Yusuf Bahrin: Perbezaan antara semakan
→Drama: Tambah kandungan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 149: | Baris 149: | ||
| |
| |
||
|- |
|- |
||
| ''[[Uncle Bos Mama]]'' |
|||
| Haidir |
|||
| |
|||
| [[Astro Ria]] |
| [[Astro Ria]] |
||
| |
| |
Semakan pada 02:38, 10 September 2024
Yusuf Bahrin | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Yusuf bin Bahrin 8 Jun 1992 |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2019–kini |
Ejen | Laugh Out Loud (LOL) Entertainment |
Ketinggian | 1.80 m (5 ka 10 7⁄8 in) |
Pasangan | Zizi Kirana (k. 2021) |
Ibu bapa |
|
Muhammad Yusuf Bahrin (lahir 8 Jun 1992) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya seni lakonannya selepas memegang watak pembantu dalam beberapa drama seperti Calon Menantu Tuan Rumah, Sweet Dreams, Kau Yang Pertama, dan Satukan Rasa. Namun beliau paling dikenali menerusi watak sebagai Dr. Amar dalam drama Sweet Dreams bersama Ben Amir dan Mira Filzah.[1][2] serta watak Rahman dalam drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa bersama Kamal Adli dan Uqasha Senrose.
Beliau juga sering dikaitkan dengan pelakon Aeril Zafrel kerana wajah mereka yang agak seiras.[3]
Kehidupan awal dan kerjaya
Yusuf dilahirkan di Shah Alam, Selangor pada 8 Jun 1992. Beliau juga merupakan anak sulung dalam keluarga. Mempunyai dua orang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Bapanya bernama Bahrin Tahir, manakala ibunya, Hanita Ajis. Sebelum terlibat dalam bidang lakonan, beliau berkecimpung dalam dunia perniagaan dengan mengusahakan kedai gunting rambut di Melaka selama dua tahun. Selain itu, beliau bekerja secara separuh masa sebagai jururunding kewangan.
Kerjaya lakonan beliau bermula dengan menjadi pelakon tambahan untuk beberapa drama dan telefilem termasuk Cik Reen Encik Ngok Ngek Raya, Asam Pedas Cendol Sejoli, Calon Menantu Tuan Rumah, Abg Tinted Handbag Ajaib, 7 Netizen dan Kau Yang Pertama. Bakatnya mula mendapat perhatian sebagai pelakon drama bersiri arahan Michael Ang, Sweet Dreams sebagai Doktor Amar. Namanya terus melonjak naik dengan drama muzikal Satukan Rasa sebagai Shah, abang kandung Jai lakonan Khai Bahar yang sentiasa mendukung impian adiknya.
Penglibatannya bermula selepas rakannya yang terbabit dalam bidang ini memberi dorongan, selain keputusan tersebut disambut baik ahli keluarganya. Beliau bergelar artis naungan syarikat pengurusan, Laugh Out Loud (LOL) Entertainment menjadi salah satu artis yang diuruskan oleh Pengurus Artis terkenal, Afeeq Abdul Wahab atau Afeeq Ignacio. Afeeq juga merupakan pemilik syarikat LOL bersama Dafi Ismail Sabri. Antara artis yang bersama Yusuf sebagai artis naungan LOL adalah Janna Nick, Rozita Che Wan, Liza Hanim dan penyanyi dan Juara Big Stage 2 dari Korea Selatan, Han Byul.
Beliau kemudian muncul dalam drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis sebagai Khairyl. Didalam drama ini, beliau pertama kali membawa watak antagonis.Seterusnya bekerja dengan Hadith Omar buat kali kelima menjadikan beliau memegang watak utama dalam telefilem Hantu Ustazah Supiah disamping Farah Nabilah.Beliau kemudian sekali lagi menjadi watak utama dalam telefilem seram Anak Busut.Yusuf bergandingan lagi den bersama Wan Hanafi Su dan Azar Azmi. Selepas itu, beliau kembali bekerjasama dengan Hadith Omar dalam telefilem raya Misi Santan Kampung Semangkuk dengan Nina Juren, Aleza Shadan, Nadya Syahera dan Shasha Abedul.
Berbekalkan wajah seiras Aeril Zafrel, Yusuf mula mengusahakan perniagaan baju kurtanya sendiri yang bernama 'Lima Waktu'. Setelah lama berehat atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan, Yusuf memulakan kembali pengambaraan drama 28 episod arahan Michael Ang berjudul Perempuan Tanpa Dosa untuk slot Megadrama Astro Ria disamping Kamal Adli,Uqasha Senrose dan Uyaina Arshad . Yusuf bakal menjalani dua drama untuk saluran TV3.Yusuf sekali lagi digandingkan dengan Catriona Rose yang pernah membawa watak ibunya dalam drama Pengantin Lelaki untuk Cik Gadis dalam telemovie komedi untuk tayangan Astro Ria bersama juga dengan penyanyi,pelakon ,pelawak dan pengajar vokal dari Filipina ,Mark Adam.Telemovie ini ditayangkan pada Ahad, 27 Disember 2020 ,jam 10 malam,
Tidak dinafikan populariti peminat kelab Manchester United ini semakin mekar selepas memegang watak Rahman dalam drama Perempuan Tanpa Dosa(PTD) dan dibandingkan pula dengan hero drama yang merupakan Juara Hero Remaja 2007/2008 ,Juara Super Spontan 2017 dan rakan sedramanya,Kamal Adli .Yusuf bakal menjalani pengambaraan filem pertamanya dalam masa terdekat.Selain itu,Yusuf terus menjalani pengambaraan telemovie romantik seram selepas drama PTD bertajuk Bercinta Dengan Jin yang bergandingan dengan Uyaina Arshad dan Raja Shahiran.Telemovie berdasarkan kisah benar ini ditayangkan di Astro Citra pada 26 Disember 2020. Didalam telemovie ini,Yusuf menjadi roh/jin yang telah meninggal dunia pada tahun 1950an bernama Cikgu Haikal.
Yusuf juga bakal menjadi juri dalam satu program yang akan ditayangkan pada tahun 2021.
Kehidupan peribadi
Yusuf telah menamatkan zaman bujangnya dengan penyanyi dan pelakon Zizi Kirana pada 19 September 2021.[4]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2022 | Seratus | Filem pertama, penampilan khas | |
2023 | The Lord Musang King | Haikal | |
2024 | Telekinesis | Fadhil | Pos-produksi |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Calon Menantu Tuan Rumah | Kekasih Ros | TV Okey | Drama pertama |
Sweet Dreams | Dr. Amar | Astro Ria | ||
Kau Yang Pertama | Tajul | TV3 | ||
Satukan Rasa | Shah Bakri | Astro Ria | ||
2019-2020 | Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis | Khairyl Al-Hadi | ||
2020 | Ben & Bella | Johan | TV3 | |
Perempuan Tanpa Dosa | Abdul Rahman | Astro Ria | ||
2021 | Kisah Rumah Tangga - Episod Ramadhan Pengantin PKP | Rais | ||
Jangan Ganggu Jodohku | Dr. Imran | |||
2022 | Ratu Ten Pin 2: Shalin | Azidi | ||
Jesnita | Rafael | Astro Prima | ||
2023 | Special Force: Anarchy | Jeff | Disney+ Hotstar | |
Rajuk Karina | Mizan | TV3 | ||
2024 | Restu | Atiq | IQIYI | |
Uncle Bos Mama | Haidir | Astro Ria | ||
2025 | Cinta Wanita Johor Bahru | Akmal | TV3 |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Asam Pedas Cendol Sejoli | Mimi | Astro Citra | Telefilem pertama |
Cik Reen Encik Ngok Ngek Raya | Budak Kampung | Astro Ria | ||
Abang Tinted & Handbag Ajaib | Raihan | Astro Citra | ||
7 Netizen | ASP Hafiz | |||
2020 | Hantu Ustazah Supiah | Ustaz Yusry | ||
Anak Busut | Adam | |||
Misi Santan Kampung Semangkuk | Iskandar | TV Okey | ||
Bercinta Dengan Jin | Cikgu Haikal | Astro Citra | ||
Kak Kek Baru Nak Up | Imran | Astro Ria | ||
2021 | Ismadi Belum Mati | Ismadi | Astro Citra |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|
2019 | Bawang Live! | Astro Ria | Tetamu jemputan untuk mempromosikan drama Sweet Dreams bersama Mira Filzah, Ben Amir, Nasz Sally, Nina Juren, Yuna Rahim, Sean Lee dan Michael Ang |
Tetamu jemputan untuk mempromosikan drama Satukan Rasa | |||
H!Live | Tetamu jemputan bersama Shasha Abedul dalam mempromosikan drama Satukan Rasa | ||
Bawang Live! | Tetamu jemputan bagi telefilem Asam Pedas Cendol Sejoli bersama Aleza Shadan, Arja Lee, PS Mansur dan Hadith Omar | ||
Tetamu jemputan untuk mempromosikan minggu akhir drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis bersama Uqasha Senrose, Nafiz Muaz, Reza Hasbi dan Zarynn Min | |||
2020 | I Can See Your Voice Malaysia (musim 3) | TV3 | Penyiasat jemputan episod Erra Fazira/episod minggu 6 (22 Mac 2020) bersama Eira Syazira dan Kamal Adli |
Michael Ang's Halal Kitchen (Musim 2) | Naura HD | Tetamu Jemputan episod 10 (3 September 2020) | |
H!Live Special | Astro Ria | Tetamu Jemputan bersama Kamal Adli,Uqasha Senrose dan Uyaina Arshad bagi mempromosikan drama terbaru slot Megadrama Perempuan Tanpa Dosa (5 October 2020) | |
ExpRIAnce Belt : Selebriti First Job | artis jemputan untuk kembali kepada pekerjaan pertama sebelum bergelar artis iaitu sebagai Tukang Gunting Rambut.(24 November 2020-Episod 9). | ||
Bawang Live! | Tetamu Jemputan bersama Shaza Bae dan Uyaina Arshad bagi mempromosikan minggu akhir drama Perempuan Tanpa Dosa(23 November 2020) | ||
H!Live | Tetamu Jemputan bersama Uyaina Arshad bagi mempromosikan minggu akhir drama Perempuan Tanpa Dosa (23 November 2020) | ||
JoMovie | Astro Citra | Tetamu Jemputan bersama Irwan Rauf (pengarah )dan Dian Mayasari (penulis skrip) bagi mempromosikan telemovie romantik seram Bercinta Dengan Jin yang bakal ditayangkan pada 26 Disember 2020(Sabtu).Episod rancangan ini ditayangkan pada 25 Disember 2020. | |
MeleTOP | Astro Ria | Tetamu jemputan bersama Sean Lee,Ben Amir dan Fieya Julia bagi mempromosikan Anugerah Meletop Era 2020 sebagai calon-calon AME 2020 untuk kategori yang dipertandingkan.Yusuf salah satu calon Top 5 untuk kategori Artis Baru Meletop.(15 Disember 2020) | |
2021 | Kampung Pom Pom Letops | Naura HD | Tetamu Jemputan rancangan masakan yang dihoskan oleh Elly Mazlein |
All Together Now Malaysia | Astro Ria | Juri Tetap | |
Kak Kek Abe Masok | Naura HD | Tetamu jemputan bersama host Catriona Rose utk Istimewa Aidilfitri (18 Mei, Selasa) |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2020 | Anugerah MeleTOP Era 2020 | Artis Baharu MeleTOP (Top 5) | Tercalon |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Artis Baharu Lelaki Popular | Tercalon | |
Gempak Most Wanted 2020 | Artis Kacak Tergempak 2020 | Tercalon |
Rujukan
- ^ Kamaruddin Razal (19 Ogos 2019). Siapa Dr. Amar? Kenali Yusuf Bahrin... Jejaka kacak pelakon drama bersiri Sweet Dreams Astro Gempak. Dicapai pada 30 Ogos 2019.
- ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamad (11 November 2019). Hikmah kena marah Berita Harian. Dicapai pada 6 Jun 2020.
- ^ Kamaruddin Razal (19 Ogos 2019). Dibandingkan dengan Aeril Zafrel, ini respon Yusuf Bahrin Astro Gempak. Dicapai pada 19 Ogos 2019.
- ^ Qarami Hashim "Zizi Kirana sah milik Yusuf Bahrin, rancang majlis resepsi Disember" [1] mStar Online. Dicapai pada 19 September 2021.