Sanggar Mustika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sanggar Mustika
Album studio oleh Siti Nurhaliza
Dikeluarkan pada 10 Mac 2002[1]
Dirakam pada April 2001- Februari 2002
Genre Pop Etnik
Masa 49:42
Syarikat Suria Records
Penerbit Pak Ngah, Ramli MS, S. Atan
Kronologi Siti Nurhaliza
Safa
(2001)
Sanggar Mustika
(2002)
E.M.A.S
(2003)
Single daripada album Sanggar Mustika
  1. "Nirmala"
    Dikeluarkan pada: 3 Januari 2002
  2. "Badarsila"
    Dikeluarkan pada: 24 Mac 2002
  3. "Kurik Kundi"
    Dikeluarkan pada: 10 Julai 2002

Sanggar Mustika merupakan album studio yang ke lapan Siti Nurhaliza. Album ini telah dilancarkan pada tahun 2002. Album ini merupakan penyambung tradisi traditional dan berjaya mempertingkatkan mutu irama Malaysia. Album ini telah terjual melebihi 40,000 unit. Sanggar Mustika juga menyelitkan 2 buah lagu nostalgia sebagai menghargai perjuangan mereka yang terlebih dahulu berbakti kepada dunia seni iaitu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ("Bunga Melor") dan Toh Puan Rafeah Buang ("Bisikan Hati"). "Bisikan Hati" juga dirakam sebagai buah tangan khas dari Siti untuk ibu beliau yang tercinta, Siti Salmah Bachik. Single-single dari album ini ialah "Nirmala", "Badarsila", dan "Kurik Kundi".

Penciptaan[sunting | sunting sumber]

Selepas kejayaan dua album tradisional solo (Cindai dan Sahmura) dan satu album duet tradisional bersama Noraniza Idris (Seri Balas), Pada pertengahan 2001, Siti Nurhaliza sekali lagi bekerjasama dengan komposer dan penerbit muzik, Pak Ngah untuk projek seterusnya dengan apa yang akan dikenali sebagai Sanggar Mustika. Untuk album ini, Siti memilih lagu “Bunga Melor" dendangan asal P. Ramlee dan “Bisikan Hati” yang dipopularkan oleh Rafeah Buang dan diberikan nafas baru agar ianya mudah dihayati oleh pendengar yang menyukai lagu-lagu Melayu tradisional.

Sepertimana album Cindai dan Sahmura, Sanggar Mustika fokus kepada Pop Etnik, yang disifatkan oleh Siti sebagai mudah tetapi memerlukan kerja keras yang serius.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Lirik Gubahan Masa
1. "Nirmala"   Che'Kem Pak Ngah 5:36
2. "Joget Senyum Memikat"   Nurul Asyiqin S.Atan 4:28
3. "Panas Berteduh Gelap Bersuluh"   Siti Nurhaliza Khir Rahman 5:51
4. "Bisikan Hati"   Haimon Abd. Rahman Haimon Abd. Rahman 5:49
5. "Badarsila"   Lokgha Suflan Faidzal 4:11
6. "Syair Kamelia"   Nurul Asyiqin S. Atan 4:24
7. "Di Batas Waktu"   Habsah Hassan Naim 5:09
8. "Sulam Sembilan"   Lokgha Pak Ngah 5:40
9. "Bunga Melor"   S. Sudarmaji P. Ramlee 4:09
10. "Kurik Kundi"   Nurul Asyiqin Pak Ngah 3:49

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Album Sanggar Mustika mendapat sambutan baik semasa pelancarannya pada 10 Mac 2002 dan terjual sebanyak 400, 000 unit di Malaysia dan 75, 000 unit di Indonesia serta mendapat pengiktirafan emas oleh Asosiasi Industri Rekaman Indonesia (ASIRI).[2]

Persembahan[sunting | sunting sumber]

Siti menyanyikan lagu “Nirmala” semasa konsert solonya (Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London) pada 1 April 2005 di Royal Albert Hall, London. Segmen Irama Malaysia di mana penonton memuji nota tinggi beliau dan kolaborasi hebat kumpulan tarian tradisional dan persembahan muzikal.

Siti juga dianugerahkan sebagai The Best Vocal of Asia, semasa Voice of Asia 2002 Grand Prix Champion di mana beliau menyanyikan Nirmala. Semasa persembahannya di Konsert Lentera Timur Dato’ Siti Nurhaliza di Istana Budaya pada 20-24 September 2013, Siti memperdendangkan tiga lagu di dalam album Sanggar Mustika – “Nirmala”, “Kurik Kundi” dan “Bunga Melur” yang diberikan gubahan baru, persembahannya memukai ribuan penonton yang hadir.

Kedudukan carta[sunting | sunting sumber]

Album

Carta (2002) Kedudukan tertinggi
carta
Malaysia (Carta RIM) 1[3]

Single

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Radio Muzik ERA fm HOT fm Muzik Muzik
2002

Nirmala

1 1 - 1

Kurik Kundi

- - - -

Badarsila

4 6 - 2

Pensijilan[sunting | sunting sumber]

Negara Pensijilan Jualan/penghataran
Malaysia (RIM) 40,000
Indonesia (ASIRI) Emas 75,000[2]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Majlis Anugerah
Anugerah Juara Lagu Ke-17 Persembahan Terbaik - "Nirmala"
Anugerah Juara Lagu Ke-17 Juara Kategori Irama Malaysia - "Nirmala"
Anugerah Industri Muzik Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Saharudin Mustafa (10 Mac 2002). "Sanggar Mustika mercu seni Siti Nurhaliza". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 Februari 2010.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  2. 2.0 2.1 Beny Benke (22 July 2003). ""Gold Award" Siti Nurhaliza". Suara Merdeka. Dicapai pada 27 July 2010.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  3. "Hits Of The World - Malaysia". Billboard. Books.google.com. 13 April 2002. Dicapai pada 25 February 2011.  Check date values in: |access-date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]