Otto Schniewind: Perbezaan antara semakan
Zayn al aziz (bincang | sumb.) |
Zayn al aziz (bincang | sumb.) |
||
Baris 38: | Baris 38: | ||
* ''[[Leftenan Muda|Leutnant zur See]]'' - 28 September 1910 |
* ''[[Leftenan Muda|Leutnant zur See]]'' - 28 September 1910 |
||
* ''[[Leftenan Madya|Oberleutnant zur See]]'' - 27 September 1913 |
* ''[[Leftenan Madya|Oberleutnant zur See]]'' - 27 September 1913 |
||
* ''[[ |
* ''[[Kapten leftenan|Kapitanleutnant]]'' - 17 Jun 1917 |
||
* ''[[Leftenan Komander|Korvettenkapitan]]'' - 1 April 1926 |
* ''[[Leftenan Komander|Korvettenkapitan]]'' - 1 April 1926 |
||
* ''[[Komander|Fregattenkapitan]]'' - 1 Oktober 1931 |
* ''[[Komander|Fregattenkapitan]]'' - 1 Oktober 1931 |
Semakan pada 04:28, 25 Disember 2015
Otto Schniewind | |
---|---|
Kelahiran | Saarlouis | 14 Disember 1887
Meninggal dunia | 26 Mac 1964 Linz am Rhein | (umur 76)
Kesetiaan | Empayar Jerman (hingga 1918) Republik Weimar (hingga 1933) Jerman Nazi |
Perkhidmatan | Kaiserliche Marine Reichsmarine Kriegsmarine |
Tahun perkhidmatan | 1907–1945 |
Pangkat | Laksamana Jeneral |
Unit | SMS Leipzig SMS Augsburg SMS Magdeburg |
Arahan | Kapal kruiser Köln |
Pertempuran | Perang Dunia I |
Anugerah | Knight Cross of the Iron Cross |
Otto Schniewind (14 Disember 1887 – 26 Mac 1964) ialah seorang Laksamana Jerman dalam Kriegsmarine semasa Perang Dunia II dan penerima pingat Knight Cross of the Iron Cross (Jerman: Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes ). Beliau adalah Ketua Staf Tentera Laut yang merancang kempen ketenteraan maritim pada kemenangan awal Jerman di Eropah.
Kerjaya
Schniewind memasuki Kaiserliche Marine pada tahun 1907 sebagai seorang kadet. Semasa Perang Dunia Pertama beliau berkhidmat sebagai komander bot torpedo. Apabila armada Jerman menyerah kepada pihak British beliau memerintah skuadron bot torpedo, dan mengambil bahagian dalam peristiwa menenggelamkan armada Jerman di Scapa Flow, selepas itu beliau telah dipenjarakan oleh tentera British.
Selepas dibebaskan Schniewind terus berkhidmat dalam Reichsmarine. Dari tahun 1925 hingga 1926 beliau berkhidmat sebagai adjutan kepada Menteri Perang Otto Gessler. Pada tahun 1932 Schniewind menjadi nakhoda kapal kruiser ringan Köln. Pada tahun 1934 Schniewind telah dilantik ke fungsi staf lain. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Laksamana Muda pada tahun 1937 dan Laksamana Madya pada tahun 1940.
Beliau berkhidmat sebagai Ketua Staf Seekriegsleitung dari tahun 1938 hingga 1941. Selepas tenggelamnya Bismarck Schniewind telah dilantik sebagai pengganti Gunther Lutjens (Panglima Armada Jerman) yang telah terkorban bersama kapalnya itu. Pada tahun 1943 Schniewind menjadi Panglima Markas Wilayah Laut Utara (Marinegruppenkommandos Nord). Pada 1 Mac 1944, Schniewind telah dinaikkan pangkat ke Generaladmiral. Pada 30 Julai 1944, Schniewind telah digugurkan daripada jawatan dan selepas itu tidak lagi diberi tugas sehingga perang berakhir.
Selepas Perang beliau telah ditahan dan didakwa dalam Perbicaraan Markas Tinggi untuk peranannya dalam serangan ke atas Norway (Operasi Weserübung) tetapi beliau dilepaskan dan dibebaskan dari penjara. Dari tahun 1949 hingga 1952 beliau berkhidmat dengan Pasukan Sejarah Tentera Laut di Bremerhaven.
Tarikh kenaikkan pangkat
- Leutnant zur See - 28 September 1910
- Oberleutnant zur See - 27 September 1913
- Kapitanleutnant - 17 Jun 1917
- Korvettenkapitan - 1 April 1926
- Fregattenkapitan - 1 Oktober 1931
- Kapitan zur See - 1 Oktober 1933
- Konteradmiral - 1 Oktober 1937
- Vizeadmiral - 1 Januari 1940
- Admiral - 1 September 1940
- Generaladmiral - 1 Mac 1944
Anugerah kebesaran
- Iron Cross (1914)
- Kelas 2
- Kelas 1 (5 Januari 1918)
- Friedrich-August Cross, Kelas 2 dan 1
- Pingat Kehormatan
- Darjah Pedang Diraja, Pingat Komander Kelas 2 (Sweden) (30 Jun 1936)
- Pingat Khidmat Lama Angkatan Tentera Kelas 4 hingga Kelas 1 (2 Oktober 1936)
- Medal Peringatan Memel (26 Oktober 1936)
- Darjah St. Sava Kelas 2 (1 Jun 1939) (Yugoslavia)
- Darjah Mahkota Itali, Pingat Pegawai Utama (23 September 1939)
- Darjah Kepujian Laut Sepanyol warna Putih (21 Ogos 1939)
- Lencana Iron Cross (1939) Kelas 2 dan 1
- Knight Cross of the Iron Cross pada 20 April 1940 selaku Vizeadmiral dan Ketua Staf Seekriegsleitung dalam OKM
- Order Sacred Treasure Kelas 1 (Jepun)
- Lencana Armada Laut Lepas (30 Julai 1944)
Bibliografi
- Dörr, Manfred (1996). Die Ritterkreuzträger der Überwasserstreitkräfte der Kriegsmarine—Band 2: L–Z (dalam bahasa German). Osnabrück, Germany: Biblio Verlag. ISBN 978-3-7648-2497-6. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - Fellgiebel, Walther-Peer (2000). Die Träger des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939–1945 – Die Inhaber der höchsten Auszeichnung des Zweiten Weltkrieges aller Wehrmachtsteile (dalam bahasa German). Friedberg, Germany: Podzun-Pallas. ISBN 978-3-7909-0284-6. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - Range, Clemens (1974). Die Ritterkreuzträger der Kriegsmarine. Stuttgart, Germany: Motorbuch Verlag. ISBN 978-3-87943-355-1. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan) - Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Miltaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - Nietrug, Gerd (2004). Die Ritterkreuzträger des Saarlandes 1939 - 1945. Zweibrücken: VDM Nickel. ISBN 3-925480-93-5.
Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh tiada |
Ketua Staf Seekriegsleitung Oktober 1938 – 10 Jun 1941 |
Diikuti oleh: Laksamana Kurt Fricke |
Didahului oleh Laksamana Gunther Lutjens |
Panglima Armada Kriegsmarine Jun 1941 – Julai 1944 |
Diikuti oleh: Laksamana Wilhelm Meendsen-Bohlken |