Hans-Georg von Friedeburg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Hans-Georg von Friedeburg (15 Julai 1895 di Strasbourg – 23 Mei 1945 di Flensburg) adalah seorang Laksamana yang menjadi Panglima Angkatan Kapal Selam Jerman dan merupakan Panglima Tertinggi Kriegsmarine yang terakhir dalam Perang Dunia II.

Friedeburg (kanan) menyaksikan penyerahan kalah yang ditandatangani Alfred Jodl (tengah) bersama Mejar Wilhelm Oxenius disebelah kiri pada 7 Mei 1945 di Reims, Perancis.
Kubur beliau berada disebelah Wolfgang Lüth.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Friedeburg merupakan penyokong setia rejim Nazi. Seorang pegawai tentera laut terkemuka Jerman selepas tempoh Perang Dunia I, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Panglima Armada Kapal Selam Jerman pada September 1941. Menyelia latihan U-boot Jerman dan penggunaan pangkalan-pangkalan U-bot di Perancis, beliau kemudian mengatur kedudukan kumpulan U-bot pada pertengahan Atlantik untuk mencari dan menyerang konvoi Bersekutu. Dinaikkan pangkat ke Laksamana pada tahun 1942, Friedeburg mengambil alih pemerintahan armada U-bot Jerman pada Februari tahun berikutnya. Beliau telah dianugerahkan Ritterkreuz des Kriegsverdienstkreuzes mit Schwertern pada 17 Januari 1945. Beliau menggantikan Laksamana Besar Karl Donitz sebagai Panglima Tertinggi Kriegsmarine apabila Dönitz menjadi Presiden Reich setelah Hitler membunuh diri (mengikut wasiat terakhir Hitler), dan telah dinaikkan pangkat kepada Generaladmiral pada 1 Mei 1945.

Pada awal bulan Mei 1945, Friedeburg diarahkan oleh Dönitz merundingkan gencatan senjata dengan kuasa-kuasa Bersekutu Barat. Tiba di markas Fil Marsyal Bernard Montgomery di Lüneburg, Jerman beliau dimaklumkan bahawa penyerahan kalah tanpa syarat kepada semua kuasa-kuasa Bersekutu adalah perlu dan tidak boleh dirunding. Bagaimanapun, beliau menandatangani surat cara penyerahan kalah semua angkatan tentera Jerman di Belanda, barat laut Jerman dan Denmark pada 4 Mei 1945.

Friedeburg kemudiannya menyaksikan, bagi pihak Tentera Laut Jerman, dokumen yang mengisytiharkan penyerahan rasmi angkatan tentera Jerman di Eropah Utara, termasuk Jerman, yang berkuatkuasa pada tengah malam 8/9 Mei 1945, telah ditandatangani bagi pihak Pemerintah Tertinggi Jerman oleh Kolonel Jeneral Alfred Jodl di Reims, Perancis. Beliau kemudiannya menandatangani bagi pihak Kriegsmarine, di Berlin pada 8 Mei 1945, bersama-sama dengan Kolonel Jeneral Hans-Jürgen Stumpff untuk Luftwaffe dan Generalfeldmarschall Wilhelm Keitel untuk Wehrmacht, surat cara penyerahan kalah di hadapan Marsyal Georgi Zhukov untuk Tentera Merah dan wakil Bersekutu yang lain. Dengan berbuat demikian, beliau menjadi satu-satunya wakil Jerman yang menandatangani kedua-dua akuan penyerahan kalah rasmi. Dua minggu kemudian, pada 23 Mei 1945, pada hari anggota-anggota Kerajaan Flensburg ditangkap, Friedeburg menjadi tawanan perang British di Plön. Tidak dapat menerima kekalahan negaranya, dan setelah membuat keputusan kembali pada tahun 1944 tentang perspektif ini, beliau telah menelan racun pada hari yang sama. Beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Adelby berhampiran Flensburg.[1]

Anaknya Ludwig von Friedeburg (1924-2010) adalah seorang ahli sosiologi yang terkenal dan ahli politik (SPD) dan berkhidmat di antara tahun 1969 dan 1974 sebagai Menteri Kebudayaan di negeri Hesse.

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

Anugerah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan
  1. ^ Borgert, p. 331
  2. ^ Patzwall and Scherzer 2001, p. 541.
Bibliografi
  • Borgert, Heinz-Ludwig (1998): Generaladmiral Hans-Georg von Friedeburg. In: Gerd R. Ueberschär (ed.): Hitlers militärische Elite. 68 Lebensläufe. Frankfurt am Main: Primus Verlag, 2011 (second edition). ISBN 978-3-534-23980-1
  • Patzwall, Klaus D.; Scherzer, Veit (2001). Das Deutsche Kreuz 1941 – 1945 Geschichte und Inhaber Band II (dalam bahasa German). Norderstedt, Germany: Verlag Klaus D. Patzwall. ISBN 978-3-931533-45-8.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]