Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam, Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam

Lencana Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam

Alamat (JHEOA) Kg Sungai Pergam D/A Wakil Pos Cheneh Baru , Kemaman , Terengganu Darul Iman,  Malaysia
Telefon 011-65731393
Website http://skspkemaman.blogspot.com
Klasifikasi Sekolah Kebangsaan (JHEOA), Sekolah Kerajaan
Moto Berubah ke Arah Kemajuan
Slogan Yeh Sukak Sekulah Yeh
Kod Sekolah TBA2046
Guru Besar Ustaz Mohd Shafii bin A. Bakar
Penolong Kanan Akademik En. Khairil Izat bin Harazaman
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar En. Zakaria bin Mat Nawi
Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Siti Nur Raidah bt Md. Yusuf
Tahun dirasmikan 1970

Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di (Jheoa) Kg Sungai Pergam D/A Wakil Pos Cheneh Baru , Kemaman , Terengganu Darul Iman, Malaysia di bawah seliaan PPD Kemaman dan.

Pada 2011, Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam memiliki 38 pelajar lelaki dan 37 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 75 orang. Bilangan guru pula ialah seramai 12 orang manakala terdapat seorang anggota kumpulan sokongan dan seorang pegawai E-book. Nama-nama guru SK Sungai Pergam bagi tahun 2011 ialah Syarifuddin bin Mohamed, Noor Hidayah Binti Harun, Ahmad Tarmizi bin Mamat, Ruslina binti Muhamad, Rozita binti Ahmad, Wan Muhamimin bin Wan Ahmad, Muhamad Azeri bin Razak, Hikmah binti Mohd Noor. Anggota sokongan pula ialah Abdullah Husaini bin Muhammad manakala pegawai E-Book ialah Ahmad Zuhairie bin Mohammad2011

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam mula ditubuhkan pada tahun 1970 oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Komitmen dan daya usaha pegawai-pegawai JHEOA, sekolah ini dapat beroperasi. Pada mulanya sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan JHEOA Sungai Pergam, Jabor, Kemaman. Nama ini adalah sempena nama kampong Sungai Pergam. Pada awal penubuhannya, tenaga pengajar adalah terdiri daripada kakitangan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Terengganu dan pegawai dari Jabatan Agama Islam Terengganu.

Pada masa itu hanya terdapat sebuah bangunan kayu yang menempatkan bilik darjah sahaja. Bermula pada tahun 1985, tenaga pengajar adalah terdiri daripada guru-guru yang terlatih yang dibekalkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Walaubagaimanapun pengurusan dan perbelanjaan adalah ditanggung oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Pada tanggal 1 Januari 1995 sekolah ini telah diambilalih sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengambilan ini adalah untuk meningkatkan taraf sekolah ini setaraf dengan sekolah kebangsaan yang lain di Malaysia. Langkah pertama yang diambil adalah menukarkan nama sekolah ini kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam, Kemaman, Terengganu.

Bangunan lama telah diubahsuai untuk memberi keselesaan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Keseluruhan murid sekolah ini terdiri daripada anak-anak orang asli dari suku kaum Semaq Beri dan Semaq Atik dari perkampungan Sungai Pergam Hulu Jabor Kemaman. Perkampungan ini terbahagi kepada dua buah kampong iaitu Kampung Hulu dan Kampung Hilir. Setiap kampong mempunyai Batinnya sendiri. Kampung Hulu diketuai oleh Batin Awang bin Yahya dan Kampung Hilir diketuai oleh Batin Boncet bin Yahya. Selain Suku Semaq Beri dan Semaq Atik terdapat segelintir suku Jakun yang berasal dari Pahang seperti dari Rompin, Sungai Lembing, Maran, Bukit Seruk dan Tasik Mentiga yang berkahwin dengan orang Semaq Beri. Orang Hulu atau Semaq Beri tinggal berdekatan dengan sekolah. Manakala orang Hilir atau Semaq Atik tinggal kira-kira dua kilometer dari sekolah. Mereka dijemput dan dihantar untuk bersekolah. Pada tahun 2005 mereka telah dihantar dengan kenderaan sendiri.

Bahasa Harian yang digunakan oleh kedua-dua kampung ialah Bahasa Semaq Beri Setelah usaha gigih para guru, kehadiran murid ke sekolah semakin meningkat pada setiap tahun. Pada tahun 2005 ini, kehadiran setiap hari melebihi 80% kecuali apabila berlaku kematian atau musibah lain, kehadiran merosot hingga kepada 10% – 15%. Perkampungan Orang Asli Sungai Pergam adalah merupakan perkampungan orang asli yang paling mudah dihubungi kerana kampung ini terletak di tepi Lebuhraya Jerangau Jabor. Malah Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam merupakan sekolah yang paling dekat dengan jalan besar di Malaysia.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam
(Jheoa) Kg Sungai Pergam D/A Wakil Pos Cheneh Baru , Kemaman , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 011-65731393

Pautan luar[sunting | sunting sumber]