Telok Mas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Telok Mas

Telok Mas merupakan pekan yang terletak di daerah Melaka Tengah.Jarak perjalanan ke Bandaraya Melaka kira-kira 10km.

Menurut sejarah yang disampaikan secara turun-temurun orang-orang Bugislah yang telah meneroka dan membangunkan Kampung Telok Mas ini, nama-nama seperti Daing Othman,dan Daing Siang sudah tidak asing lagi bagi penduduk di kampung ini.

Jalan Raja Haji, Jalan Daing Tawi, Kampung Tambak Bugis dan Batu Bugis adalah nama-nama peninggalan sejarah orang Bugis di kampung ini.

Pada suatu hari seorang nelayan pergi menjala udang di kawasan teluk. Di jalanya telah tersangkut beberapa ketulan emas kecil. Berita penemuan ini telah mendorong nelayan terutama dari kawasan Bandar Hilir datang beramai-ramai mencari emas di kawasan laut berhampiran Telok Mas. Mereka mengumpul sebanyak mungkin dan memunggah emas ke dalam sampan. Rasa tamak telah menguasai diri mereka. Dengan takdir Allah, sampan yang penuh dengan emas tersebut telah terbalik dan kesemua emas tadi jatuh ke dasar laut.

Peristiwa tersebut telah menjadi pengajaran bagi semua penduduk kampung. Sebagai mengingati peristiwa tersebut penduduk kampung menamakan kampung mereka dengan nama Kampung Telok Mas dan kekallah sehingga sekarang.

Sejarah - Raja Haji di Telok Mas[sunting | sunting sumber]

Asal nama Kampung Telok Mas adalah Telok Ketapang yang terkenal dalam lipatan sejarah sebagai tempat Kemangkatan Raja Haji Fisabilillah.

Pada tahun 1784, angkatan kapal-kapal Perang Belanda yang diketuai oleh Admiral Jacobs Pieter Van Braam telah menyerang kubu pertahanan Raja Haji di Tanjung Palas, Telok Ketapang yang jauhnya kira-kira 8 kilometer dari bandar Melaka. Sebelum berlakunya serangan tersebut, orang-orang Riau, terutama Bugis dari Telok Ketapang dan orang-orang Selangor yang bersekutu dengan orang-orang Rembau dari Batang Tiga telah berkubu di Telok Ketapang dan telah memulakan serangan ke atas tempat-tempat di sekitar bandar Melaka sepert  Punggor, Duyung, Pernu, Semabok, Ujung Pasir, Bunga Raya, Bandar Hilir, Bukit Cina, Tanjung Keling dan Tengkera. Perselisihan antara Bugis dengan Belanda bermula disebabkan pembahagian harta rampasan yang diperolehi dari kapal Inggeris bernama 'Betsy' yang membawa muatan sebanyak 1,154 buah peti berisi candu antara pihak Belanda dan nakhoda Perancis tanpa pengetahuan Bugis. Ini telah melanggar perjanjian yang telah dipersetujui bersama antara Bugis denganKompeni Belanda yang memberi hak kepada Bugis untuk mendapatkan pembahagian yang sama dari harta rampasan tersebut tambahan pula rampasan tersebut dilakukan di perairan Riau. Bermula dari itu Raja Hajimemusuhi Belanda dengan membuat serangan-serangan yang mengganggu perniagaan Belanda di Selat Melaka. Gabenor Belanda di Melaka telah meminta bantuan dari Gabenor Jeneral Belanda di Betawi supaya menghantar bantuan ke Melaka. Kedatangan angkatan kapal-kapal perang Belanda dari Betawi diketuai oleh Panglima Perang Belanda bernama Jacobs Pieter Van Braam. Angkatan itu terdiri dari 6 buah kapal besar dan beberapa buah kapal kecil, 2,130 orang askar dan 326 pucuk meriam telah berlabuh di Telok Ketapang. Pertempuranhebat antara kedua belah pihak berakhir dengan kemangkatan Raja Haji bersama dengan panglima-panglima perangnya bernama Arong Lenga, Daing Salikang dan Raja Ahmad. Walaupun askar-askar Bugis telah berperang dengan penuh keberanian namun mereka gagal melawan askar-askar Belanda yang bersenjatakan senjata-senjata moden. Serangan Belanda ke atas kubu Raja Haji di Tanjung Palas, Telok Ketapang ini memulakan siri-siri pertempuran di antara Bugis dengan Belanda di sekitar Selat Melaka.[1]

Taman Perumahan[sunting | sunting sumber]

  • Taman Seri Telok Mas
  • Taman Emas
  • Taman Bukit Larang Indah

Sekolah[sunting | sunting sumber]

Pekan Berdekatan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=6432