Lentera Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai album Siti Nurhaliza. Untuk konsert 2013 beliau dengan judul sama, sila lihat Konsert Lentera Timur.
Lentera Timur
Album studio oleh Siti Nurhaliza
Dikeluarkan pada26 Disember 2008[1]
Dirakam pada2006–2008
GenreKontemporari Tradisional
Masa46:02
SyarikatSiti Nurhaliza Productions, Suria Records
Penerbit
Kronologi Siti Nurhaliza
Hadiah Daripada Hati
(2007)
Lentera Timur
(2008)
Tahajjud Cinta
(2009)
Single daripada album Lentera Timur
  1. "Di Taman Teman"
    Dikeluarkan pada: 2008
  2. "Cinta Ini"
    Dikeluarkan pada: 2008
  3. "Ada Masa Mata"
    Dikeluarkan pada: 2008

Lentera Timur merupakan album studio ke-13 Datuk Siti Nurhaliza dan album tradisional beliau yang ke-4. Album ini memuatkan 11 buah lagu ciptaan komposer Malaysia dan Indonesia. Album ini dilancarkan pada 26 Disember 2008, empat tahun selepas bencana Tsunami Asia 2004. Lentera Timur yang bermaksud Cahaya Timur merupakan album studio Siti yang ketiga diterbitkan dibawah syarikat beliau sendiri, Siti Nurhaliza Productions. Album ini telah terjual melebihi 10,000 unit.[2]

Proses pembikinan album bermula sejak tahun 2006, namun atas alasan kekurangan material, Siti terpaksa menangguh dahulu, namun apabila MACP telah membuat sebuah bengkel mencipta lagu, Siti dengan kerjasama MACP telah bersetuju membuat album berunsur kontemporari tradisional.

Antara yang terlibat didalam pembikinan album ini ialah M. Nasir, Pak Ngah, Zul Mahat, Khairi Johari Johar, Johari Teh, Fauzi Marzuki, S Atan, Adnan Abu Hassan dan Katon Bagaskara. Menerusi album ini juga, Siti kembali bekerjasama dengan Adnan Abu Hassan yang menerbitkan beberapa album terakhirnya.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Lentera Timur merupakan album terbaru Dato’ Siti Nurhaliza yang dipasarkan pada akhir tahun 2008 ini yang mengetengahkan konsep tradisional kontemporari. Album ini amat bermakna buat Siti dan juga para peminatnya kerana selepas kemunculan album Sanggar Mustika (2002), Siti hanya mengahsilkan album berkonsepkan pop selama enam tahun sejak itu.

Sembilan buah lagu dalam album ini dihasilkan menerusi bengkel Cipta Ekspres MACP-Berirama Malaysia Bersama Siti Nurhaliza yang diadakan Januari tahun ini. Kesemua lagu ini dihasilkan dalam tempoh 3 hari oleh beberapa komposer dan penulis lirik ternama negara. Dua buah lagu lagi yang dipilih ialah ciptaan Katon Bagaskara dan Pak Ngah menjadikan sebelas lagu dalam album ini.

Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Di Kayangan Kita (Johari Teh / Keon), Bintang Malam (Johan Nawawi/Amran Omar), Cinta Ini (Katon Bagaskara)Ada Masa Mata (M.Nasir/Ad Samad),Bulan Yang Mesra (Khairil Johari Johar/Zubir Ali), Seloka Budi (Adnan Abu Hassan/Azam Dungun), Rasa Antara Kita (Khairil Johari Johar/Zubir Ali), Senyum Minang Manis (Zul Mahat/Abot), Joget Menanti Kasih (S.Atan/Habsah Hassan), Di Taman Teman (Fauzi Marzuki/Hairul Anuar Harun) dan Jelmakanlah Ayumu (Pak Ngah).

Menurut Siti, walaupun lagu-lagu dalam album ini berentak tradisional tetapi susunan muzik dibuat mengikut citarasa zaman kini iiatu mendapat sentuhan muzik moden. Namun jatidiri muzik dan penggunaan alat muzik tradisional amat dititikberatkan dalam penghasilan tiap lagu.

Siti berpendapat dengan mengetengahkan muzik tradisional kontemporari dia bukan sahaja dapat mengajak peminat baru atau remaja untuk mencintai muzik tradisional malah dapat memberikan sesuatu yang baru dalam lagu-lagu Melayu masa kini.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No. TajukLirikGubahan Masa
1. "Di Kayangan Kita"  KeonJohari Teh 4.20
2. "Bintang Malam"  Amran OmarJohan Nawawi 4.41
3. "Cinta Ini"  Katon BagaskaraKaton Bagaskara 3.50
4. "Ada Masa Mata"  Ad SamadM. Nasir 4.11
5. "Bulan Yang Mesra"  Zubir AliKhairil Johari Johar 5.09
6. "Seloka Budi"  Azam DungunAdnan Abu Hassan 3.28
7. "Rasa Antara Kita"  Zubir AliKhairil Johari Johar 4.23
8. "Senyum Minang Manis"  AbotZul Mahat 3.04
9. "Joget Menanti Kasih"  Habsah HassanS. Atan 3.16
10. "Jelmakanlah Ayumu"  Siso KopratasaPak Ngah 4.39
11. "Di Taman Teman"  Hairul Anuar HarunFauzi Marzuki 4.48

Maklumat tambahan[sunting | sunting sumber]

Kedudukan carta[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Radio Muzik ERA fm HOT fm Muzik Muzik
2008

Di Taman Teman

3 1 1 -
2009

Cinta Ini

- 10 22 -

Ada Masa Mata

- - - -

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2009[3][4] Lentera Timur Album Pop Etnik Terbaik Menang
Album Terbaik Menang
"Di Kayangan Kita" Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) Dicalonkan
Lagu Pop Etnik Terbaik Dicalonkan
"Di Taman Teman" Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) Menang
Gubahan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu Dicalonkan

Anugerah Planet Muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2008 Lentera Timur Artis Wanita Terbaik Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Eksklusif: Dato' Siti Nurhaliza Promo Album Baru Lentera Timur". Sensasi Selebriti. Dicapai 2008-12-14. 
  2. ^ "Lentera Timur". SitiZone. Dicapai 2008-12-25. 
  3. ^ Siti Azira Abd. Aziz (4 Mei 2009). "Penantian 7 tahun Misha berbaloi, Siti tetap unggul". mStar Online. Dicapai 2010-01-03. 
  4. ^ Siti Azira Abd. Aziz (27 Mac 2009). "AIM 16: Estranged ungguli 8 pencalonan". mStar Online. Dicapai 2010-08-11. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]