Gempa bumi Sabah 2015

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gempa bumi Sabah 2015
[[Image:
Gempa bumi Sabah 2015 is located in Malaysia
Gempa bumi Sabah 2015
|240px|none|alt=]]
Tarikh 5 Jun 2015 (2015-06-05)
Waktu mula 07:15:43 MST[1]
Tempoh 30 saat
Magnitud 6.0 magnitud (USGS)

5.9 magnitud (MetMalaysia)

Kedalaman 10.0 km (USGS)
Lokasi pusat gempa 5°58′48″N 116°31′30″E / 5.980°N 116.525°E / 5.980; 116.525Koordinat: 5°58′48″N 116°31′30″E / 5.980°N 116.525°E / 5.980; 116.525[1]
Negara/kawasan yang terjejas Pantai Barat kawasan (Gunung Kinabalu area), Sabah, Malaysia Timur
Jumlah kerosakan Kerosakan bangunan dan infrastruktur, tanah runtuh & perubahan geologi
Keamatan maksimum VII (Sangat kuat)
Gegaran susulan 33 (pada 7 Jun 2015)
Mangsa 18 mati
10 cedera

Gempa bumi Sabah 2015 pada 6.0 skala richter berlaku di sekitar Ranau, Sabah pada jam 7.15 pagi , hari Jumaat 5 Jun 2015. Pusat Gempa Bumi Dan Tsunami Nasional melaporkan gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Tambunan, Tuaran, Pedalaman, Kota Kinabalu , Kota Belud, Inanam, Kota Marudu, Kudat, Likas, Penampang, Putatan, Kinarut, Papar, Beaufort, Keningau, Sandakan, Kunak, Tawau,Labuan, Lawas, Limbang Miri dan Bandar Seri Begawan di Brunei.[2] Lokasinya di 5.1 Utara 16.6 Timur. Gempa susulan yang lemah berlaku 47 kali sekitar 2.2 hingga 3.3.[3]

Jabatan Meteorologi Malaysia nasihatkan penduduk Ranau, di Sabah waspada kerana ada 10 gempa bumi susulan .Netizen turut menghantar gambar dinding cermin BSN di Ranau pecah berserakan dan bangunan-bangunan lain sedang dipantau. Pengarah Pusat Gempa dan Tsunami (Met Malaysia), Dr Wan Azli Wan Hassan menyatakan gegaran itu sedang dipantau.[4] [5]

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun mengesahkan batu-batu dan bongkah banyak yang jatuh di Ranau dan Gunung Kinabalu akibat gegaran itu. Pondok-pondok pendaki di Panar Laban dan Gunting Lagadan rosak teruk . Ikon Telinga Keldai di Gunung Kinabalu turut rosak teruk. Oleh itu semua aktviti pendakian di batalkan.

Ahli Geologi Amerika Syarikat mengesahkan tiada tsunami dan kerosakan teruk. Kedudukannya terletak di kedalaman 10 km dari bandar Ranau dan 54 km dari bandar Kota Kinabalu. Malaysia sepatutnya bebas dari pengalaman gempa bumi kecuali pada 1981 . Malaysia tidak terletak di dalam Lingkaran Api Pasifik. Lingkaran ini termasuklah Lautan Pasifik, negara jiran seperti Filipina dan Indonesia. Gunung Kinabalu merupakan jenis gunung lipat muda yang aktif gunung berapi dan gempa bumi .[6]

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa 23 sekolah membabitkan 16 Sekolah Kebangsaan, enam Sekolah Menengah Kebangsaan dan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di daerah Ranau, Tuaran, Kota Belud, Penampang, Nabawan dan Keningau. Jabatan Pendidikan Sabah melaporkan berlaku kejadian bangunan sekolah runtuh atau retak, kuarters guru, jalan raya dan tanah merekah.

[7]

Usaha menyelamat[sunting | sunting sumber]

Seramai 52 daripada 189 pendaki yang terkandas di puncak Gunung Kinabalu berjaya dibawa turun dengan selamat. Pusat Kawalan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Sabah di Pondok Timpohon menyatakan enam pendaki mengalami kecederaan termasuk seorang warga Turki. Setakat pukul 3.20 petang , 137 pendaki masih lagi berada di Gunung Kinabalu iaitu 105 pendaki bersama 32 malim gunung berada di puncak. Selebihnya berada di sekitar kawasan termasuk Laban Rata. Dua mangsa dilaporkan hilang selepas tiada di kawasan pengumpulan mahupun laluan pendakian.[8]

Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menggerakkan 25 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) untuk membantu operasi menyelamat. Timbalan Setiausaha MKN Ogu Salim Omar menyatakan bahawa Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab mengetuai operasi itu dan telah berlepas ke Sabah. Markas SMART terletak di Pulau Meranti, Puchong berhampiran dengan Putrajaya. [9]

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menafikan khabar angin bahawa cuti umum susulan gempa bumi sederhana itu.[10]

18 terbunuh[sunting | sunting sumber]

Jumlah mangsa mengikut negara[11]
Negara Mati
 Singapura 9
 Malaysia 6
 China 1
 Jepun 1
 Filipina[lower-alpha 1] 1
Jumlah 18

Pendaki yang terlibat itu dari negara Malaysia (6 orang), Singapura, Australia, Kanada, China, Denmark, India, Japan, Kazakhstan, Belanda, Filipina, Korea Selatan, Thailand, Turki, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Pada 7 Jun 2015 sebanyak 18 mayat mangsa dibedah siasat di Hospital Queen Elizabeth (QEH). Pengarah QEH, Heric Corray mengesahkan perkara itu.[12]


Negara Nama mangsa
Malaysia Lim Choon Seong, 45 (lelaki)
Muhammad Logman bin Abd Karim, 22 (lelaki)
Valerian Joannes, 27 – kakitangan Mountain Torq (lelaki), telah dikebumikan di Kampung Bundu Tuhan, Ranau
Ricky Masarin – kakitangan Mountain Torq (lelaki)
Joseph Solugin – malim gunung (lelaki)
Robbie Sapinggi, 30 (lelaki) – pelatih gunung (mayat ditemui pada Jumaat)
Singapura Rachel Ho Yann Shilin, 12 (perempuan)
Sonia Jhala, 12 (perempuan)
Emilie Giovanna Ramu, 12 (perempuan)
Ameer Ryyan bin Mohd Aded, 12 (lelaki)
Navdeep Singh Jayral s/o Raj Kumar, 13 (lelaki)
Mohammad Ghazi b Mohamed, 35 (lelaki)
Loo Jian Liang Terrence, 29 (lelaki)
Muhammad Daanish b Amran, 22 (lelaki) 22 Jurupandu warga Singapura
Wee Ying Ping Peony, 12 (perempuan) – (mayat ditemui pada Jumaat) pelajar dari Tanjong Katong Primary School (TKPS), Singapura dibawa pulang oleh Air Force Singapura.
Filipina Karyl Mitzi Higuit Matahom, 12 (perempuan)
Jepun Ozaki Masahiro, 29 (lelaki)
China Lugi, 35 (lelaki)

[13] [14]

Sumpahan penunggu gunung[sunting | sunting sumber]

Beberapa malim gunung percaya sumpahan penunggu gunung telah berlaku ekoran tindakan biadab sekumpulan pelancong Eropah yang berbogel di puncak gunung itu pada 31 Mei 2015. Mereka berkelakuan berbogel.Lo Tzin Ye. Gunung Kinabalu merupakan kawasan suci yang menjadi tempat persemadian roh nenek moyang kaum Kadazandusun dan tidak boleh dicemari perbuatan tidak senonoh. Istilah Kinabalu berasal dari kata ‘Aki Nabalu’ iaitu ‘Aki’ bermaksud nenek moyang dan ‘Nabalu’ pula bermaksud gunung. Jangan cakap besar, jangan petik tumbuhan, jangan ambil batu gunung serta berani berbogel kelak melanggar pantang larang.[15]

Pemasang Stesen seismik[sunting | sunting sumber]

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail memaklumkan bahawa 44 stesen seismik yang bertindak mengesan gegaran gempa bumi telah dipasang di seluruh negara termasuk lapan di Sabah. Sebanyak 20 lagi stesen seismik baharu termasuk tujuh di Sabah, akan dipasang di seluruh negara menjelang 2016. Setakat ini Sabah mempunyai dua stesen seismik 'strong motion' iaitu di Ranau dan Lembah Danum.Enam stesen seismik 'weak motion' di Sandakan, Kudat, Kota Kinabalu, Sepulut, Tawau dan Lahad Datu. Stesen seismik 'strong motion' yang baru dipasang di Keningau, Sandakan, Kota Belud dan Kota Kinabalu; tiga lagi stesen 'weak motion' (Ranau, Semporna dan Lembah Danum).

Setakat ini belum ada alat atau sistem di dunia ini yang dapat meramal berlakunya gempa bumi. [16]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Including:
    • 1 Filipina-Singapura

Rujukan[sunting | sunting sumber]