Jalan kaki dengan anjing


Jalan kaki dengan anjing ialah perbuatan apabila seseorang berjalan dengan anjing, biasanya dari kediaman anjing berkenaan dan kemudian kembali. Cawak lazimnya digunakan untuk ini. Kedua-dua pemilik dan haiwan peliharaan menerima banyak faedah,[1] termasuk senaman dan pendampingan.[2]
Perihal
[sunting | sunting sumber]Anjing dikekang dengan kolar yang mengelilingi lehernya atau abah-abah,[3] atau dengan hanya mengikuti penjaganya dengan kebiasaan dan kawalan lisan. Lazimnya, anjing dibawa berjalan oleh penjaga atau anggota keluarga lain, tetapi terdapat juga pejalan kaki anjing profesional.[4]
Pemilik anjing juga dapat pergi mendaki bersama dengan anjing mereka. Banyak denai mewajibkan agar anjing bercawak, atas pertimbangan untuk keselamatan anjing dan keselamatan pendaki lain.[5]
Faedah kesihatan
[sunting | sunting sumber]
Sebuah kajian oleh Universiti Negeri Michigan menunjukkan bahawa orang yang berjalan dengan anjing mereka adalah 34% lebih berkemungkinan mencapai jangkaan matlamat senaman, dengan tahap syor 150 minit bagi jalan kaki dengan anjing setiap minggu. Matthew Reeves, iaitu pengarang bersama bagi kajian itu, berkata, "Tiada peluru ajaib dalam membuat orang mencapai tanda aras tersebut tetapi jalan kaki dengan anjing mempunyai kesan yang dapat diukur."[6]
Penyelidikan yang dijalankan oleh Universiti Australia Barat telah mencadangkan bahawa kadar lebih tinggi bagi jalan kaki dengan anjing dalam sesebuah komuniti cenderung untuk menyebabkan lebih banyak hubungan antara perseorangan dalam komuniti itu. Penyelidikan mencadangkan bahawa orang dalam komuniti memperakui dan menyapa orang lain di jalanan dan bertukar-tukar budi dengan jiran, yang mungkin dapat menggalakkan lebih banyak senaman dalam komuniti, dengan memberi haiwan peliharaan dan pemilik peluang untuk gaya hidup lebih sihat.
Pejalan kaki anjing profesional
[sunting | sunting sumber]
Pejalan kaki anjing profesional, kedua-dua individu dan perniagaan, dibayar oleh pemilik anjing untuk berjalan dengan anjing mereka untuk mereka. Sesetengah pejalan kaki anjing membawa banyak anjing untuk jalan kaki sekaligus, sementara yang lain hanya membawa seekor anjing sahaja.[4] Panjang jalan kaki mungkin berbeza mengikut baka atau permintaan pemilik, daripada jalan kaki singkat yang diniatkan untuk berlangsung tidak lebih daripada masa yang diambil untuk anjing berkenaan selesai membuang air kepada jalan kaki lebih lama dengan amaun masa spesifik yang ditetapkan oleh pemilik. "Panjang jalan kaki patut mengambil kira usia dan status kesihatan anjing berkenaan. Jalan kaki jauh (melebihi 1 jam) tidak patut dilakukan oleh anjing di bawah usia 12 bulan untuk baka lebih kecil, sehingga usia 18 bulan untuk baka besar, untuk melindungi tulang dan sendi semasa masih membesar."[7] "Larian dengan anjing" juga semakin popular.[8] Pelari anjing ialah golongan profesional yang berlari dengan anjing, bukannya berjalan dengannya. Di sesetengah bidang kuasa, perniagaan jalan kaki dengan anjing[9] mesti berlesen dan mempunyai pekerja yang terlatih dalam pertolongan cemas haiwan. Perkhidmatan profesional untuk jalan kaki dengan anjing dapat diperoleh secara tempatan atau melalui perkhidmatan rujukan dalam talian. Pemerolehan jawatan sebagai pejalan kaki anjing profesional telah menjadi lebih mencabar, kerana pemohon perlu melalui latihan berpanjangan.[10] Walau bagaimanapun, sama ada lesen atau latihan diperlukan atau tidak, semua pejalan kaki anjing yang berjalan dengan anjing orang lain mesti menyedari amalan terbaik seperti penggunaan cawak panjang tetap dan pertimbangan cuaca.
Di Amerika Syarikat, pejalan kaki anjing profesional pertama dipercayai merupakan Jim Buck, yang pada tahun 1960 melancarkan perkhidmatan jalan kaki dengan anjing di Bandar Raya New York.[11]
Peraturan
[sunting | sunting sumber]Di United Kingdom, sesetengah bidang kuasa mungkin mewajibkan pejalan kaki anjing untuk memperoleh lesen perniagaan atau lesen pengiklanan. Peraturan lain mewajibkan pejalan kaki anjing untuk memastikan bahawa anjing berada dalam kawalan di ruang awam, tinja anjing dibersihkan, dan anjing berkenaan bukan baka terlarang.[12][13]
Di Amerika Syarikat, bidang kuasa tempatan mungkin mempunyai undang-undang yang mengawal atur jalan kaki anjing profesional. Sebagai contoh, di San Francisco, pejalan kaki anjing mesti berlesen dengan bandar raya, terbatas kepada 8 ekor anjing dengan cawak yang tidak lebih panjang daripada 2.4 meter (8 ka), mempunyai insurans liabiliti dan lesen untuk setiap anjing, mempunyai air minuman tersedia dan alat pertolongan cemas, dan membawa telefon bimbit.[14]
Pertikaian
[sunting | sunting sumber]Banyak penyelidikan menggariskan faedah jalan kaki dengan anjing untuk anjing dan manusia, lalu menggalakkan kesejahteraan mental dan fizikal serta kebolehgaulan. Walau bagaimanapun, anjing yang memaparkan agresi menjejaskan faedah ini, kerana "menyebabkan tanggungan sosial dan emosi yang besar untuk orang ramai".[15] Haiwan liar telah didokumenkan melaraskan taburannya dan kegiatannya untuk menghindari kawasan yang kerap dikunjungi oleh anjing,[16][17] yang mungkin menempatkan tekanan tambahan ke atas populasi liar di habitat utama atau pada musim utama.
Undang-undang
[sunting | sunting sumber]Jalan kaki dengan anjing telah dilarang oleh pemerintah Iran sejak Jun 2025 kebanyakan kawasan di bandar raya di dalam negara.[18][19][20]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Are new rules woof justice for pooches?" [Adakah peraturan baharu menyalakkan keadilan untuk anjing?] (dalam bahasa Inggeris). This Is Grimsby. 29 Mei 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2012. Dicapai pada 7 Julai 2013.
- ↑ Bumgardner, Wendy. "The Dog Diet - Dog Walkers Get Twice as Much Exercise" [Diet Anjing - Pejalan Kaki Anjing Mendapatkan Senaman Sebanyak Dua Kali Ganda] (dalam bahasa Inggeris). People Inc..
- ↑ Shaw, Lorrie (5 Mei 2010). "Commercialism: coming to a pet near you" [Komersialisme: akan datang kepada haiwan peliharaan dekat dengan anda] (dalam bahasa Inggeris). AnnArbor.com. Dicapai pada 21 Oktober 2025.
- 1 2 Smith, Mark (5 Mei 2010). "Lawyer wants to bring dog walkers to heel" [Peguam ingin bawa pejalan kaki anjing melutut] (dalam bahasa Inggeris). The Scotsman. Dicapai pada 21 Oktober 2025.[pautan mati]
- ↑ Cartwright, Sonny (18 Januari 2007). "Hiking Etiquette 101: The 12 Trail Rules You Should Know" [Etiket Pendakian 101: 12 Peraturan Denai yang Patut Anda Ketahui] (dalam bahasa Inggeris). Wonderful Wellies. Dicapai pada 21 Oktober 2025.
- ↑ Maynard, Geoff (12 Mac 2011). "Walkies not just for dogs" [Jalan kaki bukan hanya untuk anjing] (dalam bahasa Inggeris). Daily Express. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Oktober 2012. Dicapai pada 21 Oktober 2025.
- ↑ "Bedworth Dog Walker" [Pejalan Kaki Anjing Bedworth] (dalam bahasa Inggeris). On the Beaten Track Canine Adventure Walks. Dicapai pada 21 Oktober 2025.
- ↑ Connor, Jenessa (2 Januari 2018). "Running With Dogs as a Full-Time Job" [Berlari dengan Anjing sebagai Pekerjaan Sepenuh Masa] (dalam bahasa Inggeris). Runner's World. Dicapai pada 21 Oktober 2025.
- ↑ Moore, Sharne (16 Disember 2020). "How to start a dog walking business" [Cara untuk memulakan perniagaan jalan kaki dengan anjing] (dalam bahasa Inggeris). Smarter Finances. Dicapai pada 21 Oktober 2025.
- ↑ Higgins, Laine (5 Oktober 2017). "Want a Job as a Dog Walker? It's Just Like Getting into Harvard" [Inginkan Pekerjaan sebagai Pejalan Kaki Anjing? Ini Memang seperti Masuk Harvard] (dalam bahasa Inggeris). The Wall Street Journal. Dicapai pada 21 Oktober 2025.
- ↑ Fox, Margalit (12 Julai 2013). "Jim Buck, Who Made Walking Dogs a Job, Dies at 81" [Jim Buck, yang Jadikan Jalan Kaki dengan Anjing Pekerjaan, Meninggal] (dalam bahasa Inggeris). The New York Times. Dicapai pada 21 Oktober 2025.
- ↑ Ingram, Bee (24 April 2024). "New UK laws for Professional Dog Walkers" [Undang-undang baharu UK untuk Pejalan Kaki Anjing Profesional] (dalam bahasa Inggeris). Protectivity. Dicapai pada 21 Oktober 2025.
- ↑ "PROFESSIONAL DOG WALKING AND THE LAW" [JALAN KAKI DENGAN ANJING PROFESIONAL DAN UNDANG-UNDANG] (dalam bahasa Inggeris). Professional Dog Walkers Association. Dicapai pada 21 Oktober 2025.
- ↑ "Commercial Dog Walker Permit" [Permit Pejalan Kaki Anjing Komersial] (dalam bahasa Inggeris). San Francisco Animal Care & Control. 10 Jun 2021. Dicapai pada 21 Oktober 2025.
- ↑ O'Hare, Paul (2 Februari 2024). "A walk with "that wild dog of yours": tales of circumscribed, co-negotiated and adaptive walking practices = Un paseo con "ese perro salvaje tuyo": Relatos de prácticas de paseo circunscritas, co-negociadas y adaptativas = Une balade avec «ton foufoude chien»: récits de pratiques de promenade fondées sur l'adaptation, la négociation coopérative et la délimitation" [Jalan kaki dengan "anjing liar anda": kisah amalan jalan kaki terterap lilit, rundingan bersama, dan suaian]. Social & Cultural Geography (dalam bahasa Inggeris). Taylor & Francis. 25 (8): 1311–1330. doi:10.1080/14649365.2024.2308912. ISSN 1470-1197. S2CID 267468756 Check
|s2cid=value (bantuan). - ↑ Marshall, Holly Elizabeth; Sukumal, Niti; Ngoprasert, Dusit; Savini, Tommaso (12 Mei 2023). "The spatial and temporal displacement of native species by domestic dogs" [Sesaran ruangan dan masaan bagi spesies asli oleh anjing bela jinak]. Global Ecology and Conservation (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 44. Bibcode:2023GEcoC..4402504M. doi:10.1016/j.gecco.2023.e02504. ISSN 2351-9894. S2CID 258670928 Check
|s2cid=value (bantuan). Unknown parameter|article-number=ignored (bantuan) - ↑ Banks, Peter B.; Bryant, Jessica V. (4 September 2007). "Four-legged friend or foe? Dog walking displaces native birds from natural areas" [Sahabat atau musuh berkaki empat? Jalan kaki dengan anjing menyesarkan burung asli dari kawasan semula jadi]. Biology Letters (dalam bahasa Inggeris). Royal Society. 3 (6): 611–613. doi:10.1098/rsbl.2007.0374. ISSN 1744-957X. PMC 2391219. PMID 17785262. S2CID 9193326.
- ↑ "Iran extends ban on dog-walking for 'public order, safety and health'" [Iran lanjutkan larangan ke atas jalan kaki dengan anjing untuk 'ketenteraman, keselamatan, dan kesihatan awam'] (dalam bahasa Inggeris). The Guardian. 8 Jun 2025. Dicapai pada 21 Oktober 2025.
- ↑ Rawnsley, Jessica; Ghobadi, Parham (8 Jun 2025). "Iran expands dog-walking ban" [Iran perluas larangan jalan kaki dengan anjing] (dalam bahasa Inggeris). BBC News. Dicapai pada 21 Oktober 2025.
- ↑ "Iran extends dog walking bans to more than 20 cities as crackdown widens" [Iran lanjutkan larangan jalan kaki dengan anjing ke lebih 20 bandar raya ikutan tindakan keras meluas] (dalam bahasa Inggeris). Iran International. 8 Jun 2025. Dicapai pada 21 Oktober 2025.