Sekolah Kebangsaan Lubok Teras

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Kebangsaan Lubok Teras
SKLT
Logo SKLT.png
"Learn and Lead"
Lokasi
Wakil Pos Kuala Telemong, 21210 Kuala Terengganu.
Setiu, Terengganu, Malaysia Malaysia
Maklumat
Jenis Sekolah Rendah Sekolah Kebangsaan Sekolah Kerajaan
Ditubuhkan Januari 1985
Daerah sekolah Setiu
Guru Besar En. Zuhaidi bin Othman
Gred Tahun 1 - Tahun 6
Pelajar 60
Bilik darjah 6 + 1 (Pemulihan)
Rumah Bendahara, Temenggung Laksamana
Laman web

Sekolah Kebangsaan Lubok Teras (SKLT atau SK Lubok Teras) merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan Band 1 yang terletak di W/Pos Kuala Telemong , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia. SK Lubok Teras dibina pada Mei 1982 dan siap pada 08 November 1983. SKLT dibuka secara rasmi pada 1 Januari 1985. Pada awal pembukaanya, sekolah ini hanya mempunyai 50 orang murid dan 5 orang guru. Kod sekolah TBA6006.

SKLT mempunyai keluasan kawasan tanah sebanyak 3.98211 hektar . Walaupun terletak agak jauh di pedalaman, SKLT dikategorikan di bawah kategori sekolah luar bandar dan bukan sekolah pedalaman. SKLT juga merupakan sekolah kurang murid (SKM) berstatus gred B kerana mempunyai murid kurang daripada 100 orang. Jarak kedudukan sekolah adalah sejauh 60KM dari Pejabat Pelajaran Daerah Setiu ( PPDS ) di Bandar Permaisuri dan 30KM dari Bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu serta 56KM dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Bandar Kuala Terengganu. Kedudukan parlimen kampung Bukit Aman dan Kampung Bukit Lawang yang menjadi tapak sekolah menyebabkan sekolah ini diletakkan di bawah Pejabat Pelajaran Daerah Setiu. Kedua-dua kampung ini berada dibawah Parlimen Hulu Nerus, Setiu. Ini menjadikan SKLT unik kerana mempunyai alamat wakil pos Kuala Terengganu, berdekatan dengan Daerah Hulu Terengganu tetapi didaftarkan dibawah Pejabat Pelajaran Daerah Setiu.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Lubok Teras memiliki 29 pelajar lelaki dan 26 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 55 orang. Ia mempunyai seramai 11 orang guru.

Pada 1 Januari 2013, jumlah keseluruhan murid menurun kepada 49 orang dengan 29 murid perempuan 20 murid lelaki. Bilangan guru pula berkurang daripada 13 kepada 12 guru. Sehingga Julai 2013, jumlah ini sekali lagi berubah dengan pertambahan seorang murid dan seorang guru, menjadikan jumlah terkini sebagai 50 murid (20 lelaki dan 30 murid perempuan) dan 13 guru.

Pendaftaran terkini untuk tahun 2015 adalah seperti berikut:

KELAS LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
1 Firdaus 5 4 9
2 Husna 2 6 8
3 Makwa 2 5 7
4 Naim 1 7 8
5 Adnin 6 4 10
6 Salam 5 5 10

Sejarah Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sebelum tahun 1983, hanya sebuah sekolah sahaja yang terdapat di kawasan Kampung Bukit Aman, Bukit Lawang dan Bukit Mundok iaitu SK Bukit Mundok. Peningkatan penduduk di Kampung Bukit Aman dan Kampung Bukit Lawang serta kesukaran untuk mengakses SK Bukit Mundok kerana tiadanya jalan raya menyebabkan cadangan untuk membina sebuah sekolah telah diadakan. Pada asalnya, tapak sekolah ini terletak berdekatan dengan Sungai Hulu Nerus, iaitu di kawasan penempatan lama penduduk Kampung Bukit Aman dan Bukit Lawang. Sebelum tahun 1960, penduduk kedua-dua kampung ini asalnya adalah penduduk yang sama di kawasan penempatan dikenali sebagi "Lubok Teras". Namun, keadaan sungai yang selalu melimpah ketika hujan lebat dan menyebabkan banjir besar telah memaksa penduduk ini berpindah ke kawasan yang lebih tinggi yang dikenali sebagai "Pengakalan Beruk" pada ketika itu. Perpindahan ini telah memecahkan penduduk Lubok Teras kepada dua kampung baru ini.

Oleh disebabkan banjir juga, tapak asal SK Lubok Teras ini di penempatan lama Lubok Teras telah dipindahkan ke kawasan lebih tinggi yang menjadi tapak sekolah sehingga sekarang.

Maklumat Perhubungan[sunting | sunting sumber]

Telefon = 6098241082
Email Rasmi = sk.lubok.teras@gmail.com
Sekolah Terdekat = SK Bukit Mundok (6km)
Sekolah Menengah Terdekat = SMK Kuala Telemong (8.5km)
Pejabat Pelajaran Daerah = PPD Setiu
Jabatan Pendidikan = Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
Jarak dari bandar terdekat = 45km (Bandar Kuala Terengganu)
Kawasan Mukim = Mukim Hulu Nerus, Setiu.
Kawasan Dewan Undangan Negeri = DUN Langkap

Keluasan Sekolah[sunting | sunting sumber]

No. Lott Tanah P.T 2163K
No. HS (D) 3148
Tarikh Daftar 11 November 1984
Keluasan Tanah 3.98211 Hektar
Hasil Tahunan RM32.00
Pezan Syit 56-B
Fail PTS 2/1/3/46
Hasil Bangunan Kawasan RM799 000.00


Pencapaian UPSR[sunting | sunting sumber]

Tahun Jumlah Calon 5A 4A+1B/1C Min C Lain-Lain D+E GPS
2015 10 2 2 (9) 90% 1 1 (10%) 1.92
2014
7
0
1
6 (83%)
1
1
1.83
2013
6
3
1
6 (100%)
0
0 (0%)
1.43
2012
8
0
2
8 (100%)
0
0 (0%)
1.65
2011
12
1
1
0 (0%)
1
1 (8.33%)
1.80
2010
9
0
1
4 (44.44%)
0
2 (22.22%)
2.49
2009
14
3
2
3 (21.43%)
0
1 (7.14%)
2.03
2008
13
0
0
2 (15.38%)
0
0 (0%)
2.91

Pencapaian Skor Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)[sunting | sunting sumber]

Skor komposit merupakan 70% gred purata sekolah (GPS) dan 30% Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Ianya merupakan standard kualiti yang diguna pakai di Malaysia dan dipantau oleh Jemaah Nazir Sekolah. Standard kualiti ini lebih kurang sama dengan sistem standard OFSTED yang digunapakai di United Kingdom.

TAHUN 2010 2011 2012 2013 2014
SKOR
77.95
78.46
85.11
88.40
KED*
1125/7697
1364/7674
316/7696
96/7695
BAND
2
2
1
1

*KED: Kedudukan merujuk kepada kedudukan sekolah (school ranking) berbanding semua sekolah rendah di seluruh Malaysia.

Kedudukan Skor Komposit SKPM pada 2010 dan 2011 telah meletakkan SK Lubok Teras pada taraf Band 2 Sekolah-Sekolah Malaysia. Peningkatan GPS UPSR serta skor komposit melebihi 85% pada tahun 2012 pula telah meletakkan SKLT di Band 1 Sekolah-Sekolah Malaysia dengan kedudukan sekolah melonjak ke tangga 316 berbanding pada tangga 1364 pada tahun sebekumnya.

Sekolah-sekolah di Malaysia dikategorikan kepada 7 pencapaian band berdasarkan skor komposit. [1] Band 1 menunjukkan pencapaian band tertinggi manakal band 7 adalah pencapaian band terendah. Mengikut dokumen NKRA yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah-sekolah dalam Band 1 layak memohon untuk dipertimbangkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi sekiranya memenuhi syarat-syarat Sekolah Berprestasi Tinggi.

Sekolah Kebangsaan Lubok Teras telah diiktiraf secara rasminya sebagai sekolah Band 1 mulai Mei 2013 dan telah dicalonkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu sebagai calon Sekolah Kluster Kecemerlangan menjelang tahun 2015.

Pencapaian Ko-Kurikulum[sunting | sunting sumber]

SK Lubok Teras pada asalnya tidak begitu menekankan aspek pencapaian tinggi dalam bidang ko-kurikulum. Ini disebabkan oleh lokasi sekolah yang agak jauh dari Bandar menyebabkan sukar untuk murid-murid mendapat akses secukupnya dalam menjalankan aktiviti ko-kurikulum. Tambahan lagi, sebagai sebuah sekolah kurang murid gred B, peruntukan untuk kegiatan ko-kurikulum adalah kecil serta tidak mampu untuk menampung perbelanjaan besar yang diperlukan.

SK Lubok Teras walaubagaimana pun tetap menyertai pelbagai pertandingan ko-kurikulum dan sukan yang dianjurkan oleh zon dan daerah setiap tahun selaras dengan kehendak Pejabat Pelajaran Daerah Setiu.

Pada tahun 2013, di bawah pentadbiran En Che Wan Ralisyardy sebagai Guru Besar dan En. Mohd Afnizam sebagai Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum,satu dasar ko-kurikulum baru telah digubal bagi memastikan setiap murid mempunyai daya saing, berketerampilan dan berkeyakinan tinggi. Murid-murid kini digalakkan bukan sahaja menyertai aktiviti ko-kurikulum, tetapi juga untuk mempunyai target berada dalam kelompok yang terbaik. Antara perubahan besar yang dilakukan untuk menyokong dasar ini adalah dengan menubuhkan pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah menggantikan Pertubuhan Pengakap dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia yang sebelum ini menjadi badan beruniform utama di sekolah. Melalui penubuhan satu badan beruniform ini, aktiviti dapat diselaraskan dengan lebih baik dan guru-guru boleh menumpukan kepada aspek pembangunan satu unit berunifrom sahaja.

Pada tahun 2014, Pasukan TKRS SK Lubok Teras telah pun berjaya menyertai perkhemahan badan beruniform peringkat daerah, di mana buat pertama kalinya, 10 kadet SKLT dinaikkan pangkat ke Lans Koperal.

Tahun 2015 menyaksikan banyak kejayaan yang dicapai oleh unit Ko-Kurikulum. Pasukan TKRS menyertai perkhemahan peringkat daerah dan telah berjaya melayakkan diri ke perkhemahan Negeri Terengganu. Nur Sahira bt Mohd Ramlan dan Nurizzati bt Izaman menjadi dua orang murid SK Lubok Teras yang pertama berjaya ke peringkat Negeri. Nurizzati bt Izaman juga dipilih untuk mewakili Negeri Terengganu ke Perkhemahan Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan[2]. Ini merupakan kali pertama dalam sejarah sekolah murid berjaya ke peringkat kebangsaan.

Selain daripada itu juga, pada tahun 2015, SK Lubok Teras berjaya mendapat Tempat Ke-3 dalam pertandingan YDSM Smart English anjuran Yayasan DiRaja Sultan Mizan. Pasukan Action Song dan Public Speaking pula mendapat Naib Johan dalam Karnival Ko-Akademik Bahasa Inggeris Peringkat Zon Timur.

Program Pembangunan Atlet 2016[sunting | sunting sumber]

ahun 2016 pula menyaksikan Program Pembangunan Atlet ditubuhkan. Penubuhan dan penyelarasan program ini telah dilaksanakan oleh Encik Hafiz Abdullah, dengan sokongan kuat pentadbir sekolah dan guru-guru lain. Program yang menelan belanja yang banyak ini telah ditaja sepenuhnya oleh Kelab Murid SK Lubok Teras. Sehingga September 2016, sebanyak RM4500 telah dibelanjakan oleh Kelab Murid untuk Program Pembangunan Atlet dan jumlah ini merupakan 35% daripada keseluruhan perbelanjaan Kelab Murid. Pelbagai kejayaan telah ditempa dibawah program ini, antaranya ialah kejayaan Siti Nuruldiana Alya yang berjaya mendapat Pingat Emas pertama SK Lubok Teras di peringkat negeri[3]. Seramai 3 orang murid SKLT juga telah berjaya mewakili Daerah Setiu dalam bidang sukan sepanjang program ini. Malahan, SKLT muncul sebagai sekolah Ketiga Terbaik di Daerah Setiu dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSD 2016 daripada 44 buah sekolah[4]. Ini merupakan rekod terbaik yang pernah dicapai oleh sekolah sepanjang penubuhan sehingga ke tahun 2016.

==== Antara Kejayaan Murid dalam Bidang Ko-Kurikulum ====
Tahun Pertandingan Pencapaian
2016 Karnival Pembangunan Balapan dan Padang

Peringkat Negeri Terengganu

Emas Lompat Jauh P11 (Nuruldiana Alya)

Perak 100M P11 (Nuruldiana Alya)

2016 Karnival Pembangunan Merentas Desa B11 Daerah JOHAN KESELURUHAN

Wan Nur Natasha Atiqah bt Wan Ramli (Johan)

Intan Shafika bt Abdullah (Naib Johan)

Nur Syamimie Munirah bt Idham Halimi (Ke-3)

Nur Iman Izzatti Asyiqin bt Aspawi (Ke-4)

Amirrudin b Ali (Ke-5)

Semua pemenang bersama dengan Nur Ain Farisya mewakili Daerah Setiu ke Peringkat Negeri

2016 Karnival Pembangunan Balapan dan Padang

Peringkat Daerah Setiu

JOHAN KESELURUHAN

Emas Lompat Tinggi - Amirrudin bin Ali

Emas Lompat Jauh - Amirrudin bin Ali

Emas 100M - Siti Nuruldiana Alya bt Mohd Rosdi

Emas Lompat Jauh - Siti Nuruldiana Alya bt Mohd Rosdi

Emas 200M - Intan Shafika binti Abdullah

Gangsa 200M - Nur Iman Izzatti Asyiqin bt Aspawi

Keempat 100M - Nur Syamimie Munirah bt Idham Halimi

2016 Karnival Pembangunan Bola Baling B11 Peringkat Daerah Setiu Naib Johan

Nuruldiana Alya ke Peringkat Negeri

2016 Sultan Mahmud Bridge International Marathon FINISHING 5KM IN ONE HOUR (FINISHING MEDALLIST)

Muhammad Lutfillah

Muhammad Afiq Asyraf

Muhammad Saiful

Muhammad Azrin

Muhammad Faiz Haziq

Afiq Aiman

Wan Nurezrena

AIsyah Sofea

Anis Farisha

Nur Ain Farisya

Nur Alisah Maisarah

Siti Nuruldiana Alya

Nur Izzatti Balqis

Aini Najwa

Aina Adyriana

Shatiq Najwa

Nurul Asyirah

Amiza Nafisa

2016 Sultan Mahmud Bridge International Marathon KELOMPOK 100 TERBAIK

Tempat ke-42 (Amirrudin Ali)

Tempat ke-42 (Intan Shafika)

Tempat ke-60 (Nur Syamimie)

Tempat ke-72 (Iman Izzatti)

Tempat ke-74 (Natasha Atiqah)

2016 Kejohanan Badminton Daerah Naib Johan L11 (Amiruddin Ali)
2016 SMART English Yayasan Diraja Sultan Mizan Daerah Setiu Naib Johan Keseluruhan
2016 SMART English Yayasan Diraja Sultan Mizan ZST Johan Keseluruhan SMART English Zon Setiu Timur

Johan Action Song Zon Setiu Timur

2016 TIEP International Cross Country Sultan Mizan Cup Naib Johan P12 (Intan Shafika)

Tempat ke-3 (Nur Syamimie)

Tempat ke-7 (Wan Nur Natasha)

Tempat ke-8 (Nur Iman Izzatti)

2016 Pertandingan Bercerita Kisah Al-Quran Johan Zon Setiu Timur

Ke-3 Daerah Setiu

2016 Kejohanan Olahraga MSST Negeri Terengganu Emas Lompat Jauh P11 (Siti Nuruldiana Alya)

Ke-5 Hurdle 80M L11 (Amiruddin Ali)

2016 Kejohanan Olahraga MSSD Setiu Emas Lontar Peluru P11 (Nuruldiana)

Emas Lompat Jauh P11 (Nuruldiana)

Emas 80M Hurdle L11 (Amiruddin)

Gangsa Lompat Jauh L11 (Amiruddin)

Gangsa 100M P12 (Wan Nur Ezrena)

Ke-4 Lompat Jauh P11 (Nur Syamimie)

2016 Kejohanan Olahraga MSSD Setiu Tempat Ke-3 Keseluruhan

(3 Emas 2 Gangsa)

2016 Larian Berganti (ROad Relay 2.4KM) Negeri Tempat ke-4
2016 Kejohanan Bola Baling Perempuan ZST Tempat ke-3 Peringkat Zon Setiu Timur

Nuruldiana Alya, Wan Nurezrena dan Amiruddin Ali mewakili Zon ke Daerah

2016 Kejohanan Merentas Desa Negeri Tempat ke-3 Keseluruhan
2016 Kejohanan Merentas Desa Daerah Naib Johan (Intan Shafika)

Naib Johan Keseluruhan Perempuan

2015 Bola Baling Zon Naib Johan
2015 Smart English YDSM Tempat Ke-3
2015 Merentas Desa Peringkat Daerah Tempat Ke-3
2015 Action Song Naib Johan
2015 Perkhemahan Badan Beruniform Daerah Johan Masakan

Naib Johan Persembahan

Naib Johan Ikatan

2015 Perkhemahan Badan Beruniform Negeri Johan Ikatan
2015 Perkhemahan Badan Beruniform Kebangsaan Wakil: Nurizzati Izaman
2015 Sahiba Bahasa Melayu Zon Naib Johan
2015 Public Speaking Zon Timur Naib Johan
2015 Projek Inovasi Kelab & Persatuan Peringkat Daerah Naib Johan
2015 Sultan Mahmud International Bridge Marathon Best First 500 (10 murid)

Tempat ke-184: Wan Nur Natasha Atiqah)

2012 Bola Baling Perempuan Naib Johan Zon
2011 Bola Baling Perempuan Johan Zon
2011 Bercerita Bahasa Melayu Tahap 1 Naib Johan

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Lubok Teras,
Tempat kami belajar,
Menulis,membaca serta mengira,
Belajar berbakti,
Jadi cogan kata

Kepada sekolah,
Kami taat setia,
Mencapai wawasan negara,
Bersatu berpadu mencapai cita-cita,
Majulah sekolahku tercinta.

Dicipta oleh: Encik Marzuky bin Mohamad (GPK HEM)


Senarai Guru & Staf Pernah Berkhidmat[sunting | sunting sumber]

Bil Nama Gred Jawatan Akhir Subjek Utama Tahun

Masuk

Tahun

Keluar

1. Mohd Jamka bin Harun DG44 Guru Besar Bahasa Melayu 2017
2. Nasir bin Yakub DG32 Guru Penolong Kanan 1 Bahasa Melayu 2009 -
3. Zairani bin Mansor DG32 Guru Penolong Kanan Ko Matematik 2010 -
4. Marzuky bin Muhamad DG32 Penolong Kanan HEM Matematik 2005 -
5. Ahmad Zaini bin Zalik DG41 Guru Penolong Matematik 2017
6. Rizalman bin Guru Penolong Sains 2017
7. Norazlina binti Zakaria DG42 Guru Penolong Sains 2013 -
8. Norahan binti Bidin DG42 Guru Agama Pendidikan Islam 2013 -
9. Wan Muhd Nur Hisyam bin Wan Abd Wahab DG44 Guru Agama Bahasa Arab 2014 -
10. Muhammad Hafiz Abdullah DG41 Guru Penolong Bahasa Inggeris 2012 -
11. Norhayati Binti DG Guru Penolong Matematik 2016 -
12. Encik Nadzri@Sam b Dagang DG Guru Pemulihan Sains 2014 -
13. Zulfadli bin Ghani N17 Pembantu Tadbir P/O - 2015 -
Encik Zuhaidi bin Othman DG44 Guru Besar Sains 2016 2017
Wan Shamsukardi bin Wan Aziz DG44 Penolong Kanan 1 (Akademik) Pendidikan Islam 2009 2017
Mohd Salehudin bin Sidek DG41 Guru Penolong Matematik 2013 2016
Mohd Afnizam bin Mohd Ghazali DG44 Penolong Kanan Kokurikulum Sains 2008 2016
Che Wan Ralisyardy bin Che Wan Samiun DG34 Guru Besar Matematik 2012 2016
Siti Nor Asma bt Ahmad DG41 Guru Penolong J-QAF 2011 2016
Juliana bt Mohd N17 Pembantu Tadbir P/O - 2012 2015
Syafini bt Marzuki - Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) - 2010 2015
Juriah bt Abd Ghani DGA 32/KUP Guru Pemulihan Pemulihan 2008 2012
Firdaus bin Bakar DG41 Guru Penolong J-QAF 2010 2012


Senarai Guru Besar[sunting | sunting sumber]

Semenjak SKLT dibuka pada tahun 1985, sekolah ini telah menerima khidmat daripada 11 orang guru besar.

Nama Tahun Berkhidmat
1 En Abdul Rahman @ Jusoh Bin Chik 1985-1987
2 En Abu Bakar Bin Musa 1987-1991
3 En Abdul Rahman 1991-1994
4 En Mohd Zaki Bin Embong 1994-1995
5 Muslam Bin Muslim 1995-1998
6 Che Ghazali Bin Mamat 1998-2001
7 En Haji Dagang Bin Hamzah 2001-2010
8 En Zainuddin Bin Dollah 2010 - Jun 2012
9 En. Che Wan Ralisyardy Bin Che Wan Samiun Julai 2012 - Mac 2016
10. En. Zuhaidi bin Othman April 2016 - Jun 2017
11. En. Mohd Jamka bin Harun Jun 2017 - kini

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]