Pantai Pengkalan Balak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pokok kelapa di Pantai Pengkalan Balak

Pantai Pengkalan Balak merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung Bidara, Melaka berhampiran pekan Pengkalan Balak, dalam daerah Alor Gajah. Pesisir pantainya yang luas didampingi keindahan dan keunikan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitarannya damai dan permai. Pantai ini terletak berdekatan dengan Kem Terendak, sebuah kem tentera dan pantai Tanjung Bidara. Pantai yang terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah ini merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka.

Pantai yang popular dengan pelbagai bentuk chalet persendirian ini memberikan peluang kepada pengunjung dan pelancong untuk menginap dan menikmati suasananya yang permai pada sebelah malam. Para pengunjung juga berpeluang menyaksikan nelayan-nelayan yang pulang membawa hasil laut menjelang senja hari.[1]

Penempatan ini terdiri daripada 11 buah kampung tradisional dengan kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani dan nelayan.

Pengunjung ke Pantai Padang Kemunting akan berpeluang melihat penyu karah, spesies yang hampir pupus. Pusat Penetasan Penyu Jabatan Perikanan di Padang Kemunting berperanan dalam menyelamat dan melindungi penyu karah ini.

Berdekatan pantai terdapat Kompleks Falak Al-Khawarizmi[2] yang menempatkan Balai Cerap, Planetarium, Pusat Latihan Falak dan Balai Cerap Robotik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pengkalan Balak". VisitMelaka.info. 2011. Dicapai 14 Februari 2014. 
  2. ^ "Kompleks Pengajian Ilmu Falak Dibina Di Pengkalan Balak". BERNAMA. 14 September 2007. Dicapai 14 Februari 2014.  Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]