Kebakaran Madrasah Kedah 1989

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
"Tragedi Pondok Pak Ya" dilencongkan di sini.
Kebakaran Madrasah Kedah 1989
Tarikh 22 September 1989; 28 tahun yang lalu
Masa 2:30 pagi (Waktu Malaysia)
Lokasi Guar Chempedak, Kedah, Malaysia
Koordinat 5°54′00″N 100°26′11″E / 5.899996°N 100.436330°E / 5.899996; 100.436330Koordinat: 5°54′00″N 100°26′11″E / 5.899996°N 100.436330°E / 5.899996; 100.436330
Juga dikenali sebagai Tragedi Pondok Pak Ya
Penyebab Kebakaran berpunca daripada lilin
Kematian 27

Kebakaran Madrasah Kedah 1989 ialah tragedi kebakaran yang berlaku pada 22 September 1989 apabila asrama perempuan, atau Madrasah, di Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah atau "Pondok Pak Ya" di Guar Chempedak, Kedah, Malaysia telah musnah dijilat api. Kira-kira 27 orang pelajar termasuk kanak-kanak perempuan sekolah terbunuh.[1]

Insiden ini juga dikenali sebagai Tragedi Pondok Pak Ya oleh media tempatan.

Latar belakang kejadian[sunting | sunting sumber]

Kebakaran Sekolah Menengah Agama (SMA) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya pada 22 September 1989 itu menyebabkan seramai 27 pelajar sekolah itu terkorban dalam kebakaran tersebut. Jenazah mereka dikebumikan di tanah perkuburan khas "27 Syuhada Peristiwa Kebakaran Pondok Pak Ya".[2]

Difahamkan mereka tertidur dan lilin yang digunakan untuk menerangi ruang bilik asrama itu telah terjatuh dan membakar tilam hingga merebak dan tidak dapat dikawal.

Akibat kebakaran, itu sebanyak lapan buah blok asrama yang diperbuat daripada papan ketika itu telah musnah dijilat api dan 27 orang pelajar perempuan yang menghuni di asrama terbabit telah terkorban, difahamkan ketika nyenyak tidur akibat menghidu bau asap tebal kebakaran itu.

Tragedi yang berlaku menyebabkan taufikiah menjadi sebutan masyarakat lantas pada hari kejadian, taufikiah dibanjiri oleh pelbagai lapisan masyarakat datang untuk menziarahi serta menyampaikan takziah, sehinggakan jalan raya di sekitar Alor Setar ke taufikiah mengalami kesesakan. Kejadian ini juga telah mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu yang tidak ketinggalan untuk turun melihat sendiri suasana yang berlaku.[perlu rujukan]

Mangsa[sunting | sunting sumber]

Seramai 27 orang mangsa, kesemuanya perempuan, telah terkorban dalam kebakaran.

Dalam budaya masyhur[sunting | sunting sumber]

TV3 menerusi rancangan Detik Tragik menyiarkan episod mengenai tragedi ini.[3]

Sebuah dokumentari memaparkan kejadian sebalik kebakaran yang berlaku di blok asrama puteri Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al Halimiah (Pondok Pak Ya) Padang Lumat, pada 22 September 1989. Dokumentari tersebut ditayangkan di Astro Oasis jam 9.30 malam pada 11 Disember 2013 dan telah disiarkan pada 1 Januari 2014 di Astro Box Office.[4]

Sebuah telefilem terbitan Astro yang berjudul 'Pondok Pak Ya' arahan Wan Hasliza telah ditayangkan bagi mengisahkan kebakaran tersebut.[2][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://news.google.com/newspapers?id=DggPAAAAIBAJ&sjid=B4QDAAAAIBAJ&pg=5709,2992582&dq=kedah+madrasah+fire
  2. ^ a b "Selepas 25 tahun, tragedi kebakaran Pondok Pak Ya masih diingati". Astro Awani. 25 Februari 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2017. Dicapai pada 19 Jun 2017. 
  3. ^ "Detik Tragik' - Paparan Eksklusif Tragedi & Bencana Di Malaysia". extra Tonton. 12 Mei 2015. Dicapai pada 2016-05-05. 
  4. ^ Tragedi Pondok Pak Ya- HD
  5. ^ "Pondok Pak Ya". Astro. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2017. Dicapai pada 19 Jun 2017.