Sekolah Kebangsaan Felda Jerangau Barat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Kebangsaan Felda Jerangau Barat

Lencana Sekolah Kebangsaan Felda Jerangau Barat
Alamat  Malaysia Jalan Jerangau, Ajil, Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon 6098385575
Faksimili 98385575
Klasifikasi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Visi Sekolah Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi Sekolah Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Cogan Kata “JJADI SUNGGUH SKFJB”
Kod Sekolah TBA5042
Guru Besar En. Sabri b. Saad
Penolong Kanan Akademik En. Musa Khan b. Kana
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar En. Ismail b. Mat Yaman
Penolong Kanan Kokurikulum En. Nordin b. Ghazali
Tahun dirasmikan 1 Januari 1984

Sekolah Kebangsaan (F) FELDA Jerangau Barat merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Jerangau, Ajil, Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan FELDA Jerangau Barat memiliki 163 pelajar lelaki dan 147 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 310 orang. Ia mempunyai seramai 29 orang guru.2009

Sejarah Sekolah [1][sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan FELDA Jerangau Barat telah dibuka secara rasmi pada tanggal 01 Januari 1984, Ahad. Ketika itu sekolah ini hanya dilengkapi dengan sebuah bangunan batu (blok A) dan bangunan kayu. Pada tahun 1995 bangunan blok B setinggi 3 tingkat telah siap dan mula digunakan sepenuhnya.

Pada mulanya Sekolah Kebangsaan FELDA Jerangau Barat hanya mempunyai seramai 154 orang murid yang terdiri dari Tahun Satu hingga Tahun Enam. Tenaga pengajarnya pula hanya seramai 7 orang sahaja. Guru besar pertama ialah Encik Yusof bin Ngah yang mula berkhidmat dari 01 Januari 1984 hingga 21 September 1986.

Keseluruhan pelajar yang belajar di sekolah ini adalah terdiri daripada anak-anak peneroka FELDA Jerangau Barat. Taburan perkampungan pelajar adalah terdiri daripada Perkampungan Peringkat Satu yang terdiri daripada sebelas (11) blok penempatan. Jarak dari rumah kediaman pelajar ialah dari 500 miter hingga 3 kilometer. Peringkat Ke-2 pula terdiri daripada 2 blok perkampungan. Jarak dari sekolah ialah antara 3 hingga 4 kilometer. Peringkat Ke-3 pula pula terdiri daripada 2 blok perkampungan dan jarak dari sekolah ialah antara 4 hingga 5 kilometer. Peringkat seterusnya ialah Peringkat 4 yang terdiri daripada 2 blok perkampungan. Jarak dari sekolah ialah lebih kurang 5 hingga 6 kilometer.

Lagu Sekolah [2][sunting | sunting sumber]

Sekolah Mulia

Sekolah Tercinta

Sekolah Kebangsaan F.J.B

Menjadi Sekolah Wawasan

Murid Berusaha

Guru Membimbing

Lahirlah Kami Insan

Yang Cemerlang

Berilmu Beriman Beramal

Lahirlah Kami Insan Yang Cemerlang

Berilmu Beriman Beramal

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Felda Jerangau Barat
Jalan Jerangau, 21820 Ajil, Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon/Fax = 6098385575
Fax = 098385575

Pautan luar[sunting | sunting sumber]