Kampung Keledang, Baling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Keledang ialah sebuah kampung yang terletak didalam negeri Kedah, Malaysia dalam kawasan daerah Baling. Ia bersebelahan dengan dengan Kampung Ketumbar Kemimih dari arah Timur , Kampung Tawar dari arah Barat , Kampung Dara ( Sg. Tawar ) dari Selatan dan Kampung Kuala Kijang dari Utara. Kampung Keledang ini berkeluasan 30.45 batu persegi. Kampung ini juga terbahagi kepada tiga kawasan iaitu dua Kawasan kampung Keledang Luar, Kampung Keledang Dalam dan satu kawasan perumahan yang dibangunkan Kerajaan PPRT Desa Keledang ( Projek Perumahan Rakyat Tempatan Desa Keledang). Asal nama Kampung ini diambil dari sebatang pokok bernama " POKOK KELEDANG " yang dikatakan begitu besar dan rendang. Pokok Keledang Keledang ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Moraceae yang berasal dari Semenanjung Malaysia. Nama botaninya Artocarpus lanceifolius Roxb.

Kampung ini asalnya hutan belantara yang telah "Pugar","Dibuka' ( diteroka ) oleh beberapa pemuda dari generasi terdahulu yang berhijrah dari kawasan pingir hutan ke kawasan ini untuk membuka penempatan baru. Menurut cerita yang diwariskan dari satu generasi ke satu generasi, Menurut daripada pengucapan masyarakat setempat, Kampung Keledang ini seperti Naga ataupun ular kerana terbahagi kepada 3 bahagian, seperti kepala, badan dan ekor. Hal ini kerana keadaan geografi kampung ini sendiri kerana memanjang tidak seperti kampung-kampung lain. Di tengah-tengah Kampung Keledang ini mengalir sebatang sungai yang menjadi nadi utama pada kampung ini dan kampung-kampung sekitar suatu masa dahulu.

Sungai yang dimaksudkan itu adalah sungai Ketil yang mengalir dari baling ke kuala ketil dan hingga ke muara kuala muda. Pada zaman dahulu sungai ini merupakan nadi utama bagi masyarakat kerana menjadi laluan pedagang dan punca air bagi masyarakat untuk kegiatan harian seperti mencuci pakaian, pertanian dan sebagainya.

Kampung Keledang ini juga sedikit unik berbanding kampung-kampung lain di daerah Baling ini kerana memiliki dua (2) poskod iaitu 09310 Kuala Ketil bagi Kampung Keledang Luar, manakala 09100 Baling untuk Kampung Keledang Dalam dan Kampung Desa Keledang (PPRT).