Sekolah Kebangsaan Rhu Sepuluh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Rhu Sepuluh
Lokasi
Belakang Nelayan Resort, Kampung Rhu Sepuluh,, Permaisuri,, Terengganu Darul Iman,
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoBerilmu, Beramal, Berakhlak
Nombor sekolah6098247197
Kod sekolahTBA6085
Guru besarAdziram Bin Mohd Radzi
GPK Pentadbiran dan AkademikRozaki Bin Ramli
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridAhmad Aniza Bin Ibrahim
Penolong Kanan KokurikulumRusdi Bin Mat Nor
Faks6098247197
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Rhu Sepuluh merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Belakang Nelayan Resort, Kg Rhu Sepuluh, , Permaisuri , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada awal tahun 1987, Kampung Rhu Sepuluh tidak mempunyai sekolah kerana ia merupakan sebuah kampung baru. Kampung ini wujud ekoran daripada perpindahan penduduk dari Kampung Kuala Baru Mangkok, akibat hakisan ombak pantai. Mereka terpaksa menghantar anak-anak belajar di Sekolah Kebangsaan Penarik. Jaraknya lebih kurang 4 kilometer jauhnya. Keadaan ini menyusahkan mereka kerana ketiadaan kenderaan untuk berulang-alik menghantar anak-anak ke sekolah.

Keprihatinan terhadap kepentingan pendidikan telah menyebabkan penduduk kampung merayu kepada pihak kerajaan dan ahli politik tempatan supaya dapat mendirikan sebuah sekolah. Saranan ini mendapat sokongan yang padu daripada Wakil Rakyat, YB Dato' Dr Mohd Yusof bin Haji Noor selaku Ahli Parlimen Setiu dan Yang Berhormat Mulia Dato' Tengku Mahmud bin Mansor selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Permaisuri berjuang untuk merealisasikan impian mereka.

Walaubagaimana pun, tapak tersebut tidak dipersetujui oleh penduduk kampung kerana kawasan tersebut masih jauh dari rumah mereka dan dilingkungi oleh semak samun. Dalam bulan November 1987, 2 blok bangunan kilat telah didirikan yang terdiri daripada 8 bilik, satu bilik guru dan pejabat, satu bilik untuk perpustakaan dan 6 bilik untuk bilik darjah. Penduduk kampung amat gembira dan terhutang budi kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam usaha mewujudkan sekolah ini.

Pada 1 Mac 1988 bersamaan 12 Rejab 1408 sekolah ini mula dibuka dengan jumlah murid 127 orang untuk 6 kelas dan 11 orang guru termasuk Guru Besar dan seorang guru agama. Sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Rhu Sepuluh, sempena nama kampong ini. Manakala Guru Besar yang pertama dilantik adalah Tuan Guru Besar Ab Ghani Bin Latif.

Atas keprihatinan Ahli Parlimen Setiu YB Dato’ Dr Mohd Yusof Bin Haji Noor telah meluluskan sebuah kantin sekolah, enam buah tandas serta sebuah tangka air. Pada akhir tahun 1988 sebuah dewan serbaguna juga telah diluluskan untuk kegunaan warga sekolah. Sebuah surau juga telah disumbangkan oleh YB Dato’ Dr Mohd Yusof Bin Haji Noor. Tiada kemudahan padang ketika itu, pihak sekolah menggunakan padang belia untuk aktiviti sukan dan permainan.

Murid sekolah bertambah dari tahun ke tahun, akhirnya pada tahun 2009, 2 blok bangunan baru telah didirikan untuk kegunaan murid-murid hingga ke hari ini. Kemudahan untuk guru juga disediakan dengan terbinanya rumah guru dan siap dihuni pada bulan April 1994. Kini SK Rhu Sepuluh mempunyai seramai 248 orang murid, termasuk murid pra sekolah dan 27 orang guru. Kemudahan yang ada, sebuah pejabat dengan bilik pengurusan yang lengkap, bilik-bilik khas, sebuah kantin, makmal komputer, bilik guru, padang, dataran terbuka dan sebuah dewan terbuka.

Namun begitu, bangunan lama masih digunakan untuk kelas kafa dan perpustakaan lama diubah suai kepada sebuah dewan tertutup untuk kegunaan majlis-majlis tertentu dan sebagai dewan peperiksaan UPSR. Bilik pemulihan, bilik ASEAN, bilik LINUS ditempatkan dibangunan lama. Sehingga sekarang seramai 12 orang guru besar telah berkhidmat di SK Rhu Sepuluh.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Rhu Sepuluh
Belakang Nelayan Resort, Kampung Rhu Sepuluh,
Permaisuri , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 098247197
Fax = 098246232

Pautan luar[sunting | sunting sumber]