kasih"1 Jun 2019

Badrul ialah pensyarah yang menyediakan pembelajaran kepada banduan yang berminat. Di situ, dia berkenalan dengan seorang banduan bernama Emil yang terjebak dalam kes samun bersenjata Emil membenci Badrul kerana beliau menyebabkan Emil masuk ke penjara tanpa penjelasan, Badrul menyedari kesilapanya langsung pergi ke rumah Emil dan bertemu ibu dan adiknya malah baru sedar kerana tujuan Emil berbuat demikian kerana desakan hidup.

Pelakon: Firdaus & Mutazar Ghufran,Aishah Atan, Fahrin Ahmad, Afzan A. Rahman
66"Kerana Cemburu"8 Jun 2019

Habsah), Pembantu Pengajar bengkel membuat kek dan pastries di penjara, sering mendengar cerita tentang Amitha, banduan yang dijatuhkan hukuman membunuh tanpa niat.Bagaimanapun Habsah di luar tugas, beliau sering menjadi mangsa penderaan oleh suaminya sendiri kerana sikap Cemburu sehingga bercerai kerana tidak tahan perangai suaminya

Pelakon: Fouziah Gous, Shahz Jaszle , Sanpagan Sannasi
77"Taubat Seorang Samseng"15 Jun 2019
Pelakon: Adam Shahz, Fauzi Nawawi, Sherie Merlis, Lan Siro, Reza Hasbi
88"Mesej Dari Penjara"22 Jun 2019

Pihak sekolah dan Jabatan Penjara mengadakan sesi motivasi dan kisah ini menceritakan Razi yang dipenjarakan bersama teman wanitanya selama 12 bulan kerana menyembunyikan kelahiran iaitu dengan membuang bayi. Razi sering berzina dengan teman wanitanya, Zara yang berbadan agak gempal kerana hubungan mereka tak direstui keluarga. Kata Razi, maknya akan terima dia kalau dia lebih kurus. Lalu Zara giat bersenam untuk misi turunkan berat badan.

Pelakon: Harris Annuar, Nina Iskandar, Elisya Sandha, Raja Azmi
99"Akibat Gila Gajet"29 Jun 2019
Pelakon: Azhan Rani, Jagen, Norlia Ghani, Nafiez Zaidi, Nik Adam Mika
1010"Kerana Baran Tetak Bapa"6 Julai 2019

Naim, seorang Ustaz di salah sebuah penjara. Suatu hari selepas dia memberi ceramah, dia didatangi oleh seorang banduan, Rahim yang baru sahaja dijatuhi hukum. Rahim sukar mengawal perasaan amarahnya, hingga dia telah menetak bapanya, Kamal Sementara itu rakan serumah mempunyai sikap panas baran akibat penderaan oleh bapanya dan adik menjadi mangsa sehingga satu hari di pukul sebelum dileraikan oleh Ustaz Naim

Pelakon: Dai Hakim, Aizat Hassan, Ridzuan Hashim, Azrel Ismail, Shah Azri
1111"Kaki Trend"13 Julai 2019

Rokiah pergi ke Spa & Salun Wanita di Penjara Kajang atas saranan kawannya. Rokiah berbual dengan seorang banduan, Nora, yang bertugas di SPA itu. Rokiah tak sangka ada SPA penjara yang menawarkan khidmat kepada masyarakat luar dan servisnya sangat bagus. Setelah beberapa kali ke situ, Nora menceritakan yang dia didakwa mengedar dadah kerana mahu kemewahan. Rokiah teringatkan adiknya, Nita yang ada persamaan dengan kisah Nora.

Adik Rokiah, Nita yang tinggal bersamanya habiskan gajinya kerana terlalu taksub dengan trend-trend terkini walaupun dia hanya bekerja sebagai jurujual di kedai gajet. Rokiah nasihatkan juga Nita agar berjimat tapi Nita berdegil dengan alasan itulah cara hidup zaman kini. Lagipun Nabil teman lelakinya juga orang kaya dan dia perlu setanding agar tidak ditinggalkan kerana misi jangka panjangnya ialah berkahwin dengan Nabil. Nora ceritakan yang dia bekerja di kedai minyak wangi. Dia selalu berhutang dengan orang sekelilingnya,Nita tidak sedar bahawa Nabil adalah pengedar dadah yang cuba menjerat Nita dan sebelum itu Nabil mengajak Nita pergi bercuti Korea Selatan tetapi itu hanya helah kerana cuba heret beliau sebagai Keldai Dadah bagaimanapun Rokiah meminta bantuan sepupu seorang pegawai polis Narkotik dan ternyata sepupu berjaya jumpai bag milik Nabil sekali gus Nabil berjaya ditangkap.

Pelakon: Riena Diana, Hanna Qish, Jaja Iliyes, Putra Amaris, Nazim Othman
1212"Tamak Haloba"20 Julai 2019

Norehan, seorang guru jahit di salah sebuah penjara. Dia mempunyai seorang banduan yang cekap dalam menjahit. Sekali ajar, dah faham cara jahit. Zila, seorang banduan yang ditahan kerana menipu pelanggan. Zila sebenarnya memang mempunyai kepakaran dalam menjahit. Namun disebabkan hendak kaya cepat, Zila terjebak dalam travel agensi yang menyediakan pakej umrah yang berpatutan. Namun semuanya satu penipuan saja. Zila mengambil duit Jemaah umrah untuk kepentingan sendiri. Akibatnya dia ditangkap bersama rakan kongsinya. Zila menyesal, kerana status bekas banduan membuatkan dia akan dipandang serong oleh masyarakat. Tiada siapa akan mempercayainya. Norehan menasihati Zila jangan putus asa. Allah swt pasti akan bantu Zila jika Zila benar-benar sudah bertaubat. Zila minta Norehan doakannya agar dia istiqamah dalam penghijrahannya.

Di rumah Norehan selalu bersembang dengan Mak Cik Senah, jirannya. Mak Cik Senah memberitahu Norehan yang dia akan ke tanah suci tidak lama lagi.

Pelakon: Nazeera Sardi, Anis Al-Idrus, Sheila Mambo, Nasrizal Ngasri, Zee Zainal
1313"Maafkan Ibu Anakku"27 Julai 2019
Pelakon: Nadia Brian, Qistina Raisah, Amar Asyraf, Adibah Yunus, Fazlina Ahmad Daud

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Amielia Karim (4 Mei 2019). TV shows to watch during Ramadan Diarkibkan 2019-05-07 di Wayback Machine Star2. Dicapai pada 16 September 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]