Permatang Bonglai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Permatang Bonglai terbahagi kepada dua iaitu Permatang Bonglai Besar dan Permatang Bonglai Kecil. Lokasinya terletak antara Alor Setar dan Ayer Hitam berhampiran Jerlun. Kampung-kampung berdekatan ialah Kampung Kemboja, Kampung Titi Tokdiah dan Kampung Kubang Sepat dan beberapa kampung lain lagi. Kampung-kampung ini menyusuri Sungai Korok yang hulunya di kawasan Jitra dan hilirnya di muara Kuala Jerlun.