Pergi ke kandungan

Mohammad Reza Pahlavi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohammad Reza Pahlavi
Potret rasmi Shah, 1973
Shah Iran
Pemerintahan16 September 1941 –
11 Februari 1979
Kemahkotaan26 Oktober 1967
Didahului olehReza Shah
Diikuti olehMonarki ditamatkan
Ruhollah Khomeini sebagai Pemimpin Agung
Perdana Menteri
Keputeraan(1919-10-26)26 Oktober 1919
Tehran, Iran
Kemangkatan27 Julai 1980(1980-07-27) (umur 60)
Kaherah, Mesir
Pemakaman29 Julai 1980
Masjid Al-Rifa'i, Kaherah
PasanganPutera Fawzia Fuad dari Mesir
(k. 1939; c. 1948)

Soraya Esfandiary-Bakhtiari
(k. 1951; c. 1958)

Farah Diba
(k. 1959)
AnakandaPuteri Shahnaz
Reza Pahlavi, Putera Mahkota Iran
Puteri Farahnaz
Putera Ali-Reza
Puteri Leila
Nama penuh
Mohammad Reza Pahlavi
Nama diraja
Mohammad Reza Shah
KerabatPahlavi
AyahandaReza Shah
BondaTadj ol-Molouk
AgamaIslam (Syiah)
TandatanganTandatangan Mohammad Reza Pahlavi
Maklumat peribadi
Tempat belajar
Perkhidmatan tentera
KesetiaanIran
Cabang/khidmatTentera Imperial Iran
Tahun khidmat1936–1941
PangkatKapten
PangkalanJabatan Pemeriksaan Tentera

Shah Mohammad Reza Pahlavi (Bahasa Parsi: محمد رضا پهلوی) adalah Shah Iran kedua dalam Dinasti Pahlavi dan terakhir dalam sejarah Iran. Baginda dilahirkan pada 16 Oktober, 1919 di Tehran, ibu negara Iran dan mangkat pada 27 Julai, 1980 di Kaherah, Mesir. Pada 16 September, 1941, baginda dimahkotakan sebagai Shah atau Raja Iran, dan memerintah Iran sehingga 11 Februari, 1979.

Keputeraan

[sunting | sunting sumber]

Shah Mohammad Reza adalah putera sulung Shah Reza, Shah Iran pertama dan pengasas Wangsa Pahlavi. Ibunda baginda, Tadj ol-Molouk adalah isteri kedua Shah Reza.

Pendidikan awal baginda adalah di Institut Le Rosey, sebuah institut di Switzerland dan menamatkan pengajiannya di sana pada tahun 1935. Namun begitu, Shah Mohammad tidak pernah mendapat ijazah diploma dan sebaik sahaja baginda kembali ke Iran, terus memasuki Akademi Tentera Iran di Tehran.

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

Revolusi Iran

[sunting | sunting sumber]

Penggulingan Shah mengejutkan hampir semua pengamat politik.[1][2] Demonstrasi militan anti-Shah pertama oleh beberapa ratusan mahasiswa dimulai pada Oktober 1977, selepas kematian Mostafa anak Khomeini.[3] Setahun kemudian, suatu mogok cepat melumpuhkan negara, dan pada awal Disember, sekitar 6 - 9 juta orang — lebih dari 10% populasi negara tersebut— membuat tunjuk perasaan besar-besaran menentang Shah di serata negara Iran.[4] Pada 2 Oktober 1978, Shah mengumumkan pemberian pengampunan untuk para penentangnya di luar negeri, termasuk Ayatollah Khomenei.[5]

Pada 16 Januari 1979, baginda membuat suatu perjnajian dengan Farboud dan meninggalkan Iran dan menyerahkan segala tanggungjawab kekuasaannya kepada Perdana Menteri Shapour Bakhtiar (seorang pemimpin oposisi) untuk meredakan situasi.[6] Serangan-serangan spontan massa terhadap patung-patung Pahlavi merebak dengan mendadak, seluruh simbol-simbol dinasti Pahlavi cepat hancur luluh setelah beberapa lama.[7] Bakhtiar membubarkan jabatan polis rahsia SAVAK[8], membebaskan seluruh tahanan politik, dan mengizinkan Ayatollah Khomeini pulang ke Iran setelah bertahun-tahun diusir dalam buangan ke luar negeri.

Baginda meminta Khomeini untuk membuat "negara seperti Kota Vatikan" di Qom, menjanjikan pengadaan suatu pilihanraya yang bebas, dan memanggil pihak oposisi untuk membantunya menyelamatkan konstitusi, mengajukan pemerintahan "persatuan nasional" yang meliputi para pengikut Khomeini. Khomeini menolak permintaan Bakhtiar lalu mewujudkan pemerintahan sementaranya sendiri, dengan Mehdi Bazargan sebagai perdana menteri, dan menyatakan, "Saya akan membentuk negara. Saya akan bertindak melawan pemerintahan ini. Dengan dukungan seluruh bangsa, saya akan membentuk negara."[9] Pada bulan Februari, gerila revolusioner dan pasukan pemberontak pro-Khomeini mula menang dalam pertempuran jalanan, dan pihak tentera mengumumkan keberkecualiannya dalam . Pada tanggal 11 Februari malam, pembubaran monarki Iran pun telah tuntas dengan sepenuhnya.

Kemangkatan

[sunting | sunting sumber]

Mohammad Reza Pahlavi mangkat di Kaherah, Mesir dalam usia 60 tahun akibat komplikasi Waldenström's macroglobulinemia[10] (jenis limfoma bukan Hodgkin[11]) pada 27 Julai 1980. Presiden Anwar Sadat memberikan pemakaman penuh hormat baginya[12] yang turut dihadiri oleh seluruh Dinasti Pahlavi, mantan Presiden AS Richard Nixon dan Konstantinos II dari Yunani.[13]

Jenazah Mohammad Reza Pahlavi dimakamkan di Masjid Al Rifa'i di Kaherah, sebuahmasjid yang bernilai simbolik tinggi. Dua orang raja terakhir dari 2 monarki yang sudah runtuh dimakamkan di situ, iaitu ayahnadanya sendiri Reza Shah dan Raja Farouk dari Mesir, yang juga mantan kakak iparnya. Makamnya terletak di sebelah kiri pintu masuk utama.

  1. ^ Amuzegar, The Dynamics of the Iranian Revolution, (1991), pp. 4, 9–12
  2. ^ Narrative of Awakening : A Look at Imam Khomeini's Ideal, Scientific and Political Biography from Birth to Ascension by Hamid Ansari, Institute for Compilation and Publication of the Works of Imam Khomeini, International Affairs Division, [no date], p. 163
  3. ^ Kurzman, The Unthinkable Revolution in Iran, HUP, 2004, p. 164
  4. ^ Kurzman, The Unthinkable Revolution in Iran, (2004), p. 122
  5. ^ Nikazmerad, Nicholas M. (1980). "A Chronological Survey of the Iranian Revolution". Iranian Studies. 13 (1/4): 327–368. doi:10.1080/00210868008701575. Dicapai pada 31 July 2013.
  6. ^ "1979: Shah of Iran flees into exile". BBC. 16 January 1979. Dicapai pada 5 January 2007.
  7. ^ Taheri, Spirit (1985), p. 240.
  8. ^ https://en.wikipedia.org/wiki/SAVAK
  9. ^ "Imam Khomeini - Return to Tehran". Imam Khomeini. 16 August 2011. Dicapai pada 31 October 2012.
  10. ^ https://en.wikipedia.org/wiki/Waldenstr%C3%B6m%27s_macroglobulinemia
  11. ^ https://en.wikipedia.org/wiki/Non-Hodgkin_lymphoma
  12. ^ Shah's Flight Diarkibkan 2013-08-25 di Wayback Machine. Time. 31 March 1980
  13. ^ http://www.nytimes.com/1988/11/06/books/someone-else-s-problem.html