Walter Warzecha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Walter Wilhelm Julius Warzecha
Walter Warzecha (1891-1956).jpg
Walter Warzecha in April 1944
Kelahiran(1891-05-23)23 Mei 1891
Schwiebus, Brandenburg
Meninggal dunia3 Ogos 1956(1956-08-03) (umur 65)
Hamburg
Kesetiaan Empayar Jerman
 Republik Weimar
 Jerman Nazi
PerkhidmatanBendera tentera laut Empayar Jerman Kaiserliche Marine
Bendera tentera laut Republik Weimar Reichsmarine
Bendera tentera laut Jerman Nazi Kriegsmarine
Tahun perkhidmatan1909–45
PangkatGeneraladmiral
ArahanUC-1
UC-71
UB-148
Admiral Graf Spee
Panglima Besar Kriesgsmarine (wakil)
PertempuranPerang Dunia I
Pertempuran Atlantik (1914–1918)
Perang Dunia II
AnugerahKnight Cross of the War Merit Cross

Walter Wilhelm Julius Warzecha (23 Mei 1891 – 3 Ogos 1956) adalah seorang Laksamana Jerman dalam Kriegsmarine semasa Perang Dunia II. Beliau menggantikan Generaladmiral Hans-Georg von Friedeburg sebagai Oberbefehlshaber der Kriegsmarine yang terakhir selepas tamatnya Perang Dunia II.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Walter Warzecha telah dilahirkan pada 23 Mei 1891 di Schwiebus (nama moden Świebodzin). Bapanya, Max Warzecha, merupakan seorang Datuk Bandar bagi Neuruppin, tetapi keluarga ini berasal dari Silesia, oleh itu mereka menggunakan nama Slavik bukannya nama keluarga Jerman.

Perang Dunia I[sunting | sunting sumber]

Pada 1 April 1909 Warzecha menyertai Kaiserliche Marine sebagai seorang Seekadett. Tugas pertamanya adalah atas kruiser berat SMS Victoria Louise dimana beliau dinaikkan pangkat ke Fähnrich zur See pada April 1910. Antara tahun 1911 dan 1916 beliau berkhidmat atas kapal tempur dreadnought SMS Nassau, dan disana beliau mendapat kenaikkan pangkat ke Leutnant zur See pada September 1912, dan kemudian ke Oberleutnant zur See pada 2 Mei 1915.[1]

Dari Ogos 1916 sehingga tamatnya Perang Dunia I beliau bertugas sebagai pegawai memerintah beberapa kapal selam; UC-1, UC-71 dan UB-148, dan menenggelamkan 9 buah kapal yang berjumlah 22,612 GRT, dan merosakkan 10 lagi kapal dengan jumlah 55,808 GRT.[2]

Era antara perang[sunting | sunting sumber]

Selepas perang Warzecha menetap di Wilhelmshaven dan kemudian Kiel, dimana beliau mula membina keluarga dan menjadi bapa kepada 4 orang anak. Susulan dari penenteraan semula Jerman beliau kembali aktif bertugas di Marinestation der Nordsee, dengan pangkat Kapitänleutnant dari tahun 1920. Mendapat pangkat Korvettenkapitän pada 1928 dan kemudian ke Fregattenkapitän pada 1933. Pada tahun 1934 Warzecha dilantik sebagai Ketua Staf Marinestation der Ostsee di Baltik. Warzecha bertugas sebagai pemerintah kapal tempur poket Admiral Graf Spee antara Oktober 1937 dan Oktober 1938.[1]

Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Pada 1 November 1938 beliau telah dinaikkan pangkat ke Konteradmiral dan bertukar ke jawatan staf di Oberkommando der Marine di Berlin, berkhidmat sebagai Chef des Marinewehramtes ("Ketua Pejabat Pertahanan Tentera Laut") sehingga Ogos 1942, mendapat kenaikkan pangkat ke Vizeadmiral pada 1 Januari 1941, dan juga berkhidmat sebagai Chef des Allgemeinen Marinehauptamtes ("Panglima Markas Am Tentera Laut") antara November 1939 dan April 1944. Pada 1 Mac 1944 beliau telah dinaikkan pangkat ke Generaladmiral dan pada 1 Mei dilantik sebagai Chef der Kriegsmarinewehr ("Panglima Pertahanan Tentera Laut").[1]

Susulan tamatnya Perang Dunia II, dan pembunuhan diri Panglima Besar Tentera Laut Hans-Georg von Friedeburg pada 23 Mei 1945, Warzecha mengambil alih tugas-tugas Panglima Besar dibawah kawalan pihak Bersekutu, dan menyelia pembubaran Kriegsmarine sehingga 22 Julai 1945.[1]

Pasca perang[sunting | sunting sumber]

Sehingga tahun 1947 Warzecha telah ditahan sebagai tawanan perang, dan menetap di Hamburg dinana beliau bekerja untuk syarikat insurans Allianz-Versicherungsgesellschaft. Beliau meninggal dunia kerana serangan jantung pada 30 Ogos 1956 dan dikebumikan di Hamburg.

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

Anugerah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota
  1. ^ a b c d e f "Deutsches Marinearchiv : Generaladmiral Walter Warzecha". deutsche-marinesoldaten.de (dalam bahasa Jerman). Dicapai 8 May 2010. 
  2. ^ Helgason, Guðmundur. "Oberleutnant zur See Walter Warzecha". German U-boats of WWII - uboat.net. Dicapai 8 May 2010. 
  3. ^ Patzwall & Scherzer 2001, p. 559.
Bibliografi