Anugerah Industri Muzik ke-22

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM22) merupakan acara penganugerahan muzik tahunan anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 18 Disember 2016.[1]

Anugerah pada kali ini mempertandingkan sebanyak 24 kategori anugerah termasuk lima kategori baharu. Lima kategori tersebut ialah Lagu Muat Turun Paling Tinggi, Lagu Strim Paling Tinggi, Video Muzik Rasmi Paling Tinggi Ditonton di YouTube, Lagu Nada Dering Jualan Paling Tinggi dan Penyanyi Pilihan Malaysia.

Dato' Siti Nurhaliza yang mendahului senarai pencalonan dengan 7 pencalonan termasuk 2 pencalonan untuk kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu membuktikan bahawa biduanita itu masih mampu menarik perhatian panel juri selepas bertahun-tahun berkerjaya dalam industri muzik, diikuti oleh penyanyi Faizal Tahir dengan 5 pencalonan. Pemenang anugerah Lagu Terbaik AIM 21, SonaOne menerima 4 pencalonan termasuk 2 lagu dalam kategori Lagu Hip Hop Terbaik. Persaingan sengit boleh dilihat dalam senarai pencalonan untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki Dan Wanita) yang membariskan nama-nama besar di dalam industri muzik tanahair. De Fam, Syamel dan Elvira Arul, 2 nama baru dalam industri muzik tempatan masing-masing menerima 2 pencalonan dan ini meletakkan nama mereka sebaris dengan artis-artis ternama.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Bagi penganjuran AIM ke-22, pihak penganjur telah menerima lebih daripada 731 pencalonan untuk AIM tahun ini adalah amat menggalakkan jika dibandingkan pencalonan sebanyak 610 yang diterima untuk AIM 21 yang lepas.

Borang-borang pencalonan telah dihantar oleh Syarikat Rakaman dan Syarikat Penerbitan yang merupakan ahli kepada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan artis-artis yang menjadi ahli kepada Recording Performers Malaysia Berhad (RPM) untuk Album dan ‘Single’ yang diterbitkan di Malaysia dari 1hb Julai 2014 – 30hb Jun 2016. Proses penjurian telah dikendalikan sekali lagi tahun ini oleh Macomm Management Services, sebuah syarikat pengurusan bebas yang mempunyai pengalaman luas sebelum ini mengendalikan proses penjurian untuk acara-acara anugerah berprestij dalam bidang pengiklanan dan media seperti ‘4A’s Kancil Awards’, ‘Malaysian Effie Awards’ dan ‘Malaysian Media Awards’. Semua pemarkahan para juri diaudit oleh juruaudit bertauliah, MAZARS.

Kategori ‘Rakaman Album Terbaik’ merupakan kategori anugerah yang pertama dinilai pada 18 Ogos 2016 di One Scream Studio, Kelana Jaya. Kategori-kategori yang lain diadili pada 29 dan 30 Ogos 2016 di Hotel PARKROYAL Kuala Lumpur, Hotel Rasmi AIM 22. Kategori terakhir iaitu ‘Lagu Terbaik’ telah diadili di hotel yang sama pada 12hb Oktober 2016. Panel juri AIM 22 yang diketuai oleh komposer dan penerbit ternama Aubrey Suwito sebagai Ketua Juri, terdiri dari mereka yang aktif dan disegani dalam industri muzik tempatan seperti AD Samad, Azmeer, Dato’ Johari Salleh, Dato’ M. Nasir, Fauzi Marzuki, Greg Henderson, Helen Yap, Illegal, Joe Wings, Johari Teh, LY, Pacai, Sharon Paul, Syafinaz Selamat, Taja dan ramai lagi.

Dengan kerjasama pusat membeli-belah AEON, satu siri Jelajah AIM 22 akan diadakan di 5 cawangan AEON Mall bermula di AEON Tebrau City Shopping Centre, Johor Bahru pada 5 November, AEON AU2 Setiawangsa Shopping Centre pada 13 November, AEON MALL Klebang, Ipoh pada 19 November, AEON Mall Kota Bharu, Kelantan pada 26 November dan berakhir di AEON Mall Shah Alam pada 3 Disember. Penganjur akan membawa sebilangan para finalis AIM 22 untuk siri jelajah ini dengan matlamat mendekatkan AIM di hati peminat.

Showcase AIM 22 bakal diadakan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 6 November 2016 bermula dari jam 3.00 petang hingga jam 6.00 petang. Showcase yang berlangsung selama 3 jam ini membariskan nama artis hebat seperti Akim & The Majistret, Black Hanifah, Hazama, Kaka Azraff, Najwa Mahiaddin, Projector Band, Salammusik, Syamel, Projek Pistol, De Fam, Juwita Suwito dan Vince Chong. Tiket berharga RM60.00 termasuk satu minuman ringan percuma.

Penyampai[sunting | sunting sumber]

Persembahan[sunting | sunting sumber]

Calon dan Pemenang[sunting | sunting sumber]

Perhatian: Nama pememang ditebalkan dan diletakkan di tempat atas.

Album Terbaik Lagu Terbaik Artis Baru
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki) Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu
  • De Fam - #SUPERGIRLS
    • Back2Basixx - Senyuman
    • NOWSWEETHEART -Selawat Untukmu
    • The Mikraj - Qod Kafani (Bahasa)
    • UNIC - Syamail Muhammadiah
Kulit Album Terbaik Rakaman Album Terbaik Video Muzik Terbaik
  • Bahtera - Sekumpulan Orang Gila (Ajim Juxta)
    • Puisi Tepi Jalan - Fynn Jamal (Amrul Kareem)
    • Material - Yuna (Fahim Fazlishah)
    • Selamat Datang Ke Panggung Suara - Pitahati (Izat Arif & Fairiz)
    • Penuh Magika - Reena Nicky (Suresh Sammuggam & Nizam Harraz)
  • Panic Bird - Froya (Lee Williams, Paul Morisson, Sel Gana, Drew Adams & Ivan Cheong)
  • Not For Sale - Stacy (Casper)
    • Bukan Hal Aku - Kaka Azraff ft. Sleeq (Ghaz Abu Bakar)
    • Sampai Mati - Hazama (Indra Putra Jamin)
    • Who's Gonna Stop Me? - Paperplane Pursuit (Joshua Chay & John Samuel Oommen)
    • Suatu Pernah - Fynn Jamal (Sharifah Amani)
Lagu Pop Etnik Terbaik Lagu Nasyid Terbaik Lagu Rock Terbaik Lagu Pop Terbaik
  • Joget Sulam Sakti - Reena Nicky
    • Ingga - Amir Jahari
    • Kelik La Weii - Man Khan & Aris Kapilla
    • Mawar - Kopratasa
    • Spertinya - Fynn Jamal
Lagu Hip Hop Terbaik Lagu Inggeris Tempatan Terbaik Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
Anugerah Kembara Anugerah Sri Wirama

Anugerah Khas[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]