Ain Edruce

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ain Edruce
Kelahiran
Nurulain binti Edruce

(1991-08-04) 4 Ogos 1991 (umur 29)
PendidikanIjazah Sarjana Komposisi Muzik
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif2011–2012
2015–kini
PasanganAmirul Hafiz Mustaffa (k. 2019)
Ibu bapaEdruce Sabri (bapa)

Nurulain Edruce (lahir 4 Ogos 1991) merupakan seorang pengacara, model dan pelakon wanita Malaysia.[1] Beliau terkenal sebagai pengacara rancangan MBuzz dan sebagai Rosnaida dalam Kekasih Paksa Rela.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ketika menuntut di UiTM, pada 2011, Ain memulakan kerjaya awal sebagai model, seterusnya memulakan kerjaya televisyennya sebagai pelakon utama bersama Melda Ahmad dan Liyana Kamarhisham dalam drama realiti Gadis Semasa Sunsilk terbitan Red Communications. Empat tahun kemudian, selepas tamat belajar di UiTM, beliau mengacarakan rancangan Girls Only Show yang bersiaran di Hypp Inspirasi, saluran gaya hidup Unifi TV. Beliau paling dikenali sebagai pengacara rancangan kapsul hiburan MBuzz selama dua minit di TV3.[3]

Beliau juga pernah menyertai rancangan realiti TV, Lari: Misi Mr. X bersama Mark Adam, Atu Zero dan Nonny Nadirah. Ain berlakon dalam drama Kekasih Paksa Rela lakonan Intan Najuwa dan Remy Ishak, di mana beliau memegang watak sebagai Rosnaida. Ia kemudian diikuti oleh Kenyalang I'm In Love lakonan bersama Hafeez Mikail, beliau melakonkan watak Wanda.[4] Ain menggalas peranannya sebagai salah seorang pengacara rancangan Pop Express di ntv7.[5]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Ain Edruce dilahirkan di Jerteh, Terengganu dan dibesarkan di Taiping, Perak. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat beradik dan pemegang Ijazah Sarjana Komposisi Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam, Selangor.[6]

Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon Ezzrin Loy yang juga adik pelakon Elfira Loy, namun berpisah akibat perbezaan kreatif.[7]

Ain mendedahkan dalam temubual bersama New Straits Times bahawa beliau pernah menjadi mangsa perbuatan menghina rupa fizikal semasa zaman remajanya.[8]

Ain bertunang dengan ahli perniagaan Amirul Hafiz Mustaffa pada 22 Jun 2019,[9] pasangan ini berkahwin pada 13 Disember.[9] Ain dilaporkan berkata beliau akan terus bergiat aktif dalam kerjaya seni selepas perkahwinannya.[9]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Gadis Semasa Sunsilk Tuti TV3
2017 Kekasih Paksa Rela Rosnaida Slot Akasia
2018 Kenyalang I'm In Love Wanda Slot Dahlia
2019 30 Pesanan Suara Fatin Slot Akasia
Iktibar Arisa Episod: "Derita Di Sebalik Nafsu"
2020 Camelia Marina

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Personal Shopper Adik Astro Ria
2018 My Sweet Madu Bella ntv7 Slot Luna
2019 Suluhkan Aku Cahaya Dr. Zulaikha TV3 Slot Cerekarama
Resort Berhantu Rosalinda Telefilem khas sempena DFKL 2019
Siti Selfie Siti TV2

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2015 Girls Only Show HyppTV
Mad Markets Go Asean
Lari: Misi Mr. X TV3
2016 Dari Bilik Sebelah (Anugerah Skrin 2016)
Karpet Merah (Anugerah Skrin 2016)
2017 MBuzz Sebagai pengacara bersama Syazuwan Hassan
2018 Trolley vs Backpackers TV Okey
Pop Express ntv7
Jenaka Kampung Kalut: JKK TV3 Sitkom, sebagai Lola
I Can See Your Voice Malaysia ntv7 Artis jemputan
2019 Anugerah MeleTOP Era 2019 Astro Ria Pengacara pra-persembahan
Arena Panggang (S2) Astro Warna Tetamu jemputan
J-POP Pengacara bersama Jiggy Masin
Ketuk-Ketuk Ramadan TV1 Tetamu jemputan
Muzikal Lawak Superstar Astro Warna
2020 Immortal Songs: Lagu Lama Menyengat Semula TV3, Aplikasi Lazada & YouTube Rasmi TV3MALAYSIA Official
Lazada Chief Discount Officer
Cannot Brain Astro Warna

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016 Anugerah Zalora Style 2016 Female Style Star Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Baharu Wanita Popular Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Farhana Fuad (23 Mac 2018). "18 Fakta Tentang Ain Edruce Yang Tidak Ramai Tahu". EH!. Dicapai pada 16 September 2018.
  2. ^ Norhayati Nordin (4 Februari 2018). "Keluar dari zon selesa". Harian Metro. Dicapai pada 1 September 2018.
  3. ^ Nor Akmar Samudin (1 Oktober 2015). Ain teruja hoskan MBuzz Harian Metro. Dicapai pada 5 September 2015.
  4. ^ Kemelut cinta dalam Kenyalang I'm in Love Harian Metro (21 April 2018). Dicapai melalui Pressreader pada 1 September 2018.
  5. ^ Farhana Ab. Rahman (21 Jun 2018). Belum ada orang kutuk suara saya Berita Harian. Dicapai pada 4 Oktober 2018.
  6. ^ Wawann Mohd (3 Julai 2018). "Tolak raih publisiti murahan: Ain Edruce". Sinar Harian. Dicapai pada 26 Ogos 2018.
  7. ^ Farhana Ab Rahman (18 Jun 2018). "Sudah-sudahlah ungkit - Ain Edruce". Berita Harian. Dicapai pada 26 Ogos 2018 – melalui BH Online.
  8. ^ Tahir Alhamzah (23 Mei 2019). "#Showbiz: They taunted me, calling me Olive Oyl, says Ain Edruce". New Straits Times. Dicapai pada 16 Disember 2019.
  9. ^ a b c Norhayati Nordin (14 Disember 2019). "Ain Edruce kini isteri orang". Harian Metro. Dicapai pada 14 Disember 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]