Suhaimi Mohd Zain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pak Ngah)
Datuk
Suhaimi Mohd Zain/Pak Ngah
Panglima Jasa Negara,Johan Setia Mahkota
Latar belakang
Nama lahirSuhaimi bin Mohd Zain
Kelahiran(1958-09-26)26 September 1958
Kampung Baru, Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia25 September 2018(2018-09-25) (umur 59)
Tanjung Pinang, Indonesia
PekerjaanPenggubah lagu, penerbit rakaman
InstrumenAkordion
Tahun aktif1986–2018
Pengkarya berkait
Sharifah Aini, Noraniza Idris, Siti Nurhaliza, Syura Badron

Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah (26 September 1958 – 25 September 2018)[1][2] merupakan seorang penggubah lagu dan penerbit rakaman Malaysia. Beliau terkenal dengan memperjuangkan muzik Irama Malaysia setelah diperkenalkan oleh Bidunita Negara Datuk Sharifah Aini ke arus perdana melalui lagu Nostalgia Aidilfitri (1993). Setelah itu karya beliau banyak dipersembahkan oleh penyanyi terkenal termasuk Noraniza Idris, Datuk Jamal Abdillah, Dato' Sri Siti Nurhaliza dan Syura Badron.[3]

Beliau telah meninggal dunia di Tanjung Pinang, Indonesia pada 25 September 2018 akibat serangan jantung, sehari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-60.[4]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Pak Ngah dilahirkan pada 26 September 1958 di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan merupakan anak kedua dan anak lelaki tunggal dalam keluarga dari lima adik-beradik. Setelah tamat peperiksaan MCE ketika itu, Pak Ngah telah ditawarkan sebagai pemuzik sepenuh masa di Kompleks Budaya Negara (KBN) sekitar tahun 1977 iaitu ketika berumur 19 tahun. Semasa di KBN, beliau mengambil peluang untuk mempelajari seni muzik dengan lebih mendalam. Ketika inilah beliau berpeluang menyertai pelbagai kelas muzik tradisional.[1]

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Pak Ngah memulakan kerjaya awal sebagai pereka bunyi pada 1987. Beliau menubuhkan syarikat rakaman sendiri Pak Ngah Production Sdn. Bhd. pada 26 Oktober 1995.[5] Pak Ngah mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai komposer dan penulis lirik pertama yang layak dalam kategori Irama Malaysia apabila tiga lagunya—"Hati Kama", "Samrah Mentari" dan "Dondang Dendang" dipertandingkan menerusi Anugerah Juara Lagu 1999 yang melayakkan beliau memenangi kategori itu.

Beliau juga menerbitkan album Ala Dondang nyanyian Noraniza Idris pada tahun 1997. Pak Ngah kemudian menerbitkan album ketiga Siti Nurhaliza, Cindai yang dikeluarkan pada 17 November 1997. Album itu mendapat mendapat pengiktirafan lima platinum pada tahun 2000 atas penjualan melebihi 250,000 unit.[6]

Allahyarham juga pencipta lagu patriotik "Jalur Gemilang". Pak Ngah juga merupakan penerbit album Seri Balas oleh Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza.[7] Beliau kembali bekerjasama dengan Siti menerusi lagu "Hari Kemenangan" yang dikeluarkan pada Jun 2016, semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.[8][9] Pada tahun 2017, Pak merupakan juri yang mewakili Malaysia dalam D'Academy Asia musim ketiga.[10]

Kematian dan legasi[sunting | sunting sumber]

Pada 21 September 2018, beliau bersama keluarganya Isteri Datin Sharifah Mahani Syed Kassim Barakhbah serta anak Siti Syafrina ,Megat Mohd Syahraini dan anak saudara Puteri Syazwani telah pergi ke Tanjung Pinang , Indonesia untuk bercuti.[4] Pada 25 September, beliau telah menghadapi serangan jantung lalu meninggal dunia pada jam 3:05 petang di Tanjung Pinang, Batam,[11] sehari sebelum ulang tahun kelahirannya ke-60 pada 26 September 2018.[1][12][4] Jenazah beliau selamat tiba di Terminal Feri Pasir Gudang, Pasir Gudang, pada 10.18 pagi 26 September sebelum tiba di Masjid Jamek Kampung Baru kira kira jam 3.10 petang untuk disembahyangi.[4][13] Kemudian, jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang selepas solat Asar. Turut hadir ketika pengebumian jenazah Pak Ngah ialah Dato' Sri Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Syura, Nassier Wahab, Datuk Jalaluddin Hassan dan beberapa rakan artis.[4]

Pak Ngah merupakan individu yang amat dikenali dalam industri hiburan Malaysia terutamanya bagi penggiat Irama Malaysia. Pada 29 September 2018, Harian Metro menyenaraikan 10 karya unggul ciptaan beliau yang dinyanyikan oleh 10 penyanyi terkenal bagi menghargai sumbangan beliau dalam bidang muzik.[14]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album terbitan[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Dokumentari[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

  • D'Academy Asia musim pertama (2015) sebagai juri
  • D'Academy Asia musim kedua (2016)
  • D'Academy Asia musim ketiga (2017)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Penerima Karya tercalon Anugerah Keputusan
1997 Anugerah Industri Muzik ke-4 dipersembahkan oleh Noraniza Idris ;

Penerbit: S. Atan/Suhaimi Md. Zain

Ala Dondang Album Pop Etnik Terbaik Menang
1998 Anugerah Juara Lagu ke-13


Nyanyian :Siti Nurhaliza

Komposer:Pak Ngah

Lirik:Hairul Anuar Harun

"Cindai" Juara Kategori Irama Malaysia
Pemenang Keseluruhan
1998 Anugerah Industri Muzik ke-5 dipersembahkan oleh Noraniza Idris ;

Penerbit: Suhaimi Md. Zain

Masyhur (album) Album Pop Etnik Terbaik
1999 Anugerah Juara Lagu


Nyanyian :Siti Nurhaliza &Noraniza Idris

Komposer:Pak Ngah

Lirik:Hairul Anuar Harun


"Hati Kama" Juara Kategori Irama Malaysia
2000 Anugerah Juara Lagu ke-15


Nyanyian :Siti Nurhaliza

Komposer:Pak Ngah

Lirik:Hairul Anuar Harun

"Balqis" Juara Kategori Etnik Kreatif


Pemenang Keseluruhan

Menang
2000 Anugerah Industri Muzik ke-7


dipersembahkan oleh Noraniza Idris & Siti Nurhaliza ;

Penerbit: Suhaimi Md. Zain

Seri Balas Album Terbaik & Album Pop Etnik Terbaik Menang
2001 Anugerah Industri Muzik ke-8 dipersembahkan oleh Siti Nurhaliza ;

Penerbit: Suhaimi Md. Zain,S Atan/To'ki/Rosli Selasih

Sahmura Album Pop Etnik Terbaik Menang
2002 Anugerah Juara Lagu ke-17


Nyanyian :Siti Nurhaliza

Komposer:Pak Ngah

Lirik:Che'kem

Nirmala Juara Kategori Etnik Kreatif

Juara Persembahan Terbaik

Menang
2007 Anugerah Industri Muzik ke-14 dipersembahkan oleh Syura ;

Penerbit: Pak Ngah, Eddie Hamid

Syahda Berdendang Album Pop Etnik Terbaik Menang
2009 Anugerah Industri Muzik ke - 16 dipersembahkan oleh Siti Nurhaliza ;

Penerbit: Siti Nurhaliza/Johari Teh/Johan Nawawi/Katon Bagaskara/M. Nasir/Khairil Johari Johar/Adnan Abu Hassan/Zul Mahat/S Atan/Fauzi Marzuki/Pak Ngah

Lentera Timur Album Pop Etnik Terbaik Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Perjalanan terakhir Pak Ngah Suhaimi". Astro Awani. 28 September 2018. Dicapai pada 29 September 2018.
  2. ^ Ifqdar Rahman (25 September 2018). "Komposer Pak Ngah Suhaimi meninggal dunia". Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 September 2018.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-12. Dicapai pada 2015-12-12.
  4. ^ a b c d e "Hasrat sambut hari lahir di tanah air tak kesampaian". Berita Harian. 26 September 2018. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  5. ^ "Pejuang irama Malaysia Pak Ngah meninggal dunia". Astro Awani. 25 September 2018. Dicapai pada 29 September 2018.
  6. ^ Zainal Alam Kadir (1 December 1997). "Group chalking up record sales". New Straits Times. m/s. 4 (Life & Times). Dicapai pada 3 March 2018.
  7. ^ "Album tradisional.... Siti dan Noraniza berduet". Utusan Malaysia. 20 Oktober 1998. Dicapai pada 10 Disember 2015.
  8. ^ My News Hub Staff (22 Mei 2016). "'Hari Kemenangan' Single Terbaru Hari Raya Datuk Siti". MyNewsHub.cc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-26. Dicapai pada 2016-06-23.
  9. ^ Nurul Dayana Simangoon (21 Mei 2016). "Siti Nurhaliza keluarkan lagu Hari Raya baru, yang pertama dalam 10 tahun". Berita Mediacorp. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-22. Dicapai pada 2016-06-23.
  10. ^ Meen Tahrim (14 November 2017). "Pak Ngah tidak mahu campur tangan". Sinar Harian. Dicapai pada 26 September 2018.
  11. ^ Sudirman Mohd Tahir (25 September 2018). "Pak Ngah sudah tiada". myMetro. Dicapai pada 23 Disember 2018.
  12. ^ Kemalia Othman (25 September 2018). "Pak Ngah Suhaimi meninggal dunia, rebah di Batam". mStar Online. Dicapai pada 26 September 2018.
  13. ^ Nurul Amanina Suhaini (26 September 2018). "Jenazah Pak Ngah tiba di tanah air". Harian Metro. Dicapai pada 29 September 2018.
  14. ^ Sudirman Mohd Tahir (29 September 2018). 10 ciptaan unggul Pak Ngah Harian Metro. Dicapai pada 2 Oktober 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]