Tanah Runtuh Bukit Kanada 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pada 16 Januari 2009, tanah runtuh berlaku di tebing Bukit Kanada , Miri, Sarawak menyebabkan dua pekerja stesen minyak Shell terbunuh. Mangsa ialah Endi, 28, dan Ah Chiang, 22, kedua-duanya rakyat Indonesia, yang sedang bertugas syif malam di stesen minyak itu yang terletak di lereng Bukit Kanada. Mereka sedang tidur di dalam kabin di sebelah stesen minyak itu dan tidak sempat menyelamatkan diri kerana runtuhan berlaku dengan pantas. Stesen minyak di Jalan Pujut itu telah beroperasi sejak 20 tahun lalu.Bekalan elektrik ke sebuah perkampungan berdekatan terputus beberapa jam mulai 1.10 malam .

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Jamaluddin Ibrahim menyatakan punca kerana hujan lebat sejak beberapa hari dan menyebabkan pergerakan tanah berlaku.Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Tanah dan Survei akan melakukan siasatan dan laporan akan diserahkan kepada Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan Hong Nam yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak. Lereng bukit di situ dikategorikan mudah terhakis, khususnya apabila hujan masih berterusan . George Chan merupakan pengerusi parti SUPP dan Adun Piasau yang dulunya dikenali dengan nama parlimen Miri .

Pengerusi jawatankuasa pengurusan bencana bahagian Miri, Datuk Ose Murang meminta penduduk yang tinggal di Bukit Kanada dan di lereng bukit pindah jika mengesan tanda-tanda tanah runtuh. Penempatan yang terlibat ialah Kampung Haji Wahed, Kampung Lereng Bukit dan Pujut Padang Kerbau Satu. 3 dari 10 buah rumah di Kampung Pujut Tanjung Batu dalam keadaan bahaya. Pusat pemindahan dibuka di bangunan Persatuan Bulan Sabit Merah, Miri.

Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai mahu segala aktiviti mengorek tanah di puncak Bukit Kanada dihentikan kerana akan mewujudkan bahaya kepada penduduk di tiga buah kampung yang terdapat di atas bukit.[1][2][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]