Pergi ke kandungan

Sosialisasi haiwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Pensosialan haiwan)

Sosialisasi atau pensosialan haiwan ialah proses pelatihan haiwan supaya dapat dikekalkan dalam hubungan rapat dengan manusia.

Anjing tersosialisasi dapat berinteraksi dengan anjing lain yang tidak agresif dengan sebarang saiz dan rupa bentuk dan memahami cara untuk berkomunikasi.

Tempoh kritikal sosialisasi bermula pada usia hampir-hampir tiga minggu dan berterusan sehingga usia sekitar dua belas hingga empat belas minggu, kemudian anak anjing memasuki peringkat juvenil bagi perkembangan.[1] Semasa tempoh ini, anak anjing menjalin ikatan sosial, menerokai persekitarannya, dan membangunkan gerak balas wajar terhadap ketakutan.[2][3] Pembiasaan terhadap rangsangan persekitaran juga berlaku pada peringkat ini, lalu membolehkan anak anjing menanggap penglihatan, bunyi, bau, dan pengalaman sentuh sebagai sesuatu yang tidak mengancam.[4][5] Pengalaman semasa tempoh ini mempunyai pengaruh berpanjangan terhadap perangai dan tingkah laku.

Ada kegentingan bahawa interaksi manusia berlaku dengan kerap dan tenang sejak anak anjing lahir, daripada pengendalian ringkas dan lemah lembut kepada semata-mata kehadiran manusia di persekitaran anak anjing, sambil melakukan tugas dan kegiatan harian. Semakin anak anjing menjadi matang, pendedahan nalar kepada anjing lain, orang lain, dan persekitaran lain memudahkan sosialisasi berkesan. Anjing yang tersosialisasi dengan baik awal-awal dalam kehidupan pada umumnya kurang berkemungkinan untuk mengembangkan agresi atau tingkah laku berkaitan dengan ketakutan.

Perkembangan kognitif anak anjing dapat terjejas apabila tempoh kritikal sosialisasi terganggu. Akibat fisiologi jika tempoh ini tidak berlaku dapat membawa kepada anak anjing yang menjadi matang sehingga dewasa yang tidak dapat bertindak balas sewajarnya terhadap persekitaran, situasi, atau orang baharu.[6] Sosialisasi tidak cukup semasa perkembangan awal mungkin menyumbang kepada masalah tingkah laku, termasuk agresi, tingkah laku penghindaran, gerak balas berasaskan ketakutan, dan penyuaraan berlebihan seperti salakan tegar.[7][8] Terdapat anggaran bahawa satu daripada empat anjing dewasa mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah tingkah laku.[4] Anjing ialah haiwan yang biasanya paling terikat rapat dengan manusia, setelah membina hubungan rapat dengan manusia.[9] Oleh itu, ada kepentingan untuk keselamatan kedua-dua pihak bahawa terdapat pelatihan mencukupi.

Anjing mengalami sosialisasi melalui tempoh kritikal sosialisasi dalam dua jenis utama: aktif dan pasif.[5] Aktif mengimplikasikan sosialisasi yang diniatkan, iaitu manusia memperkenalkan anak anjing mereka kepada sesuatu/seseorang yang baharu (iaitu dalam kelas kepatuhan atau semasa menaiki kereta). Walau bagaimanapun, pasif melibatkan sosialisasi anak anjing kepada sesuatu/seseorang yang baharu bilamana ia telah melakukannya secara tidak sengaja dengan usaha sendiri (iaitu serangga yang ditemukan di laman belakang semasa meneroka atau item yang ditemukan semasa berlari di sekeliling rumah).[5]

Anjing kerap akan belajar dengan dua cara; melalui perkaitan dan akibat.[7] Pembelajaran melalui perkaitan dikelaskan sebagai pelaziman klasik, sementara pembelajaran melalui akibat dipanggil pelaziman operan. Dengan sosialisasi anak anjing, pelaziman klasik melibatkan pemasangan sesuatu yang disukai olehnya dengan sesuatu dalam persekitaran.[7] Selain itu, pelaziman operan melibatkan pembelajaran anak anjing untuk melakukan sesuatu untuk mencapai hal yang diingini.[7] Kedua-dua jenis pembelajaran ini dapat berlaku serentak dengan anak anjing yang mempunyai keupayaan untuk mempelajari gerak balas dalaman dan gerak balas luaran terhadap rangsangan. Sebaliknya, anak anjing juga dapat menunjukkan kaedah penghindaran aktif bagi situasi yang tidak dinikmati olehnya.[7]

Uji kaji sosialisasi

[sunting | sunting sumber]

Menggunakan anak anjing

[sunting | sunting sumber]

Para penyelidik, Fox dan Stelzner, melakukan uji kaji sosialisasi ke atas anak anjing daripada spesies sama. Penemuan besar daripada uji kaji ini ialah hakikat bahawa anak anjing yang disapih daripada ibunya pada usia lebih lanjut (12 minggu) mempunyai kemahiran sosialisasi lebih baik. Ini membuktikan bahawa permulaan kehidupan anak anjing ialah masa sangat penting untuk sosialisasi dan akan mempengaruhi kecenderungan sosialnya sepanjang hayatnya.[10]

Hennessey, Morris, dan Linden menjalankan uji kaji sosialisasi dengan menggunakan banduan sebagai pengendali bagi anjing tempat perlindungan yang dalam kajian. Para penyelidik ini mendapati bahawa anjing dalam kumpulan uji kaji tidak melompati dan menyalak manusia yang tidak dikenali sebanyak yang dilakukan oleh anjing dalam kumpulan kawalan. Anjing tersosialisasi juga ditunjukkan lebih responsif terhadap perintah berbanding dengan anjing dalam kumpulan kawalan. Para penyelidik percaya bahawa, melalui sosialisasi lebih berkesan, lebih banyak anjing dapat diadopsi dari tempat perlindungan.[11]

Battaglia mendakwa bahawa terdapat 3 tempoh penting semasa tahun pertama kehidupan untuk anak anjing. Penyelidikan beliau menunjukkan bahawa jika anak anjing mengalami rangsangan daripada manusia semasa beberapa bulan pertama kehidupannya, ia akan kurang berkemungkinan merasai stres dalam kehidupan dewasanya dan ia akan tersosialisasi dengan lebih baik. Beliau mendakwa bahawa ini ialah hal sangat penting untuk diketahui oleh pembiak baka anjing untuk memperbaik kejayaan kehidupan masa hadapan anak anjing mereka.[1]

Menggunakan anak anjing dan anak serigala

[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian yang dilakukan oleh enam orang penyelidik, iaitu Topál, Gácsi, Miklósi, Zirányi, Kubinyi, dan Csányi, membandingkan kecenderungan sosial semula jadi antara anak anjing dengan anak serigala. Hal yang didapati oleh para penyelidik ini ialah bahawa anak anjing menunjukkan keterikatan kepada pemiliknya dan ditunjukkan lebih responsif terhadap pemiliknya berbanding dengan terhadap orang yang tidak dikenali. Anak serigala pula tidak ditunjukkan lebih responsif terhadap pemiliknya berbanding dengan orang yang tidak dikenali. Penyelidik berkesimpulan bahawa ini ialah perbezaan genetik antara kedua-dua spesies.[12]

Keenam-enam penyelidik ini mencuba untuk menjawab persoalan tentang puncanya dalam uji kaji berikut mereka. Mereka mendapati bahawa anjing lebih berjaya dalam pencarian makanan tersembunyi dan dalam penyelesaian tugas terpelajar berbanding dengan serigala. Pemerhatian paling menonjol yang dibuat oleh para penyelidik ini ialah bahawa anjing akan merenungi mata manusia seolah-olah mencari petunjuk dan serigala pula tidak akan memandang wajah manusia. Mereka berkesimpulan bahawa ini ialah perbezaan genetik antara kedua-dua spesies sebagai hasil daripada evolusi.[13]

Beruk kerap dikaji kerana hubungan evolusi rapat antara beruk dengan manusia. Seperti manusia, sesetengah beruk cenderung untuk menunjukkan pengurangan kegiatan sosial seiring dengan usia. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa betina lebih tua kurang meluangkan masa dalam membersihkan bulu beruk lain dan berinteraksi dengan kurang haiwan berbanding dengan yang dilakukan oleh individu lebih muda.[14]

Uji kaji sosialisasi

[sunting | sunting sumber]

Bernstein dan Ehardt menjalankan eksperimen ke atas tingkah laku agresif pada beruk resus. Mereka mendapati bahawa monyet menunjukkan lebih agresi terhadap sanak berbanding dengan bukan sanak, kebanyakannya daripada sanak lebih tua kepada sanak lebih muda. Ini menyokong hipotesis bahawa agresi digunakan dalam sosialisasi dan pembetulan bagi tingkah laku tidak wajar pada beruk belum matang. Jika agresi adalah tidak lebih parah berbanding dengan yang diperlukan untuk membetulkan tingkah laku, itu dapat meningkatkan kadar kemandirian bagi semua saudara.[15]

Pada tahun 1980, Berman menyelidik hubungan ibu–bayi pada beruk resus di alam liar dan dalam kurungan. Beliau mendapati banyak keserupaan antara kedua-dua gaya keibubapaan tetapi sesetengah perbezaan kecil. Ibu kurungan telah diperihalkan lebih bersifat pelindung dan kurang sanggup membiarkan bayinya di luar kawalannya. Perbezaan yang berkemungkinan mempunyai kesan paling besar pada hubungan ini ialah beruk liar mempunyai sanak saudara di sekeliling yang membantu dengan sosialisasi bayi dan si ibu dalam kurungan bukan pula seperti itu. Ini menunjukkan cara faktor persekitaran dapat mempengaruhi sosialisasi awal bayi beruk resus.[16]

Sosialisasi pada usia muda telah terlihat mempengaruhi tingkah laku seks pada beruk resus dewasa dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh Goy, Wallen, dan Goldfoot. Ini tidak terlihat begitu ketara pada tikus dan haiwan kecil lain sebagaimana yang pada primat. Beruk berkenaan mengalami kesukaran untuk bertindak dengan normal walaupun kesempatan seks menghadirkan diri. Ini disebabkan oleh hakikat bahawa beruk berkenaan mengalami kecelaruan kemesraan yang tidak kerap diatasi.[17]

Terdapat banyak kesukaran untuk mengkaji kehidupan anak terasing. Maka, penyelidik telah berpaling kepada pengajian kesan pengasingan total pada beruk resus. Gerak balas pertama beruk terasing sepenuhnya terhadap rangsangan ialah ketakutan atau agresi. Ia tidak mempelajari sebarang kemahiran sosioemosi normal. Apabila beruk ini dapat berhubung dengan sesebuah kelompok, ia tidak mengetahui cara untuk berinteraksi dan tidak akan dapat bertahan dalam kelompok.[18]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. 1 2 Battaglia, Carmen L. (8 September 2009). "Periods of Early Development and the Effects of Stimulation and Social Experiences in the Canine" [Tempoh Perkembangan Awal dan Kesan Rangsangan dan Pengalaman Sosial pada Kanin]. Journal of Veterinary Behavior (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 4 (5): 203–210. doi:10.1016/j.jveb.2009.03.003. ISSN 1878-7517. S2CID 145681659.
  2. Lord, Kathryn A. (6 Disember 2012). "A Comparison of the Sensory Development of Wolves (Canis lupus lupus) and Dogs (Canis lupus familiaris)" [Perbandingan Perkembangan Deria Serigala (Canis lupus lupus) dan Anjing (Canis lupus familiaris)]. Ethology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 119 (2): 110–120. Bibcode:2013Ethol.119..110L. doi:10.1111/eth.12044. ISSN 1439-0310. S2CID 85032471.
  3. Landsberg, Gary M. "Social Behavior of Dogs" [Tingkah Laku Sosial Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Merck Veterinary Manual. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Oktober 2021. Dicapai pada 23 Oktober 2025.CS1 maint: unfit URL (link)
  4. 1 2 Appleby, David. "Puppy Socialisation and Habituation (Part 1) Why is it Necessary?" [Sosialisasi dan Pembiasaan Anak Anjing (Bahagian 1) Mengapa Ini Penting?] (dalam bahasa Inggeris). Association of Pet Behaviour Counsellors. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2016. Dicapai pada 23 Oktober 2025.
  5. 1 2 3 "All Dogs Need Puppy Socialization" [Semua Anjing Memerlukan Sosialisasi Anak Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Dog Training Central. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2016. Dicapai pada 23 Oktober 2025.
  6. Donovan, Liz (4 Jun 2015). "Puppy Socialization: Why, When, and How to Do It Right" [Sosialisasi Anak Anjing: Sebab, Masa, dan Cara untuk Melakukannya dengan Betul] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Disember 2016. Dicapai pada 23 Oktober 2025.
  7. 1 2 3 4 5 Bindoff, Aidan (1 April 2009). "How to Socialize Your Puppy" [Cara untuk Mensosialisasi Anak Anjing Anda] (dalam bahasa Inggeris). Karen Pryor Clicker Training. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Februari 2017. Dicapai pada 23 Oktober 2025.
  8. "5 Best Ways to Stop a Dog From Barking" [5 Cara Terbaik untuk Menghentikan Anjing Anda daripada Menyalak] (dalam bahasa Inggeris). Woofz. 7 November 2023. Dicapai pada 7 Mac 2026.
  9. Scott, John Paul (Januari 1958). "Critical Periods in the Development of Social Behavior in Puppies" [Tempoh Genting dalam Perkembangan Tingkah Laku Sosial pada Anak Anjing]. Psychosomatic Medicine (dalam bahasa Inggeris). Lippincott Williams & Wilkins. 20 (1): 42–54. CiteSeerX 10.1.1.483.9321. doi:10.1097/00006842-195801000-00005. ISSN 2998-8756. PMID 13505986. S2CID 12487544.
  10. Fox, Michael Wilson; Stelzner, Dennis J. (April 1967). "The effects of early experience on the development of inter and intraspecies social relationships in the dog" [Kesan pengalaman awal terhadap perkembangan hubungan sosial antara spesies dan hubungan sosial dalam spesies pada anjing]. Animal Behaviour (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 15 (2–3): 377–386. Bibcode:1967AnBeh..15..377F. doi:10.1016/0003-3472(67)90024-3. ISSN 1095-8282. PMID 6030963. S2CID 8879731.
  11. Hennessy, Michael B.; Morris, Angela; Linden, Fran (14 November 2005). "Evaluation of the effects of a socialization program in a prison on behavior and pituitary-adrenal hormone levels of shelter dogs" [Penilaian kesan program sosialisasi di dalam sebuah penjara terhadap tingkah laku dan paras hormon pituitari-adrenal bagi anjing tempat perlindungan]. Applied Animal Behaviour Science (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 99 (1–2): 157–171. doi:10.1016/j.applanim.2005.09.011. ISSN 1872-9045. S2CID 145733922.
  12. Topál, József; Gácsi, Márta; Miklósi, Ádám; Virányi, Zsófia; Kubinyi, Enikő; Csányi, Vilmos (7 November 2005). "Attachment to humans: a comparative study on hand-reared wolves and differently socialized dog puppies" [Ikatan kepada manusia: kajian bandingan tentang serigala ternakan manusia dan anak anjing yang tersosialisasi secara berlainan]. Animal Behaviour (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 70 (6): 1367–1375. Bibcode:2005AnBeh..70.1367T. doi:10.1016/j.anbehav.2005.03.025. ISSN 1095-8282. S2CID 15015741.
  13. Miklósi, Ádám; Kubinyi, Enikő; Topál, József; Gácsi, Márta; Virányi, Zsófia; Csányi, Vilmos (29 April 2003). "A Simple Reason for a Big Difference: Wolves Do Not Look Back at Humans, but Dogs Do" [Sebab Ringkas untuk Perbezaan Besar: Serigala Tidak Menoleh ke Belakang untuk Memandang Manusia, tetapi Anjing Menoleh]. Current Biology (dalam bahasa Inggeris). Cell Press. 13 (9): 763–766. Bibcode:2003CBio...13..763M. doi:10.1016/S0960-9822(03)00263-X. ISSN 0960-9822. PMID 12725735. S2CID 10200094.
  14. Nature (29 Julai 2016). "Older monkeys socialize less" [Monyet lebih tua kurang bergaul]. Nature (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 534 (7609): 593. doi:10.1038/534593b. ISSN 1476-4687. S2CID 273983897 Check |s2cid= value (bantuan).
  15. Bernstein, Irwin Samuel; Ehardt, Carolyn Lee (Jun 1986). "The influence of kinship and socialization on aggressive behaviour in rhesus monkeys (Macaca mulatta)" [Pengaruh persanakan dan sosialisasi terhadap tingkah laku agresif pada beruk resus (Macaca mulatta)]. Animal Behaviour (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 34 (3): 739–747. Bibcode:1986AnBeh..34..739B. doi:10.1016/S0003-3472(86)80057-4. ISSN 1095-8282. S2CID 53148906.
  16. Berman, Carol M. (Ogos 1980). "Mother-infant relationships among free-ranging rhesus monkeys on Cayo Santiago: A comparison with captive pairs" [Hubungan ibu–bayi dalam kalangan beruk resus bebas merantau di Cayo Santiago: Perbandingan dengan pasangan dalam kurungan]. Animal Behaviour (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 28 (3): 860–873. Bibcode:1980AnBeh..28..860B. doi:10.1016/S0003-3472(80)80146-1. ISSN 1095-8282. S2CID 54271865.
  17. Goy, Robert W.; Wallen, Kim; Goldfoot, David A. (14 Mac 2012). "Social Factors Affecting the Development of Mounting Behavior in Male Rhesus Monkeys" [Faktor Sosial yang Mempengaruhi Perkembangan Tingkah Laku Panjat Belakang pada Beruk Resus Jantan]. Dalam Montagna, William; Sadler, William A. (penyunting). Reproductive Behavior [Tingkah Laku Pembiakan] (dalam bahasa Inggeris). Boston, Massachussetts, Amerika Syarikat: Springer Science+Business Media. m/s. 223–247. doi:10.1007/978-1-4684-3069-1_10. ISBN 9781468430714. OCLC 851819822.
  18. Harlow, Harry Frederick; Dodsworth, Robert O.; Harlow, Margaret Ruth Kuenne (15 Julai 1965). "Total social isolation in monkeys" [Pengasingan sosial penuh pada monyet]. Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America (dalam bahasa Inggeris). Akademi Sains Kebangsaan Amerika Syarikat. 54 (1): 90–97. Bibcode:1965PNAS...54...90H. doi:10.1073/pnas.54.1.90. ISSN 1091-6490. JSTOR 72996. PMC 285801. PMID 4955132. S2CID 29428835.

Templat:Komunikasi haiwan