Pergi ke kandungan

Komunikasi anjing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing yang mengenali satu sama lain mungkin menjilat muka satu sama lain dalam sapaan, kemudian mula menghidu mana-mana membran lembap yang mempunyai bau paling kuat.[1]
Mukus pada hidung basah anjing memerangkap zarah daripada semua yang baru dihidu atau dimakan oleh anjing. Apabila anjing bertemu, anjing menghidu hidung satu sama lain untuk mengetahui perkara yang dilakukan oleh anjing lain pada hari itu dan jika ada makanan berdekatan.
Anjing menguap apabila letih (seperti manusia) atau mengalami stres.[2]

Komunikasi anjing merujuk kaedah yang digunakan oleh anjing untuk memindahkan maklumat kepada anjing, haiwan, dan manusia lain. Anjing mungkin bertukar maklumat melalui suara, penglihatan, atau bau. Komunikasi penglihatan merangkumi rupa bentuk mulut dan kedudukan kepala, jilatan dan penghiduan, kedudukan telinga dan ekor, hubungan mata, ekspresi muka, dan postur tubuh. Komunikasi pendengaran dapat termasuk salakan, menggeram, lolongan, rengekan dan ngongoian, jeritan, cungapan, dan keluhan. Anjing juga berkomunikasi melalui komunikasi pengecapan, dengan menggunakan bau dan feromon.[3]

Manusia dapat berkomunikasi dengan anjing melalui pelbagai kaedah. Secara umumnya, ini termasuk penyuaraan, isyarat tangan, postur tubuh, dan sentuhan. Kedua-dua spesies ini juga berkomunikasi secara penglihatan. Melalui pembelajinakan, anjing telah menjadi khususnya mahir dalam "membaca" ekspresi muka manusia. Anjing mengecam maklumat emosi dan membuat inferens tentang maklumat emosi daripada manusia.[4] Apabila berkomunikasi dengan manusia, tahap pemahamannya pada umumnya sebanding dengan anak kecil.[5]

Komunikasi anjing–manusia

[sunting | sunting sumber]
Lukisan oleh Konrad Lorenz yang menunjukkan ekspresi muka anjing – tingkah laku komunikasi. paksi y = ketakutan, paksi x = agresi

Anjing cenderung sangat responsif kepada kiu manusia, terutamanya arah renungan dan arah tuding manusia. Anjing bergantung pada gerak isyarat manusia lebih daripada kiu kata, paling penting hubungan mata. Hubungan mata dianggap sebagai kiu ostensif. Renungan manusia–anjing membantu anjing menjalin hubungan lebih kuat melalui kemampuan untuk berkomunikasi dengan lebih baik dengan manusia, serta anjing lain.[6] Anjing mula bertindak dan bertindak balas seperti yang dilakukan oleh pemiliknya. Anjing mempelajari cara pemiliknya bergerak balas terhadap orang asing dan anjing tidak ramah.[6]

Kedua-dua manusia dan anjing bercirikan kehidupan sosial kompleks dengan sistem komunikasi kompleks, tetapi ada juga kemungkinan bahawa anjing, mungkin kerana kebergantungan pada manusia untuk makanan, telah mengembangkan kemahiran terkhusus untuk mengecam dan mentafsir isyarat sosial-komunikatif manusia.[7] Empat hipotesis asas telah dikemukakan untuk menjelaskan dapatan.

  1. Anjing, melalui cara interaksi dengan manusia, belajar untuk menjadi responsif terhadap kiu sosial manusia melalui proses pelaziman asas.[8]
  2. Dengan menjalani pembelajinakan, anjing bukan hanya mengurangkan ketakutan terhadap manusia tetapi juga menerapkan kemahiran penyelesaian masalah serba guna dalam interaksi dengan manusia. Anugerah ini yang sebahagian besarnya semula jadi untuk membaca gerak isyarat sosial manusia dipilih secara tidak sengaja melalui pembelajinakan.[9][5]
  3. Evolusi bersama anjing dengan manusia melengkapkannya dengan jentera kognitif untuk bukan hanya bergerak balas terhadap kiu sosial manusia tetapi untuk memahami keadaan mental manusia; teori minda yang diperkatakan.[10][11]
  4. Anjing cenderung secara penyesuaian untuk belajar tentang gerak isyarat komunikatif manusia. Ia terdapat dengan "pendahuluan" terbina dalam untuk mempelajari maksud gerak isyarat orang, dengan cara sama sebagaimana pipit bermahkota putih memperoleh lagu tipikal spesiesnya[12] dan anak itik menera pada jenis sendiri.[13]

Gerak isyarat penudingan ialah isyarat spesifik manusia dan bersifat rujukan.[14] Bayi manusia memperolehnya beberapa minggu sebelum perkataan ucapan pertama.[15] Pada tahun 2009, sebuah kajian membandingkan gerak balas terhadap pelbagai gerak isyarat penudingan oleh anjing dan bayi manusia. Kajian menunjukkan sedikit perbezaan dari segi prestasi kanak-kanak berusia 2 tahun dan anjing, sementara prestasi kanak-kanak berusia 3 tahun adalah lebih tinggi. Hasil keputusan juga menunjukkan bahawa semua subjek dapat membuat pengitlakan daripada pengalaman terdahulu untuk bergerak balas terhadap gerak isyarat penudingan yang agak baharu. Ini dapat dijelaskan sebagai kesudahan bersama daripada sejarah evolusinya serta sosialisasinya dalam persekitaran manusia.[16]

Kebanyakan orang dapat mengenal pasti daripada salakan sama ada anjing/kanin bersendirian atau sedang didekati oleh orang asing, bermain, atau agresif[17] dan dapat mengenal pasti daripada bunyi menggeram tentang saiz anjing.[18][19] Ini dianggap sebagai bukti bagi evolusi bersama manusia–anjing.[18][19]

Penglihatan

[sunting | sunting sumber]

Anjing yang mengkomunikasikan emosi melalui kedudukan tubuh diilustrasikan dalam The Expression of the Emotions in Man and Animals karya Charles Darwin yang diterbitkan pada tahun 1872.

Dalam buku beliau On Talking Terms with Dogs,[20] Turid Rugaas mengenal pasti sekitar 30 isyarat yang dipanggil oleh beliau isyarat penenang. Tanggapan kedominanan dan penyerahan banyak diperdebatkan.[21][22] Dalam buku beliau, beliau tidak menggunakan kedua-dua istilah ini untuk membezakan tingkah laku. Beliau memerihalkan isyarat penenang sebagai cara untuk anjing menenangkan diri atau manusia/anjing lain di sekelilingnya. Ini merupakan sesetengah isyarat yang dikenal pasti oleh beliau:

  • Jilatan/jentikan lidah
  • Penghiduan tanah
  • Toleh/pemusingan kepala
  • Tunduk main
  • Berjalan perlahan
  • Memegun
  • Duduk
  • Berjalan dalam liku
  • Kuap
  • "Senyuman"
  • Penggoyangan ekor
  • Kencing
  • Muka lembut
  • Gesekan
  • Baring
  • Bersin main

Dengan menggerakkan bahagian berlainan tubuhnya, sama ada ekspresi muka atau postur, anjing dapat mengekspresikan pelbagai emosi dan isyarat.

Anjing dengan telinga tegak bermakna bahawa ia berwaspada[23] dan penampakan giginya ialah isyarat amaran.[24]
Jilatan dapat memaksudkan perkara berlainan bergantung pada konteks.[1]

Rupa bentuk mulut

[sunting | sunting sumber]
  • Mulut santai dan terbuka sedikit; lidah mungkin terlihat sedikit atau tergantung menutupi gigi bawah – ini ialah tanda anjing puas dan santai.[25]
  • Mulut tertutup, gigi atau lidah tidak terlihat. Biasanya dikaitkan dengan anjing yang memandang satu arah dan telinga dan kepala mungkin condong sedikit ke hadapan – menunjukkan perhatian, minat, atau penilaian terhadap sesuatu situasi.[26]
  • Menggulungkan atau menarik bibir untuk mendedahkan gigi dan mungkin gusi – isyarat amaran. Pihak lain mempunyai masa untuk berundur, pergi, atau menunjukkan gerak isyarat pendamai.[24]
  • Mulut memanjang seakan-akan tertarik ke belakang, meregangkan bukaan mulut dan memperlihatkan gigi belakang – anjing peserah yang berserah kepada ancaman anjing dominan.[27]
  • "Senyuman": isyarat penenang.[20]

Kedudukan kepala

[sunting | sunting sumber]
  • Anjing dominan atau mengancam yang memandang terus ke arah individu lain – ancaman. Ia mengacukan senjatanya (muncung/gigi).[28]
  • Anjing dominan yang memalingkan kepalanya daripada anjing peserah – tindakan penenang, yang menunjukkan bahawa ia tidak akan menyerang.[28]
  • Anjing kurang dominan yang mendekati anjing dominan dengan kepalanya tertunduk dan hanya sekali-sekala cepat-cepat menghalakan muncungnya ke arah anjing berstatus lebih tinggi – menunjukkan bahawa tiada pergaduhan yang diniatkan.[28]
  • Dalam tafsiran alternatif yang tidak melibatkan kedominanan dan penyerahan, toleh kepala diperakui sebagai isyarat penenang.[20]

Serupa dengan manusia, anjing menguap dalam percubaan untuk berjaga. Anjing juga akan menguap apabila mengalami stres, atau sebagai isyarat pendamai apabila diganggu oleh isyarat agresi daripada anjing lain. Kuapan, yang diiringi oleh kepala yang berpaling daripada pelaku agresi, dapat meredakan situasi yang berpotensi mengancam.[2] Ini juga diperakui sebagai isyarat penenang.[20]

Jilatan dan penghiduan

[sunting | sunting sumber]

Tingkah laku jilatan mempunyai berbilang punca dan makna dan tidak patut semata-mata ditafsirkan sebagai kasih sayang. Anjing yang terbiasa dengan satu sama lain mungkin menjilat muka satu sama lain dalam sapaan, kemudian menghidu sebarang membran lembap yang mempunyai bau paling kuat (iaitu mulut, hidung, kawasan dubur, atau kawasan urogenital). Tingkah laku pengawanan bercirikan jilatan dengan cara lebih kuat berbanding dengan yang digunakan semasa sapaan.[1] Jilatan dapat mengkomunikasikan maklumat tentang kedominanan, niat, dan keadaan minda dan, seperti kuap, merupakan tingkah laku pendamai. Semua tingkah laku pendamai mengandungi unsur tingkah laku anak anjing, termasuk jilatan. Anak anjing menjilat diri dan rakan seperinduk sebagai sebahagian daripada proses pembersihan dan ini kelihatannya menjalin ikatan. Di kemudian hari, jilatan berhenti menjadi fungsi pembersihan dan membentuk gerak isyarat ritual yang menunjukkan keramahan.[29] Apabila mengalami stres, anjing mungkin menjilat udara, bibir sendiri, atau meniarap dan menjilat kaki atau tubuh.[30] Jilatan bibir dan penghiduan juga diperakui sebagai isyarat penenang.[20]

Keupayaan anjing untuk menggerakkan telinga berbeza sesama setiap baka. Sebagai tambahan, sesetengah telinga bergerak sangat sedikit jika diubah secara buatan atau dipotong oleh manusia.[6]

  • Telinga tegak atau sedikit ke hadapan – mengisyaratkan perhatian atau kewaspadaan.[23]
  • Telinga tertarik ke belakang merata pada kepala, gigi terseringai – mengisyaratkan bahawa anjing resah akan mempertahankan diri.[31]
  • Telinga tertarik ke belakang merata pada kepala, gigi tidak terseringai – mengisyaratkan penyerahan.[31]
  • Telinga tertarik sedikit ke belakang dan sedikit ranggung – mengisyaratkan kesukaran keputusan atau kecurigaan tidak senang yang mungkin menjadi agresi.[31]
  • Telinga berjentik-jentik, sedikit ke hadapan, kemudian sedikit ke belakang atau ke bawah – mengisyaratkan kesukaran keputusan dengan komponen peserah atau takut.[31]
  • Telinga tertarik merapat dengan kepala untuk menghasilkan "muka bulat" – isyarat penenang.[20]
  • Telinga tertarik ke belakang pada sudut berubah-ubah – mengekspresikan bangkitan.[6]
  • Telinga merata atau tertekan ke bawah – menunjukkan ketakutan, kemarahan, atau kekecewaan.[6]
  • Telinga tertekan rapat-rapat dengan kepala – mengekspresikan ketakutan ekstrem.[6]
  • Telinga tertahan menepi – menunjukkan emosi bercanggahan kerana situasi mengganggu.[6]
Ekor terangkat lebih rendah daripada mendatar, mungkin dengan ayunan sekali-sekala ke hadapan dan ke belakang – anjing tidak peduli dan santai[32]

Apabila anjing ingin mengancam musuh tanggapan, ia akan merenung. Sebaliknya, anjing akan menghindari hubungan mata jika mencuba untuk mengurangkan ketegangan.[6] Ia dapat mengkomunikasikan keadaan emosi dengan mempunyai mata "lembut" atau mata "keras". Mata lembut digunakan apabila anjing berasa santai dan tidak terancam. Mata keras pula digunakan apabila berasa tegang dan tidak senang tentang situasi yang berpotensi mengancam. Mata tertutup sedikit, kawasan kening berkedut, dan gigi mungkin terlihat. Anjing tidak patut didekati apabila berkomunikasi dengan cara ini dan patut dikeluarkan daripada situasi berketegangan tinggi, jika mungkin.[6]

  • Renungan langsung mata dengan mata – ancaman, ekspresi kedominanan, atau amaran bahawa serangan akan bermula.[33]
  • Mata berpaling untuk menghindari hubungan mata langsung – pemutusan hubungan mata mengisyaratkan penyerahan;[34] ini juga diperakui sebagai isyarat penenang.[20]
  • Kelipan – isyarat penenang.[20]
Ekor di antara tungkai, baring, telinga ke belakang, badan kaku – anjing peserah yang risau atau takut[35][20]
  • Ekor terangkat tinggi-tinggi – mengkomunikasikan keyakinan, bangkitan, dan kesanggupan untuk didekati oleh anjing lain atau manusia
  • Ekor mendatar, menghala menjauh daripada anjing tetapi tidak kaku – mengisyaratkan perhatian.[36]
  • Ekor lurus mendatar, kaku, dan menghala menjauh daripada anjing – memaparkan cabaran awal yang dapat membawa kepada agresi jika berasa terancam atau resah.[36]
  • Ekor ke atas, di antara kedudukan mendatar dengan kedudukan menegak – mengkomunikasikan kedominanan.[36]
  • Ekor ke atas dan sedikit melengkung ke atas belakang – mengisyaratkan keyakinan; terlihat pada anjing dominan yang berasa terkawal.[37]
  • Ekor terangkat lebih rendah daripada mendatar tetapi masih agak menjauh daripada tungkai, mungkin dengan ayunan sekali-sekala ke hadapan dan ke belakang – anjing tidak peduli dan santai.[32]
  • Ekor ke bawah, dekat dengan tungkai belakang, tungkai lurus, ekor berayun ke hadapan dan ke belakang perlahan-lahan – anjing berasa tidak sihat, sedikit murung, atau mengalami kesakitan sederhana.[32]
  • Ekor ke bawah, dekat dengan tungkai belakang, tungkai belakang terlipat ke dalam untuk merendahkan tubuh – mengekspresikan kecemiduan, kekhuatiran, atau ketidakterjaminan.[32]
  • Ekor terselit di antara tungkai – mengekspresikan ketakutan, keresahan, atau kegementaran; juga dapat menjadi isyarat penenang ritual untuk menangkis agresi daripada anjing lain.[38]
  • Ekor bergoyang laju – keterujaan.[39]
  • Goyangan ekor ringan, setiap ayunan hanya bersaiz kecil – sapaan.[39]
  • Goyangan ekor melebar – ramah.[40]
  • Goyangan ekor melebar, dengan ayunan lebar yang menarik pinggul dari sisi ke sisi – sapaan gembira.[40]
  • Goyangan ekor perlahan dengan ekor separuh tegak – tidak pasti tentang perkara yang perlu dilakukan seterusnya, tidak terjamin.[41]
  • Penggoyangan ekor juga diperakui sebagai isyarat penenang.[20]
  • Penggoyangan ekor ke sebelah kiri tubuh – anjing merasakan situasi negatif, seperti anjing atau orang yang tidak dikenali.[6]
  • Penggoyangan ekor ke sebelah kanan tubuh – anjing berasa selesa dan selamat.[6]
Seekor anjing bergolek di atas belakangnya dan menggosok bahunya di atas tanah untuk memaparkan kepuasan[42]

Anjing dikatakan mempamerkan asimetri kiri-kanan pada ekor apabila berinteraksi dengan orang asing dan akan menunjukkan gerakan kanak-kiri bertentangan dengan orang dan anjing yang dikenali.[43]

Keupayaan anjing untuk menggerakkan ekor dapat berbeza-beza sesama baka berlainan kerana hakikat bahawa manusia dapat mengerat atau membuang ekor anjing sepenuhnya.[6] Sebagai tambahan, sesetengah baka, seperti anjing lembu berekor kontot Australia, lahir dengan ekor amat pendek, atau baka lain, seperti corgi Wales Pembroke, mungkin lahir tanpa ekor sama sekali.

Tubuh anjing sahaja dapat mengkomunikasikan banyak perkara. Dengan meningkatkan saiz dan ketegangan tubuh dan menjadikan diri kelihatan lebih besar, ia dapat mengkomunikasikan keyakinan, kewaspadaan, atau ancaman. Tindakan yang dimaksudkan untuk mengurangkan saiz tubuh, seperti merendah ke lantai dengan ekor terselit dan telinga yang direndahkan, dapat mengkomunikasikan stres, ketakutan, kegementaran, atau keinginan untuk menghindari konflik.[6]

  • Bertungkai kaku, postur tegak, atau pergerakan perlahan bertungkai kaku ke hadapan – anjing dominan.[44]
  • Tubuh condong sedikit ke hadapan, kaki dirapatkan – cabaran kepada anjing dominan, konflik mungkin menyusul.[45]
  • Bulu kejur pada belakang bahu – kemungkinan agresi, mungkin juga menunjukkan ketakutan dan ketidakpastian.[45]
  • Merendahkan tubuh atau mengekot sambil mendongak – penyerahan.[46]
  • Tolakan muncung – berlaku apabila anjing peserah lembut-lembut menolak muncung anjing dominan, menunjukkan penerimaan.[47]
  • Anjing duduk apabila didekati oleh individu lain, lalu mengizinkan agar dirinya dihidu – mengisyaratkan penerimaan kedominanan tetapi tidak mengisyaratkan kelemahan.[48]
  • Anjing bergolek di sisi atau mendedahkan bahagian bawah perut dan memutuskan hubungan mata sepenuhnya – isyarat pendamai atau penyerahan ekstrem.[49]
  • Anjing duduk dengan salah satu kaki hadapan yang ternaik sedikit – stres, ketakutan sosial, dan ketidakterjaminan.[50] Ini juga diperakui sebagai isyarat penenang.[20]
  • Anjing bergolek di atas belakangnya dan menggosok bahunya di atas tanah – kepuasan.[42]
  • Anjing membongkok dengan tungkai hadapan yang diluruskan, tubuh belakang dan ekor ke atas, menghadap rakan sepermainannya secara langsung – "tunduk main" klasik untuk memulakan permainan.[51] Ini juga diperakui sebagai isyarat penenang.[20]

Pendengaran

[sunting | sunting sumber]

Panggilan perhubungan jarak jauh adalah lazim dalam Canidae, biasanya dalam bentuk sama ada salakan (diistilahi "deretan denyut") atau lolongan (diistilahi "aliran akustik panjang").[52][53] Lolongan jarak jauh daripada serigala[54] dan koyote[55][56][57] ialah salah satu cara yang dengannya kanin berkomunikasi.

Menjelang usia empat minggu, anjing telah mengembangkan majoriti penyuaraannya. Anjing ialah kanid paling bersuara dan adalah unik dalam kecenderungannya untuk menyalak dalam pelbagai situasi. Salakan kelihatannya mempunyai lebih sedikit fungsi komunikasi berbanding dengan keterujaan, pergaduhan, kehadiran manusia, atau hanya kerana anjing lain menyalak. Tanda lebih halus seperti pergerakan tubuh dan pergerakan muka tidak menonjol, bau tubuh, rengekan, yelp, dan bunyi menggeram merupakan sumber utama bagi komunikasi sebenar. Majoriti teknik komunikasi halus ini digunakan pada jarak dekat dengan yang lain, tetapi untuk komunikasi jarak jauh, hanya salakan dan lolongan digunakan.[58]

Sebuah kajian telah menunjukkan bahawa anjing dapat mengenal pasti saiz anjing lain hanya dengan mendengar bunyi menggeramnya. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa anjing tidak menyalahgambarkan, atau tidak dapat menyalahgambarkan, saiz diri dan ini ialah kali pertama penyelidikan telah menunjukkan haiwan dapat menentukan saiz individu lain melalui bunyi yang dibuat olehnya. Ujian itu, yang menggunakan imej tentang banyak jenis anjing, menunjukkan seekor anjing kecil dan seekor anjing besar dan memainkan bunyi menggeram. Dua puluh daripada 24 ekor anjing ujian memandang imej tentang anjing bersaiz bersesuaian dahulu dan memandangnya paling lama.[59]

Bergantung pada konteks, salakan anjing dapat berbeza-beza dari segi masa, nada, dan amplitud. Ada kemungkinan bahawa ini mempunyai makna berlainan.[17]

Salakan cepat dengan nada julat tengah ialah salakan amaran asas.[60]
  • Salakan dalam rentetan cepat yang terdiri daripada 3 atau 4 salakan dengan jeda di perantaraan, nada julat tengah – panggilan amaran, anjing merasakan sesuatu tetapi belum ditakrifkan sebagai ancaman.[60]
  • Salakan cepat, nada julat tengah – salakan amaran asas.[60]
  • Salakan sekata berterusan tetapi agak lebih perlahan dan nada lebih rendah – ancaman mendatang, bersedia untuk bertahan.[61]
  • Rentetan salakan berpanjangan, dengan selang sederhana hingga panjang antara setiap satu – kesepian, memerlukan teman, kerap dipamerkan apabila terkurung.[61]
  • Satu atau dua salakan pendek tajam bernada tinggi atau julat tengah – bunyi sapaan tipikal, biasanya menggantikan salakan amaran apabila pelawat dikenal pasti ramah atau anjing berasa tidak terjamin.[61]
  • Salakan pendek tajam tunggal, nada julat tengah lebih rendah – kejengkelan, digunakan oleh ibu anjing yang mendisiplinkan anak atau oleh anjing yang terganggu daripada tidurnya.[61]
  • Salakan pendek tunggal, nada julat tengah lebih tinggi – terkejut atau terperanjat.[62]
  • Salakan gagap, nada julat tengah – digunakan untuk memulakan permainan.[63]
  • Salakan menaik – menunjukkan keseronokan, digunakan semasa main-gaduh atau apabila pemilik hendak membaling objek.[64]
Dua anjing mengkomunikasikan amaran; perhatikan gigi terseringai dan bibir melengkung.

Menggeram

[sunting | sunting sumber]
  • Bunyi menggeram lembut bernada rendah yang kelihatan datang dari dada – digunakan sebagai ancaman oleh anjing dominan.[64]
  • Bunyi menggeram lembut yang tidak sedemikian bernada rendah dan kelihatan lebih jelas datang dari mulut – jauhi.[64]
  • Salak geram bernada rendah – bunyi menggeram yang membawa kepada salakan ialah ancaman dan panggilan untuk mendapatkan bantuan.[65]
  • Salak geram bernada julat tengah lebih tinggi – nada lebih tinggi memaksudkan kurang yakin, gerun, tetapi akan mempertahankan diri.[65]
  • Bunyi menggeram beralun, daripada julat tengah kepada julat tengah tinggi – anjing adalah takut, ia sama ada akan mempertahankan diri atau melarikan diri.[65]
  • Bunyi menggeram hingar, nada sederhana dan lebih tinggi, dengan gigi yang tersembunyi daripada pandangan – dapat mengisyaratkan tumpuan amat, mungkin terdapat semasa agresi main, namun pengetahuan tentang seluruh bahasa gerak-geri diperlukan untuk jawapan muktamad.[65]
  • Lolongan yip – kesepian, memerlukan pendampingan.[66]
  • Lolongan – menunjukkan kehadiran anjing pelolong atau menunjukkan bahawa ini ialah wilayahnya.[66]
  • Lolongan salakan, 2–3 salakan yang diikuti oleh lolongan dukacita – anjing agak terasing, terkunci tanpa pendampingan, memanggil teman atau gerak balas daripada anjing lain.[67]
  • Baying – dapat didengar semasa penjejakan untuk memanggil rakan sekawanan ke arah buruan.[68]
Anjing melolong menunjukkan anjing berkenaan hadir atau berada di dalam wilayahnya.[66]

Rengekan dan ngongoian

[sunting | sunting sumber]

Rengekan dan ngongoian merupakan bunyi pendek bernada tinggi yang direka untuk mendekatkan pendengar untuk menunjukkan sama ada ketakutan atau penyerahan bagi pihak yang merengek atau mengongoi. Ini juga merupakan bunyi yang dibuat oleh anak anjing sebagai bunyi pendamaian dan permintaan.[69]

  • Rengekan dan ngongoian lembut – sakit atau takut.[70]
  • Erangan atau erangan yodel, bernada lebih rendah daripada rengekan atau ngongoian – kenikmatan atau keterujaan spontan.[70]
  • Yelp tunggal atau salakan bernada tinggi – gerak balas terhadap kesakitan tiba-tiba dan tidak terjangka seperti gigitan main terlalu kuat.[70]
  • Siri yelp – ketakutan atau kesakitan parah.[70]

Yelp sepanjang beberapa saat sama seperti anak manusia, kemudian diulang – keterseksaan atau derita, panggilan kepada rakan sekawanan untuk meminta pertolongan, jarang kedengaran. Ini dapat menjadi penunjuk bagi kecederaan parah. Ada syor agar anjing dibawa ke klinik haiwan dengan segera jika menjerit.[71]

Seekor anjing, dalam bersin main
Bersin main

Cungapan ialah percubaan untuk mengawal atur suhu badan. Keterujaan dapat meningkatkan suhu badan pada manusia dan anjing. Walaupun bukan komunikasi niatan, jika anjing tercungap dengan cepat walaupun tidak terdedah kepada keadaan hangat atau kegiatan fizikal berat, maka ini mengisyaratkan keterujaan kerana stres.[72]

Keluhan ialah ekspresi emosi, biasanya apabila anjing berbaring dengan kepala di atas kakinya. Apabila mata separuh tertutup, ia mengisyaratkan kenikmatan dan kepuasan. Apabila mata terbuka sepenuhnya, ia mengisyaratkan rasa tidak senang atau kehampaan.[73]

Bersin main

[sunting | sunting sumber]

Bersin main ialah satu lagi isyarat penenang yang digunakan oleh anjing[20] untuk menunjukkan bahawa ia tidak agresif, atau bahawa ia hanya bermain. Bersin main bukan bersin sebenar, tetapi lebih kepada pembuangan udara yang menyerupai bersin, dan kerap berlaku semasa permainan.[74]

Penghiduan

[sunting | sunting sumber]
Postur pengencingan tungkai terangkat

Anjing mempunyai deria bau yang 40 kali lebih peka berbanding dengan deria bau manusia dan memulakan kehidupan sambil beroperasi hampir secara eksklusif dengan bau dan sentuhan.[75] Feromon ialah bau khas yang digunakan oleh anjing untuk komunikasi.[76] Feromon terdiri daripada bahan kimia semula jadi yang mengantarai komunikasi penghiduan dengan konspesies. Feromon ini yang mengandungi isyarat kimia berfungsi untuk mengirimkan maklumat kepada anjing lain tentang status sosial, usia, status seks atau pembiakan, tingkah laku agresif, dan penandaan wilayah.[77][78] Feromon dapat berfungsi sama ada untuk menarik atau mengusir anjing lain.[78]

Isyarat feromon diterima di dalam organ vomeronasum (VNO) yang termasuk dalam salur penghiduan.[79] Supaya anjing mengesan rangsangan, atau bau, VNO perlu dibuka. VNO dibuka apabila feromon melekap pada membran sel saraf di dalam organ vomeronasum.[3] Dari VNO, isyarat feromon dikirimkan ke bebuli penghiduan aksesori dan dipindahkan ke amigdala. Feromon akhirnya akan dikirimkan ke hipotalamus ventromedial; di sana isyarat itu ditanggap. Gerak balas seringai ialah tingkah laku pada anjing bilamana bibir atas melengkung ke atas untuk mendedahkan kepada gigi; tingkah laku ini memperkuat pengambilan feromon.[77]

Isyarat kimia meresap ke dalam persekitaran melalui rembesan dubur, kelenjar kaki, endapan air kencing dan tinja, bau tubuh, dan penggosokan tubuh pada item tertentu.[78] Ini dipanggil penandaan bau, iaitu apabila individu meninggalkan bau kuat di kawasan spesifik di dalam persekitaran untuk menanda wilayahnya. Tanda bau mengandungi pesanan kimia tentang pengirim. Sebagai contoh, apabila seekor betina berada dalam estrus, ia akan kencing dengan lebih kerap untuk menarik bakal pasangan. Air kencing mengandungi maklumat tentang status pembiakan betina dan juga membawa pesanan kepada penerima tentang lokasi si betina.[78] Sebatian p-hidroksibenzoat terdapat di dalam feromon yang menarik jantan kepada betina dalam estrus.[77]

Jenis paling lazim bagi penandaan bau ialah penandaan air kencing untuk mengenal pasti wilayah.[80][81] Jantan dewasa lebih memilih untuk menandai permukaan menegak dengan air kencing, dengan menggunakan postur tungkai terangkat.[81][82] Postur tungkai terangkat memberikan penyebaran meningkat bagi tanda ternaik, yang membolehkan angin membawanya lebih jauh.[78] Betina; walau bagaimanapun, cenderung untuk menggunakan postur cangkung dan kencing dengan kurang kerap berbanding dengan jantan.[81] Tambahan pula, anjing lebih kecil dapat menggunakan kenaikan tungkai lebih tinggi apabila kencing untuk memperindah keupayaan persaingannya.[81]

Penandaan bertindih ialah apabila individu menutupi tanda bau individu lain dengan bau sendiri. Kedua-dua jantan dan betina mengamalkan penandaan bertindih, walaupun ini adalah lebih lazim pada jantan. Penandaan bertindih digunakan untuk mengirimkan maklumat tentang status sosial dan kedominanan. Ini membolehkan anjing mencari bakal pasangan atau memperakui bakal pesaing. Oleh yang demikian, jantan mungkin menandai air kencing betina secara bertindih untuk menjaga bakal pasangan.[81]

Penggaruan tanah ialah tingkah laku lazim yang terlihat selepas kencing atau peninjaan dan merupakan lagi satu cara yang dengannya isyarat kimia dirembeskan.[78] Feromon dikumuhkan dari kelenjar kaki, lalu membantu dalam penandaan wilayah atau penambahan bau tambahan kepada tanda bau. Peluang untuk anjing menggaru tanah meningkat apabila individu dibangkitkan secara agresif.[78] Ini juga biasanya disusuli oleh penandaan balas oleh jantan lain dengan air kencing untuk menutup kawasan berkenaan dengan bau sendiri dan lebih prevalen apabila terdapat betina dalam estrus di sekeliling.[3]

Anjing juga menerima maklumat tentang konspesies dengan menghidu kelenjar tertentu. Apabila menyapa, anjing cenderung untuk menjadi lebih berperhatian kepada leher, muka, inguen, dan kawasan periferi. Terdapat kelenjar spesifik di kawasan ini yang mengeluarkan bau berlainan, seperti kelenjar di sudut mulut, di daun telinga, di dalam kelenjar kulup dan faraj, dan di dalam kelenjar dubur.[6] Anjing memperoleh maklumat sosial dengan menghidu bau tertentu yang dirembeskan dari kawasan-kawasan ini.[6] Anjing juga dapat memperoleh maklumat daripada rembesan dubur. Semua kanin mempunyai dua kantung bersimetri pada kedua-dua sisi sfinkter dubur yang mengeluarkan rembesan dubur semasa peninjaan. Ini adalah penting dalam penandaan wilayah dan pengiriman maklumat tentang status sosial.[78][3]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. 1 2 3 Coren (2012), m/s. 124.
  2. 1 2 Coren (2012), m/s. 120–122.
  3. 1 2 3 4 Pageat, Patrick; Gaultier, Emmanuel (Mac 2003). "Current research in canine and feline pheromones" [Penyelidikan semasa tentang feromon anjing dan kucing]. Veterinary Clinics of North America: Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). 33 (2). Elsevier: 187–211. doi:10.1016/S0195-5616(02)00128-6. ISSN 1878-1306. PMID 12701508. S2CID 39681285.
  4. ↑ Albuquerque, Natalia de Souza; de Resende, Briseida Dôgo (6 Disember 2022). "Dogs functionally respond to and use emotional information from human expressions" [Anjing bergerak balas secara fungsian kepada maklumat emosi dan menggunakan maklumat emosi daripada ekspresi manusia]. Evolutionary Human Sciences (dalam bahasa Inggeris). 5 e2. Cambridge University Press. doi:10.1017/ehs.2022.57. ISSN 2513-843X. PMC 10426098. PMID 37587944. S2CID 255547405.
  5. 1 2 Hare, Brian; Tomasello, Michael (September 2005). "Human-like social skills in dogs?" [Kemahiran-kemahiran sosial mirip manusia pada anjing?]. Trends in Cognitive Sciences (dalam bahasa Inggeris). 9 (9). Elsevier: 439–444. doi:10.1016/j.tics.2005.07.003. hdl:11858/00-001M-0000-0010-0290-F. ISSN 1879-307X. PMID 16061417. S2CID 9311402.
  6. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Siniscalchi, Marcello; d'Ingeo, Serenella; Minunno, Michele; Quaranta, Angelo (31 Julai 2018). "Communication in Dogs" [Komunikasi pada Anjing]. Animals (dalam bahasa Inggeris). 8 (8). MDPI: 131. doi:10.3390/ani8080131. hdl:11586/221069. ISSN 2076-2615. PMC 6116041. PMID 30065156. S2CID 51889511.
  7. ↑ Kaminski, Juliane; Waller, Bridget M.; Diogo, Rui; Hartstone-Rose, Adam; Burrows, Anne M. (17 Jun 2019). Hare, Brian (penyunting). "Evolution of facial muscle anatomy in dogs" [Evolusi anatomi otot muka pada anjing]. Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America (dalam bahasa Inggeris). 116 (29). Akademi Sains Kebangsaan Amerika Syarikat: 14677–14681. Bibcode:2019PNAS..11614677K. doi:10.1073/pnas.1820653116. ISSN 1091-6490. JSTOR 26760311. PMC 6642381. PMID 31209036. S2CID 190535427.
  8. ↑ Udell, Monique A. R.; Wynne, Clive David Lawrence (Mac 2008). "A REVIEW OF DOMESTIC DOGS' (CANIS FAMILIARIS) HUMAN-LIKE BEHAVIORS: OR WHY BEHAVIOR ANALYSTS SHOULD STOP WORRYING AND LOVE THEIR DOGS" [ULASAN TENTANG TINGKAH LAKU MIRIP MANUSIA PADA ANJING BELA JINAK (CANIS FAMILIARIS): ATAU SEBABNYA PENGANALISIS TINGKAH LAKU PATUT BERHENTI RISAU DAN SEBALIKNYA MENYAYANGI ANJING MEREKA]. Journal of the Experimental Analysis of Behavior (dalam bahasa Inggeris). 89 (2). Wiley: 247–261. doi:10.1901/jeab.2008.89-247. ISSN 1938-3711. PMC 2251326. PMID 18422021. S2CID 30438686.
  9. ↑ Hare, Brian (April 2007). "From Nonhuman to Human Mind: What Changed and Why?" [Daripada Minda Bukan Manusia kepada Minda Manusia: Apakah yang Berubah dan Mengapa?]. Current Directions in Psychological Science (dalam bahasa Inggeris). 16 (2). Sage Publishing: 60–64. doi:10.1111/j.1467-8721.2007.00476.x. hdl:11858/00-001M-0000-000F-FE6B-B. ISSN 1467-8721. JSTOR 20183163. S2CID 3402472.
  10. ↑ Miklósi, Ádám; Polgárdi, R.; Topál, József; Csányi, Vilmos (Disember 2000). "Intentional behaviour in dog-human communication: an experimental analysis of "showing" behaviour in the dog" [Tingkah laku sengaja dalam komunikasi anjing–manusia: analisis uji kaji tentang tingkah laku "penunjukan" pada anjing]. Animal Cognition (dalam bahasa Inggeris). 3 (3). Springer Science+Business Media: 159–166. doi:10.1007/s100710000072. ISSN 1435-9456. S2CID 18448656.
  11. ↑ Miklósi, Ádám; Topál, József; Csányi, Vilmos (9 April 2004). "Comparative social cognition: what can dogs teach us?" [Kognisi sosial bandingan: apakah yang dapat diajarkan oleh anjing kepada kita?]. Animal Behaviour (dalam bahasa Inggeris). 67 (6). Elsevier: 995–1004. Bibcode:2004AnBeh..67..995M. doi:10.1016/j.anbehav.2003.10.008. ISSN 1095-8282. S2CID 15248027.
  12. ↑ Marler, Peter Robert (1970). "A comparative approach to vocal learning: Song development in white-crowned sparrows" [Pendekatan bandingan kepada pembelajaran suara: Perkembangan lagu pada pipit berjambul putih]. Journal of Comparative and Physiological Psychology (dalam bahasa Inggeris). 71 (2, Pt. 2). Persatuan Psikologi Amerika: 1–25. doi:10.1037/h0029144. ISSN 1939-2087. S2CID 143319486.
  13. ↑ Lorenz, Konrad Zacharias (1965). Evolution and Modification of Behavior [Evolusi dan Pengubahsuaian Tingkah Laku] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Chicago, Illinois, Amerika Syarikat: University of Chicago Press. ISBN 9780226493329. OCLC 192633.
  14. ↑ Carpenter, Malinda; Nagell, Katherine M.; Tomasello, Michael; Butterworth, George Esmond; Moore, Chris (Disember 1998). "Social Cognition, Joint Attention, and Communicative Competence from 9 to 15 Months of Age" [Kognisi Sosial, Perhatian Bersama, dan Kecekapan Komunikasi dari Usia 9 hingga 15 Bulan]. Monographs of the Society for Research in Child Development (dalam bahasa Inggeris). 63 (4). Wiley: i–175. doi:10.2307/1166214. hdl:11858/00-001M-0000-0010-0B6B-C. ISSN 1540-5834. JSTOR 1166214. PMID 9835078. S2CID 25330867.
  15. ↑ Butterworth, George (2003). "Pointing is the royal road to language for babies" [Penudingan ialah jalan diraja ke arah bahasa untuk bayi]. Dalam Kita, Sotaro (penyunting). Pointing: Where Language, Culture, and Cognition Meet [Penudingan: Tempat Pertemuan Bahasa, Budaya, dan Kognisi] (dalam bahasa Inggeris). Mahwah, New Jersey, Amerika Syarikat: Lawrence Erlbaum Associates. m/s. 9–33. ISBN 9780805840148. OCLC 49727890.
  16. ↑ Lakatos, Gabriella; Soproni, Krisztina; Dóka, Antal; Miklósi, Ádám (3 April 2009). "A comparative approach to dogs' (Canis familiaris) and human infants' comprehension of various forms of pointing gestures" [Pendekatan perbandingan kepada pemahaman anjing (Canis familiaris) dan pemahaman bayi manusia tentang pelbagai bentuk gerak isyarat penudingan]. Animal Cognition (dalam bahasa Inggeris). 12 (4). Springer Science+Business Media: 621–631. doi:10.1007/s10071-009-0221-4. ISSN 1435-9456. PMID 19343382. S2CID 18078591.
  17. 1 2 Hare, Brian (2013). "What Are Dogs Saying When They Bark?" [Apakah yang Dikatakan oleh Anjing apabila Ia Menyalak?]. Scientific American (dalam bahasa Inggeris). Springer Science+Business Media. Dicapai pada 25 November 2025.
  18. 1 2 Sanderson, Katharine (23 Mei 2008). "Humans can judge a dog by its growl" [Manusia dapat menilai anjing mengikut geramannya] (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. doi:10.1038/news.2008.852. Dicapai pada 25 November 2025.
  19. 1 2 Taylor, Anna Magdalena; Reby, David; McComb, Karen (1 Mei 2008). "Human listeners attend to size information in domestic dog growls" [Manusia pendengar melayan maklumat saiz dalam geraman anjing bela jinak]. Journal of the Acoustical Society of America (dalam bahasa Inggeris). 123 (5). Institut Fizik Amerika: 2903–2909. Bibcode:2008ASAJ..123.2903T. doi:10.1121/1.2896962. hdl:10779/uos.23325272. ISSN 1520-8524. PMID 18529206. S2CID 34641867.
  20. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 Rugaas, Turid (2006). On Talking Terms with Dogs: Calming Signals [Mengenai Syarat Percakapan dengan Anjing: Isyarat Penenang] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Wenatchee, Washington, Amerika Syarikat: Dogwise Publishing. ISBN 9781929242368. OCLC 63519566.
  21. ↑ Eaton, Barry (2010). Dominance in Dogs: Fact or Fiction? [Kedominanan pada Anjing: Fakta atau Fiksyen?] (dalam bahasa Inggeris). Wenatchee, Washington, Amerika Syarikat: Dogwise Publishing. ASIN B011T6R50G. ISBN 9781929242801. OCLC 942794051.
  22. ↑ "Digging the dirt on 'dominance' in dogs" [Menggali tanah atas 'kedominanan' pada anjing] (dalam bahasa Inggeris). Pet Dog Trainers of Europe. 30 Mac 2015. Dicapai pada 25 November 2025.
  23. 1 2 Coren (2012), m/s. 130.
  24. 1 2 Coren (2012), m/s. 116.
  25. ↑ Coren (2012), m/s. 114.
  26. ↑ Coren (2012), m/s. 115.
  27. ↑ Coren (2012), m/s. 119.
  28. 1 2 3 Coren (2012), m/s. 120.
  29. ↑ Coren (2012), m/s. 124–125.
  30. ↑ Coren (2012), m/s. 126.
  31. 1 2 3 4 Coren (2012), m/s. 131.
  32. 1 2 3 4 Coren (2012), m/s. 166.
  33. ↑ Coren (2012), m/s. 146.
  34. ↑ Coren (2012), m/s. 147.
  35. ↑ Coren (2012), m/s. 131, 167, 188.
  36. 1 2 3 Coren (2012), m/s. 162.
  37. ↑ Coren (2012), m/s. 163.
  38. ↑ Coren (2012), m/s. 167.
  39. 1 2 Coren (2012), m/s. 171.
  40. 1 2 Coren (2012), m/s. 172.
  41. ↑ Coren (2012), m/s. 173.
  42. 1 2 Coren (2012), m/s. 199.
  43. ↑ Quaranta, Angelo; Siniscalchi, Marcello; Vallortigara, Giorgio (20 Mac 2007). "Asymmetric tail-wagging responses by dogs to different emotive stimuli" [Gerak balas penggoyangan ekor tidak bersimetri oleh anjing terhadap rangsangan emosi berlainan]. Current Biology (dalam bahasa Inggeris). 17 (6). Cell Press: R199–R201. Bibcode:2007CBio...17.R199Q. doi:10.1016/j.cub.2007.02.008. hdl:11586/124943. ISSN 1879-0445. PMID 17371755. S2CID 16488168.
  44. ↑ Coren (2012), m/s. 184.
  45. 1 2 Coren (2012), m/s. 187.
  46. ↑ Coren (2012), m/s. 188.
  47. ↑ Coren (2012), m/s. 190.
  48. ↑ Coren (2012), m/s. 191.
  49. ↑ Coren (2012), m/s. 192.
  50. ↑ Coren (2012), m/s. 198.
  51. ↑ Coren (2012), m/s. 200.
  52. ↑ Robbins, Robert L. (1 Januari 2000). "VOCAL COMMUNICATION IN FREE-RANGING AFRICAN WILD DOGS (LYCAON PICTUS)" [KOMUNIKASI SUARA PADA ANJING LIAR AFRIKA (LYCAON PICTUS) BEBAS MERANTAU]. Behaviour (dalam bahasa Inggeris). 137 (10). Brill Publishers: 1271–1298. doi:10.1163/156853900501926. ISSN 1568-539X. JSTOR 4535774. S2CID 84288587.
  53. ↑ Cohen, J. A.; Fox, Michael Wilson (Julai 1976). "Vocalizations in wild canids and possible effects of domestication" [Penyuaraan pada kanid liar dan kesan mungkin daripada pembelajinakan]. Behavioural Processes (dalam bahasa Inggeris). 1 (1). Elsevier: 77–92. Bibcode:1976BehPr...1...77C. doi:10.1016/0376-6357(76)90008-5. ISSN 1872-8308. PMID 24923546. S2CID 35037680.
  54. ↑ Theberge, John B.; Falls, James Bruce (Mei 1967). "Howling as a Means of Communication in Timber Wolves" [Lolongan sebagai Cara Komunikasi pada Serigala Balak]. American Zoologist (dalam bahasa Inggeris). 7 (2). Oxford University Press: 331–338. doi:10.1093/icb/7.2.331. ISSN 1557-7023. JSTOR 3881437. S2CID 84716478.
  55. ↑ Lehner, Philip Nelson (Ogos 1978). "Coyote vocalizations: A lexicon and comparisons with other canids" [Penyuaraan koyote: Leksikon dan perbandingan dengan kanid lain]. Animal Behaviour (dalam bahasa Inggeris). 26, Part 3. Elsevier: 712–722. Bibcode:1978AnBeh..26..712L. doi:10.1016/0003-3472(78)90138-0. ISSN 1095-8282. S2CID 53185718.
  56. ↑ McCarley, Howard (18 November 1975). "Long-Distance Vocalizations of Coyotes (Canis latrans)" [Penyuaraan Jarak Jauh bagi Koyote (Canis latrans)]. Journal of Mammalogy (dalam bahasa Inggeris). 56 (4). Oxford University Press: 847–856. doi:10.2307/1379656. ISSN 1545-1542. JSTOR 1379656. S2CID 83621189.
  57. ↑ Fergus, Charles (14 Januari 2007). "Probing Question: Why do coyotes howl?" [Pertanyaan Mendalam: Mengapa koyote melolong?] (dalam bahasa Inggeris). Universiti Negeri Pennsylvania. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Jun 2015. Dicapai pada 25 November 2025.
  58. ↑ Fox, Michael Wilson (1984). "Ch10" [Bab 10]. Behaviour of Wolves, Dogs, and Related Canids [Tingkah Laku Serigala, Anjing, dan Kanid Berkaitan] (dalam bahasa Inggeris). Malabar, Florida, Amerika Syarikat: Krieger Publishing Company. m/s. 183–206. ISBN 9780898746860. OCLC 9894355.
  59. ↑ Faragó, Tamás; Pongrácz, Péter; Miklósi, Ádám; Huber, Ludwig; Virányi, Zsófia; Range, Friederike (15 Disember 2010). Giurfa, Martin (penyunting). "Dogs' Expectation about Signalers' Body Size by Virtue of Their Growls" [Jangkaan Anjing tentang Saiz Badan Pengisyarat Mengikut Geramannya]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). 5 (12) e15175. PLOS. Bibcode:2010PLoSO...515175F. doi:10.1371/journal.pone.0015175. hdl:10831/43247. ISSN 1932-6203. PMC 3002277. PMID 21179521. S2CID 5180840.
  60. 1 2 3 Coren (2012), m/s. 79.
  61. 1 2 3 4 Coren (2012), m/s. 80.
  62. ↑ Coren (2012), m/s. 81.
  63. ↑ Coren (2012), m/s. 82.
  64. 1 2 3 Coren (2012), m/s. 83.
  65. 1 2 3 4 Coren (2012), m/s. 84.
  66. 1 2 3 Coren (2012), m/s. 86.
  67. ↑ Coren (2012), m/s. 87.
  68. ↑ Coren (2012), m/s. 88.
  69. ↑ Coren (2012), m/s. 89.
  70. 1 2 3 4 Coren (2012), m/s. 91.
  71. ↑ Coren (2012), m/s. 92–93.
  72. ↑ Coren (2012), m/s. 95.
  73. ↑ Coren (2012), m/s. 96.
  74. ↑ Palagi, Elisabetta; Nicotra, Velia; Cordoni, Giada (1 Disember 2015). "Rapid mimicry and emotional contagion in domestic dogs" [Kemimikan cepat dan jangkitan emosi pada anjing bela jinak]. Royal Society Open Science (dalam bahasa Inggeris). 2 (12) 150505. Royal Society. Bibcode:2015RSOS....250505P. doi:10.1098/rsos.150505. hdl:11568/763975. ISSN 2054-5703. PMC 4807458. PMID 27019737. S2CID 2050566.
  75. ↑ Coren (2012), m/s. 247.
  76. ↑ Beaver, Bonnie Veryle Gustafson, penyunting (25 November 2008). Canine Behavior: Insights and Answers [Tingkah Laku Anjing: Pandangan dan Jawapan] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat: Saunders. ISBN 9781416054191. OCLC 226911788.
  77. 1 2 3 Heath, Sarah (2007). "Understanding pheromones" [Memahami feromon]. Veterinary Nursing Journal (dalam bahasa Inggeris). 22 (9). Taylor & Francis: 22–23. doi:10.1080/17415349.2007.11013611. ISSN 2045-0648. S2CID 219319909.
  78. 1 2 3 4 5 6 7 8 Petak, Irena (Jun 2010). "Patterns of carnivores' communication and potential significance for domestic dogs" [Pola komunikasi karnivor dan potensi keketaraan untuk anjing bela jinak]. Periodicum Biologorum (dalam bahasa Inggeris). 112 (2). Hrvatsko prirodoslovno društvo: 127–132. ISSN 1849-0964. S2CID 15498189.
  79. ↑ Serpell, James Andrew, penyunting (1995). The Domestic Dog: Its Evolution, Behaviour and Interactions with People [Anjing Bela Jinak: Evolusi, Tingkah Laku, dan Interaksinya dengan Orang] (dalam bahasa Inggeris). Cambridge, United Kingdom: Cambridge University Press. ISBN 9780521425377. OCLC 32272650.
  80. ↑ Spotte, Stephen (15 Mac 2012). Societies of Wolves and Free-ranging Dogs [Masyarakat Serigala dan Anjing Bebas Merantau] (dalam bahasa Inggeris). Cambridge, United Kingdom: Cambridge University Press. ISBN 9781107379107.
  81. 1 2 3 4 5 Kokocińska-Kusiak, Agata; Woszczyło, Martyna; Zybała, Mikołaj; Maciocha, Julia; Barłowska, Katarzyna; Dzięcioł, Michał (21 Ogos 2021). Cozzi, Alessandro; Asproni, Pietro (penyunting). "Canine Olfaction: Physiology, Behavior, and Possibilities for Practical Applications" [Penghiduan Anjing: Fisiologi, Tingkah Laku, dan Kemungkinan untuk Penerapan Amali]. Animals (dalam bahasa Inggeris). 11 (8). MDPI: 2463. doi:10.3390/ani11082463. ISSN 2076-2615. PMC 8388720. PMID 34438920. S2CID 237315777.
  82. ↑ Doty, Richard L. (2 Disember 2012). Mammalian Olfaction, Reproductive Processes, and Behavior [Penghiduan, Proses Pembiakan, dan Tingkah Laku Mamalia] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Academic Press. ISBN 9780323154505. OCLC 681416987.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]