Pergi ke kandungan

Lesen anjing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Setem hasil lesen anjing Ireland digunakan pada 1904 dan menunjukkan anjing pemburu serigala Ireland
Teg lesen anjing mungkin salah satu daripada beberapa teg anjing yang dipakai.

Lesen anjing diwajibkan di sesetengah bidang kuasa untuk menjadi pembela anjing. Biasanya nombor pengenalan lesen anjing dikeluarkan kepada pemiliknya, bersama-sama dengan teg anjing yang mengandungi pengenal pasti dan nombor telefon untuk pertubuhan pendaftaran. Jika haiwan peliharaan terbiar ditemukan dengan teg, penyelamat dapat menghubungi pertubuhan pendaftaran untuk mendapatkan maklumat perhubungan semasa untuk haiwan berkenaan.

Pelesenan anjing mungkin memerlukan tindakan tambahan daripada pihak pemilik, seperti pemastian bahawa anjing berkenaan telah menjalani pemvaksinan rabies terkini atau lulus dalam ujian kepatuhan anjing. Di banyak bidang kuasa, yuran, yang biasanya kecil, mesti dibayar. Lesen biasanya mesti diperbaharui setiap tahun atau selepas beberapa tahun.

Maklumat pelesenan di seluruh dunia

[sunting | sunting sumber]

Amerika Syarikat

[sunting | sunting sumber]
Sekeping kertas dengan "Resit Cukai Anjing" dalam huruf besar di atas lukisan seekor anjing
Lesen anjing San Diego terawal menyertakan imej seekor anjing tempatan bernama Bum.

Sekurang-kurangnya sesetengah negeri, perbandaran, dan bidang kuasa lain mewajibkan lesen anjing[1][2] dan pemvaksinan rabies dan lesen tamat tempoh sebelum vaksin tamat tempoh. Untuk mencegah populasi berlebihan haiwan, sesetengah bidang kuasa mengenakan yuran pelesenan lebih rendah jika pemiliknya mengemukakan bukti veterinar bahawa anjing berkenaan telah dikembiri atau dineuterkan. Sesetengah bahagian California dan Maryland mewajibkan lesen kucing.[3][4]

Satu usaha dibuat pada tahun 2012 untuk memansuhkan kewajipan lesen anjing di negeri New Hampshire.[5] Usaha itu tidak berjaya pada masa itu sebahagiannya kerana keterangan yang diberikan oleh anak lelaki pengerusi jawatankuasa yang merupakan seorang doktor haiwan yang memberikan keterangan menentang rang undang-undang.[5] Dana daripada cukai untuk lesen anjing disalurkan kepada doktor haiwan negeri.

Australia

[sunting | sunting sumber]

Lesen anjing dimandatkan oleh perundangan negeri dan wilayah tetapi dikeluarkan oleh pemerintah tempatan (cth., majlis bandar raya atau majlis daerah).[6] Oleh itu, kos lesen dan format teg lesen berbeza-beza merentasi negara. Sesetengah kawasan, seperti Victoria, juga mewajibkan pendaftaran kucing dan pemikrocipan.[7]

Anjing mesti didaftarkan dan cukai tahunan dibayar kepada pihak perbandaran berdasarkan bilangan anjing. Amaunnya berbeza antara perbandaran; sesetengah perbandaran, seperti Den Haag (setakat tahun 2024)[8] dan Amsterdam, telah memansuhkan cukai ini.[9]

India tidak mempunyai sebarang undang-undang se-India untuk lesen anjing, tetapi pemilik haiwan peliharaan boleh mendaftarkan anjing mereka dengan pihak berkuasa perbandaran tempatan berdasarkan bandar raya dan negeri mereka. Mereka juga boleh mendaftarkan anjing mereka dengan Kennel Club of India (KCI). KCI menyediakan pendaftaran untuk semua anjing peliharaan di India.

Insiden penderaan haiwan dan gigitan anjing telah menyukarkan pemilik anjing untuk meyakinkan persatuan kebajikan penduduk untuk mengizinkan mereka untuk tinggal bersama dengan anjing mereka.[perlu rujukan]

Lesen anjing diwajibkan. Terdapat tiga jenis lesen:[10]

  • Lesen anjing individu – meliputi seekor anjing untuk tempoh 12 bulan
  • Lesen anjing umum – untuk pemilik kenel untuk tempoh 12 bulan
  • Lesen anjing seumur hidup – sepanjang hayat anjing berkenaan yang untuknya lesen dikeluarkan

Sejak tahun 2008, mikrocip pengenalan adalah mandatori untuk setiap anjing yang berusia melebihi 2 bulan dan yuran kecil dikenakan tetapi tidak perlu diperbaharui.[11]

Kebanyakan perbandaran menaikkan cukai untuk anjing yang dibayar setiap tahun. Di sesetengah perbandaran, anjing berikutnya dicukai dengan lebih tinggi untuk mengelakkan pemilikan terlalu banyak anjing.[12]

Luxembourg

[sunting | sunting sumber]

Di bawah undang-undang Luxembourg, pemilik anjing mesti mendaftarkan setiap anjing mereka dengan pihak berkuasa tempatan dan membayar cukai anjing tahunan sebanyak minimum €10 setiap anjing (setiap perbandaran menetapkan jumlah). Anjing khidmat dikecualikan daripada cukai tahunan ini, demikian juga anjing milik agensi polis, agensi tentera, dan agensi kastam Luxembourg.[13][14]

New Zealand

[sunting | sunting sumber]

Di bawah Akta Kawalan Anjing 1996, semua anjing berusia melebihi tiga bulan dikehendaki didaftarkan dengan majlis bandar raya atau majlis daerah yang didiami oleh anjing berkenaan. Sebagai prasyarat, semua anjing yang dikelaskan sebagai anjing berbahaya atau mengancam dan semua anjing yang pertama kali didaftarkan di New Zealand selepas 1 Julai 2006 mesti dimikrocip sebelum ia boleh didaftarkan.

Semua pendaftaran anjing tamat tempoh setiap tahun pada 30 Jun dan mesti diperbaharui sebelum 31 Julai. Setiap anjing berdaftar mesti memakai teg yang menyebut majlis, tarikh luput pendaftaran, dan nombor pendaftaran anjing, dengan warna teg yang berubah setiap tahun untuk pengenalpastian mudah (cth., teg untuk tahun 2013–2014 adalah merah). Yuran untuk pendaftaran berbeza antara majlis dan juga berbeza menurut faktor seperti sama ada anjing berkenaan dineuterkan, tinggal di kawasan bandar atau di kawasan luar bandar, dikelaskan sebagai anjing berbahaya atau mengancam, dan sama ada pemiliknya ialah pemilik anjing bertanggungjawab. Yuran untuk anjing pekerja (anjing gembala, anjing polis, anjing dadah, dll.) pada umumnya adalah lebih rendah berbanding dengan yang untuk haiwan peliharaan dan anjing mata melihat atau anjing telinga mendengar pada umumnya adalah percuma atau kos minimum untuk pendaftaran.[perlu rujukan]

United Kingdom

[sunting | sunting sumber]

Di England, di Wales, dan di Scotland, pelesenan anjing dimansuhkan oleh Akta Pemerintah Tempatan 1988. Sebelum ini, lesen anjing adalah mandatori di bawah Akta Lesen Anjing 1959 (7 & 8 Eliz. 2. c. 55), yang telah pada asalnya diperkenalkan oleh Akta Lesen Anjing 1867 (30 & 31 Vict. c. 5) tetapi kewajipan tersebut diabaikan secara meluas, dengan hanya sekitar separuh daripada jumlah pemilik yang mempunyai lesen anjing. Kadar akhir untuk lesen anjing ialah 37 peni, yang dikurangkan daripada 37½p apabila setengah peni ditarik balik pada tahun 1984. Angka ini ialah tukaran tepat daripada kadar tujuh syiling dan enam peni yang ditetapkan dalam Akta Kastam dan Hasil Dalam Negeri 1878.[15] Hasil disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan. Istilah ini memasuki golf, bilamana kemenangan 7 dan 6 dalam golf dirujuk sebagai "lesen anjing" kerana kos bersejarah yang ditetapkan pada tahun 1878.[perlu rujukan]

Pada tahun 2016, menjadi satu kewajipan agar semua anjing di England dan Wales mempunyai mikrocip;[16] Perundangan Scotland juga dipinda untuk menjadikan pemikrocipan anjing wajib mulai tahun 2016.[17]

Di Ireland Utara, lesen anjing diwajibkan di bawah Perintah Anjing (Ireland Utara) 1983. Setakat Oktober 2011, lesen anjing berkos £12.50 setahun, dengan pengurangan untuk pesara dan pemilik bagi anjing terneuter.[18]

Pemilik anjing di Guernsey dikehendaki membayar cukai anjing setiap tahun untuk setiap anjing yang dimiliki.[19][20][21]

Pulau Man

[sunting | sunting sumber]

Lesen anjing[22] dimansuhkan pada 1 April 2018.[23]

  1. "Pet Registration" [Pendaftaran Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Pemerintah Kaunti Fulton. Dicapai pada 22 Januari 2026.
  2. Pajer, Nicole. "5 reasons to get your dog licensed" [5 sebab untuk melesenkan anjing anda] (dalam bahasa Inggeris). Cesar's Way. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2016. Dicapai pada 22 Januari 2026.
  3. "Pet Licenses" [Lesen Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Penjagaan dan Kawalan Haiwan Kaunti Los Angeles. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Julai 2014. Dicapai pada 22 Januari 2026.
  4. "PET LICENSE" [LESEN HAIWAN PELIHARAAN] (dalam bahasa Inggeris). Pemerintah Kaunti Howard Maryland. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mei 2009. Dicapai pada 22 Januari 2026.
  5. 1 2 "Bill Text: NH HB1498 | 2012 | Regular Session | Introduced" [Teks Rang Undang-undang: NH HB1498 | 2012 | Sesi Tetap | Diperkenalkan] (dalam bahasa Inggeris). Legiscan. Dicapai pada 22 Januari 2026.
  6. "ownership and use" [pemilikan dan penggunaan] (dalam bahasa Inggeris). Caslon Analytics. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Mei 2011. Dicapai pada 22 Januari 2026.
  7. "Cat Registration" [Pendaftaran Kucing] (dalam bahasa Inggeris). Pemerintah Negeri Victoria. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Oktober 2007. Dicapai pada 22 Januari 2026.
  8. "Verordening hondenbelasting Den Haag 2021" [Peraturan Cukai Anjing Den Haag 2021] (dalam bahasa Belanda). Overheid.nl. Dicapai pada 22 Januari 2026.
  9. "Steeds minder gemeenten heffen hondenbelasting" [Semakin kurang perbandaran kenakan cukai anjing] (dalam bahasa Belanda). Nederlandse Omroep Stichting. 4 Februari 2020. Dicapai pada 22 Januari 2026.
  10. "Dog licence" [Lesen anjing] (dalam bahasa Inggeris). An Post. Dicapai pada 22 Januari 2026.
  11. "Popolazione canina: anagrafe e microchip obbligatori" [Populasi anjing: pendaftaran dan mikrocip wajib] (dalam bahasa Itali). Altalex. 28 Ogos 2008. Dicapai pada 22 Januari 2026.
  12. "Pets and Animals in Germany" [Haiwan Peliharaan dan Haiwan di Jerman] (dalam bahasa Inggeris). Angloinfo. Dicapai pada 22 Januari 2026.
  13. "Identification and declaration of dogs" [Pengenalpastian dan pengisytiharan anjing] (dalam bahasa Inggeris). Guichet.lu. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Januari 2024. Dicapai pada 22 Januari 2026.
  14. "Loi du 9 mai 2008 relative aux chiens" [Undang-undang pada 9 Mei 2008 mengenai anjing.] (dalam bahasa Perancis). Legilux. Dicapai pada 22 Januari 2026.
  15. 41 & 42 Vict. c. 15
  16. "Dogs in England must be microchipped from 2016" [Anjing di England mesti dimikrocip mulai 2016] (dalam bahasa Inggeris). BBC News. 5 Februari 2013. Dicapai pada 22 Januari 2026.
  17. "All Scottish dogs to be microchipped from next year" [Semua anjing Scotland akan dimikrocip mulai tahun hadapan] (dalam bahasa Inggeris). BBC News. 4 Mac 2015. Dicapai pada 22 Januari 2026.
  18. "150% increase in price of dog licence" [Peningkatan 150% harga lesen anjing] (dalam bahasa Inggeris). BBC News. 3 Oktober 2011. Dicapai pada 22 Januari 2026.
  19. "Guernsey Dog Tax Law" [Undang-undang Cukai Anjing Guernsey] (dalam bahasa Inggeris). Guernsey Society for the Prevention of Cruelty to Animals. Dicapai pada 22 Januari 2026.
  20. "The Dog Licences (Guernsey) Law, 1969" [Undang-undang Lesen Anjing (Guernsey), 1969] (dalam bahasa Inggeris). Guernsey Legal Resources. Dicapai pada 22 Januari 2026.
  21. "Dog tax" [Cukai anjing] (dalam bahasa Inggeris). Paroki St. Peter Port. Dicapai pada 22 Januari 2026.
  22. "Licensing" [Pelesenan] (dalam bahasa Inggeris). Pemerintah Pulau Man. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2013. Dicapai pada 22 Januari 2026.
  23. "Isle of Man scraps dog licences for micro-chipping costing up to £20" [Pulau Man mansuhkan lesen anjing untuk pemikrocipan berkos sehingga £20] (dalam bahasa Inggeris). BBC News. 29 Mac 2018. Dicapai pada 22 Januari 2026.