Jagaan harian anjing
Jagaan harian anjing ialah jagaan siang hari jangka pendek untuk anjing. Ini berbeza daripada asrama kenel berbilang hari dan penjagaan haiwan peliharaan, bilamana penjaga datang ke rumah haiwan peliharaan berkenaan.[1]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Pusat jagaan harian anjing timbul daripada kenel tradisional pada awal tahun 1900-an.[2][3][4][5][6] Sebelum Perang Dunia Kedua, anjing lebih lazim tinggal di luar di Amerika Syarikat, tetapi, semakin pembandaran bersebar, anjing mula tinggal di ruangan dalaman dengan lebih kerap. Faktor lain, termasuk peningkatan populasi orang dewasa tanpa anak, secara beransur-ansur telah membawa kepada lebih banyak perhatian dan wang yang diperuntukkan untuk haiwan peliharaan. Pusat jagaan harian anjing moden pertama di Bandar Raya New York, iaitu Yuppie Puppy Pet Care, dilaporkan dibuka pada tahun 1987[7] oleh Joseph S. Sporn.[8] San Francisco, iaitu sebuah lagi bandar raya kaya Amerika, juga telah dikreditkan kerana memacu trend pusat jagaan harian anjing.[2]
Persekitaran
[sunting | sunting sumber]Terdapat berbilang persekitaran dan keragaman perkhidmatan jagaan harian anjing. Sebagai contoh, sesetengah prasarana menyediakan persekitaran bebas sangkar yang di sana anjing bermain dalam pengawasan kakitangan terlatih.[9] Prasarana lain mungkin menyediakan persekitaran bebas sangkar untuk anjing bermain untuk sebahagian daripada hari berkenaan, lalu menempatkan anjing di dalam sangkar pada waktu lain dalam sehari. Kenel jagaan harian ialah sejenis prasarana yang menawarkan sangkar atau tempat larian yang di sana anjing ditempatkan bersendirian pada siang hari.
Sesetengah prasarana mengizinkan anjing bermain di persekitaran luar. Prasarana lain mempunyai kemudahan ruangan dalaman sahaja, bilamana anjing berinteraksi dan bermain di kawasan ruangan dalaman dan membuang air di kawasan dalaman berketetapan.[10][11][12]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "The Doggie Day Care Owner" [Pemilik Pusat Jagaan Harian Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Time. 16 April 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2009. Dicapai pada 7 Julai 2013.
- 1 2 Strasburg, Jenny (4 November 2000). "Longer work days lead to need for doggy day care" [Hari kerja lebih panjang bawa kepada keperluan jagaan harian anjing]. The News-Herald (dalam bahasa Inggeris). m/s. 7B. Dicapai pada 20 Januari 2026.
- ↑ Lee, Jean H. (20 Ogos 1999). "Dog owners lining up for day care services" [Pemilik anjing berbaris untuk khidmat jagaan harian]. Bangor Daily News (dalam bahasa Inggeris). m/s. H2. Dicapai pada 20 Januari 2026.
- ↑ Knight, Rebecca M. (26 September 1999). "PERSONAL BUSINESS; Day Care for the Dog, Peace for the Owner" [PERNIAGAAN PERIBADI; Jagaan Harian untuk Anjing, Kedamaian untuk Pemilik] (dalam bahasa Inggeris). The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Oktober 2023. Dicapai pada 20 Januari 2026.
- ↑ "A Day-Care Center for the Lonely Dog" [Pusat Jagaan Harian untuk Anjing Sepi] (dalam bahasa Inggeris). The New York Times. 9 Disember 1973. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2018. Dicapai pada 20 Januari 2026.
- ↑ Selman, Robyn (3 November 1996). "Dog-Lovers of the World, Unite!" [Pencinta Anjing Sedunia, Bersatu!]. Newsday (dalam bahasa Inggeris). m/s. C39. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2025. Dicapai pada 20 Januari 2026.
Following the lead of the boom in pet care and pet products, dog day-care centers have opened all over the country...expanding the services offered by dog walkers to include play groups, sofas and chairs to snooze on, and classical music
- ↑ Lewine, Edward (20 Julai 1997). "A Dog's Luxe Life" [Kehidupan Mewah Anjing] (dalam bahasa Inggeris). The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2017. Dicapai pada 20 Januari 2026.
- ↑ Evans, Heidi (6 Ogos 2000). "W. SIDE DOG HOUSE OFFERS CANINE CARE" [W. SIDE DOG HOUSE TAWARKAN JAGAAN ANJING] (dalam bahasa Inggeris). New York Daily News. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2012. Dicapai pada 20 Januari 2026.
- ↑ "Dog day care center cares for pets of workaholics" [Pusat jagaan harian anjing jaga haiwan peliharaan milik kaki kerja]. The Victoria Advocate (dalam bahasa Inggeris). 29 Ogos 1999. m/s. 12A. Dicapai pada 7 Julai 2013.
- ↑ "Daycare for Dogs" [Pusat Jagaan Harian untuk Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Pencegahan Kekejaman terhadap Haiwan Amerika Syarikat. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2012. Dicapai pada 20 Januari 2026.
- ↑ "Ultimate Pet Guide" [Panduan Haiwan Peliharaan Muktamad]. Atlanta (dalam bahasa Inggeris). Jil. 43 no. 1. Mac 2004. ISSN 0004-6701.
{{cite magazine}}:|access-date=requires|url=(bantuan) - ↑ "Judul tidak dikenal pasti". The Whole Dog Journal: Handbook of Dog and Puppy Care and Training (dalam bahasa Inggeris). 2008. m/s. 219–221.