Penghapusan pemerintahan beraja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Satu poskad tahun 1908 menunjukan 18 orang raja memerintah; 11 takhta darinya telah dihapuskan sejak itu.

Sepanjang sejarah, monarki atau pemerintahan beraja dihapuskan sama ada melalui pembaharuan perundangan, kudeta (rampasan kuasa) atau peperangan.

Contohnya penggulingan monarki Inggeris oleh Parlimen Inggeris yang diketuai oleh Oliver Cromwell pada tahun 1649. Monarki ini dipulihkan semula pada tahun 1660. Monarki Perancis menerima nasib yang sama pada tahun 1792 semasa Revolusi Perancis. Monarki Perancis dipulihkan beberapa kali sehingga tahun 1871. Monarki China tidak lagi wujud selepas revolusi Sun Yat-sen pada tahun 1912. Maharaja Korea hilang takhtanya apabila negara Korea diilhak oleh Jepun pada tahun 1910. Selepas kematian khan terakhir pada tahun 1924, Mongolia menjadi republik.

Pada tahun 1893, pemimpin perniagaan menggulingkan Ratu di Hawaii untuk menubuhkan sebuah republik sebelum Hawaii menyertai Amerika Syarikat pada tahun 1898. Monarki di Portugal digulingkan pada tahun 1910, dua tahun selepas pembunuhan Raja Carlos I.

Perang Dunia I berkemungkinan membawa kepada kejatuhan besar monarki dalam sejarah. Keadaan di dalam Rusia dan prestasi buruknya ketika perang membawa kepada revolusi komunis yang menggulingkan seluruh institusi monarki, menembak mati Tsar dan melaksanakan kerajaan diktator dari golongan bangsawan. Kekalahan empayar Jerman, Austria dan Turki menyaksikan penghapusan monarki mereka selepas perang. Begitu juga dengan negara naungan Jerman seperti Finland dan Lithuania yang kedua-dua raja mereka hilang takhta selepas kekalahan Jerman pada bulan November 1918.

Pada tahun 1939, Itali melanggar Albania dan membuang Raja Zog untuk meletakkan Raja Itali sebagai raja baru Albania. Itali bersama dengan beberapa monarki di timur Eropah seperti Bulgaria, Hungary dan Romania menyokong Jerman semasa Perang Dunia Dunia menentang Yugoslavia, kuasa sekutu barat dan Soviet Union. Dengan kekalahan kuasa paksi dalam perang, golongan komunis di Yugoslavia merampas kuasa dan mengakhiri monarki. Golongan komunis di Bulgaria, Hungary dan Romania membuang raja mereka dengan sokongan kuat Soviet Union yang mempunyai ramai tentera dan penyokong yang diletakkan di sana ketika peperangan. Raja Itali berubah menyokong sekutu barat tetapi dalam satu referendum pada tahun 1946, sistem monarki di sana dihapuskan juga. Maharaja Jepun yang memainkan peranan penting dalam perang dunia juga dikurangkan kepentingannya kepada hanya menjadi simbol negara.

Di Greece, raja mereka terpaksa melarikan diri selepas kudeta pada tahun 1967 dan Greece diisytiharkan sebagai sebuah republik pada tahun 1973.

Monarki di India, Kenya, Tanzania, Zambia dan Zimbabwe dihapuskan apabila negara ini mencapai kemerdekaan dari United Kingdom. Monarki di Ireland dihapuskan oleh Akta Republik Ireland 1948 yang berkuat kuasa pada tahun 1949. Pakistan menjadi republik pada tahun 1956. Monarki di Afrika Selatan dihapuskan pada tahun 1961 oleh referendum apartheid. Mauritius pula menjadi republik pada tahun 1992.

Mesir dan Sudan menghapuskan monarki pada tahun 1953 selepas revolusi tahun 1952. Raja-raja dihapuskan di Tunisia pada tahun 1957, Iraq 1958, Libya 1969, dan Iran melalui revolusi pada tahun 1979. Di Ethopia, maharaja digulingkan pada tahun 1974 akibat dari revolusi demokrasi. Pergolakan politik dan kebangkitan komunis menamatkan monarki di Indochina selepas Perang Dunia II.

Pemerintahan beraja yang dihapuskan dalam kurun ke-20 dan 21[sunting | sunting sumber]

Negara

Monarki terakhir

Tahun

Catatan

1900an
1910an
Flag of Portugal (1830).svg Portugal Manuel II 1910 Kudeta Republikan
Flag of Korea (1882–1910).svg Korea Sunjong Raja asal dihapuskan dan digantikan dengan pemerintahan Jepun sehingga tahun 1945
Flag of China (1889–1912).svg China Puyi 1912 Revolusi Xīnhài – Maharaja digulingkan kelompok pemimpin perang dan puak republikan
Flag of Albania (1914–1920).svg Albania William I 1914 Pemerintahan monarki dikembalikan pada tahun 1928 (Kerajaan Albania)
Flag of Russia.svg Rusia Nikolai 1917 Revolusi Februari
Flag of Montenegro (1905–1918, 1941–1944).svg Montenegro Nikola I 1918 Referendum memutuskan penyingkirkan Raja dan penyatuan bersama Serbia
Flag of the German Empire.svg Jerman Wilhelm II Kekalahan Jerman dalam Perang Dunia I dan Revolusi Jerman yang berikutan
Flag of Prussia (1892-1918).svg Prusia
Flag of Bavaria (striped).svg Bavaria Ludwig III
Flagge Königreich Württemberg.svg Württemberg Wilhelm II
Flagge Königreich Sachsen (1815-1918).svg Saxony Friedrich Augustus III
Flagge Großherzogtum Hessen ohne Wappen.svg Hesse Ernst Ludwig I
Flagge Großherzogtum Baden (1891–1918).svg Baden Friedrich II
Flagge Großherzogtum Sachsen-Weimar-Eisenach (1897-1920).svg Saxe-Weimar-Eisenach Wilhelm Ernst I
Flagge Großherzogtümer Mecklenburg.svg Mecklenburg-Schwerin Friedrich Franz IV
Mecklenburg-Strelitz
Flagge Herzogtum Oldenburg.svg Oldenburg Friedrich August II
Flagge Herzogtum Braunschweig.svg Brunswick Ernst Augustus I
Flagge Herzogtum Anhalt.svg Anhalt Joachim Ernst I
Flagge Herzogtum Sachsen-Coburg-Gotha (1911-1920).svg Saxe-Coburg dan Gotha Carl Eduard I
Flagge Herzogtum Sachsen-Coburg-Gotha (1826-1911).svg Saxe-Meiningen Bernhard III
Flagge Herzogtum Sachsen-Coburg-Gotha (1826-1911).svg Saxe-Altenburg Ernst II
Flag of Germany (3-2 aspect ratio).svg Waldeck-Pyrmont Friedrich I
Flagge Fürstentum Lippe.svg Lippe Leopold IV
Flagge Fürstentum Schaumburg-Lippe.svg Schaumburg-Lippe Adolf II
Flagge Fürstentümer Schwarzburg.svg Schwarzburg-Rudolstadt Günther Victor I
Schwarzburg-Sondershausen
Flagge Fürstentum Reuß ältere Linie.svg Reuss Senior Line
Flagge Fürstentum Reuß jüngere Linie.svg Reuss Junior Line
Flag of the Habsburg Monarchy.svg Austria Karl I dijatuhkan dan pemerintahan beraja dihapuskan
Flag of Finland.svg Finland Frederick Charles I (raja yang dilantik) tidak pernah berkuatkuasa
Flag of Lithuania (1918–1940).svg Lithuania Mindaugas II (raja yang dilantik)
Flag of Poland.svg Poland Tiada (diperintah oleh Majlis Pemangku Raja)
Flag of Hungary (1915-1918; angels; 3-2 aspect ratio).svg Hungary Károly IV dipulihkan pada tahun 1920, tetapi takhta kosong dan diisi oleh pemangku raja
1920an
Flag of the Emirate of Bukhara.svg Bukhara (Uzbekistan) Mohammed Alim Khan 1920
Bandera de Khiva 1917-1920.svg Khiva (Uzbekistan) Abdallah Khan
Ottoman flag.svg Empayar Uthmaniyah Mehmed VI 1922 Kesultanan dimansuhkan pada tahun 1922
Hellenic Kingdom Flag 1935.svg Yunani Georgios II 1924 dipulihkan pada tahun 1935 dan kemudian dimusnahkan pada tahun 1974 (lihat bawah)
Flag of Mongolia.svg Mongolia Bogd Khan Kerajaan Komunis Mongolia diisytiharkan selepas kematian Khan
1930an
Flag of Spain (1785–1873, 1875–1931).svg Sepanyol Alfonso XIII 1931 dipulihkan kemudian (lihat bawah)
1940s
Flag of Independent State of Croatia.svg Croatia Tomislav II 1943 diturunkan selepas hilang sokongan Itali
Flag of Iceland (1918–1944).svg Iceland Christian X 1944 penyatuan dengan Denmark ditamatkan
Flag of Yugoslavia (1918–1941).svg Yugoslavia Petar II 1945 kebangkitan komunis
Flag of Manchukuo.svg Manchukuo Puyi bersatu dengan Republik China selepas penamatan Empayar Qing
Flag of Hungary (1915-1918, 1919-1946).svg Hungary Tiada (Miklós Horthy sebagai pemangku takhta) 1946 Keputusan parlimen tanpa referendum.
Flag of Italy (1861–1946).svg Itali Umberto II referendum; keputusan rasmi: 54,3% memihak kepada republik
Flag of Bulgaria.svg Bulgaria Simeon II inisiatif referendum oleh Soviet; keputusan rasmi: 95% menentang pemerintahan beraja
Flag of Albania (1934–1939).svg Albania Zog I disingkirkan oleh komunis
Flag of the Raj of Sarawak (1870).svg Sarawak Charles Vyner Brooke Rajah Putih menyerahkan kuasa kepada Mahkota British
Flag of Romania.svg Romania Mihai I 1947 dipaksa turun oleh komunis
Flag of India.svg Kerajaan-Kerajaan Kecil dalam India Lihat artikel 1947-
1950
menjadi negeri persekutuan daripada India
Flag of Ireland.svg Ireland George VI 1949 Raja Ireland yang Terakhir, Raja kepada United Kingdom
1950an
Flag of India.svg India George VI 1950 Monarki Alam Komanwel yang dihapuskan
Flag of Egypt (1922–1958).svg Mesir dan Sudan Fuad II 1953 Revolution
Flag of South Vietnam.svg Vietnam Bảo Đại 1955 referendum
Flag of Pakistan.svg Pakistan Elizabeth II 1956 Penghapusan Kerajaan Komanwel
Flag of Tunisia.svg Tunisia Muhammad VIII al-Amin 1957 coup d'état
Flag of Iraq (1924–1959).svg Iraq Faisal II 1958
1960s
Flag of Ghana.svg Ghana Elizabeth II 1960 Penghapusan Kerajaan Komanwel
Flag of South Africa (1928–1994).svg Afrika Selatan 1961
Flag of Rwanda (1959–1961).svg Rwanda Kigeli V Penggulingan kuasa
Flag of Tanganyika (1961–1964).svg Tanganyika Elizabeth II 1962 Penghapusan Kerajaan Komanwel
Flag of the Mutawakkilite Kingdom of Yemen.svg Yaman Muhammad XI Rampasan kuasa
Flag of Nigeria.svg Nigeria Elizabeth II 1963 Penghapusan Kerajaan Komanwel
Flag of Uganda.svg Uganda
Flag of Kenya.svg Kenya 1964
Flag of the Sultanate of Zanzibar.svg Kesultanan Zanzibar Sultan Jamshid bin Abdullah Revolusi Zanzibar
Flag of Burundi.svg Burundi Ntare V 1966
Flag of Malawi.svg Malawi Elizabeth II Penghapusan Kerajaan Komanwel
Flag of Maldives.svg Maldives Muhammad Fareed Didi 1968 Suatu referendum
Flag of Libya (1951–1969).svg Libya Idris I 1969 Rampasan kuasa
1970s
Flag of Cambodia.svg Kemboja Norodom Sihanouk 1970 later restored (see below)
Flag of The Gambia.svg The Gambia Elizabeth II Penghapusan Kerajaan Komanwel
Flag of Guyana.svg Guyana
Flag of Sierra Leone.svg Sierra Leone 1971
Flag of Sri Lanka.svg Ceylon 1972 Penghapusan Kerajaan Komanwel, nama negara ditukar kepada "Sri Lanka"
Flag of Afghanistan (1931–1973).svg Afghanistan Mohammed Zahir Shah 1973 coup d'état
Flag of Ethiopia (1897-1936; 1941-1974).svg Habsyah Haile Selassie I 1974
Hellenic Kingdom Flag 1935.svg Yunani Konstantinos II Pungutan suara; 69% menentang kerajaan
Flag of Malta (1875–1898).svg Malta Elizabeth II Penghapusan Kerajaan Komanwel
Flag of Laos (1952-1975).svg Laos Savang Vatthana 1975 Rampasa kuasa oleh Pathet Lao
Flag of Sikkim (1967-1975).svg Sikkim Palden Thondup Namgyal pungutan suara; official result: 97% penduduk mengundi menjadi negeri India
Flag of Trinidad and Tobago.svg Trinidad and Tobago Elizabeth II 1976 Penghapusan Monarki Alam Komanwel
Flag of Iran (1964–1980).svg Iran Mohammad Reza Pahlavi 1979 Revolusi Iran
Flag of the Central African Republic.svg Empayar Afrika Tengah Bokassa I Rampasan kuasa
1980s
Flag of Zimbabwe.svg Zimbabwe Elizabeth II 1980 Penghapusan Kerajaan Komanwel. Rhodesia mengisyitharkan diri sebagai suatu republik pada 1965 (sebelumnya sebagai jajahan Rhodesia Selatan) namun tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Flag of Fiji.svg Fiji Elizabeth II 1987 Penghapusan Kerajaan Komanwel. Ratu Elizabeth II diikitiraf sebagai Ketua Agung oleh Majlis Ketua-Ketua Besar Fiji
1990s
Flag of Mauritius.svg Mauritius Elizabeth II 1992 Penghapusan Kerajaan Komanwel
2000s
Flag of Samoa.svg Samoa Malietoa Tanumafili II 2007 Pemerintah tanpa pemilihan terakhir (O le Ao o le Malo) meninggal dunia, maka Samoa secara de facto-nya menjadi republik berparlimen
Flag of Nepal.svg Nepal Gyanendra I 2008 Monarki dihapuskan pada 28 Mei 2008, pemerintahan diambil alih sebuah republik persekutuan sekular[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]