Banjir di Malaysia 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Banjir di Malaysia 2009 mula berlaku pada hari Jumaat, 6 November 2009 di pantai timur Malaysia terutama di Terengganu dan Kelantan. Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran "peringkat merah" di Terengganu dan Kelantan.

Banjir di Terengganu[sunting | sunting sumber]

Banjir musim tengkujuh kali ini mengakibatkan 2,877 orang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.Lokasi banjir setakat ini ialah di Besut, Hulu Terengganu, Setiu dan Dungun.Banjir di Kampung La, Hulu Besut menyebabkan 1,187 penduduk kampung di pindah.Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu menyatakan 402 orang di Setiu dipindahkan.Di Dungun 50 orang dipindahkan.24 pusat pemindahan banjir beroperasi.Jalan Kuala Berang-Sungai Tong di Kuala ping ditutup kepada semua kenderaan.

Air sungai di Sungai Besut, Sungai Setiu, Sungai Terengganu dan Sungai Hulu Terengganu melepasi paras bahaya. Bacaan paras air Sungai Besut di Jambatan Keruak pada pukul 7 petang ialah 35.91 meter (bahaya 35 meter), di Kampung La, 21.79 meter (bahaya 19.20 meter) dan di Jambatan Jerteh ialah 9.86 meter (bahaya 8.90 meter).Sungai Setiu pada paras 8.58 meter (bahaya 8.10 meter). Sungai Berang di Hulu Terengganu pada paras 24.55 meter (bahaya 24.50).Air Sungai Marang pada paras 12.71 meter (waspada 12.50 meter).

Banjir di Kelantan[sunting | sunting sumber]

5 daerah dilanda banjir di Kelantan iaitu Kuala Krai, Pasir Mas, Machang, Jeli dan Tanah Merah. 2558 orang telah dipindahkan. Bilik Gerakan Banjir Kelantan menyatakan di Pasir Mas seramai 432 orang, Kuala Krai (308), Tanah Merah (249), Machang (188) dan Jeli (33).

Air sungai yang melepasi paras bahaya ialah Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan Rantau Panjang dan Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah. Sungai Kelantan di Kusial ialah 24.72 meter (bahaya 23.50 meter). Bacaan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang pada pukul 9 pagi ini mencatatkan 10.29 meter (bahaya 9 meter) iaitu surut berbanding malam tadi 10.42 meter. Bandar Rantau Panjang lumpuh terutama di Zon Bebas Cukai di pintu masuk Imigresen sempadan Malaysia-Thailand.Jalan ke pusat percutian di Kampung Tikat, Pantai Cahaya Bulan ditutup kepada kenderaan ringan.


Paling teruk ialah Pasir Mas (2190 orang), Machang (190), Tanah Merah (75), Tumpat (54) dan Kuala Krai (49).[1]Mohd Mazlan Yajid dari Sungai Kampung Banggol Kerian ,Pasir Pureh ditemui lemas akibat banjir. Kaharuddin Yahya menyatakan 40 pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh ditugaskan mencari Mohd Mazlan.[2] Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Rantau Panjang menempatkan 340 orang mangsa banjir dan Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi (302 orang).


Jalan Kota Baharu-Kuala Krai di Sungai Durian dan Jalan Kota Baharu-Terengganu di Bukit Abal, Pasir Puteh ditutup kepada kenderaan ringan.

Banjir di Perlis[sunting | sunting sumber]

100 penduduk daripada lebih 20 keluarga di Batu Bertangkup, Panggas dan Titi Tinggi di Perlis telah dipindahkan. Arau, Repoh, Santan dan Alor Arau turut banjir. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Wanita Perlis, Mansor Jusoh menyatakan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu melawat kampung yang dilanda banjir.[3] Mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Jaafar Hassan dan dewan orang ramai Titi Tinggi Hilir. 39 orang ditempatkan di Maktab Rendah Sains MARA Beseri manakala 15 lagi ditempatkan di Dewan Seri Malau, Beseri[4]

Banjir di Kedah[sunting | sunting sumber]

Pada 8 November 2009, Pegawai Daerah Padang Terap, Kedah, Mat Noh Ahmad menyatakan bahawa 579 mangsa banjir ditempatkan di 10 pusat pemindahan. Antaranya di Sekolah Kebangsaan Seri Bakti seramai 265 orang dari 60 keluaraga. Puncanya paras air di Sungai Kuala Nerang pada pukul 11 pagi mencatatkan 18.02 meter melebihi paras bahaya 17.7 meter.[5]

Tebatan banjir[sunting | sunting sumber]

Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) akan menumpukan kepada Rancangan Tebatan Banjir (RTB).Pada 14 November 2009, Menteri Datuk Seri Douglas Uggah Embas menyatakan akan menyenaraikan sungai-sungai yang terdesak untuk dibina tebatan banjir . Kerajaan pusat menerusi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar memperuntukkan RM584,199 untuk kerja-kerja pembersihan sungai di kawasan Parlimen Santubong, Sarawak. RM10.1 juta untuk perlindungan pantai di Pasir Pandak (RM2.72 juta), Buntal Lama (RM5.59 juta) dan Kampung Pasir Panjang (RM1.82 juta).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [Mangsa Banjir Terus Bertambah Di Kelantan]
  2. ^ Gerakan Mencari Mangsa Lemas Di Kelantan Diteruskan
  3. ^ Pantai Timur Dilanda Banjir, 2,377 Dipindahkan
  4. ^ Banjir Sekali Lagi Landa Perlis
  5. ^ [638 Mangsa Masih Berada Di Pusat Pemindahan Di Padang Terap ]