Banjir 2014-15 di Asia Tenggara dan Asia Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Banjir 2014-15 di Asia Tenggara dan Asia Selatan
Tempoh14 Disember 2014 – 2 Januari 2015
Kematian75 terbunuh
Kawasan terjejas
 Filipina
 Indonesia
 Malaysia
 Sri Lanka
 Thailand

Bermula pada 14 Disember 2014, satu siri banjir telah melanda Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand. Lebih 100,000 orang telah dipindahkan di Indonesia, 200,000 di Malaysia, berpuluh ribu di Filipina[12] dan beberapa ribu di Thailand.[13][14] Banjir juga menjejaskan 1,100,000 orang penduduk di Sri Lanka.[15]

Punca[sunting | sunting sumber]

Hujan lebat pada tahun ini berpunca daripada monsun tenggara yang bertiup merentasi Laut China Selatan, menyebabkan laut tersebut lebih panas dari biasa.[16] Para saintis telah meramalkan bahawa semakin perubahan iklim memburuk, pola ribut akan menjadi semakin tidak tentu dan teruk.[13] Pembangunan pesat yang tidak mengambil kira alam persekitaran dan masalah pembetungan telah dikatakan antara faktor menyumbang.[16] Di Thailand, Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha mengatakan banjir yang berlaku di tiga wilayah sempadan di selatan iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat adalah yang terburuk pada tahun ini, dan menjadi bertambah buruk kerana kebanyakan jalan dibina tanpa longkang di alur banjir semulajadi.[17] Pegawai kanan meteorologi Pusat Cuaca Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia, Mohd Hisham Mohd Anip, mengaitkan banjir di utara Malaysia dengan fenomena bulan penuh dan kewujudan monsun timur laut yang berterusan bertiup merentas Laut China Selatan dari November 2014 hingga Mac 2015.[18] Beliau mengatakan bahawa sungai-sungai telah melimpah apabila hujan tanpa henti menyebabkan air dari hulu sungai tidak mencapai kuala sungai.[18] Kerajaan Malaysia telah berjanji untuk melakukan penyiasatan menyeluruh untuk mengenalpasti punca sebenar banjir-banjir ini terutamanya di pantai timur setelah banjir surut.[19] Di Indonesia, pertambahan penduduk serta kerosakan pada alam semulajadi telah dipersalahkan bagi peristiwa banjir, di samping pemendapan dan tabiat membuang sampah ke dalam sungai.[20]

Kawasan terjejas[sunting | sunting sumber]

 Negara   Kematian   Pemindah   Sumber 
 Indonesia 120,000 [21]
 Malaysia 21 237,037 [22]
 Filipina 31 13,000 [23]
 Thailand 15 10,000 [23][24]
 Sri Lanka 39 50,832 [15]
Jumlah 75 417,869 +

Asia Tenggara[sunting | sunting sumber]

Indonesia[sunting | sunting sumber]

Banjir telah merosakkan 526.5 hektar kawasan pertanian di lapan daerah di keregenan Indragiri Hulu, Riau.[25] Di daerah Tamiang di Aceh, banjir memaksa kira-kira 28,000 orang berlindung di daratan tinggi.[26] Sejumlah 94,500 orang telah mencari perlindungan di Aceh setakat 27 Disember.[14] Di Jawa, hujan lebat menyebabkan Sungai Citarum melimpah ke daerah Baleendah, Dayeuhkolot dan Bojongsoang, lantas mendesak syarikat elektrik milik negara Indonesia, PT PLN untuk menutup tiga stesen janakuasa mereka di Baleendah demi keselamatan.[25] Kira-kira 15,000 rumah di Keregenan Bandung telah ditenggelami air dan 4,000 orang telah dipindahkan.[25] Keadaan darurat telah diisytiharkan di Keregenan Bandung pada 23 Disember.[27] Bencana banjir di bahagian selatan Jawa Tengah telah merebak ke Keregenan Banyumas dan melanda kampung-kampung di dalam tiga daerahnya iaitu Kemranjen, Sumpiuh dan Tambak, tetapi tiada penduduk telah dipindahkan kerana air banjir masih lagi di bawah 50 sentimeter dalam.[28]

Setakat 27 Disember, kira-kira 100,000 orang telah dipindahkan, dengan bilangan pesakit yang memerlukan rawatan di pos kawalan semakin bertambah.[14]

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Banjir di Malaysia pada tahun 2014 ialah yang terburuk dalam sejarah banjir di Malaysia dengan lebih 200,000 orang dipindahkan.[29] Setakat 27 Disember, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan 38 amaran cuaca buruk sejak 18 Disember; 15 daripadanya adalah amaran peringkat "Merah", 15 amaran "Jingga" dan 8 amaran "Kuning".[30]

Semenanjung Malaysia[sunting | sunting sumber]

Hujan lebat sejak 17 Disember mendesak 3,390 orang di Kelantan dan 4,209 orang di Terengganu untuk meninggalkan rumah-rumah mereka.[7] Beberapa perkhidmatan keretapi antara bandar Keretapi Tanah Melayu (KTM) sepanjang laluan Pantai Timur telah terganggu pada 18 Disember akibat banjir.[31] Pada 20 Disember, kawasan Kajang, Selangor turut dilanda banjir yang serius.[32] Menjelang 23 Disember, kebanyakan sungai di Kelantan, Pahang, Perak dan Terengganu telah mencapai paras-paras yang berbahaya.[33] Disebabkan paras air yang meningkat, kebanyakan perniagaa telah terganggu dan 60,000 orang telah dipindahkan pada hari keesokannya. Negeri Kelantan mempunyai paling ramai orang yang berpindah (20,468[34] hingga 24,765), diikuti oleh Terengganu (21,606), Pahang (10,825), Perak (1,030), Sabah (336) dan Perlis (143).[35][36]

Situasi di Kelantan dan Terengganu terus meruncing kerana hujan lebat. Kebanyakan jalan di Kelantan telah ditutup.[37] Kemaman ialah daerah yang paling terjejas oleh banjir di Terengganu, diikuti oleh Dungun, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Besut dan Marang. Di Pahang, kawasan yang paling teruk terjejas ialah Kuantan, Maran, Jerantut, Lipis dan Pekan.[37] Berdozen-dozen pelancong asing terkandas di sebuah tempat peranginan di Taman Negara di Pahang; kebanyakannya adalah pelancong dari Kanada, Britain, Australia dan Romania.[38] Kesemua mereka diselamatkan melalui bot dan helikopter.[39] Di Kedah, sekurang-kurangnya 51 orang telah dipindahkan.[40] Seorang remaja di Perlis menjadi mangsa pertama yang meninggal dunia dalam banjir ini.[41]

Di selatan Malaysia, sekitar 300 ke 350 orang telah dipindahkan di kedua-dua Johor dan Negeri Sembilan.[42][43] Bilangan orang yang berpindah di seluruh negara mencapai lebih daripada 200,000 orang menjelang 28 Disember, dengan 10 orang terkorban. Banjir ini dianggap sebagai banjir yang paling teruk di negara dalam beberapa dekad.[13][39][44] Namun, angka sebenar orang yang dipindahkan, orang yang hilang dan kematian tidak diketahui kerana pusat banjir Malaysia tidak dapat memberikan angka-angka yang tepat.[45]

Malaysia Timur[sunting | sunting sumber]

Di Sabah, hujan lebat sejak 21 Disember menyebabkan banjir di kebanyakan kawasan dalam daerah Beaufort. Sebanyak 30 perkampungan telah terjejas teruk disebabkan Sungai Padas yang paras airnya direkodkan pada 9.26 meter di atas paras bahaya, dan banjir disebabkan terutamanya oleh limpahan air dari hulu sungai di daerah Tenom.[46] Kira-kira 292 orang telah dipindahkan apabila situasi banjir menjadi semakin teruk di Beaufort, sementara keadaan semakin baik di daerah pedalaman Tenom dan Kemabong.[47] Pada 24 Disember, bilangan mangsa di Beaufort meningkat ke 300 dalam satu malam,[48] dan kebanyakan mangsa di Tenom dapat kembali ke rumah, dengan hanya satu daripada sebelas pusat bantuan mangsa banjir masih dibuka semakin paras air menurun.[49] Namun, lebih banyak pusat bantuan mangsa banjir dijangka akan dibuka sekiranya hujan berterusan dan air dari bahagian atas Tenom dan Keningau membanjiri Sungai Padas.[50] Di Kudat, sembilan keluarga terdiri daripada 63 orang terkesan oleh banjir dan telah berlindung di rumah-rumah saudara dan jiran-jiran.[49][50]

Filipina[sunting | sunting sumber]

Visayas dan Mindanao teruk terjejas, terutamanya di kawasan sekitar Tacloban.[9] Lebih 31 orang telah terbunuh dan kira-kira 7 telah dilaporkan hilang.[23] Di sesetengah kawasan di Filipina, kedalaman air mencecah 1.5 meter.[51]

Thailand[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Disember, helikopter Bell 206 milik Tentera Thailand yang berlepas untuk misi membantu telah terhempas di daerah Muang di Yala disebabkan cuaca buruk, mencederakan empat orang krew.[52] Disebabkan insiden tersebut, tentera selatan Siam telah mengenakan pengharaman semua jenis pesawat dari 22 hingga 26 Disember dan diarahkan untuk hanya menggunakan pengangkutan darat untuk mengawasi kawasan banjir.[53] Sejumlah besar daerah di Wilayah Narathiwat telah diisytiharkan sebagai zon bencana dengan 115,853 penduduk dari 30,624 rumah terkesan.[52] Lapan daripada enam belas daerah di Wilayah Songkhla, termasuk Hat Yai, Sadao, Rattaphum, Khuan Niang, Chana, Thepha, Na Thawi dan Saba Yoi juga telah diisytiharkan kawasan bencana.[54] Di Wilayah Yala, lebih 50,000 penduduk telah terkesan akibat banjir.[55] Pada 26 Disember, Empangan Bang Lang di Yala dibuka ketika paras air mencapai paras amaran untuk memastikan keselamatan empangan tersebut.[17] Pelepasan air dari empangan tersebut memberi kesan kepada mereka di Wilayah Yala dan Pattani apabila paras air Sungai Pattani meningkat dan membanjiri rumah-rumah.[17] Setakan 28 Disember, 14 orang telah terbunuh akibat banjir.[13] Banjir kuat telah memaksa ramai orang Malaysia di negeri Kelantan yang berjiran untuk merentas [[Sungai Golok untuk membeli makanan dan air di Wilayah Narathiwat.[56]

Asia Selatan[sunting | sunting sumber]

Sri Lanka[sunting | sunting sumber]

DIanggarkan 1.1 juta orang penduduk terjejas oleh hujan lebat, banjir yang meluas, tanah runtuh, gelongsoran lumpur dan angin tinggi sejak 19 Disember 2014.[10] Lebih 6,400 buah rumah dilaporkan musnah sepenuhnya dan dianggarkan 18,537 buah rumah musnah sebahagiannya. Terdapat 39 kematian, dengan 20 orang tercedera dan 2 orang masih hilang, Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) melaporkan.

Dengan keadaan banjir ini secara beransur-ansur normal, penduduk inggal di pusat keselamatan atau bersama keluarga tuan rumah telah mula pulang ke rumah.[10]

Kesan[sunting | sunting sumber]

Sumber kesihatan[sunting | sunting sumber]

Setakat 29 Disember, banjir telah memberi kesan kepada 102 kemudahan kesihatan di Semenanjung Malaysia, 38 daripadanya masih beroperasi.[57] Seorang pakar anestetik yang bekerja di Hospital Kuala Krai di Kelantan perlu mengintubat seorang bayi dalam gelap selepas sebuah penjana kuasa diesel kehabisan bahan api.[58] Helikopter digunakan untuk memindah pesakit-pesakit dari Hospital Kuala Krai apabila keadaan banjir semakin teruk.[59] Hospital tersebut juga berfungsi sebagai pusat bantuan sementara untuk mangsa banjir.[60] Hospiral Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan, mengalami kekurangan bekalan darah akibat permintaan menyelamatkan nyawa yang terlalu tinggi.[61] Pelajar-pelajar perubatan dikerah untuk membantu pegawai-pegawai perubatan yang bertugas di HUSM.[62]

Di Thailand, beg pasir penghalang disusun di sekeliling Hospital Nong Chik di Pattani, dengan empat pam yang bekerja sepanjang masa untuk mengeluarkan air banjir. Beg-beg pasir juga disusun di hospital penggalakan kesihatan Tambon Pakaharang. Sesetengah peralatan ditempatkan semula ke tanah lebih tinggi sebagai langkah berjaga-jaga. Namun, kedua-dua hospital meneruskan operasi harian biasa masing-masing.[63]

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Harga minyak kelapa sawit dan getah telah melonjak kerana banjir telah mengganggu bekalan dari Thailand dan Malaysia.[64] Pengeluaran getah di Thailand dan Malaysia akan menurun sekurang-kurangnya 30 peratus dan harga telah diramalkan untuk terus meningkat.[64] Oleh sebab air banjir di Malaysia tidak menurun, pengeluaran minyak kelapa sawit jatuh mendadak.[64]

Respons[sunting | sunting sumber]

Setempat[sunting | sunting sumber]

 Indonesia — Sesetengah agensi Indonesia telah menyediakan tempat perlindungan di daerah-daerah yang terkesan, termasuklah di ibu pejabat polis dan tentera, serta di rumah-rumah ibadat.[25] Kira-kira 400 sukarelawan telah dikerah untuk mengedarkan bantuan dan tentera Indonesia meningkatkan bilangan kakitangannya.[14]

 MalaysiaKerajaan Malaysia telah mengerah semua aset yang ada untuk membantu dalam operasi menyelamat mangsa banjir, bilangan ahli kumpulan menyelamat ditingkatkan dan $14 juta telah diperuntukkan untuk menguruskan pusat-pusat bantuan.[65][66][67] Sejumlah $142 juta lagi dalam peruntukan telah diumumkan.[68][69] Perdana Menteri telah mengatakan bahawa sejumlah RM500 juta telah diperuntukkan untuk negeri Sabah.[70] Beliau juga menyatakan bahawa penambahbaikan dalam tebatan banjir akan diberi keutamaan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (2016–2020) untuk mengelakkan bencana sebegini daripdaa berulang, kerana tebatan banjir yang ada pada masa kini tidak mampu untuk menampung keseluruhan banjir yang melanda beberapa negeri.[71]

Negeri Melaka telah menghantar kira-kira RM500,000,[72] kedua-dua negeri Pulau Pinang dan Selangor memperuntukan kira-kira RM1.5 juta,[73][74] negeri Sarawak menghantar kira-kira RM2 juta,[75] dan negeri Terengganu yang terkena sendiri oleh banjir telah menghantar RM1 juta lagi.[76] Sebagai tanda hormat pada semua mangsa banjir di seluruh negara, kebanyakan konsert sambutan Tahun Baru, termasuklah yang di Pahang, Perak, Sabah, Selangor dan Terengganu, telah dibatalkan.[77] Negeri Melaka telah memutuskan untuk menyambut Tahun Baru dengan cara yang ringkas dan membatalkan kebanyakan acaranya.[78]

Bank Malaysia, Maybank telah menawarkan penangguhan bayaran selama enam bulan bagi bayawan pendahuluan pinjaman dan penepian cas-cas tertentu atas dasar kes-demi-kes bagi pengguna yang telah terkesan oleh banjir di negara tersebut.[79] Bank tersebut juga telah membantu mangsa-mangsa banjir melalui perkongsian baru-baru ini antara Yayasan Maybank dan Mercy Malaysia.[79] Johor FA telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM100,000 untuk membantuk bilangan mangsa banjir yang semakin meningkat di Pantai Timur.[80]Pelbagai organisasi bukan kerajaan telah menyumbang bantuan mereka.[81]

 Thailand — Askar-askar di Thailand telah mula mengedarkan air bersih kepada mangsa-mangsa banjir dan menghentikan kereta-kereta daripada memasuki jalan-jalan yang banjir.[54] Timbalan Menteri Dalam Negeri Suthee Markboon telah menugaskan Jabatan Pencegahan dan Pengurangan Bencana di setiap wilayah untuk menghantar bantuan dengan segera kepada mereka yang terkesan akibat banjir, meninjau kerosakan dan mempercepat pelan pemulihan.[4] Jabatan Pencegahan dan Pengurangan Bencana (DDPM) telah bekerjasama dengan tentera dan unit-unit lain yang berhubung dengan bantuan banjir di setiap wilayah untuk memasang pam-pam air dan menilai kerosakan yang disebabkan oleh banjir.[4]

 Sri Lanka — Lebih daripada 7,000 anggota tentera telah dikerahkan ke kawasan yang terjejas akibat banjir bagi operasi mencari dan menyelamat.[82]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

 ChinaKerajaan China telah mendermakan sebanyak US$100,000 (RM339,160) kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.[83] Duta China ke Malaysia Huang Huikan mengatakan bahawa kerajaan China "mengambil berat terhadap saudara-saudaranya di Malaysia yang terjejas akibat banjir.[84] China berharap untuk bersama-sama Malaysia dan tidak akan membiarkan orang Malaysia menghadapi cabaran sebegini sendirian". Beliau menambah bahawa China berjanji untuk memberikan sebanyak mungkin bantuan kepada Malaysia.[84]

 SingapuraKerajaan Singapura telah mencagar S$100,000 untuk mangsa banjir di Malaysia.[85] Kementerian Luar Negeri Singapura telah mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa wang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir melalui Palang Merah Singapura (SRC), dengan tambahan sebanyak S$127,000 untuk disalurkan daripada Dana Kecemasan Respons Bencana Singapura.[85] Tambahan RM600,000 (S$227,000) lagi diberikan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) pada 30 Disember.[85] Unit penulenan air telah dihantar untuk memastikan yang kawasan yang terjejas mempunyai air minuman yang bersih.[85]

Semua masjid di Singapura telah menguruskan satu kutipan derma istimewa untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negara berjiran Malaysia.[86]

 Emiriah Arab BersatuSheikh Hamdan bin Zayed Al Nahayan, Presiden Bulan Sabit Merah Emiriah, telah mengarahkan bantuan kecemasan dihantar kepada mereka yang terselamat dari banjir di negeri-negeri timur laur Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.[87]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Apabila Perdana Menteri Malaysia Najib Razak tiada, timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menguruskan krisis banjir.[88] Namun, Perdana Menteri kemudiannya menamatkan percutiannya disebabkan kritikan daripada umum apabila beliau dilihat bermain golf dengan Barack Obama di Hawaii, Amerika Syarikat.[89] Sesetengah mangsa menuduh kerajaan lambat memberi bantuan.[44][67] Namun, Najib mengatakan bahawa permainan golf tersebut perlu dalam membangunkan ikatan diplomatik dengan Amerika Syarikat dan acara ini telah dirancang jauh sebelum bencana banjir bermula.[90]

Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yakob, mengatakan bahawa banjir ini berpunca daripada kemurkaan Allah. Oleh itu, kerajaan negeri Kelantan perlu menguatkuasakan hukum hudud, meskipun tentangan hebat terhadapnya.[91] Namun, bangunan perhimpunan negeri di mana kerajaan negeri sepatutnya membincangkan hukum hudud telah digenangi air sejak 25 Disember.[92] Kesannya, kerajaan negeri menangguhkan perbincangan khas ini pada tarikh akan datang.[93] Namun, kerajaan negeri diberitahu untuk membantu mangsa-mangsa banjir terlebih dahulu sebelum memfokuskan terhadap isu hudud tersebut.[94] Sultan Muhammad V Kelantan meminta agar langkah-langkah lebih mesra alam diambil untuk mengelakkan banjir sebegini daripada berulang.[95]

Misi-misi menyelamat sukar dijalankan kerana keadaan cuaca yang tidak tertentu dan kerana sesetengah penduduk enggan berpindah.[66][96] Seorang ketua kampung di Kampung Jimah, Lukut, Negeri Sembilan, telah mencuba untuk menghalau wakil-wakil pembangkang yang ingin memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.[97] Dalam peristiwa lain, wakil-wakil pembangkang telah dihalau oleh pihak berkuasa apabila mereka cuba untuk memberi bantuan kepada sebuah pusat bantuan mangsa banjir di Kluang, Johor.[98]

Disebabkan perkara ini, kebanyakan orang awam telah meminta kedua-dua parti kerajaan dan pembangkang untuk bekerjasama, berbanding mempolitikkan semua isu.[99][100]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Erie Prasetyo (27 Disember 2014). "Banjir di Tapanuli Tengah Isolir Warga" (dalam bahasa Indonesia). Okezone. Dicapai 28 Disember 2014. 
  2. ^ "Air Surut, Korban Banjir Aceh Bersihkan Rumah" (dalam bahasa Indonesia). Harian Andalas. 30 Disember 2014. Dicapai 30 Disember 2014. 
  3. ^ "Banjir Surut, Warga Lhoksukon Bersih-bersih" (dalam bahasa Indonesia). Atjeh Post. 30 Disember 2014. Dicapai 30 Disember 2014. 
  4. ^ a b c "Interior Ministry expedites flood relief operations in 8 southern provinces". National News Bureau of Thailand. 24 Disember 2014. Dicapai 26 Disember 2014. 
  5. ^ "Floods lift in many areas of Pattani; many parts of Yala still facing inundation". National News Bureau of Thailand. 2 Januari 2015. Dicapai 2 Januari 2015. 
  6. ^ "Amaran hujan lebat peringkat jingga di Kelantan, Terengganu" (dalam bahasa Malay). Berita Harian. 15 Disember 2014. Dicapai 26 Disember 2014. 
  7. ^ a b "One missing, thousands flee homes in flood-hit north-eastern malaysia". The New Age. 18 Disember 2014. Dicapai 28 Disember 2014. 
  8. ^ "Malaysia counts the cost as floods recede". Sky News Australia. 2 Januari 2015. Dicapai 2 Januari 2015. 
  9. ^ a b "Dozens die as Malaysia, Thailand, Philippines battered by storm". Reuters. 30 Disember 2014. Dicapai 30 Disember 2014. 
  10. ^ a b c Adonai (5 Januari 2015). "1.1 million affected by floods, landslides and high winds, Sri Lanka" [1.1 juta terjejas akibat banjir, tanah runtuh dan angin kencang, Sri Lanka] (dalam bahasa Inggeris). The Watchers. Dicapai 9 Januari 2015. 
  11. ^ Bella Dalima (20 Disember 2014). "Inclement weather wreaks havoc countrywide; thousands displaced" [Cuaca buruk mengakibatkan malapetaka di seluruh negara; beribu-ribu berpindah] (dalam bahasa Inggeris). News First. Dicapai 26 Disember 2014. 
  12. ^ Barbara Mae Dacanay (29 Disember 2014). "Floods wreak havoc across Asia". Gulf News. Dicapai 29 Disember 2014. 
  13. ^ a b c d "At least 24 killed in Malaysia, Thailand floods as 200,000 evacuated". Al Jazeera America. 28 December 2014. Dicapai 29 December 2014. 
  14. ^ a b c d "About 100,000 people evacuated in Indonesia because of floods". Armenpress. 27 Disember 2014. Dicapai 28 Disember 2014. 
  15. ^ a b "Floods in Sri Lanka kill 39, displace 50,832" [Banjir di Sri Lanka membunuh 39, memindahkan 50,832] (dalam bahasa Inggeris). Customs Today. 2 Januari 2015. Dicapai 2 Januari 2015. 
  16. ^ a b Rob McElwee (27 Disember 2014). "What makes the SE Asian rains bad this year?". Al Jazeera English. Dicapai 28 Disember 2014. 
  17. ^ a b c Ayub Pathan; Abdulloh Benjakat; Waedao Harai (26 Disember 2014). "Dam discharge floods into Yala, Pattani". Bangkok Post. Dicapai 26 Disember 2014. 
  18. ^ a b FMT (24 Disember 2014). "Full moon responsible for East Coast flood woes". Free Malaysia Today. Dicapai 29 Disember 2014. 
  19. ^ "Government to carry out 'post-mortem' on floods". Bernama. The Borneo Post. 31 Disember 2014. Dicapai 31 Disember 2014. 
  20. ^ "Population surge, soil damage worsen Bandung floods". The Jakarta Post. 29 Disember 2014. Dicapai 29 Disember 2014.  line feed character dalam |title= di kedudukan 24 (bantuan)
  21. ^ "Indonesia, Malaysia, Thailand, Sri Lanka Hit by Heavy Rains, Floods: AIR". AIR Worldwide. Insurance Journal. 30 December 2014. Dicapai 31 December 2014. 
  22. ^ "237,000 displaced, 21 dead from floods". Malaysiakini. 30 December 2014. Dicapai 31 December 2014. 
  23. ^ a b c "Floods and storms kill dozens of people in Malaysia, Thailand and the Philippines". Reuters. ABC Online. 30 December 2014. Dicapai 31 December 2014. 
  24. ^ "Dozens die as Malaysia, Thailand, Philippines battered by storms". Reuters. Thanh Nien News. 30 December 2014. Dicapai 31 December 2014. 
  25. ^ a b c d Arya Dipa (21 Disember 2014). "Thousands evacuate as floods inundate Bandung homes". The Jakarta Post. Dicapai 26 Disember 2014.  line feed character dalam |title= di kedudukan 29 (bantuan)
  26. ^ "Over 34,000 flee home amid floods in Indonesia's Aceh, West Java". Shanghai Daily. 23 Disember 2014. Dicapai 26 Disember 2014. 
  27. ^ Agus Maryono (24 Disember 2014). "Bandung declares emergency as floods spread". The Jakarta Post. Dicapai 26 Disember 2014.  line feed character dalam |title= di kedudukan 27 (bantuan)
  28. ^ Agus Maryono (23 Disember 2014). "Flood-hit areas spreading to Banyumas". The Jakarta Post. Dicapai 30 Disember 2014. 
  29. ^ "Banjir Di Kelantan Semakin Buruk, Jumlah Mangsa Meningkat". mStar. 29 Disember 2014. Dicapai 1 Januari 2015. 
  30. ^ Abdul Razak Ahmad (27 Disember 2014). "Banjir 2014 Bakal Catat Sejarah Terburuk". mStar. Dicapai 1 Januari 2015. 
  31. ^ "Flood forces 470 to evacuate in Dungun, KTM services disrupted – Bernama". Bernama. The Malaysian Insider. 18 Disember 2014. Dicapai 28 Disember 2014. 
  32. ^ Victoria Brown; Beh Yuen Hui; Nicholas Cheng (20 Disember 2014). "Kajang struck by flash floods after heavy rain". The Star. Dicapai 28 Disember 2014. 
  33. ^ "December floods reach 'alarming' level". The Rakyat Post. 23 Disember 2014. Dicapai 28 Disember 2014. 
  34. ^ "Rising flood waters force more people to flee homes in east coast of Semenanjung Malaysia". The Borneo Post. 23 Disember 2014. Dicapai 28 Disember 2014. 
  35. ^ Sumisha Naidu (23 Disember 2014). "Businesses sink or swim in Malaysia floods". Channel News Asia. Dicapai 28 Disember2014.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  36. ^ "Floods ravaging six States worsen, nearly 60,000 evacuated". Bernama. Astro Awani. 24 Disember 2014. Dicapai 26 Disember 2014. 
  37. ^ a b "Situation continues to worsen in badly-hit Kelantan and Terengganu". The Star. 25 Disember 2014. Dicapai 26 Disember 2014. 
  38. ^ "Dozens of tourists stranded by floods in Malaysian national park". Reuters. 23 Disember 2014. Dicapai 26 Disember 2014. 
  39. ^ a b "Record numbers evacuated in Malaysia's worst floods in decades". Reuters. Investing.com. 26 Disember 2014. Dicapai 28 Disember 2014. 
  40. ^ "Kedah latest state hit by floods". The Rakyat Post. 25 Disember 2014. Dicapai 28 Disember 2014. 
  41. ^ "Teenage boy first casualty of Perlis floods". Bernama. Astro Awani. 26 Disember 2014. Dicapai 28 Disember 2014. 
  42. ^ Yee Xiang Yun (26 Disember 2014). "Flash floods leave 350 displaced in Johor Baru". The Star/Asia News Network. AsiaOne. Dicapai 28 Disember 2014. 
  43. ^ "Malaysia flood waters reach Negeri Sembilan". Bernama. Channel News Asia. 27 Disember 2014. Dicapai 28 Disember 2014. 
  44. ^ a b "Severe flooding hits southeast Asia". Al Jazeera English. 27 Disember 2014. Dicapai 28 Disember 2014. 
  45. ^ "Flood control centres unaware of actual statistics". The Malay Mail. 29 Disember 2014. Dicapai 29 Disember 2014. 
  46. ^ Sitti Nor Azizah Talata (24 Disember 2014). "Beaufort dilanda banjir" (dalam bahasa Malay). Utusan Malaysia. Dicapai 26 Disember 2014. 
  47. ^ Chok Sim Yee; Johan Aziz (24 Disember 2014). "292 evacuated in Beaufort; 395 return home in Tenom". The Borneo Post. Dicapai 26 Disember 2014. 
  48. ^ "Number of flood victims in Beaufort increases to 300". Bernama. Astro Awani. 24 Disember 2014. Dicapai 31 Disember 2014. 
  49. ^ a b "Beaufort, Kudat hit by floods". Daily Express. 24 Disember 2014. Dicapai 31 Disember 2014. 
  50. ^ a b Kristy Inus (23 Disember 2014). "Sabah flood: More relief centres to open in Beaufort if rain continues". New Straits Times. Dicapai 26 Disember 2014. 
  51. ^ "Three dead, thousands flee as storm hits south Philippines". Agence France-Presse. Saudi Gazette. Dicapai 31 Disember 2014. 
  52. ^ a b "Army flood-relief helicopter crashes in Yala". Phuket Gazette. 22 Disember 2014. Dicapai 2018-09-29. 
  53. ^ "Army grounds aircraft in stormy south". Bangkok Post. 22 Disember 2014. Dicapai 26 Disember 2014. 
  54. ^ a b "Heavy floods hit 8 districts of Songkhla". Bangkok Post. 24 Disember 2014. Dicapai 26 Disember 2014. 
  55. ^ "Update on flood situation in Yala". National News Bureau of Thailand. 25 Disember 2014. Dicapai 26 Disember 2014. 
  56. ^ Waedao Harai (30 Disember 2014). "Floods force Malaysians here to buy vital supplies". Bangkok Post. Dicapai 30 Disember 2014. 
  57. ^ "Situation continues to worsen in badly-hit Kelantan and Terengganu". Malaysiakini. 29 Disember 2014. Dicapai 30 Disember 2014. 
  58. ^ "Flood-affected Kuala Krai hospital forced to operate in the dark". The Malay Mail. 25 Disember 2014. Dicapai 30 Disember 2014. 
  59. ^ "As floods worsen, Kuala Krai sick get chopper ride to Klang Valley hospitals". The Malay Mail. 30 Disember 2014. Dicapai 30 Disember 2014. 
  60. ^ "Hospital goes the extra mile by providing shelter for flood victims". The Rakyat Post. 29 Disember 2014. Dicapai 30 Disember 2014. 
  61. ^ "Floods: HUSM blood bank almost empty". The Malay Mail. 30 Disember 2014. Dicapai 30 Disember 2014. 
  62. ^ "HUSM the only fully functioning hospital left in Kelantan". The Malaysian Insider. 28 Disember 2014. Dicapai 30 Disember 2014. 
  63. ^ "Risk of landslides and flash floods rising in Phatthalung". The Nation. 29 Disember 2014. Dicapai 30 Disember 2014. 
  64. ^ a b c "Palm Oil, rubber prices surge on southeast asian flooding". Bloomberg. The Economic Times. 30 Disember 2014. Dicapai 30 Disember 2014. 
  65. ^ Rozanna Latiff; Teoh Pei Ying (25 Disember 2014). "DPM: Govt to utilise all assets to help flood victims". New Straits Times. Dicapai 26 Disember 2014. 
  66. ^ a b "Govt to deploy more assets to help flood victims - Muhyiddin". Bernama. Astro Awani. 25 Disember 2014. Dicapai 26 Disember 2014. 
  67. ^ a b "Malaysia flood: Rescuers struggle; anger mounts". Reuters. Emirates 24/7. 27 Disember 2014. Dicapai 26 Disember 2014. 
  68. ^ "Malaysia flooding: PM Najib Razak pledges extra funds". BBC News. 28 Disember 2014. Dicapai 29 Disember 2014. 
  69. ^ "Malaysia pledges more flood aid for thousands stranded". Agence France-Presse and Reuters. The National. 28 Disember 2014. Dicapai 29 Disember 2014. 
  70. ^ "Sabah welcomes additional allocation of RM500m for flood victims". Bernama. The Malay Mail. 28 Disember 2014. Dicapai 28 Disember 2014. 
  71. ^ "Flood Mitigation Plans To Get Priority Under 11th Development Plan - Najib". Bernama. 31 Disember 2014. Diarkibkan daripada asal pada 31 Disember 2014. Dicapai 31 Disember 2014. 
  72. ^ Roshidi Abu Samah (27 Disember 2014). "Malacca send aid to Kelantan". New Straits Times. Dicapai 28 Disember 2014. 
  73. ^ "Penang allocates RM1.5 million for flood aid". Astro Awani. 28 Disember 2014. Dicapai 28 Disember 2014. 
  74. ^ Shazwan Mustafa Kamal (26 Disember 2014). "Selangor doles out RM1.5m aid to flood victims". The Malay Mail. Dicapai 26 Disember 2014. 
  75. ^ Goh Pei Pei (30 Disember 2014). "Floods: Sarawak donates RM2 million". New Straits Times. Dicapai 30 Disember 2014. 
  76. ^ "Terengganu approves additional RM1m to aid flood victims". Bernama. The Malay Mail. 28 Disember 2014. Dicapai 28 Disember 2014. 
  77. ^ "City Hall New Year 2015 concert cancelled". The Borneo Post. 30 Disember 2014. Dicapai 30 Disember 2014. 
  78. ^ "Melaka sambut tahun baharu cara sederhana". Sinar Harian. 30 Disember 2014. Dicapai 30 Disember 2014. 
  79. ^ a b "Maybank's financial relief for flood victims". Business Times. Yahoo! News. 24 Disember 2014. Dicapai 28 Disember 2014. 
  80. ^ "Johor FA contributes 100k to assist East Coast flood victims". Fourth Official. 25 Disember 2014. Dicapai 26 Disember 2014. 
  81. ^ "NGOs Chip In Their Contribution To Help Flood Victims". Bernama. 24 Disember 2014. Diarkibkan daripada asal pada 26 Disember 2014. Dicapai 26 Disember 2014. 
  82. ^ "Sri Lanka Army Assists Flood Victims" [Tentera Sri Lanka Membantu Mangsa Banjir] (dalam bahasa Inggeris). News.lk. 22 Disember 2014. Dicapai 26 Disember 2014. 
  83. ^ Sarah Rahim (27 Disember 2014). "Floods: China government comes to aid". New Straits Times. Dicapai 1 Januari 2015. 
  84. ^ a b Adrian Chan (31 Disember 2014). "Floods: Companies from China chipping in to support MCA relief efforts". The Star. Dicapai 1 Januari 2015. 
  85. ^ a b c d "Singapore gives S$227,000 to Malaysia for flood relief". Channel News Asia. 29 Disember 2014. Dicapai 30 Disember 2014. 
  86. ^ "Singapore mosques launch special collection for Malaysia's flood victims". Bernama. The Malay Mail. 29 Disember 2014. Dicapai 29 Disember 2014. 
  87. ^ "Malaysia floods: UAE offers aid". WAM. Gulf News. 28 Disember 2014. Dicapai 28 Disember 2014. 
  88. ^ Hemananthani Sivanandam; Dina Murad (26 Disember 2014). "Malaysia DPM says he's in charge of flood crisis". The Star/Asia News Network. AsiaOne. Dicapai 26 Disember 2014. 
  89. ^ Jane Onyanga-Omara (26 Disember 2014). "Malaysian prime minister cuts vacation short over floods". USA Today. Dicapai 28 Disember 2014. 
  90. ^ "Golf game with Obama for diplomatic relations, says Najib". The Star. 27 Disember 2014. Dicapai 30 Disember 2014. 
  91. ^ "Kelantan floods warning from Allah not to delay hudud - Nik Aziz's son". Malaysia Chronicle. 25 Disember 2014. Dicapai 30 Disember 2014. 
  92. ^ "PRIDE COMES BEFORE A FALL: State building flooded, yet Kelantan insists hudud sitting still on". Malaysia Chronicle. 26 Disember 2014. Dicapai 30 Disember 2014. 
  93. ^ "Kelantan postpones hudud sitting as floods worsen". The Malaysian Insider. 27 Disember 2014. Dicapai 30 Disember 2014. 
  94. ^ "Help flood victims, quit obsessing over hudud, Kelantan PAS told". The Malay Mail. 26 Disember 2014. Dicapai 30 Disember 2014. 
  95. ^ "Floods: Don't mess with the environment, says Kelantan Sultan". The Star. 28 Disember 2014. Dicapai 30 Disember 2014. 
  96. ^ "Stubborn residents complicate Malaysia flood evacuations". Channel News Asia. 24 Disember 2014. Dicapai 26 Disember 2014. 
  97. ^ FMT (16 Disember 2014). "Rowdy village head tries chasing out PKR group". Free Malaysia Today. Dicapai 30 Disember 2014. 
  98. ^ "Over 150,000 people displaced by floods". Malaysiakini. 27 Disember 2014. Dicapai 30 Disember 2014. 
  99. ^ "Serve the people by helping flood victims together, UM student tells BN and PR". The Malaysian Insider. 24 Disember 2014. Dicapai 25 Disember 2014. 
  100. ^ Mike Chong (31 Disember 2014). "Stop politicising flood relief". The Star. Dicapai 31 Disember 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]