Lara Aishah: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 64: | Baris 64: | ||
* [[Anne Abdullah]] sebagai Zaleha |
* [[Anne Abdullah]] sebagai Zaleha |
||
* Mandy Chong sebagai Carmen |
* Mandy Chong sebagai Carmen |
||
* [[Sharifah Shahora]] sebagai Masyitah |
|||
* [[Aida Aris]] sebagai Laura |
|||
* [[Norlia Ghani]] sebagai Jamilah |
|||
* |
* |
||
Semakan pada 06:32, 15 Mac 2021
Lara Aishah | |
---|---|
Genre | Drama Cinta Dendam |
Pengarah | Muhammad Riza Baharudin |
Dibintangi oleh | Fasha Sandha Nazim Othman Dayana Roza Jasmin Hamid Shahz Jaszle Ainul Aishah Maria Farida Eizlan Yusof Dian P. Ramlee Sasqia Dahuri Janet Khoo Watie Sadali Aedy Ashraf |
Lagu pembukaan | Dirgahayu nyanyian Siti Nurhaliza & Faizal Tahir |
Lagu penutup | Dirgahayu nyanyian Siti Nurhaliza & Faizal Tahir |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 100 Episode |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Zetty Adilla Dato' Ramly Zetty Alia Dato' Ramly |
Penerbit | Datin Zaiton Muhd Jiwa |
Tempoh siaran | Isnin - Jumaat, 6 petang. |
Syarikat penerbitan | Global Station Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Prima & (Astro Maya HD) |
Siaran asal | 29 Ogos 2016 – 13 Januari 2017 |
Kronologi | |
Mengikuti | Rumi & Jawi |
Diikuti oleh | Papa Ricky |
Lara Aishah merupakan sebuah drama lipurlara yang diarahkan oleh pengarah Muhammad Riza Baharuddin yang disiarkan sebanyak 100 episod di Astro Prima bagi mengisi Slot Tiara di Astro. Drama ini adalah drama adaptasi daripada telenovela Mexico, La Loba.
Sinopsis
Mengisahkan tentang dua wanita iaitu Aishah (Fasha Sandha) yang berjuang untuk menyelamatkan pasar tempatan dari dirobohkan oleh sebuah korporasi hanya untuk jatuh cinta dengan pewaris korporasi tersebut, dan kisah Zurin (Jasmin Hamid), seorang ibu yang dipenjarakan selama 27 tahun dan ingin mencari anak kandungnya yang telah diculik semasa kecil.
Zurin telah dituduh dan dipenjara di luar negara atas kesalahan yang tidak dilakukannya hasil konspirasi Cik Puan Marina (Dian P. Ramlee), bekas ibu mertuanya sendiri yang marahkan anaknya Dato’ Nazri (Dato’ Eizlan Yusof) kerana telah berkahwin dengan wanita daripada keluarga miskin. Setelah 27 tahun Zurin bakal dilepaskan, dia mendapat tahu bahawa anaknya sebenarnya masih hidup. Bermulalah hidup Zurin mencari anak kandungnya dan membalas dendam kepada keluarga Dato’ Nazri atas dosa mereka.
Aishah ialah seorang gadis yang baik dan dibesarkan oleh Muiz (Fadil Dani), di persekitaran yang serba kekurangan. Dia bekerja di pasar dan terkenal dengan sifat panas baran. Pada suatu hari berita tentang tanah pasar yang bakal diambil semula oleh pemilik telah membuatkan Aishah bertekak lidah dengan Dato’ Nazri, anak kepada pemilik tanah tersebut.
Pertembungan mereka juga menemukan Aishah dengan Iskandar (Nazim Othman), waris keluarga Dato’ Nazri yang menipu Aishah, menyatakan yang dia hanya merupakan seorang mekanik yang miskin lalu membawa kepada hubungan romantik Aishah dan Iskandar. Dalam masa yang sama, Cik Puan Marina ingin Iskandar berkahwin dengan Felisha (Sasqia Dahuri) dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memusnahkan Aishah. Kehadiran Zack (Shah Jaszle) yang merupakan bekas kekasih Aishah juga merumitkan lagi keadaan.
Pelakon
Watak utama
- Fasha Sandha sebagai Aishah
- Nazim Othman sebagai Iskandar
- Jasmin Hamid sebagai Zurin Abdullah / Shila Amin
- Dato' Eizlan Yusof sebagai Dato' Nazri
- Dian P. Ramlee sebagai Cik Puan Marina
Watak sokongan
- Dayana Roza sebagai Wani
- Shahz Jaszle sebagai Zack
- Aedy Ashraf sebagai John
- Maria Farida sebagai Datin Dahlia
- Sasqia Dahuri sebagai Felisha
- Janet Khoo sebagai Sharon
- Ainul Aishah sebagai Aimi Farhana
- Afzan A. Rahman sebagai Azlan
- Adam Lee sebagai Daniel
- Jasmine Suraya sebagai Sandra
- Elya Miera sebagai Thalia
- Dato' Sri Shah Rezza sebagai Farouq
- Hakim Yazid sebagai Nash
- Watie Sadali sebagai Dalila
- Mia Nasir sebagai Anita
- Ku Fridah sebagai Wati
- Zamarul Hisham sebagai Hisham
- Fathil Dani sebagai Muiz
- Liza Abdullah sebagai Cik Putih
- Anne Abdullah sebagai Zaleha
- Mandy Chong sebagai Carmen
- Sharifah Shahora sebagai Masyitah
- Aida Aris sebagai Laura
- Norlia Ghani sebagai Jamilah