Cindai[3] merupakan album studio ketiga Siti Nurhaliza, dan juga percubaan pertama Siti dalam menghasilkan album berentak irama Malaysia. Cindai juga memuatkan lagu yang memberi impak besar kepada industri muzik tanah air, iaitu "Cindai". Dalam album ini cuma ada dua buah lagu baru, iaitu "Cindai" dan "Joget Berhibur", yang selebihnya adalah lagu lama dan klasik yang diberi nafas baru. Album ini telah terjual melebihi 120,000 unit.[4] Album ini menjadi album Siti Nurhaliza yang pertama mempunyai runut tajuk.
Pada April 1996 dan Januari 1997, Siti Nurhaliza merakamkan dua albumnya, yang kedua-duanya menggunakan namanya sebagai judul album dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada umum, pengulas dan pengkritik muzik. Semasa masih mempromosikan album keduanya dan muncul dengan lagu tradisional sulungnya, Sri Mersing yang dimuatkan dalam album keduanya, Siti telah membuat persiapan untuk merakamkan album tradisional pertamanya dengan apa yang dikenali sebagai Cindai.[4] Mengetengahkan genre muzik tradisional, pop etnik, dan Irama Malaysia, Cindai memuatkan 10 lagu dengan dua daripadanya adalah lagu baru dan lapan lagi ialah lagu lama yang diberikan nafas baru dan merupakan Hakcipta Terpelihara.[4]
Album Cindai merupakan album pertama Siti yang mana beliau bekerjasama dengan komposer dan pemuzik terkenal, Suhaimi Zain atau Pak Ngah (yang turut menerbitkan album Sahmura, Sanggar Mustika dan Lentera Timur) yang berperanan sebagai penerbit album, bersama Rahim Jantan dan S. Atan. Pemuzik lain yang terlibat dalam pembikinan album ini ialah Hairul Anuar Harun, Siso Kopratasa, Elya Khadam dan Ibu Mursih. Lagu “Cindai” telah dikeluarkan sebagai single pertama, sebelum pelancaran album ini pada 17 November 1997.[1]
Cindai menggabungkan instrumen muzik kontemporari seperti gitar, keyboard dan tradisional seperti rebana, akordion, marwas serta pelbagai bentuk gaya muzik termasuk zapin.[5]
Album Cindai dikeluarkan pada 17 November 1997,[1] 11 bulan selepas Siti melancarkan album keduanya, dengan "Cindai" dipilih sebagai single pertama. "Joget Berhibur" dan "Joget Pahang" dikeluarkan sebagai single seterusnya. Album ini merupakan kejayaan komersial dan mendapat sambutan baik serta telah terjual melebihi 120, 000 unit pada hari pertama keluarannya dan menerima pensijilan 5x platinum. Muzik video telah dikeluarkan untuk lagu "Cindai", "Es Lilin", "Janji" dan "Laksamana Mati Dibunuh".
Sesetengah rakyat Malaysia mendakwa bahawa setiap kali mereka menyanyi lagu ini pada waktu malam ia memberi seram sejuk dan perasaan menyeramkan.
Lain mendakwa melihat roh-roh banshee sambil menyanyi lagu.Lagu ini mendapat sambutan yang positif dari seluruh negara untuk lirik puitis dan cukup difahami
Pada 1 April 2005, beliau menyanyikan Cindai sebagai sebahagian daripada medley lagu Zapin daripada bersama-sama dengan Mahligai Permata dan Ya Maulai pada akhir Irama Malaysia segmen konsert solo beliau di Royal Albert Hall, London.
Cindai telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina (Mandarin) dinyanyikan oleh Chien Bai Hui China dengan beberapa lirik kekal tidak diterjemahkan. Bai Hui mendakwa bahawa dia tidak boleh mengubah lirik asal kerana komposisi yang indah dan puitis.
^Hits Of The World - Malaysia Raul Carlo, Allison Smith, and Menno Visser (10 January 1998). Billboard. Books.google.com. Retrieved on 25 February 2011.
CT Best (1998) • CT Best 2 (1999) • The Best of Siti Nurhaliza (2000) • CT Best 3 (2001) • CT Best 4 (2001) • CT Best 5 (2003) • CT Best 6 (2004) • CT Best 7 (2004) • CT Best 8 (2004) • 2 Diva (2008) • Lebaran Bersama Siti & Teman-Teman (2008)